You are on page 1of 2

Konsep 5P yang terkandung di dalam KBSR terdiri daripada 5 apek iaitu penggabungjalinan,

penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Penggabungjalinan merupakan satu


proses yang menggabungjalinkan pelbagai bidang kemahiran dalam satu pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Hal ini bagi mewujudkan satu suasana pelajaran yang integratif dan
menyeluruh. Pengabungjalinan ini bertujuan membantu murid dalam penguasaan pelbagai
kemahiran secara serentak dalam satu PdP. Melalui, kaedah penggabungjalinan ini,
keberkesanan proses PdP dapat ditingkat kerana PdP akan menjadi lebih menarik. Hal ini
dapat menarik minat muris untuk belajar disamping dapat menjadikan PdP ini bermakna
kepada mereka.

Penyerapan pengetahuan pula adalah proses menyatupadukan pengetahuan


daripada satu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran yang diajar. Penyerapan
pengetahuan melibatkan unsur pengetahuan dan bukan kemahiran. Antara kelebihan
penyerapan pengetahuan ialah PdP akan menjadi lebih menarik walaupun tajuk yang
hendak dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya. Selain itu,aktiviti PdP menjadi lebih
produktif dan efektif. Seterusnya dengan pemilihan isi pengetahuan yang menarik daripada
mata pelajaran lain akan menjadikan murid lebih ceria,bersemangat dan progresif.

Seterusnya, penerapan nilai-nilai murni merupakan proses menerapkan nilai-nilai


dalam pelaksanaan PdP. Penyerapan nilai-nilai murni berlangsung melalui dua pendekatan
iaitu pendekatan implisit dan pendekatan eksplisit. Melalui pendekatan implisit, guru-guru
secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai kepada murid. Contohnya guru berpakaian
bersih dan kemas menjadi contoh kepada murid-murid. Pendekatan secara eksplisit pula
ialah mengadakan suatu peraturan,arahan dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu
perkara yang diharapkan. Penerapan secara eksplisit adalah lebih terancang,dengan
matlamat dan cara pelaksanaan serta penilaian yang jelas. Melalui pendekatan ini, murid
akan mendapat mengetahui nilai-nilai yang baik secara tidak langsung.

Selain itu, pengayaan pula merupakan satu aktiviti yang lebih mencabar kebolehan
murid di samping dapat menambah minat dan pengalaman pelajar. Pengayaan juga dapat
menjadikan murid-murid berminat untuk belajar secara sendiri serta mempunyai sikap
berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup serta
melahirkan daya keativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja mereka
sendiri. Hal ini membolehkan mereka untuk menerokai ilmu pengetahuan lebih meluas.

Aspek yang kelima, pemulihan pula bertujuan untuk membaiki kelemahan


pembelajaran. Melalui pemulihan, murid yang lemah dapat diasuh dan diberi tumpuan yang
lebih berbanding murid-murid lain. Pelajar juga turut diberikan peluang untuk mencuba
mengembangkan potensi diri mereka dalam pelajaran dan minat untuk mencuba sehingga
ke tahap yang lebih maju.

Berdasarkan lima aspek ini, dapat dinyatakan kepentingan konsep 5P dalam proses
PdP, antaranya konsep ini dapat menghasilkan PdP secara bersepadu dan menyeluruh.
Seterusnya, konsep 5P dapat membantu para guru dalam merangka strategi dalam kaedah
PdP Bahasa Melayu yang menarik. Kita juga dapat lihat bahawa konsep 5P ini akan
menjadikan PdP lebih ceria dan bermakna. Hal ini akan meningkatkan motivasi pelajar untuk
terus belajar. Selain itu, konsep 5P ini juga menggalakkan murid untuk menerokai sendiri
ilmu pengetahuan yang. Murid juga dapat mengukur kemampuan diri sendiri. Di samping itu,
konsep 5P akan menjadikan murid sebagai insan yang mempunyai nilai-nilai murni di mana
mereka bukan sahaja mempelajari ilmu dalam kurikulum sahaja, namun mereka turut di
dedahkan dengan nilai-nilai murni. Pendekaran konsep 5P ini dapat melahirkan murid yang
seimbang selaras denga Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

You might also like