You are on page 1of 6

TEKS UCAPAN TUP

SEMPENA MAJLIS PERHIMPUNAN DAN MAJLIS PERSARAAN PENSYARAH,


IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR

30 APRIL 2018

Salutasi
Bismillahirahman Nirahim,
Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh dan salam
sejahtera,
Terima kasih kepada saudara dan saudari pengacara majlis.

Yang berusaha,
Dr. Mazlan bin Aris,
Timbalan Pengarah IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor

Dr. Wan Nursiah binti Wan Abdullah,


Setiausaha Akademik IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor

Yang dihormati,
Pn. Hajah Normah binti Abd Samad
Ketua Jab. Hal Ehwal Pelajar

Yang diraikan,
Tuan Haji Tormadi bin Jono

Para pensyarah,

Yang dikasihi,
Saudara Mior Amir Arif
Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ke-52
Barisan ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ke-52
Barisan ahli Jawatankuasa PEMARI

Serta anak-anak siswa-siswi guru sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat

Ilahi kerana diberi kesempatan dan peluang untuk sama-sama

kita berkumpul di Dewan Seri Temenggong, Johor Bahru untuk

menjayakan Perhimpunan sempena Majlis Persaraan Pensyarah

iaitu Tuan Haji Tormadi bin Jono. Semoga majlis ini menjadi

suatu kenangan bermakna kepada beliau yang akan menjalani

fasa baru yang akan ditempuhi selepas mereka bersara kelak.

Kata alu-aluan
Hadirin sekalian,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Perwakilan

Pelajar ke-52 dan ahli jawatankuasa PEMARI di bawah

pemantauan Jabatan hal Ehwal Pelajar yang telah bertungkus

lumus untuk menyusun atur majlis pada hari ini. Semoga majlis

pada hari ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT dan

memberi manfaat kepada kita semua.

Hari Bumi
Sebelum meneruskan ucapan, sekalung tahniah diucapkan

kepada Ahli Jawatankuasa IPG Lestari IPGKTI dan ahli-ahli

sukarelawan EVOLTI atas kejayaan dalam mengendalikan

Program Hari Bumi dan Pelancaran FEE Eco-Campus, Jom

Berbento serta Cintai Sungai Chat.

Pelancaran FEE Eco-Campus adalah salah satu usaha untuk

melestarikan persekitaran IPG kita. Sekiranya, FEE Eco-

Campus merupakan satu kaedah untuk menanam kemampanan

lestari ke dalam kurikulum, Kempen Jom Berbento pula adalah

satu usaha untuk mengurangkan sampah-sampah makanan iaitu

dengan membawa bekas makanan ke Cafe untuk membungkus

makanan yang dibeli. Secara tidak langsung, penghasilan

sampah dapat dikurangkan. Sungai Chat sudah menjadi sinonim

dengan IPG Kampus Temenggong Ibrahim. Lantaran itu, seluruh

warga kampus perlulah berganding bahu untuk sama-sama

menjaga kebersihan dan keindahan sungai kita.


Diharapkan dengan usaha Ahli Jawatankuasa IPG Lestari

IPGKTI dan EVOLTI dalam meneruskan aktiviti kelestarian di IPG

kita serta sokongan daripada semua warga kampus, dapat

merealisasikan impian kita untuk meraih anugerah Green Flag.


Karnival
Sukan Piala
Sekalung tahniah juga diucapkan kepada anak-anak siswa dan
Pengarah
siswi yang telah mewakili IPG kita dalam Karnival Sukan Piala

Pengarah yang bertempat di IPG Kampus Perlis pada 20 hingga

23 April yang lalu. Terima kasih diucapkan kepada pensyarah

pembimbing iaitu Encik Salehuddin dan Puan Aisyah yang telah

mengiringi Pasukan Bola Sepak dan Pasukan Bola Jaring ke

sana.

Saya berbesar hati atas kejayaan kedua-dua pasukan ini yang

telah berjaya merangkul tempat ke-2 bagi Pasukan Bola Sepak

dan tempat ke-4 bagi Pasukan Bola Jaring. Kejayaan anda

diharapkan menjadi sebagai pembakar semangat kepada anak-

anak siswa-siswi yang lain untuk terus berusaha dalam

mengharumkan nama IPG Kampus Temenggong Ibrahim.

Usaha dan dedikasi mereka sewajarnya menjadi ikutan anak-

anak siswa sekalian. Besarlah harapan saya kepada semua

anak-anak siswa siswi IPG Kampus Temenggong Ibrahim yang

lain agar Bumi Temenggong ini terus menjadi platform yang


boleh kita gunakan untuk menyerlah dalam pelbagai bidang.

Tidak kira dalam aspek akademik, sukan mahupun kepimpinan,

diharapkan agar kita semua dapat bersinar dan menjalankan

amanah yang diberi dengan sebaik mungkin.


Persaraan
Pensyarah
Warga Temenggong yang dikasihi,

Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi pensyarah kita

yang akan menamatkan perkhidmatan beliau kerana bersara

wajib di kampus ini. Beliau yang dimaksudkan ialah Tuan Haji

Tormadi bin Jono. Sekalung penghargaan dan jutaan tahniah

saya ucapkan kepada beliau kerana telah berjaya menabur bakti

dan ilmu pengetahuan sepanjang bergelar pensyarah. Beliau

telah menyumbang jasa dan budi yang tidak ternilai bagi

melahirkan siswa dan siswi guru yang memenuhi kehendak

aspirasi pendidikan negara bak kata pantun;

Tinggi-tinggi sipohon jati,

Tempat hinggap silayang-layang;

Sungguh tinggi harganya budi,

Budi dibalas kasih dan sayang.


Sidang hadirin yang dihormati,

Pihak pengurusan IPGKTI dan seluruh warga kampus

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Haji

Tormadi bin Jono di atas segala jasa yang telah beliau

sumbangkan kepada IPGKTI. Mohon dihalalkan segala ilmu yang

telah dicurahkan. Semoga Allah memberkati usaha beliau dan

marilah sama-sama kita berdoa agar beliau diberi kesihatan yang

baik untuk terus memberi sumbangan dari segi perkongsian

kepakaran kepada warga kampus selepas ini.

Dari Daik pulang ke Daik,

Sehari-hari berkebun pisang;

Budi baik dibalas baik,

Dalam hati dikenang orang.

Sekian sahaja ucapan saya, wabillahi taufik walhidayah wa


Penutup
salamualaikum warahmatulla hi wa barakatuh.

You might also like