You are on page 1of 3

Populasi dan Persampelan

Menurut Mohd Yusof (2005), populasi ialah sekumpulan besar individu yang hendak dikaji.
Ia juga merupakan objek atau peristiwa yang dikaji. Perkataan populasi adalah
merujuk kepada himpunan keseluruhan subjek kajian yang tidak t e r h a d kepada
kumpulan manusia sahaja tetapi merangkumi apa sahaja kumpulan subjek yang
menjadi tumpuan kajian(Bidin Yatim & Sharipah So’aad Syed Yahaya, 2002).
Populasi merupakan keseluruhan dari objek penelitian yang dapat berupa manusia, haiwan,
tumbuh-tumbuhan, gejala, nilai, peristiwa, sikap hidup, dan sebagainya yang menjadi pusat
perhatian dan menjadi sumber data penelitian. Apabila kita lihat definisi tersebut, pengertian
populasi sangat beragam sehingga kita harus mendefinisikan populasi tersebut dengan jelas
dan tepat. Populasi ialah satu kumpulan elemen atau kes, sama ada individu, objek atau
peristiwa yang menurut kriteria yang terperinci ataupun individu yang keputusannya boleh
dibuat sebagai kesimpulan umum (Mc Millan, 1996). Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999)
menyatakan bahawa jika jumlah populasinya adalah kecil, penyelidik boleh menggunakan
keseluruhan ahli sebagai sampel dan penyelidikan tersebut adalah sebuah kajian kes.Mengikut
Fraenkel & Wallen,1990 populasi ialah kumpulan sasaran penyelidik supaya sesuatu dapatan
kajian dapat diaplikasikan.

Sampel ialah kumpulan yang akan dikaji yang diperolehi daripada populasi. Persampelan
bermaksud membolehkan maklumat diperolehi daripada sebahagian daripada kumpulan
yang lebih besar atau mendapatkan sampel daripada populasi sasaran. Pengambilan sampel
dari populasi mestilah benar-benar mewakili populasi (Mohd Yusof, 2005). Menurut Azizi
et. al (2007), beberapa teknik dapat digunakan bagi mendapatkan sampel yang mewakili
populasi dengan tepat. Menurut Sekaran (2000), persampelan adalah merujuk kepada proses
memilih jumlah elemen yang mencukupi daripada populasi supaya pemahaman terhadap
sifat-sifat sampel dapat memungkinkan pengkaji membuat generalisasi terhadap sifat-sifat
populasi sampel berkenaan Bagi mendapatkan jumlah bilangan sampel yang digunakan
dalam kajian ini, penyelidik telah merujuk kepada Jadual Penentuan Saiz Sampel yang
dikemukakan oleh Krejcie and Morgan (1970) dalam Azizi et. al (2006).

Kaedah persampelan merupakan pengambilan sebahagian pecahan dari suatu populasi atau
juzuk penuh sebagai mewakili populasi atau juzuk itu (Kerlinger,1973). Sampel dalam kaedah
persampelan merupakan satu subset populasi dan sampel berupaya mewakili keseluruhan
populasi. Sampel atau responden-responden yang terpilih dalam soal selidik haruslah
mengikut beberapa kriteria dan juga berkaitan dengan isu sama ada secara langsung atau tidak
langsung.
Terdapat beberapa kaedah persampelan, antaranya adalah persampelan berkebarangkalian
dan persampelan tidak berkebarangkalian.Persampelan berkebarangkalian pula dibahagikan
kepada sampel rawak mudah, sampel sistematik, sampel berserta dan sampel berkelompok.
Persampelan tidak berkebarangkalian terdiri daripada sampel kuota, sampel "bola salji" dan
sampel pertimbangan. Persampelan berkelompok digunakan apabila sesuatu populasi boleh
dibahagikan kepada unit-unit dengan setiap unit mempunyai ciri-ciri populasi. Selepas
beberapa unit telah dipilih secara rawak, unsur-unsur dalam unit ini akan dipilih secara rawak
untuk membentuk sampel berkelompok.
Persampelan perlu di lakukan semasa menjalankan kajian kerana penyelidik tidak dapat
mengkaji kelakuan semua manusia dan perlu menghadkan parameter kajian ( Foong , 2008).
Seseorang penyelidik mungkin tidak berupaya menggunakan semua anggota populasi dalam
kajian. Oleh itu, wakil atau contoh am populasi yang dikenali sebagai sampel sahaja yang
akan digunakan dalam kajian (Mohd. Majid Konting, 2000). Menurut Mohd. Majid Konting
(2004), persampelan merupakan strategi penyelidikan di mana penyelidik boleh mendapat
maklumat mengenai sesuatu populasi daripada sebahagian individu yang menganggotai
populasi tersebut. Sebahagian individu yang diambil melalui persampelan bagi mewakili
sesuatu populasi yang dikaji dinamakan sampel. Menurut Alias (1992), sampel merangkumi
ahli-ahli daripada kumpulan kecil yang dipilih secara rawak dari populasi untuk mengkaji
sifat atau parameter populasi.

Dua jenis persampelan yang utama ialah rawak dan tidak rawak. Di dalam persampelan
rawak setiap unit di dalam populasi mempunyai kebarangkalian yang sama untuk dipilih
sebagai sampel. Persampelan rawak menunjukkan peluang yang sama untuk memasuki
proses pemilihan. Sebagai contoh, kebanyakan rakyat Malaysia yang membeli Sijil Simpanan
Primium percaya pemenang cabutan Sijil Simpanan Primium adalah dipilih dari cabutan
nombor rawak. Di dalam situasi ini, ahli-ahli populasi percaya bahawa pemilihan adalah
dibuat melalui peluang.
Di dalam sampel tidak rawak pula bukan semua unit populasi mempunyai
kebarangkalian untuk dipilih kedalam sampel. Ahli-ahli persampelan tidak rawak tidak
dipilih melalui peluang. Sebagai contoh, mereka dipilih disebabkan mereka berada ditempat
yang betul dan pada waktu yang betul atau mereka mengetahui bahawa penyelidik sedang
menjalankan penyelidikan.
Kadangkala persampelan rawak dipanggil sebagai persampelan kebarangkalian dan
persampelan tidak rawak dipanggil sebagai persampelan bukan kebarangkalian. Disebabkan
oleh setiap unit populasi tidak mempunyai peluang yang sama dipilih maka untuk meletakkan
sesuatu kebarangkalian adalah mustahil.

Dalam penulisan ini saya hanya akan menerangkan tentang persampelan rawak mudah.

Pensampelan rawak mudah (Simple Random Sampling)

Ia merupakan teknik pensampelan yang asas. Ia memerlukan senarai kesemua calon yang
berkemungkinan di pilih. Setiap individu mempunyai kebarangkalian yang sama untuk di
pilih berbanding calon lain. Nama calon yang telah dipilih tidak akan dimasukkan semula
kedalam senarai pencalonan. Masaalah dengan teknik ini ialah apabila senarai kesemua calon
tidak ada atau tidak lengkap

Contohnya: Pilih satu nombor dari nombor-nombor berikut:


2 3 1 7 6 9 45 32 4 56 22 89

(kebarangkalian bagi setiap nombor dipilih ialah 1/12)

You might also like