You are on page 1of 1

Sejarah dan Definisi Rekabentuk Instruksional

Rekabentuk instruksional mula wujud semasa meletusnya perang dunia ke-2, apabila
golongan psikologi membuat kajian dan penyelidikan kaedah yang akan digunakan bagi
latihan perkhidmatan ketenteraan. Selepas tamat perang, program latihan ini diteruskan oleh 2
orang ahli psikologi untuk menyelesaikan masalah instruksional dibidang pendidikan seperti
Institut American (Reiser, 2001, p. 58). Kegunaan rekabentuk instruksional terus berkembang
di dalam bidang pendidikan sehingga kini. Dalam bidang pendidikan, rekabentuk
instruksional boleh didefinisikan sebagai strategi, kaedah yang sistematik dan teknologi yang
digunakan dengan tujuan untuk memudahkan pelajar menguasai objektif yang dikehendaki
( Molenda, Reigeluth, & Nelson, 2003; Yusup Hashim, 2006).

You might also like