You are on page 1of 1

MOHD FADZLI HANIS BIN MOHD PAUZI G1814511 EDU 6003

Wajarkah Artis Dilantik Sebagai Ikon Pendidikan dan Pembelajaran Abad ke-21.

Berdasarkan artikel “Aznil dilantik sebagai Ikon Pembelajaran Abad ke-21” (Kosmo
Online, Mac 2019). Berita mengenai pelantikan Datuk Aznil Haji Nawawi yang telah dinobatkan
sebagai Ikon Pembelajaran ini merupakan satu tamparan hebat buat para pendidik kerana beliau
bukanlah individu yang menjadi tulang belakang menggerakkan bidang pendidikan di Negara
kita. Ini secara tidak langsung mencetuskan polemik apabila timbul persoalan, apakah
sumbangan beliau dalam pendidikan selama ini, sehingga secara tiba-tiba dinobatkan sebagai
ikon pembelajaran.

Pelantikan beliau sebagai ikon pendidikan ini diiktiraf sendiri oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM). Maka, mesti terdapat garis panduan yang telah ditetapkan sehingga
beliau boleh dilantik sebagai ikon pendidikan. Adakah terdapat campur tangan politik di dalam
pemilihan beliau. Apakah perasaan para guru di Malaysia apabila hak mereka sebagai seorang
guru dinafikan dalam pemilihan ini. Tidak dinafikan beliau banyak membantu dalam
mempromosikan pendidikan dan beliau juga banyak memberi sumbangan kepada golongan
gelandangan serta mengikuti program pendidikan dan sebagainya. Namun, itu sahaja tidak
mencukupi untuk mengangkat beliau menjadi ikon Pembelajaran Abad ke-21 (PAK 21).

Seseorang yang dinobatkan menjadi ikon ini sepatutnya sangat mahir tentang hal yang
berkaitan PAK 21. Jika ditanya tentang PAK 21, berapa komponennya, apa itu gallery walk,
PLC, hot seat, role play, carta peta I think dan sebagainya sudah semesti sukar untuk beliau
memberikan jawapan. Walaupun semua maklumat ini boleh dibaca namun aplikasinya terhadap
murid perlulah dilakukan oleh seseorang yang hanya bergelar guru. Beliau lebih sesuai dilantik
sebagai duta berbanding ikon kerana ianya merupakan dua perkara yang berbeza. Maksud ikon
mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah “lukisan atau gambar yang dianggap sebagai
keramat (orang yang mulia). Justeru itu, masih ramai lagi guru di luar sana yang layak dijadikan
ikon. Terdapat ramai antara guru kita yang pernah tercalon antara Guru Terbaik di Dunia dan di
akui di peringkat antarabangsa. Maka mereka inilah adalah calon yang paling layak dan tepat
kerana mereka inilah yang bermain lumpur dan berkubang di dalam bidang pendidikan ini
dengan sepenuh hati.

You might also like