You are on page 1of 18

GMGA3023

PENTADBIRAN AWAM KORPORAT

TUGASAN KUMPULAN

MANFAAT DAN KESAN PENGECILAN SAIZ PERKHIDMATAN AWAM

DISEDIAKAN UNTUK:

DR NIK MAWARDI MOHAMED

DISEDIAKAN OLEH:

BIL. NAMA NO MATRIK


1. ERMA SUHANA BINTI ABD MANAF 243560
2. NUR AMISYA BINTI SUID 243654
3. MAIZATUL NURUL AINA BINTI SHAMSHUDDIN 243578
ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK HALAMAN


1.0 Pengenalan 1
2.0 Pertumbuhan Saiz Sektor Awam 2-5
3.0 Penyumbang Pertumbuhan Saiz Sektor Awam 4-5
4.0 Cabaran Perkhidmatan Awam di Malaysia 5-7
5.0 Rasionalisasi pengecilan saiz perkhidmatan awam 7-8
6.0 Kesan/Manfaat Pengecilan Saiz Perkhidmatan Awam 8-12
7.0 Kesimpulan 12-14
8.0 Rujukan 15-16

ii
1.0 PENGENALAN

Semua peringkat kerajaan di kebanyakan negara di dunia menghadapi persekitaran


fiskal yang semakin rumit dengan masalah ekonomi dan sosial yang membebankan.
Malah, keadaan ini dirumitkan lagi dengan perhatian media dan kesedaran masyarakat
tentang cara yang digunakan oleh kerajaan untuk mendapatkan pendapatan,
bagaimana pihak kerajaan membelanjakan wang dan kepada siapa meminjamkan atau
memberikan wang bagi mencapai matlamat kepentingan awam. Menurut Thornton dan
Ulrich (1999), sekiranya jumlah kos bagi menampung perbelanjaan sektor awam
diperlihatkan kepada masyarakat, mereka biasanya merasakan bahawa saiz sektor
awam negara adalah besar. Jika kumpulan masyarakat menginginkan saiz sektor
awam dikecilkan, adalah penting untuk mengetahui cara bagaimana kesimpulan boleh
dibuatkan berkaitan saiz sektor awam negara yang terlalu besar. Hal ini kerana,
semakin besar saiz sektor awam dan semakin tinggi campur tangan kerajaan dalam
ekonomi, maka semakin besarlah tanggungan rakyat melalui pembayaran cukai dan
semakin besar kesannya terhadap taraf hidup rakyat (Abdullah & Ahmad, 2005).

Disebabkan terdapat dua sektor penting dalam ekonomi iaitu sektor awam dan
sektor swasta, maka semua sumber yang ada perlu dikongsi bersama. Malah, apabila
semakin tinggi cukai dikutip oleh kerajaan, maka semakin banyak sumber produktif
untuk kegunaan kerajaan (Rosen, 1999). Keadaan ini menyebabkan sektor swasta
mengalami pengurangan sumber yang boleh digunakan untuk memenuhi kehendak dan
permintaan pasaran. Namun, hal ini tidak bermakna penggunaan sumber oleh sektor
awam tidak membawa faedah kepada masyarakat. Terdapat dua pandangan berkaitan
campur tangan kerajaan dalam sektor ekonomi. Pertama, pandangan liberal yang
memperjuangkan supaya kerajaan mengehadkan campur tangan melalui pengurangan
perbelanjaan dan juga pengurangan cukai untuk membolehkan lebih banyak sumber
dikendalikan oleh sektor swasta. Pihak seperti ini dilihat menentang campur tangan aktif
kerajaan kerana beranggapan bahawa kerajaan tidak mempunyai kecenderungan yang
kuat untuk mencapai keuntungan atau meningkatkan pulangan terhadap penggunaan
wang awam malah tidak dapat membuat keputusan yang cekap bagi memperuntukkan
sumber dalam negara (Abdullah & Ahmad, 2005).

1
Sebaliknya, pandangan kedua lebih bersifat nasionalis kerana penglibatan
kerajaan dalam ekonomi dianggap perlu dan wajar bagi membetulkan masalah ekonomi
yang berlaku. Misalnya, kerajaan diperlukan untuk meningkatkan kesejahteraan setiap
kehidupan masyarakat melalui pengagihan semula pendapatan dan kekayaan yang adil
dan sama rata, membantu menggiatkan aktiviti ekonomi dan bertindak mengurangkan
masalah ketidakstabilan seperti inflasi dan juga kemelesetan (Rodrik, 1997). Terdapat
beberapa ukuran telah digunakan oleh para ahli ekonomi sektor awam untuk
menentukan saiz sesebuah sektor awam. Dengan meneliti ukuran tersebut, masyarakat
dapat membuat kesimpulan tentang kedudukan saiz sektor awam di Malaysia. Antara
ukuran untuk menentukan saiz sektor awam adalah menerusi jumlah perbelanjaan
awam, kutipan cukai dan jumlah guna tenaga sektor awam. Menurut Brown dan
Jackson (1990), saiz sektor awam selalunya diukur dengan membandingkan jumlah
perbelanjaan awam atau cukai dengan pendapatan agregat negara. Secara asasnya,
nisbah perbelanjaan awam atau cukai dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
merupakan dua ukuran yang biasa digunakan. Tujuan penggunaan ukuran ini adalah
untuk menentukan peratusan sumber produktif yang digunakan dalam sektor awam
berbanding saiz keseluruhan ekonomi sesebuah negara.

2.0 PERTUMBUHAN SAIZ SEKTOR AWAM

Menurut pandangan ahli ekonomi Jerman berkaitan isu saiz sektor awam, skop aktiviti
kerajaan akan semakin bertambah apabila rakyat semakin sedar tentang isu taraf hidup
dan meningkatkan permintaan bagi barangan yang disediakan oleh kerajaan (Petry et
al., 2000). Saiz perbelanjaan kerajaan akan meningkat dengan lebih cepat berbanding
dengan KDNK disebabkan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan tekanan daripada
rakyat supaya kerajaan berusaha dengan berterusan dalam meningkatkan kebajikan
sosial mereka. Data empirikal boleh membuktikan bahawa peningkatan permintaan
bagi perkhidmatan yang disediakan sektor awam berlaku apabila pendapatan
masyarakat mencapai tahap pendapatan sederhana dan tinggi (Berry & Lowery, 1987).

2
Kesimpulan yang dibuat oleh Peacock dan Wiseman (1961) menjelaskan
bahawa kerajaan akan meningkatkan aktiviti sektor awam, kutipan hasil cukai dan juga
perbelanjaan untuk menghadapi masalah yang timbul akibat daripada ancaman dan
gangguan sosial sehingga meningkatkan saiz sektor awam meningkat (dipetik di dalam
Aronson, 1985). Baumol (1967) pula mendapati bahawa proses pertumbuhan ekonomi
yang tidak seimbang antara sektor awam dan swasta merupakan satu bentuk justifikasi
pertumbuhan saiz sektor awam. Aktiviti ekonomi dibahagikan kepada dua jenis iaitu
aktiviti yang dapat menggunakan teknologi bagi meningkatkan kecekapan dan
produktiviti, serta aktiviti yang tidak dapat menggunakan teknologi secara progresif.
Ketidakupayaan dalam menggunakan teknologi ini jelas meningkatkan kos penyediaan
perkhidmatan kepada masyarakat. Secara umumnya, perkhidmatan kerajaan bersifat
intensif buruh malah bukan sahaja merupakan input, tetapi juga produk akhir dalam
sektor ekonomi (Abdullah & Ahmad, 2005).

Dalam konteks lain, pertumbuhan kos dalam sektor awam berlaku akibat
tindakan responsif kerajaan untuk meningkatkan upah dalam sektor awam agar bagi
mewujudkan persaingan dengan sektor swasta dalam pasaran buruh (Berry & Lowery,
1987). Sesetengah pengkaji menghubungkan proses perbandaran dengan peningkatan
perbelanjaan kerajaan berbanding dengan KDNK (Petry et al., 2000). Perbandaran dan
pertumbuhan ekonomi juga mempunyai kesan sampingan seperti kesesakan dan
pencemaran yang memerlukan campur tangan kerajaan bagi mengawalnya secara
berkesan. Selain itu, pertambahan penduduk dan komposisi penduduk yang heterogen
turut menyebabkan permintaan terhadap barang dan perkhidmatan yang disediakan
oleh sektor awam bertambah dari segi kuantitinya (Dalamagas, 2000; McCarty, 1993).

Selain daripada faktor tersebut, pertumbuhan saiz sektor awam mengalami


peningkatan kecenderungan kerana banyak kerajaan telah meninggalkan doktrin
laissez-faire (Trotman-Dickenson, 1983). Teori yang memperjuangkan tiada campur
tangan daripada pihak kerajaan tidak lagi mendapat sambutan kerana terdapat tekanan
daripada pihak awam. Mereka menyatakan bahawa kerajaan wajar memberi bantuan
bagi mengatasi masalah pengangguran dan mewujudkan peluang pekerjaan yang
pelbagai. Maka, proses merealisasikan kehendak sedemikian memerlukan pelaksanaan

3
dasar yang bersesuaian serta perbelanjaan awam yang secara tidak langsung telah
ditingkatkan. Berry dan Lowery (1987) membuat kesimpulan bahawa dua strategi
pembangunan kerajaan iaitu kerajaan yang responsif dan campur tangan yang
berlebihan dianggap akan menggalakkan pertumbuhan saiz sektor awam. Hal ini
kerana pelbagai faktor telah dikenalpasti bagi menerangkan fenomena peningkatan saiz
sektor awam.

3.0 PENYUMBANG PERTUMBUHAN SAIZ SEKTOR AWAM

Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan pertumbuhan saiz sektor awam di
Malaysia iaitu peningkatan pendapatan per kapita dan pembangunan ekonomi serta
perubahan demografi penduduk. Pendapatan per kapita yang meningkat memberikan
kesan kepada permintaan barangan awam yang semakin ketara peningkatannya. Sejak
awal tahun-tahun 1970-an sehingga kini, permintaan bagi infrastruktur seperti jaringan
jalan raya, bekalan elektrik dan air serta sistem komunikasi telah meningkat dengan
pesat sejajar dengan dasar penggantian import (1970-an) dan dasar penggalakkan
eksport (mulai 1980-an) yang diamalkan oleh kerajaan. Selain itu, perkembangan
sektor perindustrian kini telah membawa kepada beberapa masalah seperti migrasi
besar-besaran dari luar bandar ke kawasan bandar, kesesakan penduduk, masalah
setinggan dan keperluan perumahan yang tinggi. Seperti yang dialami di negara maju,
perubahan demografi penduduk telah mempengaruhi pertumbuhan perbelanjaan
awam. Mengikut McCarty (1993), semakin heterogen penduduk di sesebuah negara,
semakin besar saiz sektor awam kerana kerajaan terpaksa memenuhi permintaan
daripada pelbagai kumpulan dalam negara.

Di Amerika Syarikat dan United Kingdom, peningkatan umur dalam golongan


masyarakat yang dilahirkan menyebabkan peningkatan yang besar bagi perbelanjaan
pendidikan, pencen dan bayaran pindahan yang lain (Connolly & Munro, 1999). Di
Malaysia, keadaan ini berlaku di penghujung 1970-an, di mana keperluan untuk
pendidikan rendah, menengah dan pengajian tinggi telah bertambah dengan cepat
(Ismail Salleh & H. Osman Rani, 1991). Lanjutan itu, permintaan bagi perkhidmatan
kesihatan juga telah meningkat secara mendadak disebabkan faktor umur penduduk

4
yang bertambah. Pertumbuhan perbelanjaan awam juga mempunyai kaitan dengan
keupayaan kerajaan membiayai perbelanjaannya kerana pendapatan utama kerajaan
adalah hasil cukai yang dikenakan kepada rakyat. Salah satu aspek yang mampu
meningkatkan kapasiti fiskal kerajaan ialah dengan menggalakkan penglibatan wanita
dalam sektor ekonomi. Hal ini kerana semakin tinggi nisbah tenaga kerja wanita dalam
guna tenaga, semakin besar asas fiskal bagi kerajaan untuk memungut hasil cukai
(Petry et al., 2000). Berdasarkan kajian Mithani dan Khoon (1999), saiz sektor awam di
Malaysia ditentukan oleh keputusan dalam aspek perbelanjaan. Maka, sebarang usaha
untuk mengecilkan saiz sektor awam memerlukan pengecilan dalam perbelanjaan
sektor awam terlebih dahulu iaitu dengan mengecilkan saiz defisit belanjawan tahunan
secara terkawal (Mithani & Khoon, 1999).

4.0 CABARAN PERKHIDMATAN AWAM DI MALAYSIA

Jika menelusuri sejarah perkhidmatan awam di negara ini, semua penjawat awam tidak
lekang daripada serangan persepsi yang bukan sahaja menjatuhkan motivasi kerja,
bahkan memberi gambaran seperti penjawat awam tidak memberikan sebarang dalam
pembangunan negara. Jika merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP), persepsi membawa kepada maksud gambaran atau bayangan dalam hati atau
fikiran tentang sesuatu perkara. Jika gambaran persepsi itu positif, maka perkara
tersebut akan diterima baik. Jika sebaliknya, individu perlu bersedia untuk menerima
kecaman sungguhpun perkara yang dikaitkan masih belum dibuktikan kebenarannya.
Begitu juga dengan mainan persepsi yang sentiasa mendampingi setiap individu.
Apabila persepsi negatif yang ditonjolkan, maka penjawat awam perlu bersedia untuk
menerima kritikan yang barangkali membina dan mungkin juga bakal menjatuhkan
mereka (Sohaimi, 2020).

Antara persepsi yang sering dimainkan dan dimanipulasi adalah jumlah


kakitangan perkhidmatan awam yang merangkumi lebih 1.6 juta dikatakan terlalu besar
sehingga dianggap sebagai bentuk pembaziran dalam aspek kewangan negara.
Hakikatnya, jumlah kakitangan di sektor keselamatan, kesihatan dan pendidikan sahaja
sudah mewakili lebih separuh daripada jumlah penjawat awam berkenaan. Walhal

5
secara realitinya, jumlah penjawat bagi sektor tersebut masih kurang dan berada pada
tahap kritikal. Sebagai contoh, nisbah pengukuran kekuatan anggota polis berbanding
jumlah penduduk yang ideal ditetapkan oleh polis antarabangsa (INTERPOL) adalah
seorang polis bersamaan dengan 250 penduduk. Namun, realiti di negara ini hanya
mencapai nisbah seorang polis berbanding 427 penduduk. (Sohaimi, 2020). Dalam
pada itu, jumlah kakitangan di perkhidmatan kesihatan dan pendidikan juga masih tidak
mencukupi apabila pihak kerajaan merancang lebih banyak pembinaan dan pembukaan
sekolah, klinik dan hospital bagi memastikan rakyat mendapat manfaat sepenuhnya.

Timbul pula persoalan bahawa jika aspek ini diambil kira, adakah jumlah 1.6 juta
penjawat awam tersebut dilihat terlalu besar untuk negara ketika ini. Kenyataan ini
sering diabaikan atau tidak diambil perhatian oleh masyarakat apabila melakukan
serangan persepsi terhadap saiz perkhidmatan awam. Dalam hal ini juga, Kongres
Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berpandangan bahawa
ketua jabatan atau perkhidmatan masing-masing perlu memberikan maklumat jelas
kepada kakitangan bawahan bagi memastikan mereka mendapatkan gambaran jelas
tentang setiap perancangan yang diputuskan. Pandangan dan maklum balas daripada
kakitangan atau wakil kesatuan pekerja amat diperlukan dan wajar didengari bagi
mengelakkan tindakan pembuatan keputusan tidak mengelirukan para penjawat awam.
Hal ini kerana golongan ini merupakan ejen pelaksana penting yang bertanggungjawab
menjayakan dasar dan apa juga perancangan pihak kerajaan. Jika perancangan yang
dilakukan oleh kerajaan adalah tidak jelas pada peringkat kumpulan pelaksana, perkara
tersebut akan mengundang persepsi negatif kepada penjawat awam yang turut menjadi
mangsa kepada keadaan (Sohaimi, 2020).

Kini, cabaran yang perlu dihadapi oleh perkhidmatan awam dan kerajaan dalam
menghadapi persepsi semakin mencabar dengan kewujudan pelbagai medium atau
platform media sosial yang sangat meluas. Jika dahulu, persepsi hanya disampaikan
secara lisan dari mulut ke mulut, tetapi kini dengan ledakan internet dan kemunculan
pelbagai platform media sosial menjadikan penyebaran persepsi semakin meluas
sehingga menggugat keamanan negara. Menurut Sohaimi (2020), golongan rakyat
termasuklah penjawat awam haruslah bersikap matang dalam menerima sebarang

6
maklumat di media sosial supaya tidak terkesan dengan mainan persepsi yang tidak
membawa keuntungan kepada mana-mana pihak. Para penjawat awam khususnya
perlu mengawal emosi dalam mengendalikan serangan melalui media sosial terhadap
profesion mereka. Justeru, mainan persepsi terhadap penjawat awam perlu dihentikan
dengan segera kerana realiti yang dinikmati ketika ini membuktikan kemakmuran dan
kesejahteraan dikecapi melalui kerjasama yang baik antara sektor perkhidmatan awam
dan swasta.

5.0 RASIONALISASI PENGECILAN SAIZ PERKHIDMATAN AWAM

Isu pengecilan saiz perkhidmatan awam menjadi hangat pada penghujung tahun
2018 apabila Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan surat pekeliling
berhubung hasrat kerajaan untuk mengecilkan saiz perkhidmatan awam dalam usaha
mengelakkan pembaziran dan meningkatkan kecekapan sektor itu. Langkah pengecilan
tersebut melibatkan pengurangan 1 peratus perjawatan di kementerian dan agensi
kerajaan bermula pada 2019. Untuk meredakan keresahan rakyat dan mengelak lebih
banyak kekeliruan, pihak JPA telah mengeluarkan satu kenyataan media pada 25
Januari 2019 bagi menjelaskan tentang inisiatif tersebut yang hanya melibatkan
perjawatan yang tidak diisi dan digunakan bagi tempoh melebihi dua tahun serta tidak
melibatkan penjawat awam sedia ada. Menurut penjelasan tersebut, inisiatif kawalan
saiz perkhidmatan awam ini bukanlah suatu perkara yang baharu malah telah
dimulakan sejak tahun 2015 lagi. JPA juga sedang melaksanakan beberapa langkah
proaktif bagi memperbaiki kualiti perkhidmatan awam termasuk mengoptimum sumber
manusia, menyusun semula perjawatan, serah urus fungsi serta mengisi kekosongan
jawatan secara berhemah (Bernama, 2019).

Presiden Majlis Profesor Negara telah menyatakan bahawa langkah rasionalisasi


perkhidmatan awam ini perlu mengambil kira sektor perkhidmatan yang mencerminkan
tahap kehidupan rakyat. Di negara-negara maju, terdapat seorang doktor bagi setiap
400 pesakit tetapi di Malaysia, nisbahnya adalah 1:650. Begitu juga dengan bidang
pendidikan yang memperlihatkan jumlah pelajar di dalam setiap bilik darjah semakin
bertambah (Bernama, 2019). Maka, lebih ramai guru diperlukan bagi menambah baik

7
mutu perkhidmatan pendidikan negara. Bidang keselamatan sebagai sektor penting
juga tidak boleh diabaikan kerana berupaya memberikan kesan kepada keselamatan
negara. Walau bagaimanapun, saiz perkhidmatan awam semasa bukanlah terlalu besar
bagi sebuah negara membangun seperti Malaysia jika mengambil kira keperluan
tenaga kerja di tiga sektor perkhidmatan iaitu keselamatan, pendidikan dan kesihatan.

Menurutnya lagi, JPA perlu mula memainkan peranan aktif dalam merancang
dan melaksana program latihan peralihan sebagai langkah untuk mempersiapkan para
penjawat awam dengan pelbagai bentuk kemahiran yang bersesuaian untuk perubahan
yang bakal dialami. Latihan yang tertumpu kepada menjadikan penjawat awam sebagai
pekerja yang berkemahiran tinggi perlu diberikan perhatian sekiranya mereka bakal
berada dalam jabatan yang berpotensi untuk melalui proses penyusunan semula
jawatan dan proses kerja, automasi atau penggunaan teknologi baharu. Para penjawat
awam yang berkebolehan dan cenderung untuk menyertai sektor swasta juga harus
diberi latihan yang kukuh bagi mempersiapkan mereka dengan kemahiran yang sesuai.
Berikutan itu, pihak kerajaan dan pihak swasta perlu saling bekerjasama kerana fungsi
yang selama ini dilaksanakan oleh pihak kerajaan bakal bertukar tangan kepada pihak
swasta. Pemindahan beban tugas daripada kedua-dua sektor ini boleh dijalankan tanpa
menjejaskan mutu perkhidmatan yang dilaksanakan oleh negara.

6.0 KESAN/MANFAAT PENGECILAN SAIZ PERKHIDMATAN AWAM

Cadangan mengecilkan saiz perkhidmatan awam dengan unjuran pengurangan


lima peratus untuk tempoh tiga tahun, iaitu satu peratus pada 2019 dan masing-masing
dua peratus pada tahun berikutnya boleh dianggap sebagai cadangan yang tidak begitu
relevan. Namun demikian, tindakan pengecilan ini dilihat sebagai strategik dalam aspek
pengurusan kewangan dan juga ekonomi negara berikutan inisiatif untuk mewujudkan
mekanisme baharu menggantikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam. Pelaksanaan ini
adalah berpandukan kepada laporan Tinjauan Ekonomi 2019 yang dikeluarkan oleh
Kementerian Kewangan. Malah, pihak kerajaan disarankan menyemak semula skim
pencen penjawat awam kerana peningkatan beban dijangka memberi kesan kepada
pertumbuhan ekonomi negara. Inisiatif yang ingin dibangunkan seperti ini sewajarnya

8
menetapkan sasaran pengurangan beban kewangan kerajaan sehingga RM5 bilion
setahun kerana bebanan pencen kerajaan sentiasa meningkat saban tahun sehungga
mencecah RM28 bilion setahun (Shahrul, 2019).

CUEPACS telah menyatakan bahawa cadangan untuk mengecilkan jumlah


penjawat awam disifatkan mempunyai kesan positif dan negatif dalam tempoh jangka
masa panjang (Muhammad, 2019). Perkara ini dijelaskan oleh presidennya bahawa
penjawat awam yang bakal dipindahkan ke syarikat swasta akan berhadapan dengan
risiko tersendiri disebabkan kebanyakkan syarikat di sektor tersebut dilihat lebih
mengutamakan keuntungan. Malah, golongan pekerja yang telah terlibat dengan dasar
penswastaan sebelum ini turut tidak terlepas daripada risiko kehilangan pekerjaan.
Jelasnya lagi, kesan hasil daripada penswastaan yang telah dilaksanakan dahulu masih
memperlihatkan para pekerja yang merayu pencen, menerima pendapatan yang kecil
dan sedang menjalani kehidupan yang susah sehingga kini. Tambahan pula, aspek
penswastaan hanya berjaya apabila ada pihak yang mengambil alih dan golongan
pekerja memperoleh kekayaan selepas beralih kepada sistem di bawah pentadbiran
swasta (Muhammad, 2019)

Presiden CUEPACS beranggapan risiko penjawat awam dibuang kerja mungkin


berlaku disebabkan pengecilan dalam jumlah perkhidmatan swasta kerana industri
tersebut mahu memaksimakan keuntungan sehingga menyebabkan ada pihak yang
kehilangan pekerjaan (Muhammad, 2019). Namun begitu, menurut Tun Dr Mahathir
selaku perdana menteri ketika itu amat yakin dengan perancangan kerajaan untuk
mengecilkan saiz perhidmatan awam. Hal ini kerana pelaksanaan tersebut tidak bererti
akan menyebabkan berlakunya pengurangan peluang pekerjaan, selari dengan Dasar
Penswastaan yang diperkenalkan pada 1983 masih lagi dilihat relevan dan sesuai
untuk dilaksanakan sehingga hari ini. Hakikatnya, saiz penjawat awam kini masih dilihat
sebagai kecil jika kerajaan tidak mengambil kira sektor perkhidmatan penguruan dan
keselamatan. Namun akan menjadi terlalu besar jika mengambil kira perkhidmatan
yang wajib seperti guru, polis dan tentera. Sekiranya perkhidmatan ini boleh diasingkan,
maka sudah tentu saiz penjawat awam adalah masih kecil dan tidak mencecah 600 ribu
(menurut kenyataan Presiden CUEPACS).

9
Saiz perkhidmatan awam yang terlalu besar akan meningkatkan perbelanjaan
dalam mengurus pentadbiran kerajaan secara tidak langsung mengecilkan peruntukan
perbelanjaan bagi pembangunan negara (Bernama, 2019). Mantan Perdana Menteri
Malaysia, Dr Mahathir Mohamad telah menyatakan sekiranya jumlah penjawat awam
yang hampir mencecah 1.7 juta ketika ini tidak dikawal, kos perbelanjaan untuk
mengurus sektor ini akan mengambil sebahagaian besar belanjawan negara pada
setiap tahun. Dalam pada itu, pertumbuhan ekonomi juga bakal perlahan berikutan
aspek ketidakmampuan kerajaan untuk berbelanja dalam projek pembangunan yang
berpotensi sebagai penjana pertumbuhan ekonomi dan sosial negara. Kerajaan dan
pucuk pimpinannya berpendapat jumlah penjawat awam boleh dikurangkan tanpa perlu
menjejaskan prestasi penyampaian khidmat, punca pendapatan pegawai yang terlibat
serta peluang pekerjaan yang sedia ada. Hal ini kerana menurut beliau, strategi
penswastaan masih berkesan bagi menangani isu jumlah anggota perkhidmatan awam
dengan menumpukan kepada peningkatan produktiviti dan penggunaan sumber tenaga
secara optimum.

Bagi merealisasi hasrat tersebut, kerajaan menyedari bahawa apabila saiz


perkhidmatan dikurangkan maka akan berlaku pula masalah seperti lambakan individu
yang tidak bekerja sehingga menimbulkan masalah sosial. Maka, bidang pembuatan
umpamanya boleh dibangunkan supaya lebih ramai individu yang boleh bertukar arah
daripada bekerja di sektor kerajaan kepada pekerjaan dalam bidang swasta. Hal ini
sekaligus berupaya meningkatkan keupayaan dalam menghasilkan hasil pendapatan
kerja yang lebih tinggi daripada menjadi pegawai biasa dalam sektor awam. Kerajaan
juga memastikan mereka yang terlibat disediakan dengan peluang pekerjaan di sektor
ekonomi lain sebelum pengecilan saiz perkhidmatan dilakukan dengan menyediakan
pelan holistik bagi menjamin transisi itu tidak memberi kesan kepada perjalanan atau
pengurusan negara (Idris, Parzi & Adnan, 2019).

Selain itu, perbelanjaan kerajaan juga akan meningkat dengan ketara berikutan
tindakan pimpinan terdahulu yang cenderung memberikan kenaikan gaji kepada semua
penjawat awam dalam usaha untuk membeli kesetiaan mereka sekaligus meningkatkan
kos sara hidup (Kenyataan lisan Tun Dr. Mahathir dalam persidangan Dewan Rakyat).

10
Justeru jelas beliau lagi, penekanan wajar diberikan kepada peningkatan produktiviti
dan bukan hanya tunduk kepada tekanan atau atas dasar membeli kesetiaan para
penjawat sektor awam. Gabungan strategi pengurangan saiz perkhidmatan awam dan
peningkatan produktiviti dijangka mampu menjana lebih banyak pendapatan dan
setelah itu, kerajaan akan bersedia untuk mempertimbangkan kenaikan gaji bagi para
penjawat awam. Hal ini kerana kakitangan awam hanya akan ditambah sekiranya
diperlukan dan kenaikan gaji tersebut akan diteliti supaya tindakan yang diambil tidak
menjejaskan status kewangan negara (Bernama, 2019).

Kerajaan akan meneliti kelayakan penjawat awam untuk ditempatkan di sektor


swasta dengan mengambil contoh langkah penswastaan Telekom Malaysia dalam
memastikan penjawat awam tidak kehilangan pekerjaan. Hal ini kerana terdapat pilihan
untuk memindahkan para pegawai tersebut ke pihak swasta dan menswastakan
beberapa jabatan kerajaan. Tujuan utama rasionalisasi penjawat awam ini adalah untuk
mendapatkan saiz paling optimum bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam
tidak boleh dikompromi (Bernama, 2019). Hal ini kerana apabila mencapai saiz yang
sesuai, perkhidmatan awam bukan sahaja menjadi lebih cekap malah membolehkan
kerajaan untuk beroperasi dengan kos yang paling efektif. Hasrat kerajaan untuk
mengecilkan saiz perkhidmatan awam dalam usaha Malaysia mencapai status negara
maju memerlukan pengurusan sektor awam yang berkesan disamping mendapatkan
saiz perkhidmatan yang sesuai. Salah satu aspek penting adalah mendapatkan nisbah
seimbang antara perkhidmatan awam dan penduduk sesebuah negara. Bagi mencapai
matlamat tersebut, portfolio semua kementerian perlu dinilai semula untuk memastikan
tiada pertindihan tugas dan fungsi (Bernama, 2019)

Keputusan kerajaan tersebut untuk melaksanakan pengurangan perjawatan


awam perlu dilihat secara holistik dengan mengambil kira kesan kepada penjawat
awam tersebut. Walaupun jumlah 1 peratus adalah kecil, tetapi 16,000 penjawat awam
dijangka akan menganggur dan boleh memberi kesan kepada hidup mereka yang
sudah mempunyai komitmen seperti keluarga dan pinjaman bank (Nadi Negara, 2019).
Selain itu, pengurangan penjawat awam boleh menyebabkan bebanan kerja penjawat
awam sedia ada bertambah. Apabila situasi ini terjadi, peningkatan tahap tekanan boleh

11
berlaku dalamkalangan penjawat awam akibat daripada kekosongan perjawatan yang
tidak diganti. Malah, CUEPACS juga tidak dimaklumkan tentang perkara ini terlebih
dahulu dan mereka mengharapkan penjawat awam yang ada tidak terbeban dengan
tugas bertambah disebabkan tiada pertambahan kakitangan (Nadi Negara, 2019).
Justeru, kerajaan perlu membela nasib pekerja yang ditamatkan perkhidmatan dan
yang sedia ada bagi menjaga kebajikan mereka kerana mereka telah memberi
perkhidmatan terbaik untuk kerajaan semasa berkhidmat. Aspek yang penting adalah
kualiti dan kuantiti penjawat awam diseimbangkan supaya perkhidmatan boleh
disampaikan dengan cara terbaik kepada rakyat dan juga kerajaan.

7.0 KESIMPULAN

Kebanyakan kajian di negara Barat menunjukkan bahawa terdapat keperluan


untuk mengecilkan saiz sektor awam dan pertumbuhan saiznya yang terlalu cepat,
terutamanya bagi kerajaan di peringkat pusat. Kajian ini juga menunjukkan bahawa
perbelanjaan penggunaan sektor awam di Malaysia telah meningkat dengan ketara dan
lebih besar berbanding dengan negara-negara jirannya. Namun begitu, ia masih kecil
jika dibandingkan dengan negara maju seperti Sweden, Jerman, United Kingdom dan
Amerika Syarikat. Walaupun Dasar Ekonomi Baru melibatkan program pengagihan
semula dan strategi campur tangan dalam ekonomi yang lebih aktif berbanding dasar
sebelumnya, saiz sektor awam di Malaysia masih kecil berbanding kerana tidak mampu
untuk mengadakan program perbelanjaan yang terlalu bersifat kebajikan malah tidak
merasakan keperluan untuk mengadakan perbelanjaan pertahanan yang tinggi.

Walaupun perbelanjaan sektor awam kebiasaanya dilihat melebihi pendapatan


yang diterima, namun kedudukan hasil tersebut masih menggambarkan trend yang
hampir sama dengan perbelanjaan penggunaan. Situasi ini membawa makna bahawa
kerajaan sedang berusaha untuk memastikan kedudukan kewangan negara adalah
kukuh bagi membolehkan kerajaan membiayai perbelanjaan semasa negara. Walaupun
sebahagian besar perbelanjaan penggunaan kerajaan melibatkan kos guna tenaga,
kerajaan Malaysia telah mengamalkan dasar pengambilan tenaga kerja awam yang
begitu berhati-hati supaya tidak berlaku peningkatan kos yang terlalu tinggi dalam

12
jangka masa panjang. Tidak dapat dipertikaikan lagi bahawa semakin banyak objektif
yang hendak dicapai oleh sesebuah negara, maka semakin tinggi kemungkinan untuk
bertambahnya saiz sektor awam. Di Malaysia, perubahan dasar yang ketara daripada
dasar ekonomi laissez-faire kepada campur tangan yang ekstensif melalui DEB telah
meningkatkan tanggungjawab, fungsi dan skop pentadbiran kerajaan. Bagi negara
Malaysia negara yang sedang membangun dan tertakluk kepada persekitaran ekonomi
global yang sentiasa berubah-ubah, adalah sukar untuk penggubal dasar untuk
meletakkan campur tangan kerajaan secara penuh bagi meningkatkan kesejahteraan
sosial dan ekonomi masyarakat.

Menurut Ahli parlimen Kuala Terengganu, jumlah perjawatan awam yang perlu
diisi ialah 1.7 juta orang. dan memerlukan 9 peratus lagi kekosongan jawatan perlu diisi
dengan segera. Oleh yang demikian, tidak seharusnya timbul isu pengurangan saiz
perjawatan awam yang cuba dilaksanakan oleh pihak kerajaan (Sarawak Voice, 2019).
Dalam pada itu, jumlah keseluruhan perjawatan perkhidmatan awam sehingga suku
ketiga 2019 ialah sebanyak 1.7 juta dengan peratus pengisian sebanyak 91.26 peratus
bersamaan dengan 1.57 juta orang merangkumi perkhidmatan awam persekutuan,
badan berkanun persekutuan, perkhidmatan awam negeri, badan berkanun negeri dan
pihak berkuasa tempatan.

Jelas beliau lagi, Kerajaan Persekutuan harus memikirkan mekanisme yang


terbaik untuk menyelesaikan jumlah penganggur seramai 512,000 orang iaitu golongan
siswazah masih belum mendapat pekerjaan selepas setahun tamat pengajian. Malah,
sehingga September 2019, seramai 24,600 pekerja swasta telah diberhentikan kerja,
tidak termasuk sejumlah pekerja profesional Malaysia yang akan kembali semula untuk
berkhidmat di Malaysia. Dalam pada itu, pertumbuhan ekonomi Malaysia pada suku
ketiga 2019 adalah 4.4 peratus berbanding 4.9 peratus dan dijangka berada sekitar 4.6
peratus sehingga 2020. Unjuran ekonomi tahun 2020 yang kini terjejas disebabkan
penularan wabak pandemik Covid-19 menunjukkan situasi yang lebih mencabar.
Kesannya, rakyat memerlukan sokongan ekonomi untuk meneruskan kelangsungan
hidup namun ekiranya saiz perjawatan awam dikecilkan dan sektor swasta juga tidak
dirangsang untuk melabur, pastinya kehidupan rakyat semakin terjejas.

13
Kesimpulannya, perancangan yang diperjuangkan oleh kerajaan pada ketika itu
sememangnya mempunyai kelebihan dan keburukan, namun tindakan yang dilakukan
tersebut bukanlah untuk menghukum penjawat awam tetapi untuk memberi peluang
kepada mereka untuk mendapatkan pakej gaji yang lebih baik berbanding sektor
kerajaan. Hal ini kerana setiap inisiatif dan kerangka yang digunapakai kepada
perkhidmatan awam Malaysia pastinya mengambil kira kebajikan warga kerja, dengan
matlamat makroekonomi untuk mewujudkan negara maju, berdaya saing dan
kompetitif. Sementara itu, dalam mendepani era globalisasi yang dipacu oleh kemajuan
teknologi maklumat dan komunikasi yang mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan
telah mendorong kerajaan untuk melihat kembali secara serius berkaitan strategi
pengurusan sumber manusia dalam perkhidmatan awam.

Konsep memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan yang cemerlang perlu
dijadikan agenda tetap dalam mana-mana proses pembangunan dasar ekonomi dan
sosial, bagi membolehkan Malaysia bersaing pada peringkat global dan memacu
ekonomi yang diterajui inovasi bagi menjayakan transformasi ke arah negara
berpendapatan tinggi. Cabaran persepsi yang dialami tidak semestinya selari dengan
realiti, kerana perkara ini banyak dicorakkan oleh faktor semasa yang mungkin tidak
jelas atau tepat. Sekiranya terdapat kekurangan atau kesalahan yang membabitkan
sebilangan kecil penjawat awam, ianya tidak boleh dijadikan ukuran untuk menilai
keseluruhan kakitangan perkhidmatan awam. Semua pihak tidak kira dari sektor mana
sekalipun perlu sama-sama berganding bahu bagi memastikan kesejahteraan dikecapi
negara ketika ini terus dapat dinikmati generasi Malaysia pada masa akan datang.

14
8.0 RUJUKAN

Admin. (2019, December 18). Jangan kurangkan jumlah penjawat awam, sebaliknya
rancakkan ekonomi. Sarawak Voice. Retrieved from
https://sarawakvoice.com/2019/12/18/jangan-kurangkan-jumlah-penjawat-awam-
sebaliknya-rancakkan-ekonomi/

Admin. (2019, January 29). Rasionalisasi Pentrukturan Semula Perjawatan Awam. Nadi
Negara. Retrieved from http://www.nadinegara.com/uncategorized/rasionalisasi-
penstrukturan-semula-perjawatan-awam/

Admin. (2019, March 12). Peluang pekerjaan tidak berkurangan jika saiz penjawat
awam dikecilkan. Sarawak Voice. Retrieved from
https://sarawakvoice.com/2019/03/12/peluang-pekerjaan-tidak-berkurangan-jika-saiz-
penjawat-awam-dikecilkan/

Aronson, R. (1985). Public Finance. Singapore: McGraw Hill.

Baumol, William J. (1967). Macroeconomics of unbalanced growth: The anatomy of


urban crisis. American Economic Review, 57(June), 415-426.
Bernama. (2019, March 12). Saiz perkhidmatan awam besar akan kecilkan belanja
pembangunan. Malaysia Kini. Retrived from https://m.malaysiakini.com/news/467533

Bernama. (2019, May 3). Rasionalisasi saiz penjawat awam tingkat kualiti
perkhidmatan. Retrieved from https://selangorkini.my/2019/05/rasionalisasi-saiz-
penjawat-awam-tingkat-kualiti-perkhidmatan/

Berry, W., & Lowery, D. (1987). Explaining the size of the public sector: responsive and
excessive government interpretations. The Journal of Politics, 49, 401-440.

Brown, C. V. & Jackson, P. M. (1990). Public Sector Economics (4th. ed.). Oxford: Basil
Blackwell Ltd.

Connolly, S., & Munro, A. (1999). Economics of the Public Sector. Essex: Prentice Hall.

Dalamagas, B. (2000). Public sector and economic growth: The Greek experience.
Applied Economics, 32(3), 277-288.

Idris, R., Parzi, M. N. & Adnan, A. S. (2019, March 12). Ada opsyen pindah pegawai
awam ke swasta – PM. Berita harian. Retrieved from
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/539983/ada-opsyen-pindah-
pegawai-awam-ke-swasta-pm

15
Ismail Salleh, & H. Osman Rani. (1991). The Growth of the Public Sector in Malaysia.
Kuala Lumpur: Institute of Strategic and International Studies (ISIS) Malaysia.

McCarty, T. A. (1993). Demographic diversity and the size of the public sector. Kyklos,
46(2), 225-240.

Mithani, D. M., & Khoon, G. S. (1999). Causality between expenditures and revenue in
Malaysia. Asean Economic Bulletin, 16(1), 68-80.

Muhammad, H. (2019, March 13). Baik, buruk pengecilan penjawat awam – Cuepacs.
Astro Awani. Retrieved from http://www.astroawani.com/berita-bisnes/baik-buruk-
pengecilan-penjawat-awam-cuepacs-201029?amp=1

Petry, F., Inbeau, L., Crete, J., & Clavet, M. (2000). Explaining the evolution of
government size in the Canadian provinces. Public Finance Review, 28(1), 26-49.

Rodrik, D. (1997). The ‘paradoxes’ of the successful state. European Economic Review,
41, 411-442.

Rosen, H. S. (1999). Public Finance (5th. ed.). Singapore: Irwin/ McGraw Hill.
Sohaimi, H. (2020, June 26). Penjawat awam perlu matang hadapi mainan persepsi.
Berita Harian. Retrieved from https://www.bharian.com.my/node/704309/amp

Shahrul, S. (2019, September 4). Mekanisme baharu ganti skim pencen perkhidmatan
awam. Berita Harian. Retrieved from
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/603491/mekanisme-baharu-ganti-
skim-pencen-perkhidmatan-awam

Thornton, M., & Ulrich, M. (1999). Constituency size and government spending. Public
Finance Review, 27(6), 588-598

Trotman-Dickenson, D. I. (1983). Public Sector Economics Made Simple. London:


Heinemann.

16

You might also like