You are on page 1of 31

PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP FAKTOR-FAKTOR KERUNTUHAN

AKHLAK REMAJA ISLAM MASA KINI: SATU TINJAUAN DI TAMAN


AMAN ANAK BUKIT, ALOR SETAR KEDAH

ROHAYATI BINTI DERANI

Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi


Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2004
iv

PENGHARGAAN

‫ﺑﺴﻢ اﷲ اﻟﺮﺣﻤﻦ اﻟﺮﺣﻴﻢ‬


Alhamdulillah, saya memanjatkan sepenuh kesyukuran dan pujian ke hadrat
Allah S.W.T. Tuhan semesta alam kerana dengan limpah rahmat serta izin-Nya
dapatlah penulisan ini disiapkan dengan jayanya dan berjalan dengan lancar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan berbanyak-banyak terima kasih saya tujukan


kepada ustaz Abdul Hafiz Bin Abdullah yang bertindak selaku penyelia Projek
Sarjana Muda ini di atas bimbingan dan bantuan yang diberikan sepanjang tempoh
perjalanan projek ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada pihak-pihak lain


yang terlibat yang telah banyak membantu. Tidak ketinggalan buat keluarga tercinta
khususnya bonda dan ayahanda yang tidak pernah jemu mendoakan dan memberikan
dorongan selama ini. Terima kasih juga kepada semua pensyarah-pensyarah yang
pernah mencurahkan ilmu selama ini, semoga kalian semua meredhai segala ilmu
yang telah diberikan.

Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada semua yang telah terlibat
sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kajian ini, terutama
sekali buat penduduk di kawasan perumahan Taman Aman kerana sudi bekerjasama
dalam kajian ini.
v

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu tinjauan mengenai persepsi ibu bapa terhadap
faktor-faktor keruntuhan akhlak remaja Islam masa kini. Sampel untuk kajian ini
terdiri daripada ibu bapa di Jalan 6, Taman Aman Anak Bukit, Alor Setar Kedah.
Soal selidik telah dipilih sebagai instrumen untuk kajian ini. Borang soal selidik
yang digunakan dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu bahagian A dan B.
Secara umumnya bahagian A mengandungi maklumat latar belakang responden dan
bahagian B mengandungi item-item yang berkaitan dengan persoalan kajian. Skala
Likert telah digunakan bagi membuat penilaian terhadap kesemua 34 item yang
terkandung dalam bahagian B. Seramai 60 orang ibu dan bapa yang mewakili 30
peratus daripada jumlah 200 orang ibu bapa telah dipilih. Penyelidik menggunakan
perisian komputer "Statistical Package For Social Science 11.0 For Windows"
(SPSS) untuk mengira dan mendapatkan jumlah kekerapan, peratus dan min data.
Dapatan kajian menunjukkan ibu bapa di kawasan perumahan tersebut berpersepsi
positif bahawa faktor-faktor yang dinyatakan boleh menjadi penyebab kepada
keruntuhan akhlak remaja. Di samping itu, beberapa cadangan telah diutarakan
untuk mengatasi permasalahan keruntuhan akhlak di kalangan remaja tersebut.
vi

ABSTRACT

This research intends to study the parents's perception about the factors that
lead to the misbehavior of Muslim teenagers nowadays. The sample for this research
incuded the parents at Jalan 6, Taman Aman Anak Bukit, Alor Setar Kedah.
Questionaires have been use to carry out this research. Questionnaires that used in
gathering the data were divided into four parts are A and B. Generally, part A
consist of respondents background while part B will consist of items related to the
studies. Likert scale was used to evaluate all the items in part B. The total amount
of 60 respondents has been choosing from among 200 parents at the street. This
amount of sample represents 30 percent of the parents. The data obtained was
analyzed with computer software "Statistical Package For Social Science 11.0 For
Windows" to calculate a frequency, mean and percentage of the data. The results
show that the mojority of respondents bear a positive perception towards the factors
that lead to the misbehavior of Muslim teenagers. Besides, some suggestion were
proposed to solve the problem.
vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS


PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xvi

I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Skop Dan Batasan Kajian 10
1.8 Definisi Istilah 10
1.8.1 Persepsi 10
viii

1.8.2 Ibu Bapa 11


1.8.3 Faktor 11
1.8.4 Keruntuhan 12
1.8.5 Akhlak 12
1.8.6 Remaja 14
1.9 Kesimpulan 15

II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 16
2.2 Keruntuhan Akhlak di Kalangan Remaja 18
2.2.1 Isu-isu Berkaitan Dengan Akhlak Remaja 20
2.2.2 Faktor-Faktor Keruntuhan Akhlak Remaja 22
2.2.2.1 Faktor Institusi Kekeluargaan 23
2.2.2.2 Faktor Kurangnya Pendidikan
dan Penghayatan Agama 25
2.2.2.3 Faktor Pengaruh Persekitaran 28
2.2.2.4 Faktor Pengaruh Rakan Sebaya 30
2.2.2.5 Faktor Pengaruh Media Massa 34
2.3 Kajian Terdahulu Mengenai Keruntuhan Akhlak 36
2.4 Kesimpulan 39

III METODOLOGI KAJIAN


3.1 Pendahuluan 40
3.2 Rekabentuk Kajian 40
3.3 Tempat Kajian 41
3.4 Sampel Kajian 41
3.5 Instrumen Kajian 42
3.5.1 Borang Soal Selidik 42
3.6 Tatacara Kajian 44
3.7 Analisis Data 44
ix

3.8 Kajian Rintis 46


3.9 Kesimpulan 47

IV DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan 48
4.2 Analisis Data 49
4.3 Bahagian A 49
4.3.1 Responden Mengikut Umur 49
4.3.2 Responden Mengikut Status 50
4.3.3 Responden Mengikut Bilangan Anak 51
4.3.4 Responden Mengikut Kelulusan Akademik 52
4.3.5 Responden Mengikut Pekerjaan 53
4.3.6 Responden Mengikut Umur Anak Remaja 54
4.4 Bahagian B 54
4.4.1 Objektif Kajian 1: Persepsi Ibu Bapa
Terhadap Faktor Institusi Keluarga Dalam
Mempengaruhi Keruntuhan Akhlak Remaja 55
4.4.2 Objektif Kajian 2: Persepsi Ibu Bapa
Terhadap Faktor Kurangnya Pendidikan Dan
Penghayatan Agama Yang Boleh
Mempengaruhi Keruntuhan Akhlak Remaja 60
4.4.3 Objetif kajian 3: Persepsi Ibu Bapa Terhadap
Faktor Persekitaran Dalam Mempengaruhi
Keruntuhan Akhlak Remaja 64
4.4.4 Objektif Kajian 4: Persepsi Ibu Bapa
Terhadap Faktor Rakan Sebaya Dalam
Mempengaruhi Keruntuhan Akhlak Remaja 69
4.4.5 Objektif Kajian 5: Persepsi Ibu Bapa
Terhadap Faktor Media Massa Dalam
Mempengaruhi Keruntuhan Akhlak Remaja 74
4.5 Kesimpulan 78
x

V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN


5.1 Pendahuluan 79
5.2 Perbincangan 80
5.2.1 Faktor Institusi Keluarga Dalam
Mempengaruhi Keruntuhan Akhlak Remaja. 81
5.2.2 Faktor Kurangnya Pendidikan Dan
Penghayatan Agama Yang Boleh 83
Mempengaruhi Keruntuhan Akhlak Remaja
5.2.3 Faktor Persekitaran Dalam Mempengaruhi
Keruntuhan Akhlak Remaja 84
5.2.4 Faktor Rakan Sebaya Dalam Mempengaruhi
Keruntuhan Akhlak Remaja 86
5.2.5 Faktor Media Massa Dalam Mempengaruhi
Keruntuhan Akhlak Remaja 88
5.3 Rumusan 90
5.3.1 Persepsi Ibu Bapa Terhadap Faktor Institusi
Keluarga 90
5.3.2 Persepsi Ibu Bapa Terhadap Faktor
Kurangnya Pendidikan dan Penghayatan
Agama 91
5.3.3 Persepsi Ibu Bapa Terhadap Faktor
Persekitaran 91
5.3.4 Persepsi Ibu Bapa Terhadap Faktor Rakan
Sebaya 92
5.3.5 Persepsi Ibu Bapa Terhadap Faktor Media
Massa 92
5.4 Cadangan 92
5.4.1 Cadangan Tindakan 93
5.4.1.1 Ibu Bapa 93
5.4.1.2 Remaja 93
5.4.1.3 Pendidik 94
5.4.1.4 Media Massa 94
5.4.1.5 Pihak Berkuasa 95
xi

5.4.1.6 Masyarakat 95
5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 96
5.5 Penutup 96

RUJUKAN 97
LAMPIRAN 101
xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Kriteria Skala Lima Mata 42


3.2 Taburan soalan 43
3.3 Tahap Skor Min Item Positif 45
3.4 Tahap Skor Min Item Negatif 45
3.5 Aras Persetujuan 45
4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 48
4.2 Pecahan Sampel Mengikut Status 49
4.3 Pecahan Responden Mengikut Bilangan Anak 50
4.4 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik 51
4.5 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan 52
4.6 Taburan Responden Berdasarkan Umur Anak Remaja 53
4.7 Taburan Dapatan Sampel Tentang Persepsi Ibu Bapa
Terhadap Faktor Institusi Keluarga Dalam
Mempengaruhi Keruntuhan Akhlak Remaja 54
4.8 Kedudukan Item-Item Berdasarkan Nilai Min Bagi
Objektif Kajian Satu 58
4.9 Taburan Dapatan Sampel Tentang Persepsi Ibu Bapa
Terhadap Faktor Kurangnya Pendidikan Dan Penghayatan
Agama Yang Boleh Mempengaruhi Keruntuhan Akhlak
Remaja 59
4.10 Kedudukan Item-Item Berdasarkan Nilai Min Bagi
Objektif Kajian Dua 62
xiii

4.11 Taburan Dapatan Sampel Tentang Persepsi Ibu Bapa


Terhadap Faktor Persekitaran Dalam Mempengaruhi
Keruntuhan Akhlak Remaja 63
4.12 Kedudukan Item-Item Berdasarkan Nilai Min Bagi
Objektif Kajian Tiga 67
4.13 Taburan Dapatan Sampel Tentang Persepsi Ibu Bapa
Terhadap Faktor Rakan Sebaya Dalam Mempengaruhi
Keruntuhan Akhlak Remaja 68
4.14 Kedudukan Item-Item Berdasarkan Nilai Min Bagi
Objektif Kajian Empat 72
4.15 Taburan Dapatan Sampel Tentang Persepsi Ibu Bapa
Terhadap Faktor Media Massa Dalam Mempengaruhi
Keruntuhan Akhlak Remaja 73
4.16 Kedudukan Item-Item Berdasarkan Nilai Min Bagi
Objektif Kajian Lima 76
xiv

SENARAI SINGKATAN

AIDS - Sindrom Kekurangan Daya Tahan Penyakit


B Bersetuju
GPMS - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung
HIV - Human Immuno Deficiency
KB Kurang Setuju
MCKK - Maktab Melayu Kuala Kangsar
NGO Badan-badan Bukan Kerajaan
Ph.D Doktor Falsafah
SB Sangat Bersetuju
SPSS - Statistical Package For Social Science 11.0 For Windows
SPM/MCE Sijil Pelajaran Malaysia
SRP/LCE Sijil Rendah Pelajaran
STAR - Sekolah Tuanku Abdul Rahman
STB Sangat Tidak Bersetuju
STPM/HSC Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
TB Tidak Bersetuju
VCD - Video Cakera Padat
xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Contoh borang soal selidik 102


B Surat Pengesahan Fakulti Pendidikan 109
1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kekalnya sesuatu umat itu adalah kerana ketinggian dan kesempurnaan


akhlaknya. Apabila lenyap dan runtuh akhlaknya maka runtuh dan lenyaplah umat
tersebut. Kata-kata ini adalah rumusan yang dapat diambil daripada peristiwa
sejarah umat manusia dan tamadunnya. Menurut Mohd. Sulaiman Hj. Yasin (1992:
7), akhlak adalah syarat mutlak kepada kemajuan dan ketinggian umat dan
tamadunnya, seterusnya menjadi syarat mutlak pula kepada kekal dan keterusan umat
dan tamadun tersebut.

Setiap anak yang dilahirkan ke dunia ini merupakan anugerah tuhan yang
tidak ternilai dan amanah Allah S.W.T. kepada setiap ibu bapa agar anak tersebut
menjadi insan yang berguna dan berbudi pekerti dengan akhlak yang mulia. Ibu
bapa merupakan insan yang bertanggungjawab mendidik, memelihara, mengasuh,
memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak. Anak ibarat kain putih
yang boleh dicorakkan pelbagai warna oleh ibu bapa mereka. Sesungguhnya di
tangan ibu bapalah terletaknya corak masa depan anak-anak kerana mereka
diamanahkan dengan tanggungjawab ini. Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud:

"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci, maka kedua ibu bapanyalah
yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Riwayat Bukhari).
2

Keluarga merupakan antara pengaruh utama dalam kehidupan seseorang


remaja. Ini adalah kerana keluarga merupakan penyebar kepada sosialisasi yang
pertama ditemui sejak mereka dilahirkan ke dunia. Kegagalan ibu bapa dalam
mendidik anak-anak akan menjejaskan masa depan mereka yang menyebabkan
mereka terjerumus kepada keruntuhan ahklak dan tidak mampu untuk membentuk
diri mereka menjadi orang yang berguna dan berwawasan. Menurut Norazlin
Mohamad (1997: 27), ibu bapa hendaklah membentuk dan mendidik anak-anak
mereka semenjak mereka kecil lagi kerana anak-anak lebih mudah dibentuk ketika
masih kecil berbanding apabila sudah besar atau remaja. Tambah beliau, hal ini
wajar menjadi prinsip ibu bapa dalam mendidik anak-anak supaya mereka tidak
menyesal di kemudian hari kerana anak-anak sukar dibentuk menjelang usia mereka
meningkat dewasa.

Keluarga terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak. Ibu bapa berperanan
dalam mendidik dan membentuk jiwa dan rohani anak-anak. Mereka selaku ibu bapa
mempunyai pengaruh yang kuat terhadap setiap diri anak-anak termasuk berfungsi
sebagai pelindung dalam segala hal di sepanjang usia kehidupan anak-anak. Ini
menunjukkan sekiranya ibu bapa bercita-cita untuk melihat anak-anak mereka
menjadi insan yang berguna dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara, maka
didikan dan asuhan yang sempurna merupakan aspek yang perlu diberi perhatian.
Bukan itu sahaja, ibu bapa juga mestilah menunjukkan contoh teladan yang baik
supaya anak-anak melihat ibu bapa mereka mengamalkan sesuatu perkara itu dalam
kehidupan seharian dan bukan hanya menyuruh anak-anak melakukannya. Ini akan
menyebabkan berlakunya kekeliruan di kalangan anak-anak

Dalam pendidikan akhlak, institusi keluarga seharusnya memainkan peranan


penting. Hassan Langgulung (1981: 89) menyatakan bahawa peranan institusi
keluarga amat penting dalam pembentukan peribadi anak-anak bermula daripada
peringkat kanak-kanak sehingga remaja. Keluarga merupakan sumber dalam
pembentukan asas perkembangan diri remaja. Oleh itu hubungan antara ibu bapa
dengan remaja adalah sangat penting dan menjadi penentu kepada masa depan
seseorang remaja.
3

Menurut 'Abdullah Nasih 'Ulwan (1988: 120), anak adalah amanah yang
dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada kedua ibu bapa dan hati seorang bayi itu suci
ketika baru dilahirkan. Jika anak-anak dibiasakan dan diajar dengan kebaikan maka
mereka akan membesar dengan kebaikan tetapi jika sebaliknya, ia akan membesar
dengan kejahatan. Begitu juga dengan pandangan Sezali Din (1997: 75), yang
menyatakan jikalau baik budaya hidup dan acuan rumahtangga sesebuah keluarga,
maka baiklah peribadi anak tersebut.

Akhlak boleh ditafsirkan sebagai budi pekerti dan sifat-sifat mulia. Setiap
orang hendaklah mempunyai akhlak atau sifat-sifat yang baik dan mulia kerana
dengan mempunyai budi pekerti tersebut manusia akan dapat hidup dengan aman dan
bahagia dan sudah semestinya kebahagiaan perlu dimiliki oleh semua orang kerana
keadaan itu adalah fitrah manusia itu sendiri. Rangkaian di antara iman, ilmu, akhlak
dan amal mestilah ada pada semua manusia kerana keempat-empat perkara tersebut
saling berkaitan di antara satu sama lain. Akhlak amat penting kerana Rasulullah
s.a.w. sendiri telah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Hal ini
telah dinyatakan dalam sabda Rasulullah s.a.w.:

‫ق‬
َ‫ﻼ‬
َ‫ﺧ‬ْ‫ﻷ‬
َ ‫ﻷ َﺗ ﱢﻤ َﻢ َﻣﻜَﺎ ِر َم ا‬
ُ ِ‫ﺖ‬
ُ ‫ِإ َّﻧﻤَﺎ ُﺑ ِﻌ ْﺜ‬
Terjemahan: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak
yang mulia." (Riwayat Bukhari).

Berdasarkan hal ini, jelaslah bahawa ketinggian ilmu tidak memadai kerana
terdapat ramai orang yang berilmu tetapi akhlaknya rendah. Begitu juga dengan
iman dan amal. Keempat-empat perkara ini mesti digabungkan dan hendaklah
mempunyai nilai kualiti yang tinggi.

Akhlak merupakan salah satu ajaran asas agama Islam sehingga Rasulullah
s.a.w. pernah mendefinisikan agama itu dengan akhlak yang baik. Hal ini dijelaskan
dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
4

"Diriwayatkan bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, "Ya


Rasulullah, apakah agama itu?" Beliau menjawab: "Agama adalah akhlak
yang baik." (Riwayat Bukhari).

Begitu juga apabila kita meneliti melalui sebuah hadis, Rasulullah s.a.w.
menjadikan baik buruknya akhlak seseorang sebagai ukuran kualiti keimanannya:

"Orang Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik
akhlaknya." (Riwayat Tirmidzi).

Islam menjadikan akhlak yang baik sebagai bukti dan hasil daripada ibadah
kepada Allah S.W.T. seperti solat, puasa, zakat dan haji. Hal ini dijelaskan dalam al-
Quran seperti berikut:

Firman Allah S.W.T.:

Terjemahan: "Bacakanlah (Ya Muhammad) apa-apa yang diwahyukan


kepadamu di antara kitab, dan dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya
sembahyang itu melarang memperbuat yang keji dan yang mungkar.
Sesungguhnya mengingat Allah terlebih besar (faedahnya). Allah Maha
Mengetahui apa-apa yang kamu usahakan." (Al-Ankabut 29: 45).

Peranan akhlak dalam menentukan sahsiah seseorang tidak boleh dinafikan


lagi kepentingannya. Proses pembentukannya adalah selaras dengan perkembangan
jiwa seseorang itu. Untuk membentuk akhlak yang baik memang sukar tetapi setiap
Muslim itu mestilah berusaha ke arah membentuk kesempurnaan akhlak seperti yang
dituntut oleh agama Islam.
5

1.2 Latar Belakang Masalah

Semakin pesat arus pembangunan dan berkembangnya sesebuah negara


dengan pelbagai ciptaan sains dan teknologi, semakin meluas pula keruntuhan
akhlak, gejala sosial, jenayah dan keganasan. Remaja merupakan aset penting dalam
masyarakat dan negara kerana tanpa remaja, generasi kesinambungan zuriat
keturunan manusia tidak akan wujud. Menurut Sezali Din (1997: 71), di Malaysia
golongan remaja dianggarkan kira-kira 60% hingga 70% daripada 20.69 juta
penduduk negara ini. Dari sudut kenegaraan, remaja mempunyai peranan untuk
menyumbang terhadap pembangunan, kemajuan dan pemodenan.

Hakikatnya para remaja di Malaysia pada hari ini sedang melalui satu
kemelut sosial dan kekeliruan hidup akibat daripada perkembangan sosial, ekonomi
dan politik yang pesat di negara ini. Banyak pihak memperkatakan tentang
permasalahan sosial golongan remaja. Antara masalah sosial yang dikenalpasti
membabitkan golongan remaja hari ini ialah seperti seks bebas yang bermula
daripada pergaulan bebas, lari dari rumah, penagihan dadah dan meminum minuman
keras, lepak, lumba haram dan penglibatan remaja dalam jenayah seperti mencuri,
merompak, merogol dan membunuh. Keadaan ini amatlah mendukacitakan kerana ia
menunjukkan peningkatan berterusan dan berada di tahap membimbangkan.

Menurut perangkaan pada tahun 1998, remaja Melayu yang beragama Islam
berfungsi sebagai penyumbang besar dalam keruntuhan akhlak berbanding para
remaja daripada kaum lain. Mengikut pembahagian kaum, seramai 204 kes
melibatkan kaum Melayu, 54 remaja Cina dan 47 adalah remaja kaum India. Inilah
yang sering menjadi tanda tanya di kalangan cendekiawan dan ahli falsafah negara
ekoran daripada tingginya nilai peratusan keruntuhan akhlak daripada kaum Melayu
sedangkan Islam itu sendiri mendidik umatnya dengan akhlak mulia yang terpuji dan
nilai-nilai keimanan yang tinggi. Hanya Dalam tempoh 10 tahun antara 1989 hingga
1998, kadar jenayah yang melibatkan remaja lelaki meningkat sebanyak 35 peratus,
remaja perempuan 25 peratus, dan sepanjang tahun 1998 sebanyak 6338 kes baru
6

yang membabitkan remaja telah dilaporkan. Dalam laporan ini remaja Melayu yang
beragama Islam adalah yang paling banyak terbabit (Berita Harian, 21 Januari 2000).

Sistem pendidikan sekular yang bersifat memisahkan agama dengan


kehidupan manusia pada masa kini dilihat gagal mendidik rohani para pelajar di
sekolah. Menurut Hassan Langgulung (1981: 17), sistem pendidikan sekular
dianggap gagal kerana tidak mampu membentuk insan yang utuh dan teguh dari segi
moral dan akhlaknya, tidak dapat menerapkan pandangan hidup yang tepat, nilai-
nilai yang tetap mutlak dan ilmu yang bersepadu. Sistemnya mungkin berjaya
melahirkan warganegara yang baik, cekap bekerja dan sedia berkhidmat untuk
negara tetapi kurang penghayatan Islam dan nilai-nilai murni Islam.

Menurut Dr. Mohd Fadzilah Kamsah dan Rahmat Ismail (1996: 46), kita
seharusnya menggunakan teknologi yang ada pada masa kini dalam proses mendidik
anak-anak kerana alternatif tersebut adalah cara yang paling sesuai mengikut
zamannya. Jelas di sini, persekitaran kehidupan yang begitu kompleks pada hari ini
memerlukan ibu bapa yang mahir dalam menanganinya.

Dari aspek lain, hubungan kekeluargaan yang renggang merupakan antara


faktor yang menyebabkan gejala sosial berlaku di kalangan remaja. Ibu bapa yang
terlalu sibuk mengejar kemewahan dan mementingkan kerjaya sehingga interaksi di
antara ibu bapa dan anak-anak terabai menimbulkan perasaan kecewa dan tertekan
dalam jiwa mereka (Sezali Din, 1997: 75). Ini membuktikan tanpa kasih sayang
yang sempurna, remaja akan mencari jalan keluar untuk melepaskan emosi mereka
melalui kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah dan tidak bermoral seperti melepak,
aktiviti jenayah, penagihan dan pengedaran dadah, berpeleseran, pelacuran dan
sebagainya. Sebagai ibu bapa adalah menjadi kewajipan mereka untuk mendidik
anak-anak berpegang teguh kepada ajaran Islam dan beramal dengan amalan yang
soleh seperti yang dianjurkan oleh Islam. Pendidikan berasaskan al-Quran dan hadis
wajib dilaksanakan di peringkat awal pendidikan remaja supaya matlamat
membentuk sebuah generasi masa depan yang mempunyai keseimbangan antara
7

pembangunan material dengan pembangunan rohaniah dapat dicapai (Sezali Din,


1997: 72).

1.3 Pernyataan Masalah

Akhlak sangat penting dan pengaruhnya sangat besar dalam membentuk


tingkah laku manusia dan apa saja yang lahir daripada manusia itu sendiri, bahkan
segala tindak-tanduk manusia sesuai dengan pembawaan dan sifat yang ada dalam
jiwanya. Keruntuhan akhlak di kalangan remaja yang semakin berleluasa dalam
masyarakat merupakan permasalahan yang masih belum selesai dan perlu kepada
langkah-langkah menanganinya. Oleh sebab itu, kita perlu mengenalpasti punca-
punca atau faktor-faktor yang menyebabkan gejala ini timbul.

Sekiranya kita perhatikan di akhbar-akhbar dan majalah-majalah pada hari ini


banyak memaparkan kisah-kisah masyarakat yang berkaitan dengan runtuhnya
akhlak remaja khususnya di kalangan remaja Melayu beragama Islam.
Perkembangan tersebut menimbulkan perasaan bimbang dan risau di kalangan ibu
bapa kerana apabila anak-anak mereka semakin meningkat usia remaja, anak-anak
akan mudah terpengaruh dengan persekitaran yang tidak menentu, kawan-kawan
yang rosak akhlak dan seterusnya terjerumus dengan kancah permasalahan sosial.

Sekiranya kita sebagai ahli masyarakat dalam negara ini mahu melihat
golongan remaja pelapis negara, bebas daripada kegiatan-kegiatan yang tidak sihat
ini, maka wajarlah semua pihak bersikap prihatin apabila berhadapan dengan
masalah ini. Kita tidak mahu kelak ibu bapa dan masyarakat terpaksa menanggung
segala kesulitan dan kesukaran kerana masih ada jalan penyelesaiannya dalam
menghadapi kekusutan masalah sosial yang dialami ini. Semua pihak menaruh
kepercayaan bahawa masalah yang melanda masyarakat masa kini mempunyai kaitan
dengan latar belakang keluarga, latar belakang pendidikan dan sosio ekonomi
keluarga. Selain itu kita juga percaya bahawa faktor pengaruh rakan sebaya, faktor
8

persekitaran, faktor media massa dan faktor-faktor lain juga mempengaruhi gejala
sosial tersebut.

Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengetahui adakah para ibu bapa
menyedari dan mengetahui bahawa faktor-faktor yang dinyatakan itu menyebabkan
keruntuhan akhlak remaja Islam masa kini.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1.4.1 Untuk mengetahui persepsi ibu bapa terhadap faktor institusi keluarga.
1.4.2 Untuk mengetahui persepsi ibu bapa terhadap faktor kurangnya pendidikan
dan penghayatan agama.
1.4.3 Untuk mengetahui persepsi ibu bapa terhadap faktor persekitaran.
1.4.4 Untuk mengetahui persepsi ibu bapa terhadap faktor rakan sebaya.
1.4.5 Untuk mengetahui persepsi ibu bapa terhadap faktor media massa.

1.5 Persoalan Kajian

Bagi menjalankan penyelidikan ini, penyelidik memfokuskan kepada


beberapa persoalan penting. Persoalan tersebut ialah seperti berikut.

1.5.1 Bagaimanakah persepsi ibu bapa terhadap faktor institusi keluarga ?


1.5.2 Bagaimanakah persepsi ibu bapa terhadap faktor kurangnya pendidikan dan
penghayatan agama ?
1.5.3 Bagaimanakah persepsi ibu bapa terhadap faktor persekitaran ?
1.5.4 Bagaimanakah persepsi ibu bapa terhadap faktor rakan sebaya ?
1.5.5 Bagaimanakah persepsi ibu bapa terhadap faktor media massa ?
9

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk meninjau serta mendapatkan maklumat berkenaan


dengan persepsi ibu bapa terhadap faktor-faktor yang menyebabkan keruntuhan
akhlak remaja. Berpandukan kajian yang dijalankan adalah diharapkan dapat
memberi satu input yang berguna dalam mengenalpasti peranan ibu bapa dalam
pembentukan akhlak remaja dan mengetahui samada didikan ibu bapa dirumah dan
faktor-faktor lain yang disenaraikan itu berperanan penting dalam mempengaruhi
akhlak remaja.

Kepentingan kajian ini kepada ibu bapa ialah supaya mereka lebih peka
dengan masalah sosial yang melanda remaja masa kini. Dengan mengetahui sebab
yang sebenar barulah dapat kita menanganinya. Disamping itu, kajian ini juga dapat
memberikan kesedaran di kalangan ibu bapa agar tidak bersikap sambil lewa dalam
proses mendidik anak-anak, apatah lagi dengan situasi masyarakat sekarang yang
lebih mementingkan kerjaya daripada kebajikan anak-anak.

Bagi pihak remaja itu sendiri pula, mereka dapat mengetahui punca serta
faktor keruntuhan akhlak di kalangan mereka samada berpunca daripada diri sendiri,
keluarga atau faktor-faktor lain. Secara tidak langsung ia dapat menyedarkan diri
mereka betapa seriusnya masalah keruntuhan akhlak kerana ia boleh membawa
kepada runtuhnya sesebuah tamadun manusia. Di samping itu, ia dapat
mengingatkan remaja supaya mengisi masa-masa terluang dengan aktiviti-aktiviti
yang berfaedah dan memberi ilmu pengetahuan untuk kepentingan diri, keluarga dan
masyarakat serta negara.

Kajian juga diharapkan dapat memberi saranan kepada pihak yang


bertanggungjawab supaya dapat memainkan peranan masing-masing dalam
menangani masalah sosial yang berleluasa dalam masyarakat. Ini kerana, kajian ini
dapat membantu pihak-pihak yang berkenaan untuk merangka dan merancang
strategi penyelesaian secara lebih efektif. Selain itu, pihak-pihak yang diberi kuasa
juga dapat memainkan peranan mereka agar permasalahan ini dapat diselesaikan.
10

1.7 Skop Dan Batasan Kajian

Kajian ini tertumpu di kawasan perumahan yang diduduki oleh majoritinya


terdiri daripada pasangan Melayu yang beragama Islam. Terdapat juga penduduk
daripada kaum lain yang bukan beragama Islam tetapi bilangannya dalam jumlah
yang begitu kecil. Kajian ini dijalankan di kawasan perumahan Taman Aman Anak
Bukit, Alor Setar Kedah. Kajian yang dijalankan di Jalan Aman 6, kawasan
perumahan tersebut akan melibatkan 60 orang yang terdiri daripada ibu dan bapa
iaitu seramai 30 orang ibu dan 30 orang bapa yang bukan pasangan suami isteri.

Tinjauan kajian dibuat berdasarkan kepada latar belakang pendidikan


keluarga dan corak pendekatan yang diberikan kepada anak-anak remaja. Kajian
merumuskan segala dapatan daripada responden dalam mengenalpasti masalah
tersebut. Kejituan kajian bergantung kepada sejauhmana responden menjawab soal
selidik dengan jujur dan bersungguh-sungguh.

1.8 Definisi Istilah

Beberapa istilah penting daripada tajuk kajian ini perlu diterangkan dengan
lebih terperinci untuk mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam bagi
memudahkan penyelidik melakukan kajian. Istilah-istilah tersebut adalah seperti
berikut:

1.8.1 Persepsi

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000: 1025), persepsi merupakan


gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan
(menerusi pancaindera) atau tanggapan.
11

Manakala Cambridge International Dictionary of English (1995: 1047)


mendefinisikan perception (persepsi) sebagai "a belief or opinion, often held by many
people on appearances" atau dalam bahasa Melayu "suatu kepercayaan atau
pendapat yang biasanya diberikan oleh orang ramai berdasarkan pemerhatian".

Persepsi dalam kajian ini merupakan persepsi ibu bapa terhadap faktor-faktor
keruntuhan akhlak remaja Islam. Persepsi yang dimaksudkan termasuklah
pandangan mereka tentang keruntuhan akhlak remaja Islam masa kini, faktor-faktor
yang menyebabkan keruntuhan akhlak remaja dan tanggapan mereka terhadap
peranan yang dimainkan oleh faktor-faktor tersebut.

1.8.2 Ibu Bapa

Kamus Dewan memberikan definisi ibu bapa sebagai orang tua iaitu emak
dan ayah (Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2000: 457). Ibu bapa yang dimaksudkan
dalam kajian ini ialah ibu bapa yang terdiri daripada orang Melayu yang beragama
Islam dan tinggal di kawasan perumahan Jalan Aman 6, Taman Aman, Anak bukit
Alor Setar.

1.8.3 Faktor

Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000: 348) mendefinisikan faktor sebagai unsur
atau sebab yang menyumbang kepada sesuatu hasil. Menurut Kamus Za'ba (2000:
339), faktor membawa maksud punca keadaan yang dapat mempengaruhi dan
mengubah sesuatu yang lain. Faktor yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah
faktor-faktor yang mempengaruhi keruntuhan akhlak remaja Islam masa kini.
Faktor-faktor yang lebih ditumpukan dalam kajian ini ialah faktor institusi keluarga,
faktor pendidikan dan penghayatan agama, faktor persekitaran, faktor rakan sebaya
dan faktor media massa.
12

1.8.4 Keruntuhan

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000: 1160), keruntuhan membawa


maksud perihal runtuh, kejatuhan, kerosakan, kerobohan dan kerosakan. Kamus
Za'ba (2000: 982) mendefinisikan keruntuhan sebagai kerosakan dan kejatuhan.
Definisi ini hampir sama dengan definisi Kamus Dewan di atas.

Keruntuhan yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah keruntuhan akhlak


remaja Islam masa kini. Keruntuhan akhlak yang dimaksudkan juga meliputi
rosaknya akhlak remaja apabila mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang
menyimpang daripada ajaran agama Islam dan budaya masyarakat Timur seperti
terlibat dengan seks bebas, berkhalwat, bersekududukan, lari dari rumah, penagihan
dadah dan meminum minuman keras, lepak, lumba haram dan penglibatan remaja
dalam jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, meliwat dan membunuh.

1.8.5 Akhlak

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000: 21), akhlak memberi maksud
budi pekerti, kelakuan, tingkah laku manusia dan tabiat samada baik atau jahat.
Menurut Kamus Za'ba (2000: 20), akhlak memberikan dua pengertian iaitu
pengertian yang pertama bermaksud watak dan pengertian akhlak yang kedua boleh
ditinjau daripada beberapa aspek samada daripada pandangan ahli falsafah Islam,
tokoh-tokoh agama, al-Quran, hadis dan ahli sufi.

Menurut Kamus al-Mawrid (1999:521), akhlak iaitu kalimah al-Khuluq


membawa empat pengertian iaitu perangai, tabiat, maruah dan agama. Menurut Abd.
Rahman Md. Aroff (1996: 76), akhlak berasal daripada Bahasa Arab iaitu jama'
daripada kata 'khuluq' yang membawa maksud kepercayaan, keyakinan, pegangan,
sikap, tabiat dan tingkah laku. Maksud ini terkandung dalam ayat-ayat yang
berkaitan dengan akhlak Nabi Muhammad s.a.w yang telah dikatakan oleh Aisyah r.a
yang bermaksud "Akhlak Rasulullah s.a.w. adalah al-Quran". Akhlak Nabi
13

Muhammad s.a.w. yang dimaksudkan dalam kata-kata di atas ialah kepercayaan,


keyakinan, pegangan, sikap dan tingkah laku Nabi Muhammad s.a.w. yang semuanya
merupakan perlaksanaan ajaran al-Quran.

Menurut Ahmad Mohd. Salleh (1998: 86), akhlak dari segi istilah membawa
maksud segala perbuatan yang telah menjadi adat kebiasaan, apabila dilakukan tidak
perlu lagi berfikir panjang, tingkah laku yang diamalkan sekian lama dan diterima
oleh semua masyarakat sebagai sebahagian daripada cara hidup itu dinamakan
akhlak. Akhlak itu perlu dipelajari agar dapat diketahui mana sifat yang baik dan
yang buruk, mana yang boleh dikerjakan dan mana yang tidak boleh dikerjakan.

Akhlak menurut istilah Islam ialah sikap keperibadian yang melahirkan


perbuatan dan tingkah laku manusia terhadap tuhan dan manusia, terhadap diri
sendiri dan makhluk lain, sesuai dengan suruhan dan larangan serta petunjuk al-
Quran dan hadis.

Mohd. Sulaiman Hj. Yasin (1992: 20) mengemukakan pengertian akhlak


adalah hai'ah atau sifat dalam diri manusia iaitu jiwa manusia yang telah tetap
sehingga dengan mudah dan senang mendorong ke arah perlakuan atau perilaku yang
baik atau buruk tanpa perlu difikir atau dirancang. Di samping itu akhlak juga
mengandungi substance atau kejiwaan yang direalisasikan dalam bentuk kelakuan.
Akhlak juga difahami sebagai prinsip-prinsip dan dasar atau kaedah yang ditentukan
oleh wahyu untuk mengatur pelakuan, menentukan atau membentuk hubungan
seseorang dengan orang lain sehingga matlamat kewujudannya di dunia ini dicapai
secara yang paling sempurna. Sebagai ilmu, akhlak ditakrifkan sebagai ilmu yang
menghuraikan hakikat perbuatan berakhlak, mengkaji makna dan erti kebaikan,
keburukan, kewajipan, hati nurani atau suara hati.

Takrif akhlak menurut Dr. Haron Din (2001: 4), mempunyai dua bentuk iaitu
akhlak Islam dan akhlak falsafah atau etika. Menurut beliau, akhlak Islam ialah
akhlak yang bersumber kepada wahyu al-Quran dan al-Sunnah. Sementara akhlak
14

falsafah ialah akhlak yang bersumber kepada daya usaha kemampuan pemikiran
manusia.

Berdasarkan pengertian di atas dapatlah disimpulkan bahawa akhlak itu ialah


kumpulan sifat yang lahir daripada dalam jiwa dan berdasarkan dorongan dan
pertimbangan sifat itu, suatu perbuatan itu dapat dikatakan baik atau buruk menurut
pandangan manusia. Dengan sifat itu, seseorang dapat melaksanakan atau
meninggalkan perbuatannya. Akhlak yang baik ialah benar, ikhlas, syukur, amanah,
menepati janji, sabar, pemaaf, pemurah dan lain-lain manakala akhlak yang tidak
baik ialah dusta, sombong, takbur, dengki, dendam, mengumpat, riak, khianat dan
lain-lain. Akhlak yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah akhlak buruk yang
dimiliki oleh remaja sehingga tercetusnya permasalahan sosial dalam masyarakat dan
negara.

1.8.6 Remaja

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000: 1121), remaja bermaksud mulai
dewasa, sudah akil baligh dan sudah cukup umur untuk berkahwin. Menurut Kamus
Za'ba (2000: 975), remaja ialah orang yang berumur dalam lingkungan 12 hingga 21
tahun.

Remaja yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah remaja Melayu yang
beragama Islam yang tinggal di negara ini. Remaja yang diperkatakan dalam kajian
ini ialah semua golongan remaja yang terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang
negatif sehingga rosak akhlak mereka. Akhlak remaja menjadi rosak apabila mereka
terjebak dengan perlakuan-perlakuan di luar batas kesusilaan masyarakat seperti
yang telah dijelaskan sebelum ini. Apabila remaja terbabit terjebak dengan situasi
sedemikian maka remaja tersebut diklasifikasikan sebagai remaja yang runtuh
akhlaknya.
15

1.9 Kesimpulan

Permasalahan keruntuhan ahklak remaja merupakan suatu topik yang


seringkali dikaji. Hal ini menunjukkan terdapat kesedaran di kalangan masyarakat
untuk berusaha mengenalpasti punca-punca dan kelemahan yang berlaku dalam
masyarakat hari ini sehingga timbulnya masalah ini dalam negara. Seterusnya, usaha-
usaha dan langkah-langkah penyelesaian cuba diutarakan bagi menyelesaikan isu
tersebut. Jadi, kajian ini dilakukan untuk meninjau persepsi ibu bapa terhadap
faktor-faktor keruntuhan akhlak iaitu faktor institusi keluarga, faktor kurangnya
pendidikan dan penghayatan agama, faktor persekitaran, faktor rakan sebaya dan
faktor media massa.

You might also like