You are on page 1of 19

Pengenalan

Konsep sekolah berkesan dan konsep keberkesanan sekolah menyaksikan trenda


yangberubah-ubah antara tahun 1960 hingga 1970. Benjamin Bloom (1964) dan
sekutunyamelihat faktor latarbelakang ekonomi pelajar lebih berpengaruh daripada faktor
sekolah.Kajian Brookover (1979) dan Edmonds (1979) di Amerika Syarikat pula menunjukkan
faktorpersekitaran dan budaya sekolah lebih dominan berbanding latarbelakang ekonomi.
Kajian Micheal Rutter dan rakan-rakan (1979) pula menunjukkan ’sekolah berkesan’
mempunyaiciri-ciri yang pelbagai seperti tahap penekanan kepada akademik, tingkahlaku guru
di bilikdarjah, kewujudan insentif dan ganjaran, persekitaran yang kondusif untuk pelajar-
pelajar,dan sejauh mana pelajar-pelajar diberi tanggung jawab.
Levine dan Lezotte (1990) melihat keberkesanan sekolah dari aspek hasilan (outcome)
yang dikehendaki. Mortimore (1991) memberi rumusan bahawa sekolah yang berkesan
ialahsekolah yang pelajarnya meningkat lebih daripada apa yang diharapkan selepas
latarbelakang mereka diambil kira. Scheerens (1992) menjelaskan konsep keberkesanan
dariperpsektif ekonomi dan perspektif pendekatan hubungan kemanusiaan dalam
organisasisekolah. Dari perspektif ekonomi, jika ’outcome ’ atau hasilan yang diingini dapat
dicapaidengan kos yang rendah maka sekolah itu dianggap sebagai berkesan sementara
dariperspektif pendekatan hubungan kemanusiaan dalam organisasi, organisasi sekolah
yangberkesan dilihat dari segi pewujudan perasaan kepuasan di kalangan kakitangan
dalamproses organisasi. Stoll dan Fink (1996) berpendapat keberkesanan sekolah perlu
dilihatdaripada pelbagai perspektif dan nilai yang berbeza-beza. Mereka memberi penjelasan
bahawa ini perlu dilakukan kerana pelbagai pihak mempunyai persepsi dan pendapat
yangberbeza terhadap keberkesanan sekolah.
Dalam sistem pendidikan di negara kita, terdapat pelbagai sekolah-sekolah yang
dikategorikan sebagai sekolah terbaik. Sekolah-sekolah yang terpilih ini disifatkan sebagai
sekolah-sekolah yang berkesan. Definisi-definisi sekolah berkesan termasuklah:

I) Sekolah-sekolah yang mengadakan satu sistem pengajaran yang


berpandu dan berkesan. (Rowan,1983)
ii) Sekolah-sekolah yang efektif dalam pengajaran kanak-kanak miskin atau kanak dari
kaum minoriti. (Bickel 1983)
iii) Sekolah-sekolah yang efektif dari segi mengurangkan kesan SES
pelajar ke atas pencapaian pretasi akademiknya. (Mann 1985)

1
Menurut Peter Mortimore (1996), sekolah Berkesan atau “High Performing School” ini
merupakan sekolah yang memperolehi kejayaan di atas jangkaan nilai pengambilan. Ia
menghasilkan `kejayaan untuk semua’. Adalah dipercayai bahawa di dalam Sekolah Berkesan
`every child can learn and that we have the knowledge we need to create schools in which child
will learn’.
Sekolah Berkesan juga merupakan satu sekolah di mana pencapaiannya merupakan
keupayaan yang maksimum. Di samping itu sekolah berkesan juga merupakan organisasi yang
mempunyai tahap realiabiliti yang tinggi. Mengikut Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan,
Kementerian Pendidikan Malaysia sekolah berkesan adalah berdasarkan pendapat Edmonds
(1979) iaitu mempunyai fokus pengajaran yang dinyatakan dengan jelas dan menggunakan
penilaian serta penaksiran yang sistematik.
Sekolah berkesan adalah sekolah yang menitikberatkan kecemerlangan dalam
pencapaian akademik, penguasaan kemahiran asas, keberkesanan pengajaran guru, iklim
sekolah yang dapat membangkitkan suasana belajar, mengurangkan masalah displin pelajar
serta kepimpinan yang mampandandengan lain perkataan keberkesanan sekolah adalah sama
dengan sekolah berkualiti atau sekolah cemerlang.
Di Amerika Syarikat kebanyakan pengkaji mengukur keberkesanan sekolah berasaskan
‘output’ iaitu pencapaian dalam ujian piawaian mata pelajaran matematik dan bacaan.
Manakala di UK pula, pembolehubah proses seperti kedatangan, kelakuan, kelakuan pelajar
dan peningkatan skor pencapaian digunakan sebagai pengukur keberkesanan. Edmonds (1979)
mendefinisikan keberkesanan bukan sahaja dari segi kualiti hasil tetapi juga dari segi
kesaksamaan. Mengikut beliau, keberkesanan sekolah diukur berdasarkan kejayaannya
meningkatkan penguasaan akademik kanak-kanak kurang beruntung sehingganya kadar
bilangan kanak-kanak kurang beruntung yang menguasai akademik sama seperti bilangan
anak-anak kelas menengah yang menguasainya. Juga, sekolah tidak layak diiktiraf sebagai
berkesan jika tidak memberi kesaksamaam peluang pendidikan.
Rowan (1983) pula menyarankan empat cara mengenal pasti sekolah yang berkesan:
(1) menentukan kriteria ini yang khusus seperti peratus pelajar yang mencapai lebih daripada
median kebangsaan, (2) analisis tren yang menunjukkan skor dalam gred yang tertentu telah
meningkat dari semasa ke semasa, (3) skor yang meningkat bagi sesuatu kohort, dan (4)
pencapaian sekolah berbanding dengan latar belakang pelajarnya.
Mortimore (1991) merumuskan sekolah yang kerkesan ialah sekolah yang pelajarnya
meningkat lebih daripada apa yang diharapkan jika diambil kira latar belakang mereka.

2
Sergiovanni (1987) juga mendefinisikan keberkesanan sekolah berasaskan peningkatan
sekolah. Beliau menyenaraikan lapan kriteria untuk mengukur keberkesanan peningkatan
dalam skor ujian, (2) peningkatan dalam kehadiran, (3) pertambahan dalam bilangan tugasan
penulisan dan kerja rumah, (4) pertambahan peruntukan untuk Matematik, Bahasa Inggeris,
Sains dan Sejarah, (5) penglibatan komuniti dan ibu bapa, (6) penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum, (7) ganjaran dan pengiktirafan bagi pelajar dan guru, dan (8) sokongan yang
berkualiti untuk pelajar istimewa.
Stoll dan Fink (1996) mendefinisikan keberkesanan sekolah seperti berikut: (1) sentiasa
meningkat dari tahun ke tahun, (2) menggalakan peningkatan untuk semua pelajar lebih
daripada apa yang dijangkakan jika diambil latarbelakang dan kebolehan asal mereka, (3)
memastikan setiap pelajar mencapai setinggi yang mungkin potensinya, (4) menggalakkan
semua aspek perkembangan dan pencapaian pelajar. Secara umum terdapat dua jenis tumpuan
kajian, iaitu penkaji hanya mengkaji ciri-ciri sekolah berkesan keseluruhannya dan yang
memberi focus kepada kepimpinan sekolah berkesan. Kebanyakan kajian dijalankan terhadap
sekolah cemerlang yang mengukur faktor kecemerlangan berasaskan pencapaian akademik
pelajar.
Di Malaysia, kajian yang dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan,Kementerian Pendidikan Malaysia yang dipanggil Kajian Keberkesanan Sekolah
dalam tahun 1989. Fokus kajian ini ialah memerihalkan iklim di sekolah yang berkesan dan
yang tidak berkesan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sekolah-sekolah berkesan
mempunyai beberapa ciri yang lebih baik daripada sekolah tidak berkesan. Antara ciriciri
sekolah yang berkesan yang dapat dikaji ialah kepimpinan yang tegas dan cekap,penekanan
kepada pencapaian akademik dan kelakuan pelajar yang baik, harapan yang tinggi, penyeliaan
yang rapi. perhubungan pengetua-guru yang baik, pencapaian dan usaha guru dihargai, guru
merasa bangga mengajar, pelajar merasa bangga menjadi sebahagian sekolah dan kemudahan-
kemudahan fizikal yang baik.
Kajian yang dibuat oleh Abdul Karim,1988 juga telah dapat mengenalpasti 12 ciri yang
membezakan sekolah berkesan dan yang tidak berkesan iaitu (1) kemahiran kepimpinan
pengetua; (2) persepsi pengetua terhadap peranan mereka; (3) pengalaman pengetua; (4)
bilangan strategi yang digunakan untuk menjayakan sekolah; (5) pengelibatan ibu bapa; (6)
jangkaan guru; (7) sikap guru terhadap pelajar;(8) perasaan guru terhadap sekolah; (9) displin
kendiri pelajar; (10) pengunaan sumber dengan cekap dan berkesan; (11) persepsi guru
terhadap laporan dan arahan kerajaan dan (12) rasa kepuasan guru terhadap pelajar.

3
Cheng (1996a, 1996b) dalam Zulkifli Abdul Manaf (1999), menyatakan terdapat lapan
model sekolah berkesan yang sering digunakan. Model-model yang disenaraikan tersebut
adalah:

1. MODEL BERMATLAMAT

Model ini sering digunakan untuk menilai pencapaian sekolah atau mengkaji sekolah
berkesan. Model ini mengandaikan matlamat yang hendak dicapai perlu jelas dan dipersetujui
oleh warga sekolah. Sekolah dikatakan sebagai berkesan apabila matlamat sekolah tercapai.
Indikator dalam mengukur sekolah berkesanselalunya terdapat dalam objektif program atau
perancangan sekolah. Walaupun terdapat pelbagai matlamat yang hendak dicapai tetapi
menurut Cheng (1996), pencapaian pelajar dalam peperiksaan awam sering digunakan sebagai
kayu pengukur kepada sekolah berkesan.
Matlamat sesebuah institusi, seperti sekolah perlu dirangka berasakan matlamat dan
fokus pendidikan negara. Matlamat pendidikan yang utama adalah untuk membangunkan
manusia berdasarkan fitrah dan melahirkan keharmonian diri. Keharmonian fitrah ini akan
membangunkan kehidupan dan mendokong serta menjunjung prinsip keadilan dan kebenaran
(Sidek Baba, 2010). Selain itu, matlamat pendidikan juga harus mendidik manusia berfikir
secara rasional, bebas dan baik dan juga dapat menyelesaikan masalah dengan berkesan (
Abdul Fatah Hassan, 2003). Selain itu pendidikan juga mesti bertujuan mensosialisasikan
individu dalam masyarakat. Merujuk kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan
juga akan melengkapkan individu supaya boleh memahami konsep kemerdekaan dalam
kehidupan. Hal ini akan menjadikan seseorang individu itu menghormati perlembagaan, taat
kepada raja dan tahu tanggungjawab sebagai seorang warganegara.
Peter Mortimore seorang Profesor terkemuka dari Institute of Education, University of
London telah mengenalpasti sebelas ciri sekolah berkesan. Antaranya ialah, pengkongsian
wawasan dan matlamat. Sekolah seumpama ini mempunyai tuju hala yang dikongsi bersama
oleh semua anggota dan mempunyai semangat kekitaan serta kerjasama yang tinggi. Ciri yang
kedua daripada sebelas ini juga boleh dikaitkan dengan “The Goal-Attaiment Approach “ atau
Pendekatan Pencapaian Matlamat. ”Melalui pendekatan ini, seluruh sumber dan tenaga
ditumpukan ke arah mencapai matlamat sekolah dan sekolah itu dianggap berkesan dan berjaya
jika matlamat yang telah dipernyatakan tercapai.
Dalam konteks yang sama, merangka matlamat sekolah dirujuk kepada peranan
pengetua dalam menentukan penumpuan pencapaian matlamat-matlamat tahunan akademik

4
yang dirangka melalui sumber-sumber yang ada di sekolahnya. Sekolah-sekolah yang berkesan
biasanya mempunyai matlamat dan misi yang jelas dan memberi tumpuan te rhadap pencapaian
akademik pelajar. Tenaga staf dan sumber-sumber lain di sekolah digembelingkan dan dijana
bagi mencapai sasaran matlamat yang ditetapkan. Beberapa objektif diselaraskan dengan setiap
daripada skopnya mudah dikelolakan dan ini merupakan cara yang terbaik bagi menuju arah
hala matlamat.
Selain itu, dalam merangka matlamat-matlamat sekolah, data pencapaian prestasi
pelajar yang lepas dan tanggungjawab para guru perl u diambil kira serta digabungkan untuk
menuju ke arah pencapaian matlamat. Pencapaian matlamat yang ditetapkan seharusnya boleh
dijelaskan dengan ukuran tertentu, contohnya peningkatan peratusan kelulusan mata pelajaran
dalam peperiksaan awam (Brookover, et al. 1978; Clark, 1980; Bossert et al. 1982).
Matlamat sekolah juga perlu jelas dan usaha atau fungsi ini berkaitan dengan cara
bagaimana pengetua memperjelaskan matlamat sekolah yang penting kepada para guru, ibu
bapa dan para pelajar. Pengetua dapat meyakinkan pentingnya matlamat sekolah difahami oleh
guru-guru melalui perbincangan dalam mesyuarat yang diadakan sepanjang tahun, khususnya
dalam konteks pengajaran dan kurikulum. Wahana komunikasi secara formal atau tidak formal
boleh dieksploitasikan oleh pengetua bagi memperjelaskan kepentingan dan tujuan matlamat-
matlamat sekolah (Brookover et al., 1978, 1982; Brookover dan Lezotte, 1979; Hallinger dan
Murphy, 1987).

2. MODEL SUMBER INPUT

Model yang ke-2 ialah Model Sumber Input. Model ini menekankan kepada kecukupan
sumber input untuk menghasilkan sekolah yang berkesan. Sumber input yang baik akan
menghasilkan output yang baik. Indikator yang digunakan untuk dalam model ini ialah murid
yang berkualiti, kemudahan yang disediakan, resos (sumber) yang mencukupi,bantuan
kewangan daripada pihak berkuasa pendidikan, pembentukan alumni serta sumbangan ibu bapa
dan badan-badan penaja ( Cheng, 1996). Hal ini bertepatan dengan peranan sekolah jika dilihat
dari perspektif fungsi pengeluaran, iaitu sumber input adalah merangkumi ciri-ciri murid dan
guru, ciri-ciri sekolah dan juga kemudahan serta sumber pengajaran dan pembelajaran (PdP)
yang terdapat di sekolah.
Model Sumber Input sesuai untuk melihat keberkesanan sekolah di sekolah-sekolah
yang mempunyai murid yang cemerlang dari aspek akademik seperti Sekolah Berasrama Penuh
(SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Model ini juga sesuai diguna pakai bagi

5
mengukur keberkesanan sekolah yang mendapat bantuan modal dan juga sekolah swasta Seperti
yang diketahui umum, hanya murid yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) / Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang layak
untuk menjadi murid di SBP dan MRSM. Murid-murid yang cemerlang ini terus digilap
kecemerlangan mereka semasa beralajar di SBP dan MRSM bagi memastikan input yang
berkualiti membuahkan output yang berkualiti. Ia selaras dengan moto SBP iaitu
“Kecemerlangan Untuk Semua” merupakan moto SBP (Portal Rasmi Kementerian Pendidikan
Malaysia).
Seterusnya, SBP dan MRSM juga mempunyai prasarana yang sempurna dan prasarana
ini sangat membantu dalam mewujudkan suasana PdP yang kondusif. Hal ini sangat membantu
dalam meningkatkan kecekapan guru-guru dan murid dalam proses PdP. Berdasarkan portal
rasmi MRSM pelbagai kemudahan disediakan di maktab tersebut untuk kegunaan murid,
antaranya pusat sumber dan pusat media. Begitu juga halnya dengan prasarana yang disediakan
di SBP. Antara objektif Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kecemerlangan ialah
meningkatkan kemudahan prasarana di sekolah-sekolah di bawah kendalian mereka. Kesannya
murid yang cemerlang ini akan dapat mengekalkan kecemerlangan dalam akademik seterusnya
berjaya meraih keputusan yang membanggakan dalam peperiksaan awam seperti PMR dan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM). Dalam hal kemudahan prasarana ini juga dapat dilihat bahawa
sekolah-sekolah yang cemerlang ini mendapat sumber kewangan yang banyak daripada pihak
berwajib dalam pendidikan.
Selain itu, sekolah-sekolah SBP yang ternama seperti Malay College Kuala Kangsar
(MCKK) mempunyai alumni yang sangat membantu dari segi kewangan dan kepakaran untuk
berbakti kepada sekolah ( Alumini MCKK, 2010). Kebanyakkan murid lepasan MCKK dan
sekolah-sekolah cemerlang yang lain akan melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang
lebih tinggi kerana kelebihan mereka dalam akademik. Akhirnya mereka mampu menjawat
jawatan yang hebat. Mereka akan menggunakan kelebihan ini untuk menyumbangkan
kepakaran serta modal dari segi kewangan kepada sekolah asal mereka. Melalui cara ini
kedudukan mereka dalam masyarakat di pandang tinggi kerana berbakti pada sekolah dan
masyarakat. Oleh itu konsep keberkesanan sekolah melalui model ini telah dapat dicapai.
Model Sumber Input juga dapat digunakan untuk melihat keberkesanan sekolah
bantuan modal seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Sekolah dalam kategori ini
memperolehi dana yang banyak daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pihak-
pihak lain yang berminat untuk menyumbang bantuan kewangan bagi menambah prasarana
sekolah yang bermatlamat menyediakan suasana PdP yang lebih kondusif kepada murid dan

6
guru. Namun begitu, keberkesanan sekolah berdasarkan sumber input di sekolah-sekolah
bantuan modal ini lebih merujuk kepada keberkesanan sekolah dari segi peranan dan
penglibatan PIBG, dari segi keberkesanan input murid cemerlang tidak lah terlalu ketara
berbanding SBP dan MRSM.

3. MODEL PROSES

Model yang ke-3 ialah Model Proses. Model ini menekankan “input” sekolah diubah
kepada “output” selepas melalui proses transformasi. Kualiti sesuatu proses banyak
mempengaruhi dan menentukan output yang dihasilkan. Berdasarkan model ini, jika fungsi
dalaman sekolah adalah lancar dan kondusif, maka sekolah dikatakan berkesan. Secara
umumnya terdapat dua indikator yang digunakan untuk menilai keberkesanan sekolah melalui
model ini, iaitu yang melibatkan proses pengurusan dan juga yang melibatkan proses PdP.
Pengurusan yang berkesan, lazimnya akan menghasilkan PdP yang berkesan. Kedua-dua
indikator ini dapat dikenal pasti dengan lebih mendalam lagi melalui aspek kepimpinan,
komunikasi, penglibatan, koordinasi, penyesuaian, perancangan, membuat keputusan, interaksi
sosial, iklim sekolah, kaedah mengajar, pengurusan kelas dan strategi pembelajaran (Cheng,
1996).
Berdasarkan Model Proses, jika terjadinya hubungan yang baik antara proses dan
outcomes dalam pendidikan maka sekolah adalah berkesan. Menurut Cheng (1996), jika kita
percaya bahawa proses pengurusan dan pengajaran yang demoktarik diperlukan untuk
implementasi pandidikan yang demokratik maka indikator seperti penyertaan dalam membuat
keputusan untuk mewujudkan pengajaran yang demoktarik perlu digunakan untuk
menunjukkan keberkesanan sekolah. Dalam hal ini, Malaysia menggunakan model ini dalam
sistem pendidikan untuk menunjukkan kepimpinan pengetua dalam sesebuah sekolah. Peranan
pengetua sebagai pemimpin sekolah adalah sangat penting. Menurut Quinn (2002), antara
penyumbang utama kepada kejayaan pelaksanaan dasar pendidikan sekolah adalah pemimpin
sekolah. Oleh itu pengetua perlu mempunyai peranan yang jelas sebagai pemimpin pengajaran
dan pembelajaran kerana ia berkaitan dengan jawatankuasa kurikulum sekolah. Maka
pengetua menjadi individu yang sangat penting dalam Model Proses.
Berdasarkan model ini, jika terdapat pimpinan yang baik dalam sekolah maka segala
dasar dan program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik. Ini menjadikan sekolah
tersebut dikategorikan sebagai sekolah berkesan. Hubungan yang baik antara pengetua dan
guru-guru menjadi faktor yang penting dalam memastikan sekolah mencapai tahap sekolah

7
berkesan. Kepimpinan pengetua boleh dilihat dalam empat dimensi yang dikenali sebagai
kepimpinan instruksional yang terdiri daripada mentakrif dan membentuk matlamat, mengurus
program instruksional, menggalakkan iklim pembelajaran dan juga membentuk suasana
sekolah yang mesra dan saling membantu. Menurut Abdul Ghani dan Tang (2006), pemimpin
yang mengutamakan hubungan kolaboratif bersama staf dapat membangun dan mencapai misi
sekolah secara bersama.
Berdasarkan kajian Jamelaa Bibi dan Jainabee (2011) di SBP, Sekolah Model Khas,
Sekolah Menengah Harian, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Menengah Teknik/Vokasional, mereka mendapati
bahawa pemimpin yang instruksional menjadi agen perubahan dan mewujudkan persekitaran
di sekolah yang kondusif dapat memberi impak yang signifikan dalam kecemerlangan pelajar.
Justeru itu, model proses sesuai digunakan dalam sistem pendidikan di Malaysia kerana apabila
proses pengurusan sekolah yang berkesan maka secara signifikannya akan memberi kesan yang
positif dalam proses pengajaran di bilik darjah. Hal ini kerana, pemimpin yang bijak mampu
mengatur strategi untuk mendapatkan kerjasama yang baik daripada guru. Guru yang berada
dalam iklim sekolah yang baik akan mampu melakukan penambahbaikan dalam PdPnya dalam
bilik darjah iaitu dengan menambahbaik strategi pembelajaran dan kaedah mengajar. Hasilnya
murid akan lebih berjaya kerana proses pengajaran yang berlaku dapat meningkatkan
pengetahuan murid dan seterusnya menguasai dan mengaplikasi ilmu dalam peperiksaan dan
kehidupan mereka.

4. MODEL KEPUASAN

Model yang seterusnya yang dapat digunakan dalam sistem pendidikan di Malaysia
ialah Model Kepuasan. Menurut Cheng (1996), sekolah hanya didapati berkesan jika pihak-
pihak yang terlibat berpuas hati dengan pencapaian oleh sekolah. Model ini meletakkan
beberapa indikator untuk mengukur keberkesanan sekolah iaitu tahap kepuasan murid, tahap
kepuasan guru-guru, tahap kepuasan ibu bapa, tahap kepuasan pihak berkuasa pendidikan,
tahap kepuasan ahli pengurusan sekolah, tahap kepuasan alumni sekolah dan lain-lain. Sistem
pendidikan yang berorientasikan peperiksaan merupakan faktor utama yang menyebabkan
sekolah terpaksa memberi tumpuan yang lebih ke arah menghasilkan murid cemerlang dalam
peperiksaan.
Kecemerlangan dalam akademik merupakan harapan murid, guru, ibu bapa dan pihak
berkuasa pendidikan seperti Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Ini bermakna apabila sekolah

8
berjaya menghasilkan murid cemerlang dalam peperiksaan awam khususnya seperti SPM,
maka semua pihak berasa puas hati dengan pencapaian tersebut. Oleh itu matlamat sekolah
berkesan telah tercapai. Pelbagai usaha dilaksanakan oleh pihak sekolah dan ibu bapa dalam
usaha merealisasikan matlamat mencapai kecemerlangan murid dan anak-anak mereka. Ibu
bapa misalnya prihatin dan turut serta dalam program peningkatan akademik yang melibatkan
anak mereka. Sebagai contohnya dalam program SARANA ibu bapa, mereka memberikan
sokongan dalam pelaksanaan kelas tambahan waktu malam dengan bersama-sama guru-guru
mengajar anak-anak mereka. Bagi ibu bapa yang tiada kepakaran mengajar, mereka
menyumbang dari segi kehadiran menemani anak-anak untuk memberi semangat belajar di
waktu malam di sekolah. Semua ini dilakukan bagi mencapai matlamat untuk mendapat
kepuasan semua pihak iaitu melihat anak-anak tersebut cemerlang.
Berdasarkan kajian Abdul Razak dan Norani (2011), keluarga yang kondusif dan
harmoni mampu merangsang anak-anak berjaya dalam pelajaran. Peranan ibu bapa sangat
penting untuk meningkatkan pencapaian akademik anak-anak mereka. Oleh itu, lebih
bermakna jika usaha ke arah kejayaan anak-anak di sekolah mengambil strategi yang lebih
holistik dengan memperkukuhkan institusi keluarga dan mewujudkan hubungan kekeluargaan
yang sihat. Peranan ibu bapa tanpa mengira status sosial ekonomi sangat penting dalam
memacu kecemerlangan anak-nak mereka. Hal ini bertepatan dengan dapatan kajian Zulkifli,
Jamilah, Aminah & Ismi Arif (2011) tentang hubungan antara penglibatan ibu bapa terhadap
pencapaian akademik pelajar miskin di negeri Selangor menunjukkan bahawa perbincangan
ibu bapa terhadap akademik anak-anak mereka menunjukkan penambahbaikan terhadap
pencapaian akademik murid tersebut. Dengan cara tersebut keberkesanan sekolah yang
menggunakan model kepuasan akan lebih mudah tercapai.

5. MODEL KESAHAN

Model keesahan ini juga dikenali sebagai model legitimasi ini releven kepada
keberkesanan sekolah untuk mendapat sokongan sosial dari masyarakat dalam usaha untuk
mendapatkan kesahan dan peranan untuk terus maju. Model ini juga membina imej dan reputasi
yang baik dimata masyarakat dan menunjukkan bukti kebertanggungjawaban bagi
mendapatkan sokongan untuk terus berkembang dalam bidang pendidikan.
Merujuk kepada model ini keberkesanan sekolah diukur dari aktiviti dan pencapaian
sekolah dalam perhubungan awam dan pemasaran akauntabiliti, imej sekolah, reputasi dan
status sekolah dalam komuniti serta mampu bersaing dalam perubahan persekitaran yang

9
pesat. Seperti Sekolah Penang Free yang sedia maklum oleh komuniti bahawa sekolah itu
keesahan dalam imej sekolahnya diketahui tanpa sangsi.
Model ini juga memberi tumpuan terutamanya kepada jaminan keberkesanan antara
input dan sumber antara hubungan, kepuasan pihak berkepentingan strategik, kesahihan dan
kebertanggungjawaban dalam masyarakat tempatan, mengadaptasi kepada hubungan yang
berkaitan dengan persekitaran yang berubah-ubah melalui pembelajaran berterusan, dan
jumlah pengurusan dalaman dan proses untuk memenuhi keinginan yang diperlukan oleh
stakeholder.
Oleh kerana persekitaran pendidikan yang sangat mencabar dan berdaya saing, sekolah
perlu menghadapi cabaran luaran dan permintaan untuk akauntabiliti dan "nilai untuk wang"
(Education and Manpower Branch and Education Department,1991; Education Commission,
1994) Menurut model legitimasi, sekolah perlu memenangi sokongan masyarakat, membina
imej yang baik kepada orang awam dan menunjukkan bukti akauntabiliti untuk mendapatkan
kesahihan untuk terus maju dan berkembang serta membangun. Oleh itu, peranan
kepengetuaan perlu memberi fokus kepada kedudukan pencapaian sekolah yang sah atau
mempunyai reputasi yang baik dalam masyarakat dan sering bergantung kepada aktiviti
perkhidmatan dan pencapaian seperti membina perhubungan awam, memasarkan kekuatan
institusi sekolah, memastikan akauntabiliti institusi kepada orang ramai, dan menggalakkan
imej institusi, reputasi dan status dalam masyarakat.
Malah, pengetua perlu memastikan pengendalian program-program pendidikan yang selaras
dengan norma-norma etika dan moral masyarakat. Kesimpulannya, pengetua memainkan
peranan sebagai pengurus perhubungan awam, pemimpin alam sekitar, dan pembina
akauntabiliti sekolah
Bagi mengukur keberkesanan model kesahan adalah aktiviti dan pencapaian dalam
perhubungan awam dan pemasaran akauntabiliti, imej sekolah, reputasi sekolah dan status
sekolah dalam komuniti. Adalah mustahil pihak sekolah boleh terus berkembang tanpa
keesahan dari pihak masyarakat.
Oleh itu, model ini sangat sesuai apabila kehidupan dan kelangsungan sekolah boleh
dinilai dalam persekitaran yang berubah-ubah Merujuk kepada kenyataan Cheng (2002), model
kesahan ini sesuai diaplikasikan apabila sekolah boleh mewujudkan hubungan awam yang baik
dengan masyarakat serta mewujudkan imej sekolah yang baik dimata masyarakat dan berjaya
membina akauntabiliti tersendiri.

6. MODEL ORGANISASI PEMBELAJARAN

10
Perubahan pesat dalam pendidikan memberi impak yang besar dalam organisasi
sekolah. Model Organisasi Sekolah didefinisikan sebagai organisasi yang menekankan
kepentingan berterusan organisasi pembelajaran, peningkatan dan penyesuaian untuk
memastikan keberkesanan pendidikan dalam persekitaran yang berubah-ubah. Model ini
penting untuk menggalakkan pembelajaran organisasi dan penambahbaikan yang berterusan
dan pembangunan di kalangan ahli-ahli sekolah (Cheng, 2000). Model ini juga berpendapat,
kesan perubahan persekitaran dan kemunculan halangan dalaman kepada fungsi sekolah
merupakan perkara tidak dapat dielakkan. Oleh itu, indicator sekolah akan efektif apabila
mampu membuat penambahbaikan dan mengadaptasi kepada persekitaran sama ada sekolah
atau ahlinya terutamanya pihak pentadbir dan guru belajar untuk menerima perubahan dan
mengurangkan konflik dalaman adalah amat penting (Argyris, 1982; Argyris and Schon ,1978;
Levitt and March, 1988; Louis, 1994 ; Lundberg, 1989).
Indikator Model Organisasi Pembelajaran adalah kesedaran kepada keperluan dan
perubahan komuniti , proses pemantauan dalaman, program penilaian, analisis persekitaran dan
perancangan pembangunan sebagai contohnya memaksimakan keberkesanan bagi matlamat
sekolah yang pelbagai. Model ini juga dikatakan sama dengan Model Proses.Namun
perbezaannya adalah model ini menekankan kepentingan tingkahlaku pembelajaran untuk
melahirkan keberkesanan sekolah, Oleh yang demikian salah satu contoh yang
mengimplemenkan model ini adalah pelaksanaan program I- Think disekolah-sekolah bagi
menghasilkan keberkesanan sekolah dengan memaksimakan keberhasilan murid mengikut
peruntukan yang sedia ada. Menurut (Cheng &Townsend, 2000) model organisasi
pembelajaran sesuai diaplikasikan apabila pentadbir mempunyai kesedaran penuh dan sentiasa
menganalisis perubahan persekitaran dan halangan dalaman organisasi. Disamping itu juga
galakan pembelajaran dalam organisasi dan seterusnya pentadbir berjaya mewujudkan satu
pelan strategik untuk pembangunan sekolah..
Malah, kepekaan perubahan kehendak komuniti, pemantauan proses dalaman, penilaian
program, analisis persekitaran dan perkembangan perancangan juga merupakan indikator
Model Organisasi Pembelajaran.

7. MODEL KETIDAKKEBERKESANAN

Model ini didefinisikan sebagai model Sekolah berkesan dari sudut pandangan negatif
dan sekolah pada asasnya hanya berkesan jika terdapat ketidakberkesanan dalam sesebuah

11
sekolah. Menurut Cameron (1984) untuk mendapatkan indicator sekolah berkesan adalah
sukar. Salah satu kesukaran tersebut adalah kejayaan. Kelihatan lebih mudah untuk mencari
kelemahan dan ketidaksempurnaan. Menurut Cameron ( 1984:246) mendapati perubahan dan
perkembangan organisasi lebih cepat sekiranya terdapat masalah berbanding dari yang telah
mengecapi kejayaan.
Indikator bagi model ketidakberkesanan ini adalah kewujudan konflik, kesulitan
perhubungan, kelemahan pentadbiran dan pencapaian yang lemah. Secara umumnya,
kebanyakan sekolah terutamanya sekolah baru lebih menumpukan kepada mengatasi halangan
keberkesanan sekolah seperti membimbing rakan sekerja agar mengelak dan menyelesai
masalah dengan jaya serta mengenalpasti dan mengelakkan kelemahan dalam struktur
organisasi di sekolah daripada mengikuti prestasi sekolah cemerlang.
Oleh itu adalah sesuai juga model ini digunakan, menurut Cheng (1996a) dan Cheng
(2002c,d), model ini sesuai sekiranya kepimpinan dalaman berjaya mengelakkan dan
menyelesaikan konflik serta mengenal pasti dan mencegah kecacatan struktur dan organisasi
di institusi pendidikan.

8. MODEL PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH

Model Kajian Keberkesanan Sekolah yang terakhir ialah Model Pengurusan Kualiti
Menyeluruh atau Total Quality Management ( TQM ). Sejarah ringkas, TQM dipelopori oleh
Dr. William Edward S. Deming, Joseph M. Juran dan Dr. Phillip B. Crosby (PKPA Bil. 1/92
bth 31 Julai 1992 ) Konsep ini mula diguna pada tahun 1920 an di Amerika Syarikat ekoran
penggunaan statistik sebagai langkah mengawal kualiti. Konsep ini berjaya menarik perhatian
syarikat korporat Jepun sekitar 1950 an untuk dipraktikkan seterusnya menjelang 1980 an
TQM mula digunakan di seluruh dunia. Perkembangan pesat penerimaan konsep ini oleh
syarikat-syarikat korporat menjadi tanda tanya. Apa yang pasti golongan yang terlibat dengan
pengurusan organisasi mendapati konsep ini sangat berkesan untuk memuaskan kehendak
pelanggan, menjimatkan kos serta meningkatkan kecekapan operasi.
Oleh itu, apakah yang dimaksudkan dengan TQM ? TQM ialah satu proses pengurusan
kualiti yang berorientasikan pelanggan, beroperasi secara berterusan dan melibatkan semua
elemen dalam sesuatu organisasi. Secara mudahnya, TQM akan memacu organisasi mencapai
"kualiti menyeluruh" atau "total quality" dalam segala aspek operasinya. Namun begitu apakah
yang dimaksudkan dengan `kualiti’ ? Menurut Deming (1986 ) dalam Aimee Shahrin (2012)
kualiti ialah sasaran yang mahu dicapai berdasarkan apa yang dikehendaki atau diperlukan oleh

12
pelanggan. Sasaran ini meliputi hasil yang mahu dicapai oleh organisasi di masa kini dan juga
pada masa hadapan. Penjelasan ini dikukuhkan lagi melalui pendapat Crosby (1984) dalam
Aimee Shahrin ( 2012 ) bahawa sesuatu organisasi perlu akur kepada kehendak pelanggan di
mana keperluan pelanggan dapat didokumentasikan, keakuran kepada kehendak pelanggan,
boleh diselidik dan dapat diukur. Apabila semua aspek ini dilakukan maka organisasi itu
mempunyai kualiti.
Jelaslah, kualiti bukan sahaja merupakan sesuatu yang dapat dilihat pada keluaran atau
perkhidmatan, tetapi ia dilihat secara keseluruhan dan meliputi semua operasi dan urusan
yang dikendalikan oleh sesebuah organisasi Pada tahap ini kualiti akan dipamerkan melalui
kecekapan pentadbiran, kebolehan kakitangan, kelicinan sistem-sistem operasi dan sebagainya.
Mengapa kualiti menjadi teras kepada penilaian keberkesanan sesuatu organisasi? Hal ini
kerana pengurusan yang berkualiti akan membawa perubahan yang menyeluruh ke arah
melahirkan organisasi yang cemerlang. Oleh itu, TQM dapat dilihat sebagai proses
transformasi budaya, melalui mana ciri-ciri budaya yang sedia ada akan diubahsuai, ditukar
atau diperkukuh dengan ciri-ciri baru yang lebih baik. Ciri-ciri itu meliputi sikap dan nilai,
sistem dan prosedur, amalan-amalan operasi, struktur organisasi dan sebagainya.
Matlamat TQM ialah memberi kepuasan hati pelanggan. Ini dilakukan dengan cara
menghasilkan output-output yang dapat memenuhi kehendak pelanggan serta menepati
ekspektasi mereka. Setiap keluaran yang dihasilkan itu mestilah juga dipastikan tidak
mempunyai kecacatan (defect free) atau kesilapan (error free) kerana kecacatan atau kesilapan
boleh menjejaskan kepuasan hati pelanggan. Di atas alasan yang sama juga sesebuah organisasi
itu perlu memastikan sejak dari mula lagi bahawa output yang dikeluarkan adalah output yang
betul seperti mana yang dikehendaki oleh pelanggan.

13
Rajah 1: Ciri-ciri Pengurusan Kualiti Menyeluruh ( TQM )

Berdasarkan rajah di atas, TQM memberi fokus kepada pembangunan sistem-sistem


dan proses-proses kerja yang berkualiti. Ini kerana sistem dan proses yang berkualiti sahaja
dapat menjamin penghasilan output yang berkualiti. TQM memberi perhatian kepada golongan
pelanggan dan pembekal. Segala maklumbalas dan pandangan daripada pelanggan digunakan
untuk tujuan membuat rekabentuk sistem dan proses-proses kerja yang akan dijalankan.
Golongan pembekal pula dianggap sebagai rakan kongsi yang sama-sama bertanggungjawab
menghasilkan keluaran-keluaran yang berkualiti. Golongan ini penting kerana peranannya
membekalkan input-input yang berkualiti kepada organisasi. Dari segi strategi peningkatan
kualiti pula, TQM menekankan proses penambahbaikankan berterusan (continuous
improvement). Proses ini mengandungi tindakan-tindakan strategik yang dirancang dengan
teliti dan berorientasikan matlamat jangka panjang. Proses ini melibatkan seluruh
organisasi(total involvement) di mana segala sumber dan kekuatan yang ada dalam organisasi
berkenaan akan digembleng sepenuhnya dalam usaha kualiti. Proses penambahbaikan yang
berterusan di bawah TQM ini pada umumnya melibatkan
tujuh peringkat tindakan yang bersepadu. Ini boleh ditunjukkan melalui model di Rajah
3. Peringkat-peringkat tindakan tersebut ialah:
a. Menentukan matlamat penambahbaikan yang akan dijalankan

14
b. Menentukan kaedah pelaksanaannya.
c. Melatih kakitangan yang akan terlibat.
d. Melaksanakan penambahbaikan yang dirancang.
e. Menilai pencapaian yang diperolehi.
f. Menyeragamkan proses-proses kerja yang telah diperbaiki untuk diperluaskan ke
bahagian-bahagian lain.
g. Meneruskan tindakan-tindakan pembetulan yang masih diperlukan.

TQM telah diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti pengurusan yang memberi


implikasi positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan aktiviti murid.
Oleh itu model ini telah digunakan dalam pendidikan sebagai satu pendekatan mewujudkan
sebuah sekolah efisyen atau efektif bagi mencapai piawaian yang ditetapkan. Indikator
kepada penilaian keberkesanan Model TQM ini dilihat kepada aspek kepemimpinan,
pengurusan sumber manusia, pengurusan proses, maklumat dan analisis, perancangan strategik
kualiti, kepuasan pihak-pihak yang berkepentingan, pencapaian operasi, pencapaian akademik
murid dan kesan kepada masyarakat.
Berdasarkan konsep dan ciri-ciri TQM, kami berpendapat model ini PALING sesuai
digunakan disekolah berbanding model-model lain. Hal ini kerana dapatan kajian yang
dilakukan oleh Ahmad Zabidi Abdul Razak (2006) mendapati sekolah yang berkesan mengikut
perspektif guru-guru sekolah agama di sekitar Selangor ialah sekolah yang mempunyai iklim
persekitaran yang baik, guru yang komited dengan tugas, amalan kepimpinan yang cemerlang
, murid bermotivasi dan semua warga sekolah saling bekerjasama. Ciri-ciri yang dinyatakan
ini menepati elemen-elemen yang terkadung dalam konsep TQM. Selain itu, Pn Sri Hajah
Halimah Abd Majid (2014) telah mempraktikkan Model Pendidikan Berualiti 6S di SMK
Putrajaya Presint 11 dan beliau mendapati model tersebut berjaya mentransformasi pendidikan
sekolah di bawah pimpinannya menjadi lebih berkualiti. Model yang digunakan ini
berdasarkan Model TQM yang telah diubahsuai dengan tambahan nilai-nilai kemanusiaan yang
tinggi.
Tidak dapat disangkal lagi bahawa model ini paling sesuai digunakan di dalam sistem
pendidikan negara kita kerana model ini memfokuskan kepada penglibatan menyeluruh setiap
anggota di dalam sesuatu organisasi. Ini bermakna semua ahli bertanggungjawab dan
berperanan menjadi penyumbang kepada kualiti pendidikan di sesebuah sekolah, dari pekerja
bawahan sehinggalah peringkat pemimpin. Berdasarkan Laporan Jemaah Nazir Sekolah
(2004) petunjuk sekolah berkesan dirujuk kepada hala tuju kepimpinan, pengurusan organisasi,

15
pengurusan program pendidikan dan kemenjadian mujrid. Disebabkan itu, kementerian
mengadakan satu anugerah iaitu pemberian Tawaran Baru Kepada Pengetua (Baiah) , dan
sekolah yang terpilih akan diverifikasi oleh Jemaah Nazir Jaminan Kualiti dengan menilai
semua aspek penglibatan secara menyeluruh warga sekolah. Jika wujud permuafakatan kerja
dari peringkat atasan sehingga bawahan maka sekolah tersebut di verifikasikan sebagai
berkualiti dan berkesan.
Justifikasi yang dapat menjelaskan model ini paling sesuai digunakan dalam sistem
pendidikan kita ialah amalan semangat kerja berpasukan. Budaya kolaboratif ini memberi
impak positif terhadap kualiti kerja. Hal ini diakui oleh Abdul Ghani Abdullah dan Tan Keow
Ngang ( 2006 ) bahawa jika pengetua mampu mengaplikasikan budaya kolaboratif dengan
baik, sudah pasti tahap motivasi guru akan semakin tinggi yang seterusnya dapat membangun
dan mencapai visi sekolah bersama. Yeop Hussin Bidin (2006) juga berpendapat pemupukan
semangat berpasukan dapat memotivasikan rakan sekerja, meningkatkan komitmen dan
keberkesanan kesefahaman. Malahan menurut Ahmad Fadzli Yusof (2007), dengan kerja
berpasukan, organisasi seolah-olah mendapat kekuatan yang baru iaitu semangat, fokus dan
produktiviti ahli meningkat. Dalam kajian Myazaitul Akma Mohamad ( 2010 ) beliau
mendapati amalan budaya kolaboratif di IKM Lumut telah meletakkan IKM Lumut di satu
tahap yang boleh dibanggakan. IKM Lumut merupakan sebuah IKM yang cemerlang di mana
ia telah menerima beberapa anugerah seperti Anugerah IKM / KKTM Cemerlang, Anugerah
IKM Terbaik, Anugerah Ketua Pengarah 2007 dan telah mementerai beberapa MOU dengan
syarikat swasta dan universiti tempatan. IKM Lumut telah dianugerahkan sijil Persekitaran
Berkualiti 5S oleh MPC buat kali pertama pada Isnin 30 Mac 2009 dan persijilan semula pada
28 April 2010. Melalui kejayaan ini, IKM Lumut telah menjadi penanda aras perlaksanaan
program 5S oleh beberapa institusi pendidikan MARA khasnya dan beberapa agensi kerajaan.
Seperkara lagi, model ini mempunyai kekuatan yang tersendiri iaitu input yang
terkandung di dalamnya adalah berunsurkan manusia. Menurut Pn Sri Hajah Halimah Abdul
Majid (2014) model yang menekankan unsur kemanusiaan yang positif akan menghasilkan
pendidikan yang berkualiti dan output juga akan berakhir dengan nilai kemanusiaan yang
positif. Menurutnya lagi, sistem pendidikan melibatkan sistem manusia dan ia diibaratkan
sebagai sebuah buku yang terbuka. Oleh itu, pembinaan sekolah berkesan akan terhasil apabila
sistem manusia seperti ibu bapa, agensi kerajaan, swasta, NGO, komuniti setempat dan sudah
tentunya pihak sekolah.
Model ini juga berupaya merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan institusi
pendidikan sekolah yang berkualiti seiring dengan slogan `Pendidikan bertaraf dunia’ yang

16
diperkenalkan pada 1995 oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia pada ketika itu
Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak. Menurut beliau, pendidikan bertaraf dunia
bermaksud ”usaha-usaha strategik untuk menglobalisasikan pendidikan, mencari ilmu
pengetahuan tidak kira di mana dan membuka minda untuk menghadapi cabaran” Manakala
penegasan terhadap pengantarabangsaan diperkukuhkan lagi pada tahun 1996 apabila Perdana
Menteri Malaysia pada waktu itu, iaitu Yang Amat Berhormat Tun Mahathir bin Mohamed
menyatakan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan
Pendidikan Serantau. Justeru itu, untuk bersaing dengan negara termaju dunia adalah penting
untuk Malaysia menyediakan pendidikan berkualiti yang mampu menghasilkan murid bertaraf
dunia. Apatah lagi, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah
membentangkan wawasan negara menjelang 2020. Wawasan ini menuntut sistem pendidikan
negara setanding di peringkat global dan berkualiti. Oleh itu, pendekatan model TQM sesuai
digunakan dalam sistem pendidikan negara bagi mewujudkan institusi pendidikan yang efisyen
dan berkualiti, jika tidak hasrat kerajaan yang disemai sejak 1995 sehingga 2020 tidak akan
tercapai.
Mengapa kami menjustifikasikan model lain sebagai kurang sesuai bagi melahirkan
sekolah berkesan dalam sistem pendidikan negara kita? Terdapat beberapa kelemahan yang
dikesan dalam beberapa model seperti Model Matlamat, iaitu menurut Cheng (1996) seringkali
pencapaian murid dalam peperiksaan awam digunakan sebagai kayu ukur kepada sekolah
berkesan. Aspek lain seperti prestasi pengajaran dan pembelajaran guru, kemenjadian murid
dalam aktiviti kokurikulum dan sebagainya walaupun dinilai dalam Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia tetapi peratusannya masih kecil ( 8 sehingga 12 % ) berbanding penilaian
dalam pencapaian sekolah dalam peperiksaan awam (50%) ( Laporan Jemaah Nazir Jaminan
Kualiti : 2010)
Manakala bagi Model Proses, kelemahan yang dikesan ialah keterujaan pihak sekolah
dengan input akan mengakibatkan output sekolah diabaikan. Menurut Aimee Shahrin Jais
(2012) pembaziran input juga boleh berlaku jika pihak sekolah tidak mengurus dan
menggunakannya secara bijak. Begitu juga Model Proses turut mempunyai kelemahan di
mana Cameron (1978) di dalam Aimee Shahrin Jais (2012) berpendapat kerana kesibukan
pihak sekolah melakukan proses pemantauan dan mengumpul data yang diperlukan maka
pemfokusan kepada penghayatan maksud proses itu sering diabaikan. Misalnya, guru yang
terikat dengan kerja-kerja memasukkan data kehadiran, markah peperiksaan, maklumat murid
secara online dan sebagainya menyebabkan guru-guru mengabaikan proses penyediaan

17
pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Hal ini akan memberi impak negatif terhadap
kemenjadian murid dan kewujudan sekolah berkesan.
Kesimpulannya, untuk memastikan kejayaan organisasi semua pihak perlu bekerjasama
dan melaksanakan setiap tugasan masing-masing dengan penuh komitmen dan berkualiti (
Ahmad Zabidi Abd Razak:2006) . Pendek kata, penerapan prinsip-prinsip TQM dalam sistem
pendidikan negara boleh dililiat sebagai strategi yang berkesan untuk membudayakan kualiti
di samping dapat menggalakkan peningkatan dan penambahbaikan secara berterusan.

Bibliografi

18
Myazaitul Akma Mohammad (2012) Satu kajian kes mengenai amalan budaya berkualiti dan
implikasinya, dimuat turun www.mara.gov.my

Abdul Ghani Abdullah & Tang Keow Ngang ( 2006) Motivasi Guru dan Pengurusan Budaya
Kolaboratif Pengurus Pendidikan Wanita dalam Jurnal Pendidikan Jld 31

Ahmad Zabidi Abdul Razak ( 2006 ) Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap
Motivasi Pembelajaran dalam Jurnal Pendidikan Jld 31

Aimee Shahrin Bin Jais (2012) Sekolah berkesan darp perspektif pensyarah IPPM dimuat turun
dari myto.upm.edu.my/my

PKPA Bil. 1/92 bth 31 Julai 1992

Halimah Abd Majid (2014) Model Pendidikan Berkualiti 6S dalam Jurnal Pendidikan 2014

Laporan Jemaah Nazir Sekolah (2004)

Cheng, Y.C. (2002a). Paradigm Shift in School Effectiveness: Internal, Interface, and Future.
In Griffith, A. & Reynolds, C. (eds.). Equity and Globalization in Education.(87-117) Calgary,
Canada: Temeron Press.

School Effectiveness and School -Based Management, A Mechanism For Development, Yin
Cheong Cheng

Cheng, Y.C. (2001c). Towards the Third Wave of Education Reforms . Keynote speech at the
International Forum on Education Reforms in the Asia-Pacific Region, held in 14-16 February
2001, Hong Kong.

19

You might also like