You are on page 1of 6

TUGASAN 5: PENULISAN AKADEMIK

PLC ialah singkatan kepada program Profesional Learning Communities yang


merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan
dalam usaha membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik
untuk murid-murid mereka, (Rosenholtz, 1989; Little & McLaughlin, 1993; DuFour, Eaker, &
Many, 2006,). PLC adalah berteraskan lima strategi utama sebagai usaha menyokong dan
memperbaiki pencapaian murid dan sekolah. Pelaksanaan PLC dapat meningkatkan
profesionalisme guru melalui amalan kolaboratif untuk meningkatkan pencapaian murid dan
meningkatkan ketrampilan guru.

Konsep Komuniti Pembelajaran Profesional bermakna guru-guru berkongsi,


berbincang tentang amalan pengajaran mereka demi meningkatkan pemerolehan ilmu
dalam kalangan murid mereka. Pengetua juga berkongsi kuasa dengan guru-gurunya. Ini
bermakna fokus sekolah berganjak daripada berpusatkan pengajaran iaitu bagaimana guru
menyampaikan pengajaran, pedagogi dan aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah, kepada
pembelajaran iaitu bagaimana aktiviti dalam bilik darjah mempromosikan
pembelajaran. Dengan kata lain, komuniti dalam mana masa mereka sentiasa tertumpu
kepada pembelajaran (baik dalam kalangan mereka sendiri) mahupun dalam kalangan
murid mereka. Budaya sekolah adalah budaya belajar dan peningkatan profesionalisme
mereka sendiri (Rahimah Hj Ahmad, 2008). Terdapat lima strategi utama PLC seperti yang
ditunjukkan dalam rajah 1.1 dibawah:

Dialog
Reflektif

Norma Dan
Penswataan
Nilai Dikongsi
Amalan
Bersama STRATEGI
MEMBANGUNKA
N KOMUNITI
PEMBELAJARAN
PROFESIONAL

Fokus Secara
Kolektif
Kolaborasi Terhadap
Pembelajaran
Murid

Rajah 1.1
Terdapat lima strategi Komuniti Pembelajaran Profesional iaitu Dialog Reflektif,
Penswastaan Amalan, Fokus secara Kolektif Terhadap Pembelajaran Murid, Kolaborasi dan
Norma Dan Nilai Dikongsi Bersama. Walaubagaimanapun, strategi Komuniti Pembelajaran
Profesional yang akan dikupas lebih lanjut dalam penulisan ini ialah Penswastaan Amalan
atau De-Privatization of Practice. Penswastaan Amalan terdiri daripada beberapa kaedah
iaitu Jejak Pembelajaran (Learning Walks), Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau
Pembimbing Instruksi (Peer Coaching/Instructional Coaches), Belajar menggunakan
Rancangan Pengajaran Harian (Lesson Study) dan juga Sesi Perkongsian Guru (Teacher
Sharing Sessions).

Antara kaedah Penswastaan Amalan adalah Jejak Pembelajaran (Learning Walks)


iaitu berjalan di sekeliling sekolah dan memerhatikan pengajaran guru lain dan aktiviti
pembelajaran dalam bilik darjah dengan menggunakan peraturan dan fokus yang spesifik.
Langkah-langkah untuk mengaplikasikan kaedah ini di sekolah adalah pertama, guru
membentuk kumpulan Learning Walks yang terdiri daripada ahli-ahli panitia. Kumpulan ini
perlu diketuai oleh seorang yang dikenali sebagai Lead Walker untuk membincangkan satu
fokus yang akan diperhatikan. Fokus boleh melibatkan pelbagai perkara yang boleh
diperhatikan dan merangkumi aspek-aspek seperti teknik penyoalan, penggunaan alat bantu
mengajar atau sumber yang berkesan dan menyokong PdP, arahan guru semasa PdP dan
juga penglibatan murid semasa PdP. Seterusnya, kelas-kelas yang hendak dilawati akan
dipilih serta tarikh dan waktu untuk sesi Learning Walks akan ditetapkan. Langkah kedua
dalam pelaksanaan sesi Learning Walks ialah dengan mengadakan Perbincangan
Prapemerhatian sebelum membuat lawatan ke bilik darjah. Kemudian, Perbincangan
Pascapemerhatian hendaklah diadakan. Langkah terakhir dalam pelaksanaan sesi Learning
Walks adalah dengan guru berkongsi dapatan dan rumusan sesi Learning Walks bersama
dengan semua guru lain dalam jangka masa seminggu selepas sesi pemerhatian. Hasil
daripada pelaksanaan kaedah ini, guru-guru boleh belajar amalan-amalan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan daripada guru-guru lain dan seterusnya mempraktikkan untuk
diri sendiri dan juga kepada guru lain. Berdasarkan Rajah 1.2, berikut merupakan cadangan
pelaksanaan satu sesi learning walks:
[MULA]
Perbincangan Perbincangan
Kelas 1 (10 min)
Prapemerhatian (15 Koridor 1 (5 min)
min)

Perbincangan
Kelas 2 (10 min) Kelas 3 (10 min)
Koridor 2 (5 min)

[AKHIR]
Perkongsian bersama
Perbincangan Perbincangan
semua guru (dalam
Koridor 3 (5 min) Pascapemerhatian &
masa seminggu)
Refleksi (15 min)

Rajah 1.2

Di samping itu, kaedah Penswastaan Amalan yang seterusnya adalah Belajar


menggunakan Rancangan Pengajaran Harian (Lesson Study). Kaedah ini dilaksanakan
apabila sekumpulan guru secara usahasama membina satu rancangan pengajaran; diikuti
dengan pengajaran/memerhatikan pengajaran, membuat penambahbaikan semasa sesi
pengajaran. Lesson study ialah amalan guru-guru secara kolaboratif untuk:

i. Menentukan goal dan objektif pengajaran


ii. Merancang dan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
iii. Membuat pemerhatiant terhadap pengajaran guru
iv. Membuat refleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran
v. Mengubahsuai untuj menambahbaik Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Lesson Study perlu dilaksana secara sistematik dan teratur agar guru-guru yang
terlibat mendapat impak yang sewajarnya. Keberkesanan Lesson Study bergatung kepada
penglibatan guru secara sepenuhnya. Langkah-langkah melaksanakan Lesson Study dapat
dilihat dalam Rajah 1.3 di bawah:

Membentuk kumpulan Rancang/Bina


Lesson Study dan Rancangan Pengajaran Pelaksanaan pengajaran
menentukan matlamat Harian (RPH)

Penambahbaikan RPH
Sesi Refleksi Pengajaran
dan Pengajaran Semula

Rajah 1.3

Selain itu, kaedah Penswastaan Amalan yang seterusnya adalah melalui Bimbingan
Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing Instruksi (Peer Coaching/Instructional
Coaches). Kaedah ini merujuk kepada strategi secara sistematik untuk memerhatikan
pengajaran guru lain dengan menggunakan kitaran prakonferensi, pemerhatian dan
pascakonferensi. Peer Coaching (PC) ialah salah satu strategi untuk memperbaiki
pelaksanaan kurikulum terhadap strategi, teknik dan kemampuan guru dalam pembelajaran
(Hasbrouck, 1997). Bimbingan rakan sebaya ialah satu proses yang melibatkan dua atau
lebih rakan profesional bekerja bersama-sama untuk mencerminkan amalan semasa,
berkembang, menghalusi, dan membina kemahiran baharu, berkongsi idea, mengajar
antara satu sama lain, menjalankan penyelidikan bilik darjah, atau menyelesaikan masalah
di tempat kerja. Terdapat tiga model yang terdapat dalam kaedah Peer Coaching ini iaitu
Model 1 iaitu Guru Mengajar Model Pengajaran dimana untuk mengaplikasikan model ini,
terdapat guru yang mengajar manakala coach dan guru-guru lain akan memerhati. Antara
aspek penting yang terdapat dalam Model 1 ini adalah PRrakonferensi, Pemerhatian dan
Pascakonferensi. Model yang berikutnya pula adalah Model 2 iaitu Coach Sebagai Guru
Yang Mengajar Model Pengajaran. Berdasarkan model ini, coach yang mengajar manakala
guru-guru lain akan memerhati. Model seterusnya yang terdapat dalam Kaedah Peer
Coaching ini adalah Model 3 iaitu ‘Co Leading’/ ‘Co Teaching’. Menurut model ini, semasa
proses P & P, peranan coach boleh berubah bergantung pada persetujuan yang dicapai
semasa prakonferensi iaitu Coach boleh menerajui bahagian yang berlainan dalam proses P
& P secara kolaboratif dengan guru dan juga mengajar sebahagian daripada PdP sementara
guru pula membuat pemerhatian. Walaubagaimanapun, semasa proses co-teaching, adalah
penting untuk mengingatkan bahawa coach ialah rakan kongsi, dan bukanlah seorang
hakim, pengkritik atau penyelamat

Kaedah Penswastaan Amalan yang seterusnya adalah Sesi Perkongsian Guru


(Teacher Sharing Session) yang merupakan amalan berkolaboratif sesama rakan sekerja,
serta perkongsian bahan dan pengetahuan. Menurut Briscoe dan Peters (1997), guru
kurang berkolaboratif antara satu sama lain dan mereka cenderung menguruskan bahan
mereka sendiri dan menyimpan amalan pedagogi untuk kegunaan mereka sendiri. Sesi
perkongsian (sharing session) merujuk kepada sekumpulan guru dari institusi yang sama
atau berbeza bertemu secara kerap atau berkala secara formal untuk berkongsi
pengetahuan, keamhiran, pengalaman, dan amalan pedagogi yang terbaik. Amaln ini tidak
mengehadkan bilangan guru dalam sesuatu kumpulan tetapi memadai dengan hanya dua
orang guru yang berkongsi pengalaman sesama sendiri. Perkongsian dalam kalangan ahli
yang lebih ramai akan memberi lebih banyak ruang pengisian dan aspek pengetahuan,
kemahiran, pengalaman dan amalan pedagogi yang berbeza dan pelbagai. Secara amnya,
psesi perkongsian guru ini dapat dikelaskan kepada dua jenis iaitu perkongsian bahan
maujud dan perkongsian bahan bukan maujud. Contoh perkongsian bahan maujud adalah
alat bantu mengajar, laman sesawang, lembaran kerja, rancangan pengajaran dan skema
permarkahan. Manakala, contoh perkongsian bahan bukan maujud pula adalah amalan
pedogagi seperti amalan PdP, pengurusan murid, pengurusan bilik darjah dan sebagainya.
Sesi perkongsian boleh dilaksanakan melalui pelbagai strategi seperti ‘Show, Tell, Share’,
‘Pillow Talk & Gallery Walk’ serta Tongkat Sakti. Sebagai contoh, bagi pelaksanaan strategi
Pillow Talk & Gallery Walk, fasilitator akan meminta peserta mencatat segala maklumat
yang diperoleh daripada sesi pillow talk dan menghasilkan nota/catatan bagi tujuan aktiviti
gallery walk pada kertas mahjong. Kertas ini akan ditampal pada dinding dan seorang ahlli
kumpulan dilantik untuk menyampaikan penerangan semasa sesi gallery walk dimana
semua peserta akan pergi ke setiap stesen dan penrangan diberikan oleh wakil yang
dilantik. Strategi ini juga sangat sesuai diaplikasikan di bilik darjah bersama murid sewaktu
PdP.

Kesimpulannya, dalam usaha meningkatkan standard prestasi pelajar di sekolah


secara berterusan, telah terbukti bahawa komuniti pembelajaran profesional merupakan
komponen penting di dalam usaha untuk menjayakan pelaksanaan sesuatu reformasi
pendidikan. Peningkatan dalam standard prestasi pelajar amat bergantung kepada usaha
secara berterusan untuk melakukan penambahbaikan terhadap kemahiran profesional guru
terutama dalam aspek pengajarannya. Ini memerlukan sokongan daripada semua pihak
bagi menjayakan sebarang reformasi pendidikan yang sudah tentu ini akan membantu
menyediakan pelajar-pelajar kita bagi menghadapi masa depan yang semakin mencabar.
RUJUKAN

Briscoe, C., & Peters, J. (1997). Teacher collaboration across and within schools:

Supporting individual change in elementary science teaching. Science Education,

81 (1), 51-65.

Hasbrouck, J. E. & Christen, M.H. (1997). Providing peer coaching in inclusive classrooms:

A tool for consulting teachers. Intervension in school and clinic, 32(3), 172-177.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2011) Modul Komuniti Pembelajaran Profesional: KPM

Rahimah Haji Ahmad, Zulkifli A Manaf and Shahril Marzuki, (2000), School Effectiveness

and School Improvement in Malaysia, dalam T. Townsend, P. Clark, and M.

Ainscow, (Eds) Third Millenium Schools: A World of difference in effective

improvement.. Lisse, Netherleands: Swets and Zeitlinger Publishers, pp 265

282. 2008.

Rosenholtz, Susan (1989). Teachers’ workplace: The social organization of schools. New

York: Longman.

You might also like