You are on page 1of 28

Pengenalan

Definisi Kaunseling kerjaya

Kaunseling kerjaya didefinisikan sebagai suatu proses yang melibatkan kemahiran interpersonal
yang direka khas untuk membantu dan memberi panduan serta bimbingan kepada individu
yang mengalami masalah perkembangan dalam pemilihan kerjaya. Menurut Brown dan Brook
1986, Proses perkembangan kerjaya merupakan sebuah proses memilih, memasuki,
mennyesuaikan diri serta memajukan diri di dalam suatu pekerjaan.

Kaunseling kerjaya merupakan sebuah proses psikologi sepanjang masa dan hayat dan
berinteraksi secara dinamik dengan lain-lain peranan dalam sesebuah kehidupan. Masalah
dalam pemilihan kerjaya termasuk ketidakupayaan membuat pemilihan dalam kerjaya,
ketegangan dan juga penyesuaian, ketidaksesuaian membuat pilihan (sidek Mohd Noah, 2002).

Teori Pemilihan kerjaya

Teori pemilihan kerjaya merupakan antara teori yang telah diasaskan oleh para pengamal
kaunseling barat dan mereka sendiri telah mengasaskan banyak variasi kaunseling kerjaya yang
dapat menjadi panduan dan juga bimbingan kepada semua pengamal kaunseling untuk
mengendalikan sesi kaunseling kerjaya dengan sistematik. Pengkaji dalam bidang kaunseling
kerjaya sentiasa menintikberatkan kualiti dan juga keberkesanan teori yang dibentuk bagi
memastikan kerjaya kaunselor dalam mengendalikan sesi dalam sesi kaunseling kerjaya ini
menjadi bermakna dan memberi kesan yang terbaik kepada klien yang turut serta dalam sesi
kaunseling kerjaya berkenaan.

Antara contoh teori kerjaya yang paling awal diasaskan oleh salah seorang pengamal
kaunseling kerjaya iaitu Sir Frank Parson iaitu teori Trait dan faktor. Teori Trait dan faktor ini
merupakan sebuah teori yang tertua dan juga terawal yang diasakan oleh Frank Parson. Teori
ini sememangnya menjadi asas dan juga podium di dalam pembentukan teori-teori kerjaya
yang lain. Sumbangan Sir Frank Parson sememmangnya harus diberikan pujian kerana peranan
beliau dalam membangunkan kaunseling kerjaya sebagai salah satu disiplin ilmu kaunseling
yang memberikan kesan positif kepadadiri individu pada abad ini.

1
Teori Trait dan Faktor

Teori ini merupakan teori yang tertua tentang pemilihan kerjaya. Ia dikenali dengan berbagai
nama, tetapi yang popular ialah teori Tret dan Faktor. Teori ini sebenarnya cuba menerangkan
berkaitan dengan proses pemilihan kerjaya yang lebih memberikan fokus berkaitan teori
perbezaan peribadi individu. Teori ini percaya dan menyatakan bahawa setiap individu yang
wujud di dunia ini adalah berbeza dan unik. Teori ini mengandaikan bahawa setiap individu
mempunyai corak kemampuannya yang unik, tret-tret tertentu yang dapat diukur dengan tepat,
konsisten dan selaras serta mempunyai hubungan dengan keperluan-keperluan asas dalam
beberapa jenis pekerjaan.

Teori ini bersifat kognitif dengan penggunannya dapat mempermudahkan proses


pemilihan kerjaya terutama maklumat yang tepat tentang diri individu dapat diperolehi. Teori ini
berasaskan jangkaan terhadap penilai bakat dan sikap individu serta keperluan-keperluan dalam
sesuatu pekerjaan. Parson (dlm. Sidek Mohd Noah) mencadangkan bahawa pemilihan kerjaya
yang baik perlu melibatkan tiga perkara iaitu kefahaman yang jelas tentang diri, pengetahuan
tentang pekerjaan-pekerjaan dan taakulan yang tepat tentang hubungan antara kedua-dua
fakta tersebut. Teori ini juga menegaskan bahawa tugas utama dalam proses membuat
pemilihan kerjaya adalah untuk memadankan individu dengan sesuatu pekerjaan. Dengan cara
ini, keperluan individu akan dipenuhi dan pencapaian kerja yang memuaskan akan terhasil.

Namun begitu tokoh pengasas utama suatu ketika dahulu yang telah mengasaskan teori
trait dan faktor ini ialah Walter Bingham, John Darley, Donal Paterson, dan E.G Williamson.
Teori ini telah menggariskan bahawa sifat dan faktor di dalam diri individu sebenarnya
memainkan peranan yang penting dalam menentukan diri seseorang. Teori ini membentuk
beberapa jenis personaliti ataupun trait dalam diri individu misalnya kecekapan individu, minat,
sikap dan tingkah laku seseorang individu. Personaliti yang terdapat dalam diri individu ini
sememangnya dikaitkan secara langsung dengan diri individu.

Trait didefinisikan sebagai suatu ciri khas yang terdapat dalam diri individu misalnya
bagaimana seseorang itu berfikir, emosi dan juga tingkah laku seseorang individu. Ciri yang
terdapat dalam trait ini sebenarnya diistilahkan sebagai sebuah dimensi keperibadian ataupun
personaliti yang membentuk sebuah kontinum ataupun skala sama ada ianya mempunyai skala
yang tinggi ataupun rendah. Teori ini mempunyai objektif ataupun mempunyai andaian bahawa

2
seseorang individu sebenarya mempunyai keperibadian yang dapat digambarkan dengan
mengidentifikasi jumlah ciri trait, hasil personaliti individu dan juga ciri dalaman yang terdapat
dalam diri individu berkenaan.

Kaunseling kerjaya yang mengunakan teori trait dan faktor ini sentiasa menunjukkan
kepekaan kaunselor dalam membuat penilaian dan juga semakan berkaitan dengan personaliti
klien yang sesuai untuk dikaitkan dengan bidang kerjaya yang sesuai untuk klien berkenaan.
Keperibadian seseorang individu dihubungkan antara satu sama lain dan ianya membentuk
sebuah set nilai yang sangat berguna kepada kaunselor untuk membantu klien yang datang
menjalankan sesi kaunseling kerjaya dalam menentukan matlamat kerjaya yang jelas dalam diri
mereka sendiri. Menurut Williamson menyatakan bahawa kaunseling bermaksud sejenis
bantuan yang dijalankan oleh seorang kaunselor untuk membantu klien bagi menilai kecekapan
diri klien dan memperkembangkan potensi diri klien berkenaan. Tugas kaunselor dalam disiplin
kaunseling kerjaya dengan menggunakan teori dan faktor sebagai panduan merupakan sesuatu
yang tidak asing lagi kerana teori ini sememangnya dapat membantu seseorang individu untuk
memperolehi kemajuan dengan memberikan pemahaman dan cuba mentadbir diri mereka
dengan menilai dan menginterprestasi sendiri kekuatan dan kelemahan diri sendiri dengan
melihat apa sebenarnya matlamat dan tujuan dalam kehidupan diri mereka.

Proses Kaunseling Kerjaya Teori Trait dan Faktor

Terdapat empat peringkat dalam melaksanakan proses kaunseling kerjaya menggunakan model
trait dan faktor. Peringkat pertama ialah peringkat membina hubungan bersama klien.
Kaunselor perlu membina rapport dengan klien supaya kepercayaan dalam kalangan kaunselor
dan klien dapat dipertingkatkan. Peringkat kedua pula merupakan sebuah peringkat yang
melibatkan peringkat pembuatan penilaian peribadi berkaitan kerjaya misalnya dengan
menggunakan instrumen dan ujian temuduga. Kaunselor memberikan inventori kepada klien
untuk diisi. Peringkat ketiga merupakan peringkat eksplorasi kerjaya yang dijalankan oleh
kaunselor misalnya temuduga bersama klien. Akhir sekali merupakan peringkat keempat iaitu
peringkat untuk mengintegrasi semua maklumat yang diperolehi daripada klien.

3
Kerjaya seorang penagih dadah

Penagih dadah ataupun drug addict merupakan seorang individu yang telah hanyut disebabkan
oleh komplikasi penggunaan dan penyalahgunaan dadah yang disebabkan oleh kesilapan diri
mereka. Hal ini telah menyebabkan keupayaan dan perkembangan diri mereka agak terbantut
dan menyebabkan mereka ataupun penagih dadah ini hilang keupayaan untuk bekerja dan
berkhidmat seperti individu normal yang lain. Perasaan rendah diri ataupun lebih dikenali
sebagai sifat inferiority complex yang terdapat dalam diri mereka semakin menebal dan hal ini
menyebabkan mereka hilang kefungsian sebagai anggota masyarakat yanmg boleh meneruskan
kehidupan yang normal seperti insan lain.

Definisi penagih dadah

Penagih dadah merupakan seorang individu yang telah melakukan kesilapan di dalam hidupnya
dan menyebabkan mereka telah menyalahgunakan dadah sehingga menyebabkan
perkembangan diri mereka terjejas. Berikut merupakan statistik penagihan dadah di Malaysia
bermula tahun 2010 – 2014:

JUMLAH PENAGIH YANG DIKESAN MENGIKUT STATUS KES, 2010-2014


Tahun Baru Berulang Jumlah
2010 17,238 6,404 23,642
2011 13,683 5,848 19,531
2012 10,301 4,800 15,101
2013 13,481 7,406 20,887
2014 13,605 8,172 21,777
** Statistik jumlah penagih dadah
Sumber : Agensi Antidadah Kebangsaan

4
Bidang vokasional

Bidang vokasional merupakan sebuah bidang kerjaya yang amat sesuai diaplikasikan
oleh seorang penagih dadah yang sudah menjalani rawatan dan rehabilitasi serta pemulihan di
pusat pemulihan di seluruh Malaysia. Prospek pekerjaan dalam bidang vokasional sebenarnya
dapat memberikan peluang dan juga hasil kepada seorang bekas penagih dadah untuk
meneruskan kehidupan yang normal seperti orang lain. Sebenarnya bidang kerjaya vokasional
dan kemahiran dilihat merupakan sebuah elemen kerjaya yang sangat penting buat masa kini
kerana era globalisasi di Malaysia buat masa ini amat memerlukan tenaga buruh dalam prospek
kerjaya vokasional ini. Malaysia merupakan sebuah negara yang semakin berkembang dengan
ilmu kemahiran vokasional. Penagih dadah juga boleh menunjukkan perkembangan yang
sangat positif sekiranya mereka diberikan peluang yang sewajarnya bagi membentuk semula
diri mereka yang sudah lama terbengkanglai dari aspek pekerjaan disebabkan sikap mereka
dalam menyalahgunakan dadah. Berikut merupakan antara contoh ruang kerjaya vokasional
yang boleh diamalkan dan praktikkan oleh seorang bekas penagih dadah dalam memajukan diri
mereka semula :

Bil Kerjaya

1 Pertukangan dan seni kayu/ pembuatan perabot

2 Mekanikal automotif

3 Bidang masakan/katering dan restoran

4 Bengkel Jahitan baju dan seni anyaman

5 Pertukangan kasut dan pembuatan kasut

6 Pertanian dan Akuakultur

Jadual 2 : Bidang kerjaya vokasional penagih dadah

Peluang kerjaya vokasional ini sememangnya dapat memberikan peluang kepada bekas
penagih dadah untuk terus menunjukkan perkembangan diri mereka dan memberikan peluang
kepada mereka untuk lebih sistematik dalam prospek pencarian peluang pekerjayaan dan dapat
mengaburkan mata masyarakat bahawa ini merupakan penagih dadah yang boleh berjaya dan
kembali bangkit meneruskan kehidupan mereka sebagai insan yang memerlukan sokongan dan
dorongan daripada pelbagai pihak.

5
Kaitan teori Trait dan Faktor dengan kerjaya bagi seorang penagih dadah

Teori trait dan faktor merupakan sebuah teori yang memfokuskan berkaitan dengan trait
personaliti individu yang dilihat sebagai asas utama yang membentuk kerjaya seseorang
individu. Kaunseli9ng yang menggunakan Teori trait dan faktor sebenarnya menerangkan
berkaitan dengan pemahaman kendiri tentang isu yang dihadapi yang lebih mempunyai
hubungan dengan pemilihan kerjaya. Awal perkembangan teori ini sebenarnya telah dibina oleh
EG Williamson. Kaunseling menggunakan teori trait dan faktor ini sebenarnya bercorak direktif
ataupun teori yang berpusatkan kaunselor. Corak ataupun bentuk kaunseling ini sebenarnya
melihat kemampuan manusia untuk berfikir secara rasional dan melihat sesuatu isu itu sebagai
sesuatu yang boleh dirungkaikan ataupun diuraikan dengam menggunakan kemampuan yang
dimiliki oleh diri sendiri (problem solving approach). Frank Parson telah menerbitkan sebuah
buku iaitu choosing a Vocation yang menjadi asas kepada pembentukan teori ini. Frank Parson
telah menunjukkan tiga langkah yang sesuai untuk memilih pekerjaan. Berikut merupakan
langkah yang telah digariskan oleh sir Frank Parson :

Langkah 1 : pemahaman tentang diri, sikap, minat dan kemampuan.

Langkah 2 : Mengumpul maklumat tentang dunia kerjaya

Langkah 3 : Mengintegrasikan informasi diri dengan dunia kerjaya

Langkah 1 : pemahaman tentang diri, sikap, minat dan kemampuan.

Pada tahap ini kaunselor cuba untuk mengidentifikasi lima jenis bahagian yang penting dalam
kaunseling kerjaya menggunakan teori trait dan faktor. Berikut merupakan fokus kaunselor
terhadap apa yang dikenalpasti oleh kaunselor dalam teori ini:

1. Bakat (Aptitudes)
Kaunselor cuba untuk mengenalpasti bakat yang terdapat dalam diri klien dadah yang
menghadiri sesi kaunseling ini. Bakat seseorang individu dapat dikenalpasti memalui
penggunaan instrumen sebagai contoh ujian pengukuran mental dan aptitude test
( DAT).

6
2. Prestasi (achievements)
Prestasi seseorang individu sebenarnya diukur dengan menggunakan angka iaitu
dengan menggunakan penilaian terhadap ujian yang dijalankan kepada seseorang klien.
Prestasi seseorang dikaitkan dengan syarat untuk memasuki dunia kerja.

3. Minat ( interest)
Minat didefinisikan sebagai sesuatu yang berunsur peribadi dan berhubungan dengan
sikap seseorang individu. Minat ini sebenarnya akan menyebabkan seseorang akan
sentiasa melakukan sesuatu pekerjaan dan individu berkenaan rela melakukan kerja
tersebut.

4. Nilai (Values)
Nilai merupakan sesuatu yang sangat penting dalam menjalankan sesuatu keputusan.
Nilai merupakan sesuatu yang sangat dominan dalam mengenalpasti nilai umum agar
klien dapat memutuskan apa yang mereka inginkan/ Antara alat kajian yang digunakan
untuk mengukur minat ialah Value Scale .

5. Keperibadian (personaliti)
Personaliti seseorang sebenarnya dap[at diukur menggunakan alat kajian ataupun
instrumen misalnya menggunakan MSE Mental Status Examination untuk menilai
personaliti individu .

Langkah 2 : Mengumpul maklumat tentang dunia kerjaya

Informasi sesebuah bidang pekerjaan merupakan aspek yang sangat penting dalam
teori trait dan faktor. Kaunselor seebnarnya mempunyai peranan yang sangat besar dalam
membantu klien untuk mengumpul informasi di dalam sesebuah pekerjaan, Terdapat tiga aspek
penting dalam memperolehi maklumat dalam kerjaya iaitu :

1. Menggambarkan jenis kerjaya


2. Pengumpulan jenis pekerjaan
3. Membantu menilai karakteristik dalam dunia kerjaya

7
Langkah 3 : Mengintegrasikan informasi diri dengan dunia kerjaya

Langkah ketiga merupakan sesuatu yang sangat penting iaitu membolehkan individu
mengintegrasikan segala jenis informasi tentang diri dan dunia kerjaya. Informasi kerja ini
dilihat berdasarkan bahan-bahan yang diterima, minat dan karakter individu.

Teori trait dan faktor ini merupakan sebuah teori yang amat sesuai bagi
mengaplikasikan kemahiran dan bimbingan kerjaya vokasional dalam menentukan kerjaya bagi
seseorang penagih dadah. Hal ini adalah disebabkan teori ini sebenarnya memberikan fokus
berkaitan dengan minat individu terhadap kemahiran dan minat vokasional yang terdapat dalam
diri seorang penagih dadah. Kerjaya vokasional ini merupakan sebuah bidang yang sangat
sesuai untuk seorang penagih dadah dan memberikan impak yang positif dalam diri individu
yang ingin berkembang ke arah yang lebih positif.

8
Profil Bergambar Senarai kerjaya vokasional

1. Bidang pertanian dan hortikultur

JENIS PERTANIAN GAMBARAN KERJAYA

Pertanian penanaman tebu


dan pemprosesan gula pasir

Mekanisma Pertanian
berasaskan cili

Pertanian hortikultur
cendawan tiram (proses
inovasi)

9
Bidang pertanian dan hortikultur merupakan sebuah bidang kemahiran vokasional yang
sesuai untuntuk dipraktikkan oleh seorang bekas penagih dadah. Hal ini adalah disebabkan
keperluan yang pesat dalam bidang ini semakin meningkat dan ianya memerlukan banyak hasil
pertanian di dalam negara. Selain itu bidang pertanian ini sebenarnya telah mengalami
beberapa proses inovasi dan hal ini boleh memberikan peluang yang cerah kepada penagih
dadah yang masih mencari-cari peluang kerjaya yang sesuai untuk mereka. Antara contoh
kerjaya yang sangat sesuai dalam dunia hortikultur dan pertanian ini adalah termasuklah
pertanian penanaman tebu dan pemprosesan gula pasir, pertanian cili padi dan pemprosesan
produk berasaskan lada dan juga inovasi pertanian yang terkini iaitu penanaman cendawan
tiram. Bidang pertanian dan hortikultur ini sememangnya memberikan hasil dan janaan yang
sangat cerah kepada seorang penagih dadah. Ianya dapat memberikan pengalaman yang
paling bermakna kepada penagih dadah untuk berjaya menjadi seorang yang dapat berbakti
kepada diri mereka dan juga berkaya pada masa kini dan akan datang.

2. Bidang perikanan dan akuakultur

BIDANG PERIKANAN DAN GAMBARAN KERJAYA


AKUAKULTUL

Penternakan dan perikanan ikan


sangkar

Bidang perikanan dan akuakultur merupakan sebuah bidang kerjaya vokasional yang agak
berkembang buat masa kini. Bidang kerjaya bagi penternakan ikan sangkar merupakan sesuatu
bidang kerjaya yang boleh dipraktikkan oleh bekas penagih. Perikanan ikan sangkar ini
sememangnya dapat memberikan pulangan modal yang agak menguntungkan. Hal ini dapat
memberikan ruang kepada para penternak ikan sangkatr menikmati hasil yang agak lumayan
dan membantu mereka memajukan kedudukan ekonomi mereka sendiri.

10
3. Seni jahitan dan anyaman

SENI JAHITAN DAN ANYAMAN GAMBARAN KERJAYA

SENI ANYAMAN

BUTIK BAJU MELAYU

Bekas penagih juga boleh mempelajari dan mendalami ilmu berkaitan dengan seni
jahitan baju melayu. Kepakaran mereka dalam bidang ini sangat diperlukan bagi memberikan
peluang kepada untuk lebih kehadapan dengan menggunakan kemahiran yang terdapat dalam
diri mereka. Butik baju Melayu juga boleh dibukadan mereka secara tidak langsung dapat
memasarkan produk hasil tangan mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu para bekas
penagih juga boleh menjinakkan diri dengan dunia anyaman kraftangan. Seni anyaman ini
merupakan sebuah seni yang memerlukan kesabaran dan ketelitian yang tinggi. Seni anyaman
yang bermutu lazimnya akan menunjukkan keunikkan yang tersendiri. Anyaman bakul, tikar
mengkuang dan lain-lain lagi boleh dipasarkan sama ada di dalam negara ataupun luar negara.
Hal ini sekaligus dapat meningkatkan ekonomi negara dan prasarana negara kita.

11
4. Pemprosesan fabrik dan batik catan

FABRIK DAN BATIK CATAN GAMBARAN KERJAYA

Industri penghasilan batik

Seni batik atau catan merupakan pembentukan gambar pada kain dengan
menggunakan teknik tutup celup sama ada menggunakan lilin. Perkataan Batik
sebenarnya berasal dari jawa iaitu rambatining titik atau lebih diistilahkan sebagai
rangkaian titik-titik. Seni batik merupakan sebuah karya yang dihasilkan sama ada di
atas fabrik, kain ataupun kertas. Batik ini boleh dijadikan hiasan dan pakaian. Industri
batik ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu kerjaya buat bekas penagih dadah
kerana nilai komersial sesebuah batik ini ini agak tinggi dan produk ini boleh dipasarkan
ke peringkat global.

12
5. Seni dan grafiti

SENI GRAFITI GAMBARAN KERJAYA

SENI GRAFITI

Graffiti adalah kegiatan seni rupa yang menggunakan komposisi warna, garis, bentuk dan
volume untuk menuliskan perkataan tertentu di atas dinding. Alat yang digunakan biasanya cat
warna minyak ataupun air. Walaupun dengan menggunakan peralatan yang masih sederhana,
konsep tulisan dan dinding menjadi media paling bagus untuk mengekspresikan pendapat
secara diam-diam pada saat itu. Istilah graffiti sendiri diambil dari bahasa latin, graphium yang
artinya menulis. Awalnya istilah itu dipakai oleh para arkeolog untuk mendefinisikan tulisan-
tulisan di bangunan kuno bangsa Mesir dan Romawi kuno. Bekas penagih boleh diberikan
peluang untuk mengekspresikan diri mereka untuk melukis di atas dinding dan menghias
dinding dengan lukisan tertentu.

13
6. Pertukangan dan pembuatan perabot

INDUSTRI PERTUKANGAN DAN GAMBARAN KERJAYA


PEMBUATAN PERABOT

Industri pembuatan perkayuan dan


pembuatan perabot

Industri perkayuan merupakan industri hasil hutan bersumberkan balak, yang


amat penting dalam membantu peningkatan ekonomi sesebuah negara. Kayu kini telah
digunakan untuk pelbagai tujuan dan kayu telah dipelbagaikan pengeluarannya dalam
sebilangan produk seperti papan lapis, papan gentian, kertas dan sebagainya. Bekas
penagih dadah juga boleh menceburkan diri di dalam industri perkayuan untuk
menghasilkan pelbagai jenis jenis perabot dan sebagainya.

14
7. Industri pembuatan kasut

INDUSTRI PEMBUATAN KASUT GAMBARAN KERJAYA

Industri pembuatan kasut

Kedai membaiki kasut

Industri pembuatan kasut merupakan sebuah industri yang sedang berkembang pada
masa kini. Pembuatan kasut ini sebenarnya memerlukan ketelitian dan prosesnya memerlukan
masa yang agak lama. Kerjaya pembuatan kasut juga memerlukan kepakaran dalam seni
jahitan. Para penagih dadah ini boleh didedahkan dengan seni pembuatan dan pembaikan
kasut ini. Latihan perlu diberikan agar mereka dapat menunjukkan kemajuan dalam kemahiran
yang diceburi. Industri kasut dilihat berpotensi untuk diterokai memandangkan ia dipakai oleh
semua lapisan masyarakat.Walaupun Malaysia mempunyai usahawan tempatan dalam industri
pembuatan kasut, namun jumlahnya amat kecil terutamanya golongan Bumiputera, berbanding
dengan jenama lain yang boleh didapati di negara ini.Keadaan bertambah keruh lagi dengan
persepsi masyarakat setempat terhadap kasut keluaran tempatan yang dikatakan tidak
mempunyai kualiti setanding dengan jenama antarabangsa. Industri kasut tempatan dijangka
terus berkembang dalam tempoh lima tahun ini seiring usaha Malaysia mencapai negara maju
menjelang 2020.

15
8. Restoran dan masakan/katering

RESTORAN DAN KATERING GAMBARAN KERJAYA

Restoran dan katering

Perusahaan restoran dan katering merupakan perniagaan yang berkembang sehingga hari
ini. Para bekas penagih ini sewajarnya diberikan kursus dan cara mengendalikan restoran
supaya mereka lebih bersedia untuk membuka perniagaan seperti ini. Restoran yang boleh
dibuka misalnya rstoran yang menjual pelbagai jenia makanan misalnya makanan tradisi
melayu, arab cuisine dan lain-lain lagi. Pembukaan restoran merupakan sejenis perniagaan
yang sangan menguntungkan .

16
9. Perniagaan runcit dan kecil-kecilan

PERNIAGAAN RUNCIT DAN KECIL- GAMBARAN KERJAYA


KECILAN

Kedai runcit

Perniagaan runcit merupakan antara jenis perniagaan yang boleh dikendalikan oleh
mana-mana individu untuk membuka perniagaan ini. Proses membuka perniagaan runcit ini
sebenarnya perlulah mengikut prosedur yang betul. Para bekas penagih ini perlulah diberikan
kursus untuk mengendalikan perniagaan runcit ini dan mereka perlu dan wajib didedahkan
dengan seminar dan pengumpuolan maklumat berkaitan perniagaan yang boleh dijalankan.
Penagih dadah ini perlu diberikan latihan dan cara bagaimana untuk mengendalikan sesebuah
kedai runcit agar mereka lebih berkembang. Kedai runcit merupakan sebuah perniagaan kecil-
kecilan yang menjual semua barangan keperluan asas misalnya gula, tepung, air minuman dan
sebagainya.

17
10. Buruh binaan

BURUH BINAAN GAMBARAN KERJAYA

Buruh binaan bangunan dan


infrastruktur

Buruh binaan rumah

Akta kerja, 1955 mendefinisikan pekerja tempatan sebagai seorang pekerja yang
merupakan seorang yang mempunyai kewarganegaraan.Tenaga buruh di dalam industri
pembinaan di Malaysia sebenarnya dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu tenaga buruh
mahir, tenaga buruh separa mahir, dan buruh tidak mahir. Buruh mahir merupakan seorang
pekerja yang cekap dalam sektor pekerjaan yang melibatkan pembinaan serta terdedah kepada
penggunaan peralatan yang baru dan juga terdedah dengan kemahiran baharu. Para penagih
dadah boleh didedahkan dengan ilmu kemahiran buruh mahir agar negara kita tidak lagi
bergantung dengan tenaga buruh yang diimport dari negara luar.

18
Peranan Badan Bukan kerajaan dan kerajaan dalam memberikan peluang pekerjaan
kepada penagih dadah

Badan bukan kerajaan (NGO) dan badan kerajaan merupakan antara agensi yang sangat
penting dalam memberikan bantuan kepada penagih dadah untuk menjalani latihan vokasional
dan kemahiran supaya mereka dapat berkembang seperti biasa sama seperti individu normal
yang lain. Hal ini adalah disebabkan tanpa badan ataupun agensi yang terpenting ini mereka
mungkin akan hilang arah tuju selepas keluar dari pusat pemulihan dan akhirnya menyebabkan
mereka kembali relapse dan menggunakan semula bahan terlarang berkenaan.

Sumbangan kerajaan terhadap peluang kerjaya penagih dadah

Agensi antidadah kebangsaan merupakan antara badan kerajaan yang bertindak untuk
membantu pra penagih dadah dalam bidang vokasional ini. Dalam usaha membantu pihak
kerajaan dalam mengurangkan pengambilan pekerja asing di Malaysia, Pihak Agensi Antidadah
Kebangsaan (AADK) telah merekrut dan juga melatih serta memberikan ilmu berkaitan dengan
kerjaya yang melibatkan kemahiran vokasional dan kemahiran kepada penagih dadah. Hal ini
sebenarnya dapat memberikan peluang kepada para penagih untuk membaiki kehidupan
mereka ke arah yang lebih baik dan meneruskan kehidupan seperti biasa seperti individu yang
lain.

Keperluan tenaga kerja dalam negara ini dapat ditingkatkabn tanpa bergantung dengan
mana-mana pekerja asing. Oleh hal yang demikian pihak AADK sebenarnya telah menubuhkan
sebuah pusat rawatan dan pemulihan vokasional (CCVC). Pusat ini sebenarnya telah
menyediakan beebrapa jenis kursus kemahiran jangka pendek dan jangka panjang kepada
bekas penagih dadah. Pusat ini telah ditubuhkan di Sepang selangor, Malaysia. Sekiranya
terdapat bekas penagih yang ingin mendapatkan kemahiran dan ingin memudahkan diri mereka
untuk mencari peluang pekerjaan adalah digalakkan untuk mendapatkan kemahiran di CCVC
bagi memudahkan mereka untuk belajar berniaga. CCVC ini sebenarnya dapat memberikan
bantuan kepada para penagih untuk memulakan kehidupan yang baharu di samping dapat
melahirkan seramai yang mungkin keperluan tenaga kerja mahir. Hal ini dapat memberikan
kemudahan kepada kerajaan Malaysia bagi mengurangkan pengambilan pekerja asing dan
meningkatkan sektor ekonomi negara ini.Penagih dadah yang mendapatkan perkhidmatan ilmu
kemahiran kemahiran vokasional di CCVC sememangnya mempunyai kemahiran yang amat

19
bagus yang diajarkan oleh pusat vokasional ini. Secara purata, AADK Malaysia menyatakan
bahawa seramai 250 orang penagih dadah telah menjadi pekerja mahir dalam sektor kerjaya
vokasional. Hal ini dapat memberikan peluang kepada para penagih dadah ini menaikkan
kembali diri mereka dan memajukan semua apa yang telah terbengkalai dalam diri mereka.
Kursus kemahiran yang mereka perolehi sebenarnya diajar oleh tenaga pengajar mahir dari Giat
Mara dan juga Lembaga Pembangunang Industri Pembinaan (CIDB). Ternyata kemahiran
vokasional merupakan sebuah elemen kerjaya yang dapat memberikan impak positif kepada
penagih dan juga kerajaan Malaysia khasnya.

Peranan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK)

AADK merupakan sebuah badan kerajaan yang telah dilantik bagi membantu kerajaan dalam
menguruskan permasalah penyalahgunaan dalam kalangan masyarakat malaysia. Agensi juga
mempunyai peranan yang sangat luas dalam menyediakan prospek peluang pekerjaan kepada
para bekas penagih dadah dalam membantu diri mereka berkembang ke arah yang lebih positif
dengan menyediakan pelbagai ruang dan peluang kepada mereka untuk berkhirmat dalam
sesuatu kerjaya yang melibatkan kemahiran. Berikut merupakan antara fungsi AADK dalam
membantu penagih dadah untuk menentukan peluang kerjaya vokasional yang ada untuk
mereka. Terdapat tujuh (7) fungsi ataupun peranan cawangan vokasional dan kerjaya AADK :

20
Jadual 3 : Fungsi cawangan vokasional dan kerjaya AADK

Bidang tugas Cawangan vokasional dan Kerjaya AADK, Malaysia

Setiap birokrasi sebenarnya membunyai bahagian-bahagian bagi memudahkan proses merekrut


dan menyelia di dalam sesebuah organisasi. Berikut merupakan bahagian yang terdapat dalam
cawangan AADK bagi cawangan vokasional dan kerjaya penagih dadah:

Jadual 4:
Bahagian cawangan vokasional dan kerjaya AADK

Program yang ditawarkan di AADK

21
Jadual 5 : program vokasional

Badan Kerajaan dan NGO yang terlibat dalam merekrut penagih dadah dalam dunia
kerjaya

22
Jadual 6 : Badan NGO Yang terlibat dalam merekrut penagih

Kemajuan yang terus berkembang dalam industri kerjaya vokasional yang telah
dijalankan oleh AADK ini sememangnya telah banyak menyumbangkan banyak hasil yang positif
terhadap pembangunan kerjaya dalam diri bekas penagih dadah. Usaha pihak AADK perlu dipuji
kerana badan ini sangat prihatin untuk memajukan penagih dadah di negara Malaysia ini. Hal
ini boleh memberikan hasil dan juga kesan positif yang dapat mengurangkan kadar inflasi
negara dalam mengambil pekerja dari negara asin dan memberikan peluang kepada penagih
dadah bagi meneruskan kehidupan mereka dan memanjukan diri mereka sendiri. Pihak AADK
merupakan badan yang telah banyak memberikan sumbangan dalam merekrut penagih dadah
untuk menjadi insan yang dapat berbakti kepada negara kembali. Penubuhan beberapa agensi
di dalam AADK sendiri misalnya CCVC, Klinik C&C 1 Malaysia, CCRC, Mini Klinik C&C dam CCSC
antara bukti kesungguhan pihak kerajaan yang sangat memandang serius terhadap kemajuan
dan kepulihan para penagih dadah ini.

Cure and Care vocational Centre (CCVC)

CCVC merupakan institusi induk bagi program Latihan Kemahiran Vokasional, Industrial
Apprentice dan berfungsi sebagai hub berhubung hal ehwal vokasional untuk semua klien
AADK.

Sejarah penubuhan CCVC

23
Jadual 7 : Kronologi penubuhan

Perkhidmatan CCVC

Jadual 8 : Perkhidmatan di CCVC

Latihan vokasional dan kemahiran CCVC

24
Jadual 9: Latihan vokasional di CCVC

25
Kemahiran perintis CCVC (Model Perintis AADK)

Kemahiran perintis atau lebih dikenali sebagai apprentice merupakan antara kemahiran yang
diaplikasikan di CCVC. Model ini mempunyai tiga (3) Langkah. Berikut merupakan jadual atau
rajah yang menunjukkan langkah yang terdapat di dalam Model Perintis AADK di CCVC :

26
Hub Vokasional CCVC

Kesimpulan

Bekas penagih perlu menyedari bahawa latihan kemahiran yang ditawarkan membantu
mereka dalam mendapatkan pekerjaan sebagai tenaga kerja mahir dan separuh mahir. Latihan
kemahiran yang dijalankan mencukupi dalam menyediakan pelatih ke alam pekerjaan. Minat
merupakan faktor penting dalam melakukan sesuatu kerja. Dengan adanya minat, sesuatu
kerja yang dilakukan akan berjalan dengan lancar.

Dalam memilih bidang kemahiran yang ditawarkan, minat merupakan aspek yang
penting dalam membuat pilihan bidang yang diminati. Kenyataan ini turut selari dengan teori
Ginzberg (1952), yang menyatakan bahawa minat merupakan asas utama pemilihan atau
penentuan masa depan pelajar. Pemilihan kerjaya yang dipilih oleh bekas penagih dadah
terhadap sesuatu bidang kemahiran yang diceburi perlulah atas dasar diri sendiri dan bukan
desakan atau pengaruh dari mana- mana pihak kerana ia akan mempengaruhi pencapaian dan
usaha pelatih dalam bidang yang diceburi. Teori ini bersesuaian dengan pendapat oleh Crow
dan Crow (1980) yang menyatakan bahawa minat merupakan daya penggerak atau menjamin
kerjaya seseorang. Bekas penagih sememangnya perlu mempunyai kesedaran di dalam diri
mereka sendiri. kesedaran yang dimaksudkan adalah bekas penagih perlu memahami dan tahu
keadaan yang sebenar iaitu mengetahui dan memahami bahawa latihan kemahiran vokasional
yang mereka pilih amat penting dalam menentukan masa depan mereka. Ternyata peluang

27
kerjaya yang boleh dipilh oleh bekas penagih itu terlalu banyak. Hanya kesedaran dan minat
yang tinggi yang boleh membimbing mereka ke arah yang lebih sempurnya.

28

You might also like