You are on page 1of 11

Anemia Semasa Kehamilan 1

PENGENALAN

Anemia dalam kalangan ibu mengandung merupakan salah satu masalah utama di Malaysia
dan negara membangun yang lain. Penyaringan awal berdasarkan faktor risiko boleh
membantu pihak kesihatan mengenalpasti kes yang berpotensi mendapat masalah anemia
semasa mengandung dan diteruskan untuk tujuan merawat. Ini disebabkan Anemia boleh
menimbulkan pelbagai komplikasi seperti kerencatan pertumbuhan janin, lahirmati dan
kematian ibu semasa kelahiran.Anemia ketika mengandung terjadi apabila seseorang
wanita itu mempunyai paras hemoglobin yang rendah semasa mengandung. Bagi
menganalisa anemia semasa mengandung definasi berdasarkan paras hemoglobin mengikut
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selalu digunakan iaitu paras hemoglobin kurang
dari 11.0 g/dl. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh
badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia
(kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.

Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda untuk


mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobinnya semasa lawatan pertama
pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal). Walaupun ibu tidak mengalami masalah
anemia pada lawatan pertama, ibu masih berpotensi untuk mengalami keadaan ini
kemudiannya dalam tempoh kehamilan tersebut.

Gejala yang paling biasa berlaku adalah kepada penghidap anemia semasa hamil
adalah cepat mengalami rasa letih, lemah anggota dan sering pengsan, kelihatan pucat,
mengalami kesukaran bernafas/sesak nafas, sentiasa merasa loya, mengalami debaran
(palpitasi) iaitu dengupan jantung yang cepat, sakit kepala dan pening. Penyebab utama
anemia semasa kehamilan adalah Kekurangan Zat besi (Iron), asid folik dan Vitamin B1
juga berkemungkinan disebabkan oleh ibu mempunyai penyakit kronik lain dan penyakit
darah seperti thalasaemia.
Anemia Semasa Kehamilan 2

PENYATAAN MASALAH

Kuala Tomani merupakan sebuah pekan yang terletak di daerah Tenom. Kajian ini telah
dijalankan selama sebulan dan populasi sasaran adalah semua wanita mengandung yang
datang ke Klinik Kesihatan Kuala Tomani, Tenom bagi mengetahui faktor serta punca-
punca anemia semasa kehamilan. Untuk mendapatkan diagnosis, pemeriksaan sejarah
perubatan dan pemeriksaan fizikal telah dijalankan oleh doktor, selain ujian darah di
makmal seperti ujian paras hemoglobin, ferum, hematokrit dan juga paras asid folik. Ini
adalah penting untuk mengesan sebarang kekurangan ferum dan juga asid folik.

Kajian perincian telah dilakukan terhadap seorang pesakit yang mengalami


anemia semasa kehamilannya. Berikut merupakan butir-butir kajian perincian pesakit;

 Nama :Leila Binti Simon


 No. IC : 911207-12-6533
 No. Pendaftaran : 120/12

Leila merupakan seorang surirumah tangga yang berasal dari Kg, Skim Kuala
Tomani berumur 22 tahun dan berbangsa Murut. Beliau datang ke Klinik Kesihatan Kuala
Tomani setelah mendapati dirinya mengalami tanda- tanda kehamilan. Ujian UPT telah
dijalankan ke atas Leila dan didapati positif. Setelah temuh ramah dijalankan ke atas klien,
klien menyatakan bahawa beliau pernah mengalami ‘morning-sickness’ yang teruk, letih
lesu dan selera makan berkurangan. Pemeriksaan fizikal yang dijalankan ke atas klien
mendapati berat badan beliau adalah 45kg, konjuntiva pucat dan bibir beliau kering. Ujian
FBC yang dijalankan ke atas klien mendapati paras Hb beliau adalah rendah iaitu 9.1 g/dL
sahaja. Klien kemudiannya dirujuk kepada doktor untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.
Anemia Semasa Kehamilan 3

PENCARIAN LITERATUR

Anemia berdasarkan Wikipedia merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa


Greek yang membawa pengertian "tiada darah", merujuk kepada kekurangan sel darah
merah (RBC) dan/atau hemoglobin. Arisman, 2007 menyatakan bahawa anemia adalah
keadaan dimana kadar penurunan hemoglobin, hematokrit dan jumlah sel darah merah
dibawah nilai normal oleh seseorang itu, manakala Soebroto (2010) mendefinisikan anemia
sebagai penyakit kurang darah yang ditandai dengan kadar hemoglobin dan sel darah
(eritrosit) lebih rendah dibandingkan normal.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berdasarkan laporannya menyatakan hampir 50%


ibu mengandung di seluruh dunia mengalami anemia. Di negara maju prevalen anemia
dalam kalangan ibu mengandung adalah 18% dan di negara membangun pula, prevalennya
adalah 56%. WHO juga menyatakan bahawa taburan anemia dikatakan paling tinggi di
Asia Selatan di mana tiga perempat daripada jumlah ibu mengandung mengalami masalah
anemia.

Terdapat beberapa kajian mengenai Anemia semasa kehamilan diseluruh Malaysia


disebabkan implikasi yang melibatkan dua individu iaitu bayi serta ibu. Berdasarkan kajian
“Prevalen Anemia semasa mengandung dan faktor-faktor mempengaruhi di Johor Bahru”
menyimpulkan bahawa kekerapan mengambil pil ferus merupakan risiko utama anemia
semasa mengandung. Oleh itu pihak kesihatan awam perlu menekankan kepatuhan
pengambilan pil ferus bagi mencegah dan merawat anemia semasa mengandung.

Kajian di Singapura pula menunjukkan prevalen anemia semasa melahirkan anak adalah
15.3% dan 81.3% daripada kes anemia tersebut disebabkan oleh kekurangan zat besi.
Anemia Semasa Kehamilan 4

PENGKELASAN KETERUKAN ANEMIA

Paras Hb (g/dl) Tahap Keterukan Anemia

< 6.9 Sangat Teruk

6.9 < 8.0 Teruk

8.0 < 9.5 Sederhana

9.5 < 10.5 Ringan

Melalui ujian darah ‘Full blood count’ yang dijalankan keatas klien, didapati beliau
menghidap anemia dan klien dinasihati berjumpa doktor untuk tindakan serta rawatan
lanjut. Ujian FBC ini terdiri daripada RBC, white blood cell count, haemoglobin, buse,
creatinine,LFT dan ESR.

Pemantauan: Pemeriksaan kandungan yang berkala serta pemantauan paras Hb yang


berterusan dilakukan setiap kali lawatan klien ke untuk sepanjang tempoh kehamilan.
Pemantauan terhadap gejala anemia ibu turut dititikberatkan bagi menilai serta memastikan
kesihatan ibu pada tahap yang memuaskan.
Anemia Semasa Kehamilan 5

PERBINCANGAN

Antara masalah yang boleh terjadi kepada bayi jika seseorang itu menghidapi anemia
adalah boleh menyebabkan kematian janin disebabkan oleh kekurangan bekalan oksigen,
kelahiran bayi yang tidak cukup bulan serta kelahiran bayi yang kurang berat badan.
Manakala bagi ibu pula masalah yang boleh terjadi kepada ibu jika menghidapi anemia
adalah boleh menyebabkan tekanan darah meningkat yang boleh menyebabkan pre-
eklampsia, kekurangan bekalan darah semasa dan selepas bersalin, keguguran malah
kematian.

Di dalam kes anemia, rawatan yang selalu diberi oleh doktor adalah tambahan asid folik
dan ferum. Ambillah ferum tambahan 1 jam sebelum makan atau waktu di antara 2 waktu
makan utama untuk penyerapan yang lebih baik atau pun dua kali sehari. Walau
bagaimanapun, terlalu kerap mengambil ferum boleh menyebabkan sembelit. Jadi, untuk
mengelakkan masalah sembelit, ambil lebih banyak serat dan lebihkan meminum cecair.
Elak pengambilan ubat haematinik tersebut bersama-sama dengan susu atau kopi, gantikan
dengan jus buah-buahan.

Rawatan mungkin melibatkan pengambilan diet yang kaya dengan ferum, asid folik dan
juga vitamin.Asid folik adalah sejenis vitamin yang boleh didapati di dalam banyak jenis
makanan dan multivitamin tambahan. Asid folik adalah penting untuk mengelak kejadian
Anemia dan kecacatan kelahiran. Makanan yang kaya dengan asid folik termasuklah
sayuran seperti kekacang, brokoli, asparagus,serta jus dan buah-buahan sitrus. Pengambilan
multivitamin tambahan juga adalah perlu. Wanita hamil juga harus mendapatkan rehat dan
tidur yang cukup selain bijak mengatasi stress dalam kehidupan seharian.
Anemia Semasa Kehamilan 6

CADANGAN

Dalam kes Leila, setelah pemeriksaan dilakukan ,doctor telah memberi nasihat dan
penerangan mengenai amalan pemakanan ubatan yang perlu untuk ibu mengandung yang
mengalami anemia. Ubatan yang telah diberikan kepada Leila adalah :

 Tab.Ferrous Fumerate 400mg TDS


 Tab.Folic Acid 5mg OD
 Tab.VIT C 100mg OD
 Tab.B Complex OD

‘Double haematinik’ diamalkan klien sepanjang tempoh kehamilan sehingga tempoh


gestasi 36 minggu, suntikan imferon juga akan diberikan sekiranya kadar Hb yang rendah
walaupun selepas menerima double haematinik sejak sebulan memulakannya.

Pendidikan kesihatan berterusan juga dilakukan di klinik kesihatan yang diberikan oleh
Jururawat Masyarakat setiap kali lawatan klien ke klinik. Nasihat pemakanan sihat,
kepentingan ubat-ubatan dan gejala-gejala anemia juga telaah diterangkan kepada klien.

Secara umumnya, pihak hospital haruslah mengadakan beberapa bengkel serta kempen
kesedaram kepada setiap individu agar mereka sedar akan tanggungjawab serta keperluan
diri mereka. Antara aktiviti yang sepatutnya diadakan;

a. Bengkel Klinik kehamilan

Bengkel nasihat mengenai “klinik” kehamilan sepanjang sembilan bulan harus diberikan
kepada ibu-ibu mengandung ataupun kepada wanita yang sudah berkahwin bagi
menimbulkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan ibu serta bayi bagi
mengelakkan sebarang implikasi serta gangguan tumbesaran bayi. Bahan-bahan pendidikan
yang berupa risalah mengenai anemia diedarkan dan ceramah-ceramah di kelas
keibubapaan oleh anggota kesihatan juga dilaksanakan untuk penyebaran maklumat.
Pendidikan kesihatan haruslah diperkasakan agar ibu-ibu mengandung ini patuh kepada
pengambilan ubat-ubatan sepanjang kehamilan.
Anemia Semasa Kehamilan 7

b. Kempenkesedaranpemakanansihat

Bengkel pengambilan pemakanan yang sihat seperti makanan kaya dengan zat besi,
makanan yang meningkatkan penyerapan dan mengurangkan penghalang penyerapan zat
besi juga telah diberi oleh pegawai zat makanan kepada untuk ibu-ibu yang sedang hamil
khususnyapenghidap anemia sebagai langkah untuk mengatasi masalah anemia. Selain itu
pemberian hematinik (ferrous fumarate, asid folik, vitamin C dan vitamin B kompleks)
harus dijalankan secara percuma.

c. Pemindahandarah

Secara umumnya, pemindahan darah merupakan jalan yang terakhir untuk mendapatkan zat
besi. Hal ini kerana terdapat beberapa kes menunjukkan keadaan ibu tersebut bertambah
teruk dalam kaedah pemindahan darah. Oleh sebab itu, hanya ibu yang betul-betul
memerlukan pemindahan darah (transfusi darah) boleh mendapatkan transfusi darah.
Anemia Semasa Kehamilan 8

RUMUSAN

Melalui kajian ini, dapat dirumuskan bahawa anemia merupakan penyakit yang berbahaya
kepada ibu serta bayi yang dikandung yang mana keduanya akan berhadapan dengan
komplikasi yang berbahaya seperti kematian. Oleh itu langkah awal harus dibuat bagi
mengelak, serta bagi mengesan anemia semasa kehamilan.

Ibu haruslah sentiasa menjalankan ‘klinik’ sepanjang kehamilan bagi mendapatkan


imunisasi secukupnya serta mendapatkan khidmat nasihat bagi memastikan tumbesaran
bayi adalah sihat di dalam rahim juga selepas dilahirkan.

Oleh itu, sebagai Penolong Pengawai Perubatan saya amat menitikberatkan kesihatan serta
rawatan klinikal ibu mengandung serta pendidikan kesihatan bagi wanita yang suda
berkahwin. Saya juga menyeru agar para suami mengambil berat setiap keperluan isteri
yang hamil.

Prognosis

• Sekiranya masalah ini dikesan awal dan dirawat dengan sempurna, prognosis untuk
kesihatan anda dan anak dalam kandungan adalah baik. Dengan kata lain keselamatan anda
dan janin adalah terpelihara. Semasa hamil, tubuh ibu akan sentiasa memastikan yang bayi
di dalam kandungan akan mendapat bekalan ferum yang cukup berbanding dengan ibu itu
sendiri. Oleh itu keperluan untuk bayi sentiasa ada.

• Anemia biasanya mudah dirawat dengan pengambilan ferum dan juga asid folik tambahan
yang cukup.

• Tetapi sekiranya keadaan anemia itu dibiarkan tidak dirawat, kesan buruk akan timbul
pada ibu dan juga bayi dalam kandungan dan juga untuk kehamilan-kehamilan yang
mendatang.
Anemia Semasa Kehamilan 9

SENARAI RUJUKAN

1. WHO. World health report. Geneva: World Health Organization, 2001.

2. Siti Khatijah AR., et al. Prevalen Anemia semasa mengandung dan faktor-faktor
mempengaruhi di Johor Bahru. Universiti Kebangsaan Malaysia. 2010.

3. Malaysian Journal of Public Health Medicine.2010.

4. http://en.wikipedia.org/wiki/Anemia

5. Dr.Suhazeli Abdullah. Anemia SemasaMengandung. (Slide show)

6. Dr. NiniShuhaida Mat Harun. Anemia kalanganibumengandung.


KlinikKesihatanSeberangTakir. (Slide show).
Anemia Semasa Kehamilan 10

LAMPIRAN

Gambar 1. Menunjukkan sel darah merah yang kecil dan pucat.

Gambar 2. Sel darah merah dalam keadaan normal (kiri), manakala gambaran sel darah
merah yang mengalami anemia (kanan).
Anemia Semasa Kehamilan 11

You might also like