You are on page 1of 2

Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik

yang komited danbekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat


inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk
murid-murid mereka.(Rosenholtz, 1989; Little & McLaughlin, 1993; DuFour,
Eaker, & Many, 2006, )

PLC boleh dijalankan dalam 4 bentuk aktiviti. Sila rujuk jadual di bawah.

Berjalan di sekeliling sekolah dan


memerhatikan pengajaran  guru lain
Belajar Secara dan aktiviti bilik darjah dengan
Berjalan(Learning Walks) menggunakan protokol atau fokus yang
spesifik. 
Penswastaan
Amalan (De-
Privatization
of Practice)
Bimbingan Rakan Sebaya Secara sistematik memerhatikan
Guru atau Pembimbing pengajaran guru lain dengan
Instruksi menggunakan kitaran  pra konferens,
pemerhatian dan pasca-
(Peer Coaching/ konferens (pre-conference,
observation, post-conference cycle).
Instructional Coaches)

Belajar menggunakan Sekumpulan guru secara usaha sama


Rancangan Pengajaran membina satu rancangan pengajaran;
Harian  diikuti dengan
pengajaran/memerhatikan pengajaran,
(Lesson Study) membuat penambahbaikan semasa
sesi pengajaran.

Sesi Perkongsian Sekumpulan guru bertemu secara


Guru(Teacher Sharing kerap untuk berkongsi amalan
Sessions) pengajaran terbaik.

Satu trend menarik dalam perkembangan pendidikan di negara-negara maju ialah


pemantapan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan pendidik sebagai
usaha meningkatkan profesionalisme guru. 
Konsep komuniti pembelajaran profesional boleh didefinisikan sebagai aktiviti-
aktiviti kolaboratif antara pihak sekolah dengan pihak di luar komuniti sekolah. 

Sekolah boleh membawa masuk pihak berkepentingan dari luar sekolah ke dalam
bilik darjah untuk menterjemahkan kurikulum dan penyampaian kurikulum, dan
aktiviti kolaboratif antara pihak berkepentingan dengan pihak sekolah untuk
memantapkan penyampaian pendidikan bagi meningkatkan pencapaian pelajar. 

Pelbagai aktiviti dalam pendekatan Komuniti Pembelajaran Profesional telah


digunakan oleh masyarakat guru di negara-negara maju. 

Antaranya ialah pengajaran bersama rakan guru (team teaching), tunjuk cara dalam
pengajaran (lesson demonstration), sistem sokongan rakan sekerja (buddy support
system), perkongsian pintar antara komuniti sekolah dengan komuniti di luar
sekolah, dan pengajaran secara kolaboratif (collaborative teaching).  

You might also like