You are on page 1of 2

AKTIVITI BERKUMPULAN (KUMPULAN 9)

Tarikh/ Hari : 18 Jun 2019 (Selasa)


Tempat : Dewan Kenanga, IPG Kampus Rajang
Slot : 4 (Budaya Kerja Kelas Pertama: Pengurusan Pelanggan)
Fasilitator : Pn. Vitcsy MN
Nama Ahli : Marshall Ak Brambun, Wilson Ak Michal, Mathius Ak Tadong, Lilian
Kumpulan 9 Ak Samuel Richard Liah, Junettha Ak Juka, Maria Carlesty Ak Jiee,
Naing Ak Kanyau, Rina Bt. Adnan, Nirwana Bt. Malike@Sulhamid,
Arfah Munirah Said, Liliana Ak Nelson Sumil

Tajuk Aktiviti:
Senaraikan elemen-elemen komunikasi berkesan yang perlu dimiliki oleh penjawat awam.

Menurut Ee Ah Meng (1995), komunikasi didefinisikan sebagai satu proses di mana


seseorang menyampaikan sesuatu maksud kepada orang lain. Antara elemen-elemen
komunikasi berkesan merangkumi beberapa aspek iaitu Penyampai, Penerima, Mesej, Saluran,
Maklum balas dan juga Gangguan.

Seorang penyampai perlu mengetahui cara penyampaian yang efektif iaitu dengan
mengaplikasikan Konsep 4M dalam penyampaian maklumat. 4M tersebut ialah Memahami,
Menghayati, Menhafal dan Melafaz. Cara penyampaian mesej yang biasanya digunakan oleh
umum ialah secara lisan. Kamarudin Husin (1999) mentakrifkan lisan sebagai percakapan atau
pertuturan iaitu satu kegiatan melahirkan bahasa melalui suara atau sebutan. Antaranya ialah
secara bertulis, melalui pendengaran dan penglihatan, sentuhan dan juga bahasa badan.

Selain itu, peranan seorang penyampai dan penerima adalah sangat penting dalam mewujudkan
komunikasi yang berkesan. Penerima perlu melihat dan mendengar dengan penuh perhatian
ketika proses penyampaian maklumat berlangsung. Kedua-dua saluran ini penting bagi
pendengar agar salah faham atau keciciran maklumat penting dapat dielakkan.

Proses Komunikasi Dalam Model Shannon

Mesej Isyarat Isyarat Terima Mesej


Laporan disediakan oleh,

-------------------------------
Liliana Anak Nelson Sumil

Pengumpul maklumat : Semua ahli terlibat

Pencatat : Lilian & Rina

You might also like