Semantik Esei 2

You might also like

You are on page 1of 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


( AMBILAN JUN 2017 SEMESTER 6 )

SEMANTIK BAHASA MELAYU


(BMMB 3123)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA: NUR AFIQAH HADIRAH BINTI SUHALIL

NO. KAD
980416-08-5498
PENGENALAN:

ANGKA GILIRAN: 2017192340085

PISMP C5 AMBILAN JUN 2017


KUMPULAN:
BAHASA MELAYU (SK)
NAMA
PENSYARAH
AKADEMIK: PUAN ROZEHA BINTI HARUN

TAJUK TUGASAN
TUGASAN 2: ANALISIS PERIBAHASA
PROJEK:

TARIKH HANTAR: 19 MAC 2020

TARIKH
MENERIMA
MAKLUM BALAS:

DAFTAR KANDUNGAN

1
1.0 PENGENALAN............................................................................................................3

2.0 KONSEP PERIBAHASA DALAM BAHASA MELAYU..................................................3

3.0 ANALISIS PERIBAHASA MELAYU.............................................................................4

3.1 SIMPULAN BAHASA...............................................................................................4

3.2 PERUMPAMAAN.....................................................................................................6

3.3 PEPATAH................................................................................................................8

3.4 KIASAN.................................................................................................................. 10

4.0 KESIMPULAN........................................................................................................... 11

RUJUKAN............................................................................................................................ 12

2
1.0 PENGENALAN

Peribahasa merupakan satu cabang ilmu sastera yang telah lama wujud dalam masyarakat
khususnya Melayu. Masyarakat luar mengenali dan amat menyanjung tinggi masyarakat
Melayu kerana budaya dan kesantunannya dalam berbahasa yang dapat dicerminkan
melalui peribahasa. Peribahasa terdiri daripada pepatah, bidalan, perbilangan,
perumpamaan, dan simpulan bahasa. Peribahasa digunakan sebagai alat untuk
mengungkapkan pemikiran dan akal budi orang Melayu (Nor Azman, 2004). Hal ini demikian
kerana, pemikiran masyarakat Melayu disampaikan secara tersurat dan tersirat serta
menggunakan bahasa yang berlapik dan berkias dalam peribahasa. Sifat orang Melayu
yang lemah lembut dan penuh santun menyebabkan mereka sering meluahkan rasa hati
melalui kata-kata yang indah dan tersusun. Secara amnya, dapat dilihat bahawa peribahasa
memaparkan unsur kesantunan Melayu yang menitikberatkan kesopanan dalam tutur kata
dan pada masa yang sama menyerlahkan kearifan masyarakat dalam memelihara
keharmonian interaksi sosial menerusi bahasa yang digunakan agar pendengar atau
pembacanya tidak mudah terasa hati, kerana adakalanya peribahasa digunakan untuk
membuat sindiran dan teguran kepada sesebuah masyarakat.

2.0 KONSEP PERIBAHASA DALAM BAHASA MELAYU

Peribahasa merupakan susunan kata yang pendek dan mengandungi makna yang luas
serta sedap didengar dan bijak permikirannya (Za’ba, 2002). Antara ciri-ciri yang sangat
ketara dapat dilihat pada peribahasa ialah ia mengandungi susunan ayat yang pendek dan
ringkas namun sarat dengan mesej yang tersendiri. Ini kerana, peribahasa digunakan oleh
masyarakat dahulu bagi menyampaikan pengajaran, teguran, pujian malahan sindiran.
Selain itu, peribahasa juga merupakan hasil pemilihan kata yang bijak. Hal ini demikian
kerana, untuk menggunakan peribahasa dalam komunikasi memerlukan kreativiti dalam
menyusun ayat agar mesej dapat sampai dengan jelas dan tidak menyinggung hati mana-
mana pihak.

Melalui peribahasa, masyarakat juga dapat memancarkan pemikiran, pandangan


dan fikiran mereka terhadap sesuatu perkara. Hal ini kerana, menurut Hasmidar Hasan
(2016), peribahasa adalah cabang kekayaan bahasa yang mana di dalamnya tersirat makna
yang cukup mendalam bagi tujuan kelancaran komunikasi. Di dalam peribahasa itu
terkandungnya kebijaksanaan suatu masyarakat yang telah dihimpunkan dari zaman-
berzaman dan diwarisi dari turun temurun. Peribahasa melambangkan juga kekayaan suatu
masyarakat dari segi kebudayaan, pemikiran dan falsafah hidup anggota masyarakat itu.

3
3.0 ANALISIS PERIBAHASA MELAYU

Kajian tentang peribahasa dan makna telah banyak dilakukan bagi mengaitkan keindahan
peribahasa dengan kebijaksanaan pemikiran orang Melayu dahulu kala. Berikut merupakan
sepuluh analisis peribahasa berserta proses perubahan maknanya.

3.1 SIMPULAN BAHASA

Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling mudah dan ringkas. Hal ini
kerana, simpulan bahasa terdiri daripada dua patah perkataan yang berbentuk kata majmuk
dan membawa maksud yang tepat dan padat. Namun, maksud yang terkandung dalam
simpulan bahasa adalah bersifat tersirat iaitu tersembunyi (Abdullah Hussein, 1990). Oleh
itu, perkataan yang digunakan dalam simpulan bahasa adalah berbeza daripada maknanya
dan setiap perkataan yang digunakan tidak boleh diubah dengan sesuka hati (Noriati, 2005).

Jadual 1: Analisis simpulan bahasa ‘makan tuan’.

Simpulan Bahasa Makan tuan


Bentuk Bentuk peribahasa bagi simpulan bahasa ini menggunakan kata kerja
Simpulan Bahasa ‘makan’ dan kata nama ‘tuan’. Makan ialah perlakuan memasukkan
sesuatu bahan makanan ke dalam mulut. Dengan kata lainnya
mengisi perut manakala perkataan tuan pula ditakrifkan sebagai
tempat orang menghambakan diri iaitu sama maksud dengan pemilik,
empunya atau majikan (Kamus Dewan Edisi Keempat). Masyarakat
Melayu telah menjadikan makna harfiah kata ‘makan’ sebagai
metafora untuk mencipta simpulan bahasa bagi ‘makan tuan’.
Simpulan bahasa ini menggambarkan sikap segelintir masyarakat.
Makna ‘Makan tuan’ adalah menganiaya atau mencelakakan tuannya sendiri.
Perubahan Makna Perubahan makna yang berlaku dalam simpulan bahasa ini
Simpulan Bahasa menunjukkan wujudnya domain tingkah laku, dimana masyarakat
Melayu menyamakan perkataan makan dengan maksud niat atau
nafsu. Seseorang yang tidak mempunyai niat yang jahat, tidak akan
menganiaya, menindas atau mengkhianat majikannya sendiri. Hanya
mereka yang tidak mengenang jasa sahaja sanggup memasang
muslihat di belakang majikannya. Oleh itu, dapat dilihat bahawa
berlakunya perubahan makna apabila masyarakat Melayu
menyamakan perkataan’ makan’ dengan niat yang buruk terhadap
orang lain khususnya kepada majikan.

Jadual 2: Analisis simpulan bahasa ‘tin kosong’.

4
Simpulan Bahasa Tin kosong
Bentuk Simpulan bahasa ‘tin kosong’ terbentuk daripada penggunaan kata
Simpulan Bahasa adjektif. ‘Tin’ adalah kepingan yang dibuat daripada logam yang
berlapiskan timah. ‘Kosong’ pula bermaksud tidak berisi apa-apa
ataupun tidak ada orang yang mendiaminya. (Kamus Dewan Edisi
Keempat). Simpulan bahasa ini digunakan bagi menggambarkan
sifat manusia.
Makna Simpulan ‘Tin kosong’ bermaksud orang yang tidak berpelajaran tetapi suka
Bahasa bercakap lebih.
Perubahan Makna Perubahan makna yang berlaku dalam simpulan bahasa ini dapat
Simpulan Bahasa dilihat apabila sifat tin minuman yang kosong tidak berisi
disamakan dengan sikap manusia yang suka bercakap kosong
tanpa ilmu. Hal ini kerana menurut Muhammad Haji Salleh (2006),
penghasilan atau penggunaan simpulan bahasa boleh terjadi
daripada pelbagai benda biasa yang berada di sekeliling
kehidupan manusia. Tin yang kosong mempunyai sifat apabila
dijentik dengan kuku atau ditendang dengan kaki, bunyinya lebih
kuat dan nyaring berbanding jika diperlakukan ketika ianya berisi
air. Begitulah perumpamaan untuk orang yang tidak berilmu dan
suka bercakap seolah-olah dialah yang paling bagus ataupun
sentiasa betul. Oleh itu, Masyarakat Melayu menggunakan
simpulan bahasa bagi membuat teguran dan sindiran kepada
segelintir masyarakat supaya tidak dan mengelakkan daripada
disamakan dengan sifat tin yang kosong.

Jadual 3: Analisis simpulan bahasa ‘bunga dedap’.

Simpulan Bahasa Bunga dedap


Bentuk Simpulan bahasa ‘bunga dedap’ terbentuk daripada penggunaan
Simpulan Bahasa kata nama khas. Simpulan bahasa bagi ‘bunga dedap’ ini juga
tergolong dalam makna konokatif iaitu makna tersirat (Siti Hajar
Abdul Azizi, 2011). ‘Bunga’ bermaksud bahagian tumbuh-
tumbuhan yang biasanya berwarna-warni dan akan menjadi buah.
Manakala ‘dedap’ pula adalah nama sejenis pokok. (Kamus
Pelajar Edisi Kedua).
Makna Simpulan ‘Bunga dedap’ adalah perempuan cantik tetapi mempunyai
Bhasa perangai yang buruk.
Perubahan Makna Penerapan unsur alam iaitu bunga begitu akrab dengan kehidupan
Simpulan Bahasa manusia. Rangkaian simbol ‘bunga dedap’ menggambarkan

5
keadaan yang berbentuk negatif. Perkataan ‘bunga’ sering
digunakan sebagai simbolik merujuk kepada perempuan manakala
perkataan ‘dedap’ pula disamakan dengan perangai yang buruk.
Masyarakat Melayu menggambarkan bunga dedap sebagai
seorang perempuan yang cantik dan berpenampilan elok namun
berperangai buruk. Hal ini kerana, bunga dedap merupakan
sejenis bunga yang cantik kerana memiliki warna yang terang
serta sangat menarik jika dipandang. Namun begitu, bunga dedap
tidak berbau wangi. Orang Melayu telah menggunakan simpulan
bahasa ini bagi mengingatkan masyarakat supaya tidak tertarik
dengan kecantikan semata-mata kerana tiada guna seseorang itu
mempunyai rupa paras yang cantik tetapi berperangai atau
budibahasa yang buruk.

3.2 PERUMPAMAAN

Perumpamaan mengandungi kata-kata seperti bagai, laksana, umpama, dan ibarat.


Susunan katakata ini disusun indah dan rapi bagi menggambarkan latar belakang kehidupan
manusia secara tersirat. Perumpamaan dibahagikan kepada dua iaitu yang menggunakan
perbandingan dan tidak menggunakan perbandingan.

Jadual 4: Analisis perumpamaan menggunakan perbandingan

Perumpamaan Bagai anjing beranak enam.


Bentuk Perumpamaan ini menggunakan haiwan sebagai perlambangan.
Perumpamaan Rahmawati Iskandar (2006) mendapati salah satu unsur
pembentuk peribahasa ialah unsur haiwan. Oleh itu, ‘anjing’ telah
digunakan sebagai perlambangan bagi perumpamaan ini. Anjing
ialah binatang yang menyalak yang dipelihara untuk menjaga
rumah dan ada yang liar (Kamus Dewan Edisi Keempat).
Manakala kata tugas ‘bagai’ pula digunakan bagi membuat
perbandingan atau persamaan kepada sesuatu objek.
Makna Bagai anjing beranak enam bermaksud perempuan yang amat
Perumpamaan kurus kerana melahirkan anak.
Perubahan Makna Perubahan makna dalam perumpamaan ini adalah berbentuk
Perumpamaan simile apabila keadaan diri seseorang disamakan melalui
perkataan ‘anjing’. Dalam perumpamaan ini anjing disamakan
dengan fizikal seorang perempuan yang terlalu kurus selepas
melahirkan anak. Anjing sering diguna oleh masyarakat Melayu

6
dalam penulisan sebagai simbol kejahatan dan kehinaan.
Rozaimah Rashidin (2009), menyatakan bahawa dalam
peribahasa Melayu terdapat dua perlambangan iaitu
perlambangan yang berkonotasi positif dan perlambangan yang
berkonotasi negatif. Oleh itu, perumpamaan ‘bagai anjing beranak
enam’ ini dikategorikan sebagai konotasi negatif. Perlambangan ini
dilihat tidak berlapik dan kurang wajar digunakan kerana manusia
disamakan dengan sifat anjing.

Jadual 5: Analisis perumpamaan menggunakan perbandingan.

Perumpamaan Bagai mencurah air ke daun keladi.


Bentuk Perumpamaan ini menggunakan tumbuhan sebagai perlambangan
Perumpamaan dan kata tugas ‘bagai. Tenas Effendy (2013) menyatakan bahawa
budaya Melayu tidak dapat dipisahkan dengan alam sekitar. Oleh
itu, keladi sebagai perumpamaan bagi sikap manusia. Keladi
adalah sejenis tumbuhan berubi berwarna hijau dan mempunyai
daun yang kalis air (Kamus Dewan Edisi Keempat). Manakala ata
tugas perkataan bagai pula digunakan bagi membuat
perbandingan terhadap sesuatu objek.
Makna Orang yang tidak mendengar nasihat.
Perubahan Makna Perumpamaan ‘bagai mencurah air ke daun keladi’ merupakan
Perumpamaan sindiran bagi orang yang tidak mahu mendengar dan menerima
nasihat yang disampaikan. Masyarakat Melayu zaman dahulu
menggunakan daun keladi untuk mengritik sikap masyarakat yang
degil dan tidak mendengar nasihat. Hal ini kerana sifat daun keladi
yang kalis air, apabila dicurahkan air ke atasnya air tersebut hanya
duduk degil di atas daun, tidak diserap atau membasahi daun
keladi. Ciri inilah yang diserap oleh orang Melayu dengan
menyamakan titisan air yang berada di atas daun adalah seperti
nasihat yang diberikan. Manakala daun keladi yang tidak
menyerap air itu diandaikan seperti orang yang enggan menerima
nasihat.

Jadual 6: Analisis perumpamaan tanpa menggunakan perbandingan.

Perumpaman Genggam bara api, biar sampai jadi arang.


Bentuk Perumpamaan ini tidak menggunakan kata tugas bagai, laksana,
Perumpamaan seperti dan lain-lain. Perumpamaan ini mempunyai dua lapis.

7
Lapis yang pertama ialah ‘genggam bara api’ dan lapis yang kedua
ialah ‘biar sampai jadi arang’. Genggan bermaksud cengkaman
tangan untuk memegang manakala bara api adalah api yang
masih ada pada arang tetapi tidak menyala (Kamus Dewan Edisi
Keempat).
Makna Peribahasa ini bermaksud membuat sesuatu yang susah,
hendaklah bersabar sehingga mencapai kejayaan.
Perubahan Makna Perubahan makna dapat dilihat pada frasa ‘genggam bara api’
Simpulan Bahasa yang merujuk kepada usaha. Frasa ini juga bersifat hiperbola dan
konotatif. Dikatakan hiperbola kerana, bara api yang sifatnya
panas mustahil dapat dicengkam dengan tangan manusia.
Manakala bersifat konotatif pula kerana frasa ‘genggam bara api’
secara tersiratnya dimaksudkan pegangan kepada sesuatu
tanggungjawab yang diamanahkan dan frasa ‘biar sampai jadi
arang’ juga bertukar makna apabila dimaksudkan sebagai sesuatu
perkara itu hendaklah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh
sehingga selesai.

3.3 PEPATAH

Pepatah seakan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai ringkasan perkataan
yang berkerat-kerat. Pepatah digunakan untuk menyampaikan pengajaran dan panduan
hidup.

Jadual 7: Analisis pepatah ‘diam diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat’.

Pepatah Diam diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat.


Bentuk pepatah Pepatah ini menggunakan kata kerja seperti ‘diam’ dan ‘berkarat’
serta kata nama seperti ‘ubi’ dan ‘besi’ sebagai perlambangan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ubi ialah akar atau umbi
yang membesar di dalam tanah dan selalunya boleh dimakan
manakala besi pula ialah pekakas atau alatan yang diperbuat
daripada besi.
Makna Pepatah ini bermaksud orang berilmu yang berdiam diri lebih baik
daripada orang diam tetapi tidak berilmu.
Perubahan Makna Perubahan makna dapat dilihat secara harfiah pada frasa ‘diam-
Pepatah diam ubi berisi’ yang merujuk kepada seseorang yang pendiam
tetapi berfikir atau banyak pengetahuan (Kamus Dewan 2005).
Manakala frasa ‘diam-diam besi berkarat’ pula ditujukkan kepada

8
orang yang bodoh. Masyarakat Melayu menyamakan orang yang
pandai itu dengan ubi kerana sifat ubi yang berisi di dalam tanah,
tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan tanpa disedari akan
mengeluarkan hasil. Sama dengan sifat orang yang bijak diamnya
sentiasa mencari ilham dan berfikir secara bersungguh-sungguh
apabila menghadapi sesuatu masalah sehingga diminta diberi
pendapat. Manakala besi yang karat pula disamakan dengan
orang yang bodoh kerana sering membiarkan masa yang terluang
berlalu dengan sia-sia dan tanpa sebarang manfaat sama dengan
sifat besi yang apabila ditinggalkan, lama-kelamaan pasti akan
berkarat.

Jadual 8: Analisis pepatah ‘Ibarat burung, mata terlepas, badan terkurung’.

Pepatah Ibarat burung, mata terlepas, badan terkurung


Bentuk Pepatah Bentuk peribahasa bagi pepatah ini menggunakan kata nama ‘burung’
serta kata kerja ‘terlepas’ dan ‘terkurung’. Terlepas bermaksud bebas
untuk melakukan sesuatu tanpa disekat-sekat manakala terkurung
pula bermaksud tertahan di dalam penjara (Kamus Pelajar Edisi
Kedua).
Makna Pepatah ini bermaksud hidup terkongkong dan tiada kebebasan.
Perubahan Makna Perubahan makna yang berlaku dalam peribahasa ini menunjukkan
Pepatah domain pengaruh emosi. Pepatah ini menggunakan perlambangan
melalui objek ‘burung’ yang digambarkan hidup terkurung di dalam
sangkar yang membawa maksud tidak bebas ataupun tidak merdeka
walaupun matanya dapat melihat perkara yang berlaku di
sekelilingnya. Masyarakat Melayu menggunakan ‘burung’ sebagai
objek perlambangan kerana sifat burung yang secara amnya terbang
bebas di langit dan bukan di dalam sangkar. Leksikal ‘mata lepas,
badan terkurung’ menjelaskan secara jelas bahawa ‘jasad’ burung
tersebut telah dikurung di dalam sangkar yang membawa maksud
‘tidak bebas ataupun tidak merdeka’. Oleh itu, pepatah ini
menyerlahkan ciri-ciri sedih dan perasaan orang yang terbelengu dan
hidup tidak bebas.

9
3.4 KIASAN

Kiasan atau bunga bahasa yang digunakan untuk membuat perbandingan sesuatu perkara
dengan perkara yang lain. Susunan katanya amat ringkas (Nor Hashimah Jalaluddin, 2010).
Kiasan dapat dibahagikan kepada beberapa golongan. Antaranya kiasan bandingan secara
langsung dan kiasan tanpa menggunakan bandingan.

Jadual 9: Analisis kiasan bandingan secara langsung.

Kiasan Elok umpama bulan purnama.


Bentuk kiasan Bentuk peribahasa bagi kiasan ini menggunakan kata adjektif ‘elok’
dan kata nama ‘bulan purnama’. Elok bermaksud cantik, menarik atau
rupanya sangat baik manakala bulan pula adalah satelit semulajadi
yang bergerak mengelilingi bumi (Kamus Dewan Edisi Keempat).
Makna Wajah yang sangat cantik.
Perubahan Makna Peribahasa ini adalah kiasan yang berbentuk simile kerana
Kiasan membandingkan dengan keadaan fizikal wanita dengan
menggunakan perkataan ‘umpama’. Berlaku perubahan makna pada
perkataan bulan purnama. ‘Bulan purnama’ merupakan simbol kepada
wajah yang sangat cantik dan indah. Ungkapan seperti ini berbentuk
konotasi positif kerana masyarakat Melayu menyamakannya sesuatu
perkara, iaitu wajah seseorang dengan salah satu keindahan alam
iaitu “bulan purnama”. Hal ini kerana, bulan purnama mempunyai
keindahan sinar dan suluhan cahaya yang gilang-gemilang yang
dapat dipandang dari bumi. Oleh itu, orang Melayu telah
menggunakan unsur alam ‘bulan’ untuk menggambarkan kecantikan
wanita dan kebahagiaan serta keceriaan dalam kehidupan
seseorang.

Jadual 10 : Analisis kiasan tanpa perbandingan secara langsung.

Kiasan Marahnya bernyala-nyala.


Bentuk kiasan Bentuk peribahasa bagi kiasan ini menggunakan kata kerja ‘marah’
yang bermaksud berang atau orang yang panas hati manakala
‘bernyala’ bermaksud bercahaya, hidup (Kamus Pleajar Edisi Kedua).
Makna Perasaan yang terlampau marah.
Perubahan Makna Peribahasa ini adalah kiasan yang berbentuk metafora kerana satu
Kiasan daripada perkataannya bersifat konkrit manakala yang lainnya bersifat
abstrak. Berlaku perubahan makna pada perkataan ‘bernyala-nyala’
kerana kebiasaannya ia digunakan untuk menyatakan keadaan api,

10
tetapi dalam ungkapan di atas, masyarakat Melayu telah telah
memindahkan sifat bernyala-nyala kepada keadaan marah. Dengan
kata lain sifat marah dibandingkan dengan keadaan api yang
bernyala-nyala. Ini membuktikan bertapa tingginya budi bahasa
masyarakat Melayu dahulu, apabila berada dalam keadaan yang
sangat marah mereka tidak sewenang-wenangnya mencaci dan
mencerca seseorang, sebaliknya mereka meggunakan bahasa kiasan
bagi menyampaikan perasaan marah itu.

4.0 KESIMPULAN

Peribahasa merupakan elemen penting dalam membentuk jati diri dan minda masyarakat
khususnya murid-murid di Malaysia. Mereka harus menyedari akan kepentingan menganuti
sistem nilai yang menjadi teras dalam kehidupan masyarakat. Hal ini kerana, di dalam
peribahasa Melayu telah menjelaskan falsafah, pengajaran dan gambaran ketinggian budi
dan pemikiran bangsa Melayu sejak zaman dahulu lagi yang disampaikan secara halus dan
penuh dengan kesantunan. Antaranya dapat dilihat melalui penggunaan simpulan bahasa,
pepatah, kiasan, perumpamaan, perbilangan dan banyak lagi. Penggunaan peribahasa ini
sama ada dalam pertuturan mahupun penulisan bukan sahaja mamaparkan kebijaksanaan,
keprihatinan dan kemahiran berfikir masyarakat Melayu, malah ia turut menunjukkan gaya
bahasa yang indah dan tepat serta dapat menarik perhatian pembaca. Oleh sebab itulah,
masyarakat Melayu dahulu amat disanjung tinggi oleh masyarakat luar seperti barat. Mereka
amat mengagumi kesantunan orang Melayu dalam berbahasa. Oleh itu, sebagai generasi
pewaris bahasa kita hendaklah menjaga dan menyanjung tinggi sastera tradisional yang
telah ditinggalkan oleh nenek-moyang kita dahulu kala kerana ia merupakan khazanah yang
paling indah dan bernilai.

11
RUJUKAN

Abdullah Hussein. (1990). Kamus simpulan bahasa Melayu. Dewan Bahasa Pustaka.

Muhammad Haji Salleh. (2006). Puitika Sastera Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hasmidar Hassan & Jafizah Jaafar (2016). Penginterpretasian Peribahasa dan


Hubungannya
dengan Kemahiran Berfikir: Analisis Berdasarkan Teori Relevans. Jurnal Bahasa,
Jilid
16. Bil. 1 (2016).

Kamus Dewan. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Pelajar Edisi Kedua. (2015). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Noor Azman bin Othman. 2004. Penerapan nilai-nilai sosial Melayu. Utusan
Publication.

Nor Hashiman Jalaluddin & Junaini Kasdan (2010). Remaja Malaysia dan Peribahasa
Melayu.
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriati A. Rashid. (2005). Nilai kesantunan dalam konteks sosiobudaya masyarakat Melayu.
Oxford fajar Sdn. Bhd.

Rahmawati Iskandar. (2006). Analisis Peribahasa. Pustaka Azzam Sdn. Bhd.

Rozaimah Rashidin (2009). Terjemahan dalam peribahasa Melayu. Utusan Publication.

Siti Hajar Abdul Azizi. (2011). Bahasa Melayu 1. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Tenas Effendy. (2013). Kearifan pemikir Melayu. PTS Profesional.

12
Za‘ba. 2002. Ilmu Karang Mengarang. Dewan Bahasa dan Pustaka.

13

You might also like