You are on page 1of 8

PENGENALPASTIAN MASALAH

Saban hari, pelbagai aneka makanan dan kuih dapat kita lihat. Walaupun
terdapat banyak inovasi masakan terbaru, kita masih tidak dapat melupakan
makanan tempatan. Sememangnya, negara kita kaya dengan resipi masakan
tempatan sejak turun-temurun.

Walaupun begitu, melalui pemerhatian saya, kebanyakan bater yang


membuat kuih tempatan di pasaran kini menggunakan pewarna untuk menambah
warna kuih. Hal ini jelas membuktikan bahawa pewarna yang digunakan tidak baik
untuk kesihatan pemakannya.

PENCETUSAN IDEA

Bagi mendapatkan idea yang lebih tentang resipi yang telah saya cipta ini,
saya telah membuat proses pengumpulan data. Antara langkah pengumpulan data
yang telah saya lakukan ialah melalui kaedah temu bual dan rujukan ilmiah.

Semasa menjalankan proses temu bual ini, saya telah menjalankan temu
bual terhadap pelbagai golongan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang umur
dan jantina. Antara soalan yang diajukan semasa proses temu bual ialah mengenai
pendapat mereka terhadap cita rasa kuih kegemaran mereka. Saya mendapati
golongan lanjut usia lebih suka kuih yang mengukus berbanding dengan golongan
kanak-kanak dan remaja.

Dengan ini, saya telah membuat buku rujukan dan sumber internet mengenai
bater yang menggunakan kaedah mengukus. Saya telah memperolehi banyak
maklumat melalui kaedah pengumpulan maklumat ini. Oleh itu, saya telah terfikir
untuk menghasilkan bater yang diberikan nama Lompang Lobak dengan
menggunakan jus lobak merah sebagai pewarna.
PEREKAAN DAN PEMILIHAN RESIPI

Berikut merupakan resipi asal untuk menghasilkan Kuih Lompang.

Bahan-bahan: Hiasan:

 75g tepung beras  1 ½ camb kelapa parut


 30 tepung ubi (dibuang kulit ari)
 100g gula pasir  Secubit garam halus
 320ml air
 1 helai daun pandan (disimpul)
 1 cams air pandan pekat atau beberapa titis
pewarna hijau (jika perlu)
 Secubit kapur

Cara penyediaan:

1) Menyediakan air sirap


a) Rebus gula, air dan daun pandan hingga gula larut.
b) Biarkan sejuk.

2) Menyediakan pengukus

a) Masak air dalam periuk pengukus.


b) Panaskan acuan-acuan lompang.

3) menyediakan batter

a) Bancuh tepung dengan air sirap sejuk.


b) Tambah air pandan, pewarna hijau dan kapur. Kacau rata.

4) mengukus kuih

a) Tuang batter ke dalam penyukat dan kemudian tuangkan ke dalam acuan-


acuan lompang yang panas.
b) Kukus selama 20-25 minit. Apabila kuih masak, kukus tanpa tutup
sehingga kering dan berkilat.

5) Menghidangkan kuih

a) Keluarkan kuih dari pengukus dan sejukkan.


b) Keluarkan kuih dari acuannya.
c) Bubuh kelapa di atasnya dan hidangkan dalam pinggan kuih.
Pengubahsuaian:
a) Gantikan pewarna hijau kepada jus lobak merah.

PERANCANGAN UNTUK PENGUJIAN

Lompang Lobak

Bahan-bahan: Hiasan:

 75g tepung beras  1 ½ camb kelapa parut


 30 tepung ubi (dibuang kulit ari)
 100g gula pasir  Secubit garam halus
 320ml air
 1 helai daun pandan (disimpul)
 1 cams jus lobak merah (dikisar)
 Secubit kapur

Langkah penyediaan:

1) Menyediakan air sirap

a) Rebus gula, air dan daun pandan hingga gula larut.


b) Biarkan sejuk.

2) Menyediakan pengukus

a) Masak air dalam periuk pengukus.

3) Menyediakan batter

a) Bancuh tepung dengan air sirap sejuk.


b) Tambah jus lobak merah dan kapur. Kacau rata.

4) Mengukus kuih

a) Tuang batter ke dalam penyukat dan kemudian tuangkan ke dalam loyang.


b) Kukus selama 20-25 minit. Apabila kuih masak, kukus tanpa tutup
sehingga kering dan berkilat.
5) Menghidangkan kuih

a) Keluarkan kuih dari pengukus dan sejukkan.


b) Keluarkan kuih dari acuannya.
c) Bubuh kelapa di atasnya dan hidangkan dalam pinggan kuih.

PENGUJIAN DAN PENAMBAHBAIKAN RESIPI

Hasil pengujian saya melalui Lompang Lobak ini didapati bahawa warna kuih
tidak terang. Oleh itu, saya akan menambah jumlah jus lobak merah ke dalam kuih
ini supaya kelihatan lebih cantik dan terang.
PENDOKUMENTASIAN

Lompang Lobak

Bahan-bahan: Hiasan:

 75g tepung beras  1 ½ camb kelapa parut


 30 tepung ubi (dibuang kulit ari)
 100g gula pasir  Secubit garam halus
 320ml air
 1 helai daun pandan (disimpul)
 1 cams jus lobak merah (dikisar)
 Secubit kapur

Rajah 19: Resipi Lompang Lobak


Pengiraan Kos

Bahan

Harga Harga Harga Harga


Bahan Kering Kuantiti Seunit Kos Bahan Basah Kuantiti Seunit Kos
(RM) (RM) (RM) (RM)

RM3.20 Lobak merah ½ RM3.40 0.40


Gula 100g 0.30
per kg batang per kg

RM1.80 Kelapa parut 1½ RM1.00 0.20


Tepung beras 75g 0.30
per 500g camb per 100g

RM2.35
Tepung ubi 30g 0.10
per kg

RM1.00
Garam Secubit 0.10
per kg

Jumlah 0.80 Jumlah 0.60

Rajah 20: Senarai Penggunaan Bahan

Kos bahan = Kos Bahan Kering + Kos Bahan Basah

= RM0.80 + RM0.60

= RM1.40

Kos upah = Kadar Upah X Bilangan Jam X Bilangan Pekerja

= RM1.00 x 1 jam x 1

= RM1.00

Kos sampingan = Elektrik + Air

= RM0.50 + RM0.20

= RM0.70

Kos Projek = Kos Bahan Mentah + Kos Upah + Kos Sampingan

= RM3.10
Senarai Penggunaan Peralatan

Bil. Item Jumlah

1. Sudu 1

2. Pengukus 1

3. Senduk 1

5. Mangkuk adunan 1

6. Penyukat 1

7. Alat penimbang 1

8. Mangkuk 4

9. Pinggan cantik 1

Rajah 21: Senarai Penggunaan Peralatan

Susunan Kerja:

Langkah Susunan kerja Catatan


1 a) Sediakan bahan dan peralatan seperti yang
ditunjukkan dalam rajah 19 dan 21.
2 a) Rebus gula, air dan daun pandan hingga gula Kaedah memasak:
larut.  Mengukus
b) Biarkan sejuk.
c) Masak air dalam periuk pengukus.
3 a) Bancuh tepung dengan air sirap sejuk.
b) Tambah jus lobak merah dan kapur. Kacau rata.
4 a) Tuang bater ke dalam penyukat dan kemudian Kaedah memasak:
tuangkan ke dalam loyang. Mengukus
b) Kukus selama 20-25 minit. Apabila kuih masak,
kukus tanpa tutup sehingga kering dan berkilat.
5 a) Keluarkan kuih dari pengukus dan sejukkan.
b) Keluarkan kuih dari acuannya.
c) Bubuh kelapa di atasnya dan hidangkan dalam
pinggan kuih.

You might also like