You are on page 1of 2

SMK DATO’ AHMAD LENGGONG

MINIT MESYUARAT PANITIA ASAS SAINS KOMPUTER (ASK) KALI PERTAMA


TAHUN 2019

Tarikh : 22 Januari 2019


Tempat : Pusat Akses SMK Dato’ Ahmad, Lenggong
Masa : 1.30 Petang

Kehadiran : Pn. Wan Nursyahida Binti Md Isa (Ketua Panitia)


En. Ahmad Bin Saad
Pn. Sharmiza Binti Mohamed

1.0 Kata Aluan Pengerusi


Pengerusi mengalukan kedatangan cikgu yang baru mengajar ASK tahun ini dan berharap dapat
berkerjasama jalankan aktiviti yang dirancangkan dalam Panitia ASK.
Makluman
2.0 Agihan Tugas 2019
2.1 Senarai bilangan latihan dalam buku pengurusan boleh diubah ikut kesesuaian.
Buku latihan dihantar ikut kategori cemerlang, sederhana dan lemah. Jika guru
menggunakan lebih dari satu buku ,perlu hantar semua sampel mengikut kategori dan
bilangan 5 orang pelajar. Penghantaran kedua perlu dikutip dari pelajar yang lain pula.
Tindakan : Guru MP

2.2 Pengurusan Buku Persediaan Mengajar perlu dihantar kepada pengetua setiap
minggu hari Jumaat. Refleksi iaitu hasil pengajaran yang boleh diukur perlu dibuat dalam
Buku Persediaan Mengajar.
Tindakan : Guru MP

2.3 Guru perlu mengganti kelas yang ditinggalkan kerana menghadiri kursus, MC dan
Cuti Rehat Khas (CRK) untuk menepati KPI mingguan.
Tindakan : Guru MP

2.4 Penggubalan soalan untuk ujian dan peperiksaan telah diagihkan.


Makluman
2.5 Penggunaan buku kerja dalam pembelajaran adalah bebas.
Tindakan : Guru MP
2.6 Perancangan Strategik 2019
Perancangan strategik telah dibentangkan dalam mesyuarat kurikulum. Perancangan
strategik adalah merujuk kepada perancangan strategik 2016-2020 yang telah disediakan.
Penambahan program dalam panitia akan dibuat mengikut keadaan dan tawaran luar.
Tindakan : KP ASK

2.7 Kewangan
Anggaran perbelanjaan pada tahun ini tiada kerana tiada peruntukan kewangan untuk mata
pelajaran Asas Sains Komputer. Dicadangkan guru-guru mata pelajaran menggunakan
sumber yang ada untuk pdpc.
Makluman

3.0 Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 petang.

Disediakan oleh:

______________________________
Wan Nursyahida Binti Md Isa
Ketua Panitia ASK SMKDA

You might also like