You are on page 1of 3

Fakulti Ekologi Manusia

Universiti Putra Malaysia

Hubungan Etnik (SKP-2204-3)


Semester 2 2019/2020

PENILAIAN 1: ESEI FILEM PENDEK

Nama Pensyarah: Prof. Madya Dr. Lee Yok Fee


Nama : Hoh Jia Da
No.Matriks: 200480
Filem ini bermula dengan seorang remaja India, Arun berkongsikan berita baik kepada
abangnya kerana keputusan beliau yang cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
(STPM) dapat menjaminkan biasiswa untuk Arun. Malang tidak berbau, permohonan beliau
telah ditolak, Arun kecewa kerana kawan-kawannya, Tan dan Roslan berjaya mendapat
tawaran walaupun mempunyai markah yang lebih rendah. Namun begitu, Arun tidak
berputus asa dan menggunakan hasil titik peluhnya untuk meneruskan pengajian di kolej
swasta. Selepas menghabiskan pengajian, beliau bermula memburu kerja dalam surat khabar
dan turut menjalankan temu duga dengan pelbagai majikan. Walaupun beliau berkelayakan
dan berkebolehan, majikan-majikan menolak Arun kerana beliau merupakan minoriti dan
berkulit hitam. Pada suatu hari, Arun terserempak dengan sebuah dompet. Beliau memeriksa
dompet tersebut dengan niat untuk memulangkannya kepada pemiliknya. Perbuatan beliau
menarik perhatian mereka yang lalu lalang dan telah dituduh pencuri. Arun turut dibelasah
tanpa belas kasihan dan tidak diberi peluang untuk menjelaskan dirinya. Sejak peristiwa yang
ngeri itu, Arun kehilangan harapan terhadap masyarakat dan melibatkan diri dengan aktiviti-
aktiviti jenayah.

Konsep asas yang dapat dikaitkan dengan filem ini adalah prejudis, stereotaip dan
diskriminasi. Prejudis ditakrifkan sebagai kepercayaan dan perasaan negatif mengenai ahli
atau kelompok etnik lain tanpa berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau mencukupi.
Dalam filem, Arun telah dibelasah oleh orang ramai apabila didapati memegang dompet yang
bukan miliknya tanpa diberi peluang untuk menjelaskan diri. Ini kerana mereka yang berlalu-
lalang bersikap prejudis terhadap orang India, mereka menganggap orang India tidak jujur
dan selalu melibatkan diri dengan gejalah sosial. Selain itu, konsep diskriminasi juga dapat
dikaitkan dengan filem ini. Diskriminasi merupakan layanan buruk terhadap kumpulan etnik
lain, ini boleh dipengaruhi oleh prejudis dan stereotaip negatif. Arun berjaya mencapai
keputusan cemerlang dalam STPM dan berkelayakan untuk mendapat biasiswa. Malangnya,
permohonan Arun ditolak tetapi Tan dan Roslan yang mempunyai markah lebih rendah
berjaya. Filem ini bertambah sedih apabila Arun juga ditolak oleh pelbagai majikan selepas
menghabiskan pengajian kerana majikan membabitkan elemen perkauman dalam memberi
tawaran pekerjaan. Sudah terang lagi bersuluh, Arun telah menghadapi prejudis, stereotaip,
diskriminasi dan disisihkan oleh masyarakat sendiri.

Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia, setiap rakyat di negara ini mempunyai hak
asasi untuk bekerja tanpa diskriminasi. Oleh itu, cadangan untuk menangani masalah ini
adalah rakyat Malaysia harus mematuhi perkara yang termaktub dalam Pelembagaan
Persekutuan. Semua rakyat haruslah diberi peluang yang sama untuk menikmati kemakmuran
negara. Peluang pekerjaan yang saksama juga penting dalam menyatukan masyarakat
berbilang etnik. Oleh itu, organisasi yang berasaskan kepada kepentingan etnik perlu
dihapuskan dengan segera dan mewujudkan percampuran di antara etnik-etnik untuk
mewujudkan sebuah organisasi yang sependapat.

You might also like