You are on page 1of 14

PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

UNIT 10

6.0 Sinopsis
Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi konsep, ciri, dan jenis PBS yang dilaksanakan di
sekolah. Kaedah permarkahan dan pembinaan rubrik dalam melaksanakan PBS serta
pelaporan juga dibincangkan bagi menjelaskan secara keseluruhan PBS dan peranannya
dalam sistem pendidikan di negara kita. PBS ini dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran
secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mengukur perubahan
penguasaan, kemahiran, sahsiah dan kompetensi diri.

6.1 Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca bab ini, diharap anda dapat:

1. Menerangkan konsep,ciri dan jenis pentaksiran berasaskan sekolah.


2. Menjelaskan kaedah pemarkahan dan rubrik
3. Menganalisis proses dan kaedah pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah

6.2 Kerangka konsep tajuk-tajuk bab ini


Pentaksiran
Berasakan Sekolah
(PBS)

Kaedah Pemarkahan
Pelaksanaan
Konsep, Ciri dan Jenis dan Rubrik

Pelaporan dan
perekodan

AKADEMIK BUKAN
AKADEMIK

Pentaksiran Aktiviti
Jasmani & Kokurikulum
Pentaksiran Pentaksiran Pentaksiran ( PAJK)
Pusat Sekolah Psikometrik

28
6.3 Kandungan

6.3.1 Konsep dan tujuan PBS

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang


dilaksanakan di sekolah. Ianya dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang
mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). PBS
merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru-guru mata
pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Demi menjamin
kualiti pelaksanaan PBS, mekanisma penyelarasan dan pemantauan akan dilaksanakan
untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran yang dilaksanakan di
sekolah. Sekolah wajib melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi semua
mata pelajaran yang mempunyai komponen kerja kursus, amali, projek, modul dan ujian
lisan.
Objektif utama pelaksanaan PBS adalah untuk:
a) mendapatkan gambaran keseluruhan potensi individu
b) memantau pembangunan individu dan membantu untuk meningkatkan
potensi individu
c) membuat laporan yang bermakna kepada pembelajaran individu
(Lembaga Peperiksaan, 2012)

Apakah persiapan yang perlu dilakukan oleh guru sebelum melaksanakan


pentaksiran berasaskan sekolah?

29
6.3.2 Ciri-ciri utama PBS

Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) merujuk  pentaksiran yang dirancang,


dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan di lapor oleh guru sekolah yang berkenaan. PBS
dilaksanakan secara formatif dan sumatif bagi melihat perkembangan pembelajaran murid
serta menambah baik pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran formatif dijalankan seiring
dengan proses pengajaran dan pembelajaran . Contoh instrumen yang boleh digunakan
ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak laporan tugasan, tugasan rumah
dan ujian. Manakala pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir setiap unit pembelajaran, 
penggal, bulan dan tahun. PBS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran
(assessment for learning ) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning ).
PBS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning ) dan
pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning ). PBS mempunyai ciri-ciri
berikut:
a) Holistik
Mampu memberikan maklumat keseluruhan tentang pengetahuan dan
kemahiran yang dicapai oleh murid 
b) Berterusan
Aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan pengajaran dan pembelajaran
c) Fleksibel 
Kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan
murid.
d) Standard prestasi 
Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum

Standard prestasi
Standard prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang tahap-
tahap penguasaan seseorang murid dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran yang
dipelajari. Dalam satu tempoh pembelajaran, murid ditaksir berdasarkan penanda aras yang
terdapat dalam standard prestasi. Huraian seperti berikut
a) Murid tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai atau dicapai, apa yang
ditaksir dan kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran. 
b) Guru tahu matlamat yang akan dicapai dalam pendidikan murid di sekolah,
apa yang ditaksir dan kualiti yang harus ada pada setiap murid.
c) Ibu bapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak-anak mereka
selepas melalui proses pendidikan untuk satu tempoh tertentu.

30
d) Pihak yang berkepentingan tahu matlamat kurikulum dan kualiti murid yang
melalui sistem pendidikan negara

6.3.3 Komponen PBS

a) Pentaksiran Pusat
Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan
tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh tertentu
mengikut mata pelajaran tertentu berdasarkan standard prestasi dan jaminan
kualiti melalui pemantauan dan penyelarasan. Kaedah pelaksanaan pentaksiran
pusat dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh
guru-guru mata pelajaran dalam tempoh yang ditetapkan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Tugasan, peraturan pelaksanaan dan panduan
penskoran serta kaedah pelaporan dihasilkan oleh Lembaga Peperiksaan.
Sekolah mentadbir menskor, hasil kerja murid, dan menyediakan pelaporan
untuk mengukur proses dan produk yang autentik. Penilaian pusat ditaksir
menggunakan pelbagai kaedah, antaranya ialah:-

i. Kerja Kursus
ii. Projek
iii. Ujian Lisan (Mata Pelajaran Teras dan Elektif)
iv. Tugasan dan Folio
v. Pemerhatian
vi. Kemahiran Amali
vii. Persembahan dan Pembentangan Lisan

Ringkasnya, asas pelaksanaan pentaksiran pusat adalah seperti berikut

i. Lembaga Peperiksaan membekalkan format dan tugasan pentaksiran


ii. Tugasan berbeza setiap tahun
iii. Dilaksana di sekolah
iv. Tempoh masa pelaksanaan ditetapkan bagi mata pelajaran terpilih dari
kumpulan mata pelajaran teras dan wajib
v. Ditaksir oleh guru mata pelajaran
vi. Skor berdasarkan Standard Prestasi yang dikeluarkan oleh Lembaga
Peperiksaan
vii. Pemantauan dan penyelarasan peringkat dalaman dan luaran
dilaksanakan bagi menjamin kualiti dan standard

31
viii. Pelaporan Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Sekolah digabungkan akhir
tahun persekolahan rendah dan menengah rendah.

b) Pentaksiran Sekolah

Pentaksiran Sekolah adalah pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir,


diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan. Pentaksiran
formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran seperti,
lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan dan tugasan
rumah. Manakala pentaksiran sumatif dijalankan di akhir suatu unit
pembelajaran seperti ujian bulanan, ujian semester dan ujian akhir tahun.
Proses pentaksiran sekolah adalah seperti berikut:-

i. Mengenal pasti konstruk atau perkara yang hendak ditaksir


ii. Merancang, memilih serta membina dan mentadbir instrumen pentaksiran
yang memberi peluang kepada murid mempamerkan atau
mempersembahkan hasil kerja yang relevan
iii. Menilai hasil kerja murid dengan merujuk kepada deskriptor dan evidens
dalam standard prestasi untuk menentukan tahap penguasaan murid
iv. Memberi maklum balas kepada murid tentang prestasi mereka
berdasarkan kekuatan dan kelemahan serta merancang dan
melaksanakan langkah penambahbaikan
v. Merekod prestasi dalam portfolio untuk rujukan guru, penyelaras, murid
dan ibu bapa.

c) Pentaksiran Psikometrik
Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan / atau pusat untuk
mengukur kebolehan semulajadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan
masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran
Psikometrik adalah pentaksiran yang direkabentuk untuk mendapatkan maklumat
secara kualitatif dan kuantitatif tentang keupayaan seseorang untuk bertindak
balas dalam suatu cara tertentu. Pentaksiran ini boleh mengukur kebolehan
semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability)
daripada pengalaman dan persekitaran dan tidak berasaskan kurikulum dan
proses pengajaran dan pembelajaran. Lembaga Peperiksaan menyediakan
manual ujian yang komprehensif dan mesra pengguna. Instrumen pentaksiran

32
psikometrik dibangunkan oleh pakar psikometrik dan ahli psikologi. Ia ditadbir
mengikut keperluan, secara manual atau berkomputer oleh guru atau murid itu
sendiri. Laporan pentaksiran dibuat dalam bentuk deskriptif.

Jenis Pentaksiran Psikometrik yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah


dan menengah rendah adalah seperti berikut:

i. Ujian Aptitud Am
Ukuran gabungan beberapa kebolehan berkaitan :
 visual - ruang - bukan verbal (pintar ruang)
 linguistik/verbal (pintar perkataan)
 logik-matematik/numerikal (pintar nombor/penaakulan)
 minat dan kecenderungan.

ii. Ujian Aptitud Khusus


Special Aptitude ii.Ujian
Ukuran kebolehan khusus yang berkaitan dengan potensi diri murid
dalam sesuatu bidang pekerjaan atau khusus:
i. muzik (pintar muzik)
ii. kreativiti (pintar minda)
iii. interpersonal (pintar orang - pengalaman sosial)
iv. intrapersonal (pintar diri - refleksi kendiri)
v. kinestatik - jasmani (pintar jasmani)
vi. naturalis (pintar naturalisme).

iii. Inventori Personaliti


Ukuran ciri-ciri perilaku unik dan stabil yang ada pada setiap individu
yang membezakannya dengan orang lain untuk:
i. membantu guru mengenal pasti aspek-aspek sikap dan
personaliti individu murid supaya strategi pengajaran yang sesuai
dapat digunakan
ii. membantu murid memahami personaliti diri sendiri dan orang lain
untuk tujuan berinteraksi
iii. mengenalpasti stail pembelajaran

d) Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK)

Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah untuk mengukur dan


menilai prestasi, penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti jasmani,
kesihatan, sukan dan kokurikulum. Dalam pelaksanaan PAJSK, setiap murid
dikehendaki melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang dan ditetapkan oleh

33
guru berkenaan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan
murid dan kesesuaian sesuatu aktiviti tersebut. PAJSK merangkumi pentaksiran
berdasarkan aspek-aspek berikut:

i. Sukan
ii. Kokurikulum
iii. Ekstrakurikulum
iv. Pendidikan Jasmani
v. Kesihatan.

Panduan instrumen pentaksiran PAJSK disediakan oleh Lembaga


Peperiksaan (KPM) dengan kerjasama badan-badan atau agensi professional
yang berkaitan mengikut kepakaran masing-masing. Instrumen tersebut ditadbir
dan dikendalikan oleh guru berkenaan di peringkat sekolah. Murid Tahap 1
(Tahun 1–3) diukur dan dinilai hanya aspek perkembangan fizikal dan
kecerdasan serta penjagaan kesihatan. Manakala untuk murid Tahap 2  (Tahun
4–6) dan Sekolah Menengah, aspek sukan, kokurikulum,
ekstrakurikulum, pendidikan jasmani dan kesihatan diambil kira dalam
pengukuran dan penilaian. Pendokumentasian PAJSK dapat memberi gambaran
menyeluruh tentang tahap perkembangan murid dalam penguasaan ilmu dan
penghayatan nilai-nilai teras (core values) yang dipupuk melalui proses
pendidikan seperti berikut:

i. Berketrampilan
ii. Berinovasi
iii. Berakhlak mulia
iv. Bertanggungjawab
v. Bersikap patriotik
vi. Keusahawanan.

PAJSK akan dilaksanakan kepada semua murid Tahun Satu mulai


sesi persekolahan Tahun 2011 dan murid Tingkatan Satu mulai sesi
persekolahan Tahun 2012 bertujuan untuk:

i. Mengukur kecergasan dan kesihatan murid dalam pelbagai


aktiviti jasmani
ii. Mengukur penyertaan, penglibatan dan prestasi murid dalam
pelbagai aktiviti kokurikulum dan ekstrakurikulum

34
iii. Instrumen dan panduan pentaksiran sedia ada dimantapkan
oleh Lembaga Peperiksaan bersama organisasi yang
berkenaan berdasarkan bidang kepakaran masing-masing.
Aktiviti Jasmani diukur berdasarkan Standard Prestasi Jasmani iaitu:
i. Panduan Pentaksiran Aktiviti Pendidikan Jasmani
ii. Format Pelaporan Body Mass Index (BMI)
iii. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK)
iv. Standard Kriteria Penjagaan Kesihatan.
Aktiviti Kokurikulum diukur berdasarkan Standard Prestasi Kokurikulum
dan ditaksir menggunakan pelbagai jenis aktiviti dan instrumen seperti:
i. Kecergasan : sebagai contoh: naik turun bangku, BMI
ii. Kesihatan : pemerhatian, Buku Rekod Kesihatan
iii. Penyertaan : keahlian, kehadiran
iv. Penglibatan : jawatan, komitmen, peringkat
v. Prestasi : pencapaian, sumbangan.
PAJSK boleh dilaksanakan secara berkala atau berterusan mengikut
keperluan dan ditaksir oleh guru, rakan sebaya, ibu bapa dan agensi luar.

Ringkasan pelaksanaan kompenen PBS sekolah menengah

Tingkatan
1 2 3 4 5
Pentaksiran

SEKOLAH X X X X X

PAJSK X X X X X
PSIKOMETRI
K X X X X

PUSAT X X

6.4 Kaedah Pemarkahan dan rubrik

Pernyataan Standard Prestasi ialah pernyataan tentang sesuatu domain


merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik atau umum tentang tahap
pertumbuhan dan penguasaan murid dalam pembelajaran. Pernyataan Standard
Prestasi diletakkan dalam kategori mengikut enam aras penguasaan dari Band 1,

35
Band 2,Band 3, Band 4, Band 5 dan Band 6 yang disusun mengikut hierarki
( Jadual 1) . Aras penguasaan dari Band 1 yang terendah dan Band 6 yang tertinggi
sejajar dengan hasil pembelajaran yang dihasratkan oleh kurikulum.
Pernyataan Standard Prestasi ini diperjelaskan lagi dengan deskriptor
( Jadual 2 ) yang menyatakan tentang tingkah laku terperinci yang boleh
diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi atau tahap penguasaan murid
dalam pembelajaran.

BAND STANDARD
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
6
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
5
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
4
Tahu, Faham dan Boleh Buat
3
Tahu dan Faham
2
Tahu
1
Jadual 1 : Kerangka Utama Pernyataan Standard Prestasi

BAND DESKRIPTOR
Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran
sedia ada untuk digunakan pada situasi baru secara
6 sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh
dicontohi.

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru,


dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal
5
dan bersikap positif

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu


4 mengikut prosedur atau secara sistematik.

Murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan


3 sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk


komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang
2
telah dipelajari.

36
Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran
1 asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

PERNYATAAN TAFSIRAN
Satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras
tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan
Band
pelaporan tahap penguasaan murid.

 Pernyataan yang menunjukkan sejauh mana murid perlu


mempamerkan pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi
setiap standard aras penguasaan.
 Deskriptor mengandungi tingkah laku yang perlu
dipamerkan dalam pentaksiran, cakupan kriteria atau aspek
yang ditaksir dan dimensi kualiti tingkah laku (Qualifier)
Deskriptor yang perlu dipamerkan oleh murid.
 Ditentukan berdasarkan tiga perkara:
o Tingkah laku yang perlu dipamerkan
o Cakupan kriteria/aspek yang ditaksir
o Dimensi kualiti tingkah laku yang perlu dipamerkan
(Qualifier) – secara kuantitatif atau kualitatif

Jadual 2: Penerangan terperinci tentang kerangka Pernyataan


Standard Prestasi.

6.5 Kaedah Pelaporan

Pelaporan ialah proses guru menentukan tahap penguasaan murid dalam


mata pelajaran yang diajar berdasarkan deskriptor yang terdapat dalam dokumen
standard prestasi. Pelaporan boleh dilakukan secara formatif dan sumatif.
i. Pelaporan Perkembangan Pembelajaran Murid melaporkan
perkembangan murid dalam pembelajaran berdasarkan pentaksiran
secara formatif.
ii. Pelaporan Pencapaian Murid melaporkan pencapaian murid dalam
pembelajaran berdasarkan pentaksiran secara sumatif

Renungan:
Bagaimana PBS dapat mengukur pencapaian dan penguasaan pelajar
secara holistik.

37
6.6 Pentaksiran Bilik Darjah

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan,
kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid di sekolah. PBD berlaku secara formatif dan
sumatif, sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran.
Pentaksiran Sekolah telah dikenali sebagai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mulai
diperkenalkan pada hujung tahun 2016. PBD mengekalkan semua konsep Pentaksiran
Sekolah dan melibatkan penentuan tahap penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran
yang dipelajarinya sepanjang tahun.
Tahap penguasaan ini dinyatakan dalam Standard Prestasi seperti terdapat dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) semua mata pelajaran di bawah
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR), Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM).
Selain daripada Standard Prestasi, Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran juga dirujuk dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah.

6.6.1 Maksud Pentaksiran Bilik Darjah


Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan proses yang berterusan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan,
kemajuan, kebolehan dan penguasaan murid terhadap matlamat kurikulum yang
dihasratkan. Proses PBD melibatkan proses mengumpul dan menganalisis maklumat serta
membuat refleksi yang berterusan terhadap PdP dalam membuat pertimbangan secara
konsisten ke arah menambah baik PdP tersebut.
Pelaksanaan PBD yang betul akan memberi gambaran yang jelas tentang
penguasaan murid terhadap Standard Pembelajaran yang ditetapkan dalam kurikulum.
Semua maklumat yang diperoleh dari pentaksiran bukanlah bertujuan untuk perbandingan
atau persaingan antara murid. Sebaliknya maklumat tersebut hendaklah digunakan untuk
membantu pihak sekolah dan ibu bapa untuk merancang tindakan susulan ke arah
menambah baik penguasaan dan pencapaian murid dalam pembelajaran mereka.

6.6.2 Objektif PBD


PBD dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran
murid di samping memberi maklum balas tentang pengajaran guru.
Melalui PBD, membantu guru:

38
 mengesan pengetahuan sedia ada murid
 mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
 mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam
 mengetahui pembelajaran dari semasa ke semasa
 mengetahui keberkesanan PdP
 merancang, mengubah suai dan menambah baik kaedah PdP
 menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.

Melalui PBD, murid dapat mengetahui:


 perkembangan diri dari semasa ke semasa
 kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran
 pencapaian pembelajaran

6.6.3 Aspek Yang Ditaksir


Berbagai-bagai aspek boleh ditaksir melalui PBD yang meliputi pelbagai kecerdasan
serta perkembangan emosi dan sahsiah murid. Aspek yang ditaksir ini termasuklah aspek
nilai dan kompetensi yang diperlukan dalam dunia masa ini, di samping perkembangan
kognitif, afektif dan psikomotor seperti dinyatakan dalam DSKP setiap mata pelajaran.
Antara contoh aspek yang ditaksir ialah:
 Pengetahuan
 Kemahiran berfikir
 Kemahiran berbahasa
 Kemahiran mengira
 Kemahiran belajar
 Kemahiran bersosial
 Kemahiran manipulatif
 Kemahiran amali
 Kemahiran kinestatik
 Kreativiti
 Kesihatan dan kecergasan
 Amalan nilai murni
 Sikap

6.6.4 Pelaporan PBD

39
Pelaporan PBD dibuat melalui templat pelaporan yang disediakan dalam fail
Microsoft Excel secara luar talian. Templat pelaporan PBD terdiri daripada lima halaman
(sheet tab) iaitu Panduan, Rekod Prestasi Murid, Laporan Murid (Individu), Data Pernyataan
Tahap Penguasaan dan Graf Pelaporan. Laporan ini boleh dicetak dan diedarkan kepada
murid dan ibu bapa bagi memaklumkan tahap penguasaan murid dalam sesuatu mata
pelajaran. Laporan ini membolehkan guru, murid dan ibu bapa mengambil tindakan susulan
yang sewajarnya bagi menambah baik PdP.

7. Kompetensi 6C

Prinsip pembelajaran abad ke-21 berteraskan kepada 4C iaitu 


Collaborative (Kolaboratif), Communication (Komunikasi), Critical Thinking (Pemikiran Kritis)
dan Creativity (Kreativiti). 4C yang dimaksudkan adalah:

7.1 C - Creativity
Dalam pengajaran dan pembelajaran guru mesti masukkan unsur kreatif pada aktiviti, kreatif
pada bahan, kreatif pada soalan, dan paling penting mampu menjana pelajar untuk menjadi
kreatif terutamanya dari segi berfikir.

7.2 C - Critical Thinking


Pengajaran dan pembelajaran perlu ada unsur yang menggalakkan pelajar berfikir secara
kritis. Ini boleh dilakukan dengan cara teknik penyoalan yang betul. Penggunaan tools
seperti I Think, peta minda, soalan KBAT juga mmpu menggalakkan pelajar berfikir secara
kreatif.

7.3 C - Collaboration
Pembelajaran pelajar berlangsung dengan cara berkolaborasi dengan rakan-rakan mereka
yang lain. Buat aktiviti berkumpulan atau berpasangan bagi mereka bertukar idea dan
pandangan. Banyak strategi yg boleh digunapakai seperti Gallery Walk, Think-Pair-Share
dan lain-lain.

7.4 C – Communication
Murid digalakkan untuk berkomunikasi, iaitu menggunakan apa-apa bahan dan juga
pendekatan bagi menyampaikan ilmu yang mereka faham daripada pembelajaran.
Pembentangan, penggunaan kertas mahjong, powerpoint, gambarajah dan lain-lain
membolehkan pelajar untuk berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan-rakan yang lain.

40
Mengikut Program Transformasi Sekolah 2025, prinsip pembelajaran abad ke-21 yang perlu
ditekankan selaras dengan Pedagogi Terkini Pembelajaran atau lebih dikenali sebagai
Pembelajaran Bermakna yang berteraskan 6C iaitu prinsip 4C yang sedia ada ditambah
dengan 2C lagi iaitu  Character (Karakter) dan juga Citizenship (Kewarganegaraan).

7.5 C - Character 
Character adalah pelajar menggunakan ilmu atau kemahiran yang dipelajari untuk
menyelesaikan masalahnya serta tabah dalam meneruskan kelangsungan hidupnya.

7.6 C - Citizenship
Citizenship pula adalah berfikir seperti warga global, mengingati isu-isu global berdasarkan
pemahaman yang mendalam tentang nilai-nilai dan pandangan dunia yang pelbagai, dan
dengan minat serta keupayaan yang tulen untuk menyelesaikan masalah dunia nyata yang
rumit dan kompleks yang mampu memberi kesan kepada kemapanan manusia dan alam
sekitar.

Renungan:
Apa yang anda faham tentang 6C?

Latihan 1
1. Berikan ciri-ciri Penilaian Berasaskan Sekolah.
2. Jelaskan apa yang anda faham tentang Pentasiran Bilik Darjah.
3. Bincangkan bagaimana 6C boleh diaplikasikan dan PdP.

8. Rumusan

Tajuk ini membincangkan tentang pelaksanaan, kaedah dan tujuan pentaksiran


berasaskan sekolah dan pihak yang terlibat secara langsung dalam memberi
maklumbalas terhadap pencapaian dan penguasaan pelajar. Kaedah PBS secara tidak
langsung memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan
pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.

41

You might also like