You are on page 1of 3

Makanan tradisional sangat popular dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia yang kaya

dengan pelbagai adat dan budaya. Terdapat pelbagai makanan tradisional mengikut kaum
di Malaysia. Makanan tradisional ini semakin hari semakin popular hingga ke peringkat
antarabangsa. Makanan tradisional di Malaysia boleh diibaratkan seperti tak lapuk dek
hujan, tak lekang dek panas. Antara makanan tradisional bagi masyarakat Melayu ialah nasi
lemak. Secara tradisionalnya, nasi lemak makanan yang dibungkus bersama daun pisang,
dihiasi dengan hirisan timun, ikan bilis, kacang goreng, telur rebus, dan sambal pada intinya.
Selain itu, ketupat dan rendang juga merupakan antara makanan tradisional masyarakat
Melayu. Ketupat adalah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan
daun kelapa dan direbus sehingga masak. Rendang pula adalah hidangan yang dimakan
bersama ketupat. Antara jenis rendang yang terdapat di Malaysia ialah rendang ayam
Kelantan, rendang ayam Terengganu, rendang daging Perak , rendang daging berempah,
rendang ayam melaka dan rendang ayam hijau Negeri Sembilan.
Malaysia merupakan sebuah negara yang amat bertuah kerana merupakan sebuah negara
majmuk yang mampu hidup dengan aman dan harmoni. Oleh hal demikian, semangat
patriotisme amat penting dalam diri masyarakat Malaysia. Semangat ini dapat ditaman
dalam diri rakyat menerusi gabungan pelbagai budaya makanan antara kaum di Malaysia.
Tanpa rakyat Malaysia sedar, sebenarnya kepelbagaian makanan yang terdapat di Malaysia
menyumbang ke arah perpaduan kaum di negara kita. Terdapat beberapa jenis makanan
yang telah diubah suai menggunakan teknologi sedia ada untuk memastikan makanan
tersebut antara makanan yang terbaik untuk dimakan oleh rakyat Malaysia. Makanan
tersebut lebih dikenali sebagai makanan bio teknologi.

Antara produk makanan bio teknologi boleh menyumbang ke arah perpaduan kaum ialah
penghasilan roti canai berkhasiat. Roti canai dan rakyat Malaysia memang tidak dapat
dipisahkan kerana sebahagian rakyat Malaysia yang berbilang kaum akan bersarapan
dengan roti canai. Dewasa ini, rakyak Malaysia semakin peka terhadap kesihatan kerana
mereka telah sedar bahawa kandungan karbohidrat dan kolestrol yang tinggi dalam roti
canai boleh meningkatkan risiko penyakit berbahaya. Menurut MStar Online yang dilaporkan
oleh Nadiah Shaiful, Hollista Colltech Ltd dengan kerjasama Kawan Food Berhad telah
memperkenalkan 'Roti Canai Paling Sihat di Dunia' yang rendah indeks glisemik dan
kandungan lemak untuk memberikan alternatif kepada penggemar roti canai berbilang kaum
di Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif Holista Colltech, Datuk Dr Rajen M berkata, roti canai
sejuk beku itu akan membantu menangani masalah penyakit obesiti yang semakin
meningkat di negara ini. Tambah beliau, antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan
roti canai paling sihat itu adalah kacang bendi, kacang dhal, barli dan halba. Ini jelas
membuktikan produk roti canai berkhasiat ini mampu menarik minat pelbagai kaum di
Malaysia untuk menikmatinya di restoran-restoran menunjukkan produk ini mampu
mengumpulkan pelbagai kaum dalam satu restoran.
Selain itu, antara produk makanan bioteknologi yang telah berjaya dihasilkan dan
mampu untuk menyumbang ke arah perpaduan kaum di Malaysia ialah penghasilan durian
Musang King. Umum mengetahui bahawa durian merupakan raja buah Malaysia dan rakyat
Malaysia akan berpusu-pusu untuk menikmatinya apabila tiba musimnya tanpa mengira
agama, budaya dan agama. Buah durian juga menjadi salah satu identiti rakyat Malaysia
apabila pelancong luar juga turut tertarik dengan kelazatan isinya. Menurut BH Online yang
dilaporkan oleh Fazlina Rahim, anak kelahiran Gua Musang, Kelantan, Chong Yok Fong
atau dikenali sebagai Tina Chong merupakan individu yang berjaya menghasilkan durian
Musang King ini. Durian Musang King berjaya dihasilkan selepas Tina mengahwinkan
durian biasa dari Kampung Pulau Raya, Tanah Merah dengan dengan durian kunyit melalui
proses pengklonan. Proses ini telah berjaya menghasilkan sejenis baka durian baharu yang
lebih lazat dan berkualiti iaitu Musang King. Menyedari akan perkembangan ini, pengusaha-
pengusaha ladang durian di Malaysia yang semestinya terdiri daripada berbilang kaum pasti
akan merebut peluang ini untuk mempelajari kaedah penanaman dan penjagaan pokok
durian Musang King daripada Saudari Tina. Perkongsian ilmu yang disampaikan oleh
seorang pengusaha yang berbangsa cina ini kepada pengusaha berbangsa lain seperti
Melayu dan India ini pasti akan dapat mengukuhkan lagi ikatan perpaduan yang sedia ada.

You might also like