You are on page 1of 67

Lakar galeri seni rekaan anda untuk ditunjukkan

kepada guru penasihat kelab.


Kebudayaan, Kesenian

Sebagai Pengerusi Kelab Warisan Seni di sekolah, anda dikehendaki berbincang


bersama-sama dengan ahli jawatankuasa kelab untuk mewujudkan sebuah galeri
dan Estetika

seni yang mempamerkan hasil kraf dan kesenian pelbagai kaum di Malaysia.
TEMA 4

98
TEMA

JATI DIRI,
PATRIOTISME DAN
KEWARGANEGARAAN

˜ Mengapakah jati diri penting kepada kita?

˜ Apakah yang anda faham tentang warganegara?

˜ Nyatakan kepentingan semangat cinta akan negara.

99
UNIT Inilah Kisahku
Jati Diri, Patriotisme dan

13 1. Dengar rakaman audio untuk mengecam sebutan perkataan,


Kewarganegaraan

istilah dan rangkai kata dengan betul.


2. Nyatakan maksud perkataan, istilah dan rangkai kata tersebut.

Wartawan muda dari sidang redaksi majalah sekolah telah


mewawancara bekas pengetua yang banyak berjasa kepada sekolah.
TEMA 5

Selamat pagi, Tuan


Mustafa bin Amri. Saya
ingin mengucapkan Terima kasih,
tahniah kepada tuan Teo Ee Yin dan
kerana berjaya meraih Saleha. Kejayaan
Anugerah Tokoh Sejarah ini ialah kejayaan
Sekolah baru-baru ini. kita bersama-sama.

Apakah rahsia kejayaan


tuan sehingga dapat
menerima anugerah ini?

Semasa bertugas sebagai


pengetua, saya selalu
memastikan murid sekolah
mengamalkan budaya ingin
maju dalam pelajaran. Saya
juga menekankan prinsip tidak
mengenal kegagalan.

Boleh tuan
jelaskan prinsip amalan Boleh. Saya menekankan
kerja yang baik? budaya kerja saling bekerjasama
tanpa membezakan kaum.
Saya percaya bahawa jati diri
negara inilah yang
menguatkan semangat saya.

Saya bangga sebab dapat


bertemu dan mewawancara
tuan. Banyak ilmu yang Ya Saleha. Sekurang-kurangnya
saya dapat pada hari ini. saya dapat berkongsi pengalaman
saya. Nasihat saya, generasi muda
hendaklah mengekalkan
suasana harmoni ini.

1.1.2 Mendengar dan menyatakan makna perkataan, istilah serta rangkai kata
100 dengan betul dan pelbagai situasi.
Sambutan Hari Kebangsaan

Jati Diri, Patriotisme dan


Kewarganegaraan
Baca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul serta lancar.

ARI KEBANGSAAN
Tajuk Drama: Hdi Othman
Karya: Shamsu n bin
BABAK SATU

TEMA 5
Watak:
Salmiah
Swee Meng
Balan

Situasi:
l-bual tentang
Balan sedang berbuagk
iah , Sw ee M eng da n at sekolah.
Salm
m er iah an sa mbu ta n Hari Kebangsaan perin
ke

saan sekolah
Wa h, m er iah ny a sambutan Hari Kebang
Salmiah : ua?
pandangan kamu berd
kita semalam! Apakah
m melihat
Me ng : Ya , Sa lm iah , saya setuju. Saya kagu
Swee
kan kita semalam.
persembahan rakan-ra i dan
tika berlakon, menyany
Mereka bersemangat ke
n. Meriah sekali.
membuat persembaha
ucapan yang
: Sa ya pu la tidak dapat melupakan
Balan Dipertua PIBG semala
m.
disampaikan oleh Yang pada
i diri sangat berkesan ke
Nasihatnya tentang jat
jiwa saya.
bahan kumpulan
iah : Sa ya pu la kagum dengan persem
Salm
ya menyampaikan lagu
koir sekolah yang berja ereka.
an baik. Hebat betul m
"Bahtera Merdeka" deng a kamu!
ng : Wa h, se ro no kn ya saya mendengar cerit
Swee Me dapat kita perlu mener
uskan
Jika begitu, saya berpen dapan.
m bu tan Ha ri Ke ba ng saan ini pada tahun ha
sa ri Kebangsaan
Sa ya se tu ju, Sw ee Meng. Sambutan Ha
Balan: a program seperti ini da
pat
ini sangat penting keran
an negara.
menanam rasa cinta ak

y
2.1.1 Membaca teks prosa secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul serta lancar.
101
Sekolahku Sayang
Jati Diri, Patriotisme dan
Kewarganegaraan

Berdasarkan bahan dan pengetahuan anda, tulis karangan


tentang keistimewaan sekolah.
TEMA 5

Bersempena dengan Hari Kesedaran Patriotik peringkat


daerah, sekolah anda telah memenangi Anugerah Galeri
Sejarah Sekolah Terbaik. Anda diminta menghasilkan
karangan tentang keistimewaan sekolah anda.

Isi 2
1. Nama sekolah:
sekolah:
2. Sejarah penubuhan
a. Tahun ditubuhkan:
b. Latar tempat sekolah:
c. Nama pentadbir: Isi 3
3. Fizikal sekolah:
urid:
4. Bilangan guru dan m
5. Kejayaan sekolah:

Penutup

3.5.3 Membina penulisan karangan lengkap dengan betul dan kreatif.


102
Isi 1
Pendahuluan

Jati Diri, Patriotisme dan

103
TEMA 5
Kewarganegaraan
Puteri Saadong
Jati Diri, Patriotisme dan
Kewarganegaraan

1. Berdasarkan bahan, kenal pasti bandingan semacam.


2. Bina ayat dengan menggunakan bandingan semacam tersebut.

Puteri Saadong ialah anak kepada Raja Loyar dari Kerajaan Jembal. Sejak kecil, Puteri
Saadong telah diserahkan kepada Che Siti Wan Kembang sebagai anak angkatnya. Che Siti
Wan Kembang sangat baik malah sikapnya yang adil macam hakim itu telah menyebabkan
TEMA 5

negeri Chinta Wangsa menjadi maju.


Setelah dewasa, kejelitaan Puteri Saadong telah menjadi bualan ramai hingga ke
pengetahuan Raja Siam. Oleh sebab wajahnya yang cantik macam bidadari itu, Raja Siam
telah menghantar rombongan untuk menyunting Puteri Saadong. Walau bagaimanapun
pinangan itu telah ditolak oleh Che Siti Wan Kembang dan suaminya Raja Loyar.
Penolakan itu telah menyebabkan Raja Siam murka. Raja Siam yang terkenal dengan
sifatnya yang garang macam singa dan kuat macam Badang itu telah mengambil keputusan
untuk menyerang negeri Chinta Wangsa dan Kerajaan Jembal.
Bagi menyelamatkan Puteri Saadong, Che Siti Wan Kembang dan Raja Loyar bersepakat
menikahkan Puteri Saadong dengan sepupunya yang bernama Raja Abdullah. Raja Abdullah
dan isterinya dianugerahkan sebuah jajahan bernama Jelasin. Perkahwinan itu telah
menyebabkan Raja Siam marah sehingga berlakunya peperangan. Tindak-tanduk Raja Siam
yang angkuh macam merak dan zalim macam Firaun telah menyebabkan rakyat yang tidak
berdosa terkorban.
Puteri Saadong sangat berdukacita
mengenangkan nasib rakyatnya yang
dizalimi itu. Akhirnya, baginda bersetuju
untuk hidup di bawah jagaan Raja Siam.
Walau bagaimanapun, kehidupan
Puteri Saadong ketika di bawah jagaan
Raja Siam tidak kekal lama. Setelah
kemangkatan Raja Siam, Puteri Saadong
pulang semula ke Jelasin. Puteri Saadong
makin berdukacita apabila mendapati
Raja Abdullah telah berkahwin dengan
orang lain. Puteri Saadong merajuk lalu
menyembunyikan diri di Gunung Agam.

(Diolah semula daripada Koleksi Cerita Rakyat Kelantan, Dewan Bahasa dan Pustaka; 1987)

4.2.1 Memahami dan menggunakan bandingan semacam dalam komunikasi dan


104 penulisan dengan betul mengikut konteks.
Berbakti kepada Sekolah

Jati Diri, Patriotisme dan


Kewarganegaraan
1. Kenal pasti jenis ayat yang terdapat dalam bahan.
2. Bina jenis ayat lain berdasarkan situasi dalam gambar.

Subra ialah seorang pengawas sekolah. Pada suatu petang, ketika berbual-bual dengan
Mei Lee dan Aisyah, dia bercerita tentang sambutan Hari Kebangsaan di sekolahnya.

TEMA 5
Amboi, jauhnya kamu
berangan-angan! Apakah
yang kamu fikirkan? Saya sedang memikirkan
sumbangan yang dapat saya berikan
untuk persiapan menyambut
Hari Kebangsaan di sekolah kita.

Oh, ya! Kita


perlu membuat
persiapan segera.

Betul, Mei Lee.


Tolong berikan idea.

Subra, saya
mencadangkan awak
menyediakan poster
yang berkaitan dengan Awak boleh pamerkan
tokoh-tokoh pejuang poster tersebut di
kemerdekaan. Pusat Sumber Sekolah.
Terima kasih, Mei Lee
Info Bestari dan Aisyah kerana banyak
Jenis ayat. Ayat terbahagi membantu saya. Kamu
kepada empat jenis, iaitu: berdua rakan yang baik.
1. Ayat penyata Saya bangga menjadi
2. Ayat tanya
3. Ayat perintah rakan kamu.
4. Ayat seru

5.2.3 Memahami dan menggunakan jenis ayat dengan betul mengikut konteks.
105
Berdasarkan bahan, suaikan bandingan semacam.
Kemudian, bina ayat.
Jati Diri, Patriotisme dan
Kewarganegaraan

Suaikan bandingan semacam berikut:

pandai kapas

cantik Badang

ringan kura-kura
TEMA 5

macam
kuat bidadari

lambat sang kancil

harum bunga

106
UNIT Menjadi Wira

Jati Diri, Patriotisme dan


14
1. Teliti bahan yang disediakan.

Kewarganegaraan
2. Berbincang dengan rakan anda untuk mengetahui
maklumat yang terdapat dalam bahan.

TEMA 5
Tayangan Perdana
Sempena
Bulan Kebangsaan
Peringkat Sekolah
Masa: 10:00 pagi hingga 11:30
pagi
Tarikh: 16 Ogos 20��

Tempat: Bilik Media Sekolah


Harga Tiket

Kutipan tiket adalah un


tuk
Persatuan Sejarah Sekoltabung
ah.

1.2.1 Mendengar dan menyebut maklumat yang terdapat dalam arahan, pesanan serta
pengumuman ringkas dengan betul dan tepat. 107
Jati Diri, Patriotisme dan
Kewarganegaraan

1. Baca lirik lagu secara mekanis.


2. Dendangkan lagu tersebut dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Cemerlang Gemilang Terbilang


Ke puncak penuh keagungan,
TEMA 5

ke lembah penuh kemuliaan,


satu hati,
satu rasa,
impian pasti menjadi nyata.

Demimu Malaysia tercinta,


kami menggenggam tekad,
membawa bangsa negara,
ke puncak keagungan.

Demi bangsa,
demi negara,
ayuhlah kita bangkit berjuang.

Maju bangsa,
maju negara,
kita dipandang mulia.

Cemerlang gemilang terbilang,


negara dan juga bangsa,
mari buktikan pada dunia,
Malaysiaku berjaya.
Lagu: Dato’ Mokhzani bin Ismail
Lirik: Siso
http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/
lirik-lagu-patriorik-cemerlang-gemilang.
html#ixzz5dDRilBtc

2.1.2 Membaca pantun, syair, sajak dan lirik lagu secara mekanis dengan sebutan dan intonasi
108 yang betul serta lancar.
Jati Diri, Patriotisme dan
Kewarganegaraan
Putera Puteri Negara
Putera puteri negara jaya,

TEMA 5
Bersatu berpadu tenaga,
Padamu harapannya bangsa,
Seandai cita-cita.

Putera puteri sejati mulia,


Kota bandar desa sepasti,
Seruan jasmani dewi suci,
Bakti jasa jiwamu.

Menegakkan nusa,
Mendirikan bangsa,
Putera puteri dewi,
Cekal gagah berani.

Putera puteri negara jaya,


Bersatu berpadu tenaga,
Padamu harapannya bangsa,
Seandai cita-cita.

Lagu: Jimmy Boyle


Lirik: Dol Baharim
https://www.youtube.com/watch?v=px86c7TjtJ4

109
Budimu Kukenang
Jati Diri, Patriotisme dan
Kewarganegaraan

Salin petikan dengan tulisan yang kemas.

Pada masa ini, semangat patriotik semakin


luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita.
Hal ini demikian kerana masyarakat kita terlalu
TEMA 5

sibuk dengan urusan sendiri sehingga mereka


tidak sedar apa-apa yang berlaku di sekeliling.
Mereka tidak seharusnya berpendapat bahawa
perkara yang penting dalam kehidupan ini adalah
untuk mencari kekayaan dan kebahagiaan sahaja.
Sikap itu sebenarnya sikap yang tidak wajar
dicontohi. Sebagai masyarakat yang berjiwa
patriotik, kita perlu mengingati pengorbanan
pejuang-pejuang negara terdahulu. Tokoh-tokoh
pejuang kemerdekaan negara seperti Dol Said,
Datuk Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau, Datu
Mat Salleh, Libau anak Ningkan atau Rentap,
Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, Ontoros
Antanom dan lain-lain ialah wira negara yang
sanggup berkorban menentang penjajahan British.
Sikap mereka itu patut dijadikan teladan.
Sebenarnya terdapat banyak cara yang
boleh dilakukan untuk meningkatkan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat di negara
kita. Salah satu daripada caranya adalah dengan
memberikan kesedaran tentang semangat
patriotik sejak bangku sekolah lagi.
Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk
sejak kecil, maka sudah tentu semangat ini
dapat diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa.
Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu,
melentur buluh biarlah dari rebungnya.

3.1.1 Menulis perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan cara yang betul dan tulisan
110 yang kemas.
Selamat Berjuang

Jati Diri, Patriotisme dan


1. Berdasarkan bahan, lengkapkan peribahasa.

Kewarganegaraan
2. Berbual dengan rakan anda tentang maksud peribahasa tersebut.

TEMA 5
Di mana ______ dipijak, Alang-alang menyeluk _________ ,
di situ langit __________. biar sampai ke _________ lengan.

______ mati meninggalkan belang, Bersatu _______,


manusia mati meninggalkan _______ . ______ roboh.

4.2.2 Memahami dan menggunakan peribahasa dalam komunikasi dan penulisan dengan
betul mengikut konteks. 111
Kelab Rukun Negara
Jati Diri, Patriotisme dan

1. Fahami situasi yang diberi.


Kewarganegaraan

2. Lengkapkan perbualan dengan pelbagai jenis ayat.

Liana, kenapa
awak tidak berminat menyertai Betul juga kata
Kelab Rukun Negara? awak, Lim. Saya pun
tertanya-tanya.
TEMA 5

Saya bukan tidak berminat, tapi


saya sudah mendaftar menjadi
ahli kelab Bahasa Melayu.

112 5.2.3 Memahami dan menggunakan jenis ayat dengan betul mengikut konteks.
1. Susun semula perkataan mengikut jenis-jenis ayat.

Jati Diri, Patriotisme dan


2. Kelaskan ayat mengikut jenis-jenis ayat yang betul.

Kewarganegaraan
1 Kebangsaan 31 Ogos

TEMA 5
disambut pada Hari

kita melanggar Jangan


2
sesekali undang-undang negara

kita negara
3
merdeka? Bilakah

Kita mempertahankan negara


4
kemerdekaan perlu

bendera Wah, berkibar


5
itu! yang cantiknya

113
Hasilkan catatan tentang pengalaman anda menyertai
Karnival Hari Kebangsaan sekolah.
Jati Diri, Patriotisme dan
Kewarganegaraan

8:00 pa
gi dia.
rsiap se
TEMA 5

dan be
pul
Berkum
klimat.
gi mendengar ta
a ra dan
10:00 p m Nega
M uziu
Tiba di

agi
11:00 p an.
e lawat pamer
M
gara.
4.00 pet
ang
ri Muzium Ne
da
pulang
Bertolak

114
UNIT Negaraku Tercinta

Jati Diri, Patriotisme dan


15
Dengar perbualan berikut. Kemudian, berbincang dengan

Kewarganegaraan
rakan anda tentang cara-cara menjaga hak peribadi.

Ceritakan kepada cikgu


Identiti Warganegara
tentang maklumat
yang terdapat pada kad
pengenalan kamu. Terdapat gambar,
alamat rumah dan nombor
kad pengenalan, cikgu. Cikgu, saya minta maaf.

TEMA 5
Kad pengenalan saya
tertinggal di rumah.

Eh, kamu ni, Kavita! Kita


Kalau tiada mesti membawa kad pengenalan
kad pengenalan, kita boleh ke mana-mana kita pergi.
dikenakan tindakan oleh Maklumat peribadi kita terdapat
pihak berkuasa. pada kad pengenalan.

Kavita, sebagai rakyat Malaysia,


kita mesti bertanggungjawab
menjaga hak peribadi kita.
Saya terpaksa tinggalkan
kad pengenalan saya
di rumah kerana takut hilang.
Ibu saya mengingatkan
saya supaya menjaga kad
pengenalan dengan baik.

Betul, Kavita. Saya berharap agar kamu


sentiasa membawa kad pengenalan walau Baiklah, cikgu. Saya akan
ke mana-mana kamu pergi. Kad pengenalan ingat nasihat dan pesanan cikgu.
itu seperti nyawa kita. Terima kasih juga Ah Meng
kerana mengingatkan saya.

1.2.2 Menyampaikan maklumat yang terdapat dalam arahan, pesanan dan pengumuman
ringkas dengan betul dan tepat. 115
Pewaris Tanah Airku
Jati Diri, Patriotisme dan
Kewarganegaraan

Baca dan fahami bahan. Kemudian jawab soalan yang disediakan.


TEMA 5

Generasi muda khususnya murid sekolah merupakan golongan


pelapis yang bakal mewarisi teraju negara pada masa akan datang.
Masa depan negara sangat bergantung pada generasi muda dalam
mempertahankan peraturan dan undang-undang negara.
Semangat patriotik ialah perasaan cinta akan negara. Perasaan
ini perlu lahir dalam diri individu itu sendiri. Semangat cinta akan
tanah air akan dapat melahirkan individu yang mampu menjadikan
sesebuah negara aman, damai dan harmoni. Pada hari ini, kesedaran
generasi muda terhadap semangat patriotik semakin pudar.

2.2.2 Membaca dan memahami ayat serta perenggan dengan memberikan maksud yang
116 tersurat dan tersirat dengan betul dan tepat.
Jati Diri, Patriotisme dan
Kewarganegaraan
TEMA 5
Hal ini disebabkan generasi muda beranggapan bahawa mempertahankan
negara bukan satu perkara penting dalam kehidupan harian mereka.
Mereka juga beranggapan bahawa hal-hal keselamatan negara merupakan
tanggungjawab polis atau tentera sahaja. Sehubungan dengan itu, tanggapan
yang salah seperti ini perlu dielakkan.
Oleh sebab itu, generasi muda hendaklah menjadi generasi yang dapat
mempertahankan perlembagaan negara dan memastikan keharmonian
negara dapat dikekalkan.

Jawab soalan yang berikut:


1. Apakah yang dimaksudkan dengan semangat patriotik?
2. Mengapakah semangat patriotik semakin pudar dalam diri generasi muda?
3. Bagaimanakah semangat patriotik dapat disemai dalam diri generasi muda?
4. Sejauh manakah semangat patriotik penting kepada negara kita?

Info Bestari
Isi tersirat ialah sesuatu
maklumat tersembunyi yang
boleh dikaitkan dengan teks
yang dibaca.

117
Jati Diri, Patriotisme dan
Kewarganegaraan

Berdasarkan petikan yang dibacakan, tulis semula perenggan


dengan betul dan tepat.

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis.


Salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan
Pengetua, Guru-guru Penolong Kanan, dan hadirin yang
dikasihi sekalian.
TEMA 5

Berdirinya saya di sini kerana ingin menyampaikan


syarahan yang bertajuk “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh”.
Pernahkah tuan-tuan mendengar peribahasa ini?

Hadirin yang dihormati,


Peribahasa bersatu teguh bercerai roboh bermaksud
kerjasama erat antara masyarakat akan dapat
menghasilkan semangat muhibah dan perpaduan.
Hal ini bermakna, jika kita tidak mengamalkan semangat
bersatu padu dan bekerjasama, maka kehidupan dalam
masyarakat kita akan menjadi tidak sempurna.

Hadirin yang dihormati,


Kehidupan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum
memerlukan rakyat yang baik, bijak dan setia kepada
negara. Oleh sebab itu, peribahasa ini mengingatkan kita
betapa pentingnya perpaduan kerana perpaduan ialah
lambang keharmonian sesebuah negara yang merdeka.

Hadirin yang dikasihi,


Saya akhiri syarahan ini dengan serangkap pantun;

Tegak rumah kerana sendi,


Runtuh sendi hidup sengsara;
Hidup berhemah amalan budi,
Tanpa budi runtuhlah negara.

Sekian, terima kasih.

3.2.2 Mengimlak perenggan yang dibacakan dengan tepat.


118
Tempat Jatuh
Lagikan Dikenang

Jati Diri, Patriotisme dan


Kewarganegaraan
1. Baca bahan dengan menggunakan intonasi yang betul.
2. Bina ayat berdasarkan peribahasa yang terdapat dalam petikan.

TEMA 5
Coretan dari
Kota London

Setiap manusia mempunyai pengalaman berhati-hati dan berwaspada, bak kata orang tua-
mengembara yang indah. Begitu juga dengan tua ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.
saya. Saya telah melalui satu pengalaman yang Walaupun berada di kota London, saya tetap
sukar dilupakan. Ceritanya bermula ketika saya rindu akan tanah air. Benar kata pepatah Melayu,
berjaya menjejakkan kaki di kota London. Saya tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula
dapat melihat istana England yang tersergam tempat bermain. Saya sentiasa teringat akan nasi
megah dan pelbagai keunikan yang indah. lemak, roti canai dan teh tarik yang menjadi
Sesekali tindak-tanduk saya seperti rusa masuk makanan kegemaran saya. Bagi saya, keenakan
kampung. Keindahan itu menyebabkan lidah makanan tempatan tiada tandingannya.
saya kelu untuk berkata-kata. Setelah pulang ke tanah air, saya selalu
Masyarakat kota London yang ramah berkongsi pengalaman indah itu dengan rakan-
menyebabkan saya seronok dan gembira. Sikap rakan lain. Pesanan saya kepada mereka, cerita
malu bertanya sesat jalan merupakan sikap yang baik dipakai, yang buruk dibuang supaya
yang perlu dielakkan sewaktu mengembara. kawan-kawan dapat mengetahui bahawa tidak
Ketika berada di perantauan, saya sentiasa semua pengalaman berada di perantauan itu indah.

4.2.2 Memahami dan menggunakan peribahasa dalam komunikasi dan penulisan dengan
betul mengikut konteks. 119
Jati Diri, Patriotisme dan

Analisis dan betulkan kesalahan perkataan dalam ayat


Kewarganegaraan

dengan betulnya.
TEMA 5

KESELAMATAN
Pasport versi baharu yang
CIP ditambah baik dengan 50
Pasport pertama di dunia ciri keselamatan tambahan.
dilengkapi dengan ciri
keselamatan biometrik
menggunakan cip.

REKAAN UNIK
Rekaan pasport lebih unik SELURUH NEGARA
dengan memaparkan Kedudukan pasport
mercu tanda negara, flora berdasarkan jumlah negara
dan fauna tempatan serta yang boleh dilawati bagi
menerapkan falsafah lima rakyat sesebuah negara
prinsip Rukun Negara. tanpa menggunakan visa.

Setiap warganegara Malaysia perlu memiliki pasport yang sah jika ingin ke luar
negara. Pasport boleh dimohon daripada Jabatan Imigresen Negara. Hari ini, pasport
mempunyai ciri-ciri khusus sebagai langkah keselamatan. Pasport rupa bukti sah
taraf kewarganegaraan seseorang, jika ke luar negara. Hal ini bermakna, tanpa pasport
seseorang itu boleh dianggap telah melanggar undang-undang sesebuah negara. Oleh
sebab itu, kita perlu menjaga pasport dengan baik dan selamat. Pemegang pasport akan
didenda jika kehilangan pasport berpunca daripada kecuaian. Bagi hilang pasport
akibat dicuri, dirompak dan kebakaran, pengecualian akan diberikan jika disertakan
laporan polis. Sebagai rakyat yang tanggung jawab, mereka perlu milik pasport yang
sah supaya tidak dikenali sebagai pendatang tanpa izin.

5.3.1 Menganalisis dan membetulkan pelbagai kesalahan perkataan dalam ayat dengan betul
120 dan tepat.
Kenal pasti sepuluh perkataan yang berkaitan dengan nilai murni.
Kemudian, beri maksud perkataan tersebut.

Jati Diri, Patriotisme dan


Kewarganegaraan
1 kur syu
2 tik o ri pat

TEMA 5
3 si ra nal o
4 ngat se ma
5 di ber ri ka

6 ke dil a an

7 ke bas be an

8 ju ke jur an

9 ke ra ni be an

10 se ha der na an ke

121
Berdasarkan bahan, sambung cerita di bawah sehingga menjadi
sebuah cerita yang lengkap. Persembahkan karya yang dihasilkan.
Jati Diri, Patriotisme dan
Kewarganegaraan
TEMA 5

122
TEMA

SAINS,TEKNOLOGI
DAN INOVASI
˜ Mengapakah sains penting kepada
kehidupan manusia?

˜ Apakah sumbangan teknologi kepada kita?

˜ Bagaimanakah inovasi dapat menggalakkan


murid-murid berfikir secara kreatif?

123
UNIT
Sains, Teknologi dan Inovasi

16
Berdasarkan situasi, laksanakan aktiviti main peranan.

EKSPLORASI SAINS
TEMA 6

Wan Firdaus, Shashikeran, Nur Hanis dan Mansimren Kaur telah mengikuti
rombongan ke Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara yang terletak
di Kedah. Semasa lawatan, mereka telah meminta seorang petugas memberikan
tunjuk ajar bagi mengikuti pelbagai aktiviti interaktif yang disediakan. Sebagai
menghargai pertolongan yang diberi, mereka memberikan ucapan dan
penghargaan kepada wakil Pusat Sains tersebut.

Selamat pagi. Nama saya,


Wan Firdaus. Ini kawan-kawan saya,
Shashikeran dan Mansimren Kaur.
Kami ingin melawat dan
meneroka pusat sains ini.

____________________
____________________
____________________ ____________________
____________________ ____________________
____________________ ____________________
____________________
____________________

1.3.1 Berbual dengan memberi ucapan selamat dan menyatakan penghargaan menggunakan
124 sebutan yang betul serta intonasi yang sesuai secara bertatasusila.
125
TEMA 6 Sains, Teknologi dan Inovasi
Sains, Teknologi dan Inovasi
TEMA 6

Eksplorasi Minda
Hasilkan sebuah
blog bersama-sama
kumpulan rakan anda.

126
Sains, Teknologi dan Inovasi
Karnival Saintis Muda

TEMA 6
Roket air dan dron

Cabutan
Bertuah
20 tiket k
e
Planetar
ium
Negara

127
Sinar Matahari
Sains, Teknologi dan Inovasi

Berdasarkan bahan yang diberikan, hasilkan sebuah sajak.


TEMA 6

Memberikan cahaya dan keindahan kepada alam Sumber tenaga untuk tumbuh-tumbuhan

Sumber tenaga bagi bumi Manfaat kepada manusia

Matahari,
sinarmu terlalu berharga
...............................................................
...............................................................
...............................................................
...............................................................
Info Bestari
Matahari, Tenaga Solar ialah teknologi yang
dicipta untuk mendapatkan tenaga
................................................................ daripada cahaya matahari. Antara contoh
................................................................ penggunaan tenaga solar termasuklah
pemanasan air dan pemanasan bangunan.
................................................................ Tenaga matahari juga boleh menghasilkan
tenaga elektrik melalui enjin pemanasan.
................................................................

4.3.1 Menghasilkan penulisan pantun dan sajak dengan betul dan kreatif.
128
Sains, Teknologi dan Inovasi
Analisis dan betulkan kesalahan ayat.

TEMA 6
Bersempena dengan Minggu Sains, Kelab
Sains Sekolah Menengah Kebangsaan
Tasik Biru telah menganjurkan pelbagai
aktiviti untuk menyemai dan memupuk
minat terhadap mata pelajaran Sains dalam
Aktiviti ini berjaya mewujudkan sikap
kalangan murid. Antara aktiviti-aktiviti yang
berlumba dalam mencari dan memahami
diadakan termasuklah Pertandingan Fotografi.
soalan yang dikemukakan. Lain-lain aktiviti
Pertandingan ini terbuka kepada murid
yang dijalankan ialah pertandingan pasang
kelas peralihan hingga tingkatan lima. Setiap
model, buku skrap paling menarik dan
murid dibenarkan menghantar lima buah
Eksplorasi Saintis Muda. Menerusi berbagai
gambar yang diambil menggunakan kamera
aktiviti yang dijalankan, pihak sekolah
Digital Single Lens Reflex (DSLR). Tema
berharap aktiviti yang disediakan mampu
pertandingan tersebut ialah alam semula jadi.
menarik minat murid dalam mata pelajaran
Selain itu, perlawanan kuiz Sains turut Sains. Mana murid-murid yang menyertai
diadakan. Kuiz ini diadakan di makmal komputer program ini bukan sahaja menerima
sekolah. Semua murid dikehendaki menjawab sijil penyertaan tetapi turut mendapat
35 soalan menerusi aplikasi dalam talian. pengalaman yang sangat berharga.

5.3.2 Menganalisis dan membetulkan pelbagai kesalahan ayat dengan tepat.


129
Sains, Teknologi dan Inovasi

Lengkapkan teka silang kata di bawah.

1 2
g f
3
f
4
n
5
j
TEMA 6

6
s

7 8
d t

1. Orang yang mengajar atau pendidik.


2. Menyiasat punca kematian merupakan tugas ahli _________.
3. Ahli _________ mahir dalam menyediakan ubat-ubatan.
4. Pakar _________ juga boleh berkhidmat dalam bidang industri rawatan sisa radioaktif,
radiografi, perubatan dan bidang yang berkaitan dengan teknologi sinaran.
5. Mahir dalam mereka, membina dan menggunakan jentera.
6. Pakar dalam bidang sains atau ahli sains.
7. Orang yang berkelayakan mengamalkan ilmu perubatan.
8. Antara tugas ahli geologi termasuklah mengkaji batuan dan mineral di dalam _________.

130
UNIT
Teknologi

Sains, Teknologi dan Inovasi


17
Tanpa Sempadan
Media sosial memberikan pengaruh yang besar
dalam kehidupan. Bincangkan.

Bijak Alam Maya

TEMA 6
Seorang pegawai perhubungan
sekolah sedang memberikan
ceramah di hadapan murid-murid
dalam perhimpunan sekolah.

berhubung dan mendapatkan perniagaan


berkomunikasi ilmu pengetahuan dalam talian

isu semasa hiburan

1.4.1 Berbicara tentang sesuatu perkara dalam pelbagai situasi secara bertatasusila.
131
Fenomena Angkasa
Sains, Teknologi dan Inovasi

1. Baca petikan yang disediakan.


2. Ringkaskan maklumat dengan menggunakan teknik QUACK.

Gerhana Matahari
TEMA 6

Gerhana matahari ialah fenomena astronomi yang berlaku apabila matahari, bulan dan bumi
berada dalam satu garis lurus, iaitu bulan berada di tengah-tengah di antara matahari dan
bumi. Dari pandangan bumi, matahari ditutupi oleh bulan sama ada secara keseluruhan
atau sebahagiannya. Fenomena ini berlaku semasa fasa bulan baharu atau fasa anak bulan.
Gerhana matahari akan terjadi pada waktu siang dan di sesuatu kawasan tertentu sahaja.

Matahari Bulan Bumi

Umbra

Umbra atau bayang-bayang yang sangat gelap daripada bulan menghalang cahaya matahari
terus mengenai bumi dan menyebabkan kawasan bumi tersebut menjadi gelap seketika.

Kaedah Menyaksikan Gerhana Matahari dengan Selamatnya


Terdapat beberapa kaedah untuk melihat dan mencerap gerhana matahari dengan
selamatnya. Kaedah yang pertama adalah dengan cara paparan melalui unjuran lubang pin
(pinhole projection). Kaedah ini sesuai digunakan semasa Gerhana Matahari Separa.

Penayangan Selamat
 
Kertas putih
kedua
 
Gerhana
matahari
separa
 
    Kertas atau kad
Imej matahari Berdiri membelakangi dengan lubang halus
yang terpapar matahari

2.3.2 Membaca dan meringkaskan maklumat daripada pelbagai teks dengan betul dan tepat.
132
Terdapat empat jenis gerhana matahari, iaitu Gerhana Matahari Separa, Gerhana Matahari

Sains, Teknologi dan Inovasi


Penuh, Gerhana Matahari Anulus dan Gerhana Matahari Hibrid.

Gerhana Matahari Separa


Gerhana Matahari Separa akan berlaku apabila matahari
dan bulan tidak berada dalam kedudukan tepat sebaris.
Pada masa yang sama, cakera bulan hanya menutupi
sebahagian sahaja cakera matahari.

Gerhana Matahari Penuh


Gerhana Matahari Penuh berlaku apabila bulan melintasi terus

TEMA 6
antara matahari dan bumi. Seterusnya, bulan menghalang
cahaya matahari sepenuhnya hingga menyebabkan keadaan
menjadi gelap di permukaan bumi tertentu.

Gerhana Matahari Anulus


Gerhana Matahari Anulus yang juga dikenali sebagai Gerhana
Matahari Cincin terjadi apabila bulan dan matahari berada
dalam satu barisan lurus tetapi saiz bulan kelihatan lebih kecil
daripada saiz matahari. Pada ketika itu, matahari kelihatan
seperti sebentuk cincin yang sangat terang.

Gerhana Matahari Hibrid


Gerhana Matahari Hibrid terjadi apabila Gerhana Matahari Penuh dan Gerhana
Matahari Anulus bergabung. Gerhana matahari ini juga dipanggil Gerhana Matahari
Anulus Penuh. Gerhana Matahari Hibrid yang terjadi kelihatan seperti fenomena
Gerhana Matahari Penuh di beberapa tempat pada permukaan bumi sementara di tempat
lain pula kelihatan dalam bentuk fenomena Gerhana Anulus. Gerhana Hibrid ini ialah
peristiwa paling jarang berlaku.

Gabungan Gerhana Matahari Hibrid, iaitu terjadi apabila


Gerhana Matahari Penuh di kawasan A dan Gerhana
Matahari Anulus di kawasan B dalam masa yang sama.

(Sumber: Agensi Angkasa Negara)

Fenomena ini tidak perlu dikhuatiri kerana gerhana matahari


merupakan fenomena biasa yang berlaku dan menyebabkan suhu agak
rendah dalam tempoh masa yang sangat singkat.
Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara.
133
Jam Tangan Pintar
Sains, Teknologi dan Inovasi

1. Teliti bahan.
2. Catatkan maklumat berdasarkan bahan.
TEMA 6

Keistimewaan Jam Pintar


— Material yang ringan. — Menyimpan memori dan paparan digital.
— Memiliki reka bentuk yang menarik. — Mendengar muzik.
— Tahan lasak dan tahan karat. — Mendapatkan info yang terkini.
— Mengukur jarak larian — Akses kepada laman sosial.
(aktiviti kecergasan badan).
— Menghantar dan menerima e-mel.
— Menerima panggilan telefon dan
membaca Sistem Pesanan Ringkas. — Sesuai untuk pelbagai aktiviti.

3.4.1 Mencatat maklumat daripada pelbagai sumber yang didengar dan dibaca dengan betul.
134
Yang Mana Satu?

Sains, Teknologi dan Inovasi


Baca dan fahami maksud bandingan semacam yang digunakan.
Hasilkan satu penulisan pendek dengan menggunakan bandingan
semacam tersebut.
Nurin mengikut ibunya pergi ke Karnival Jualan Akhir Tahun. Ibunya ingin membeli
sebuah telefon bimbit. Nurin ingin membantu ibunya memilih telefon yang bersesuaian.

Wah, ramainya
pengunjung! Penuh sesak Betul kata ibu.
karnival hari ini. Ramai pengunjung yang

TEMA 6
datang. Maklumlah,
ada jualan murah.

Ibu mahu beli telefon yang


mana? Yang ringan atau yang
berat macam batu?

Sudah tentu yang ringan macam kapas.


Harganya pula biarlah berpatutan.
Jangan mahal macam emas pula.

Kalau begitu, ibu beli telefon yang


terbaharu di pasaran. Telefon
ini pintar macam kancil. Sudah tentu. Ibu juga mahu cari telefon
yang terkini. Capaiannya pula biar pantas
macam kilat supaya segala maklumat ibu
terima dengan pantasnya.

4.2.1 Memahami dan menggunakan bandingan semacam dalam komunikasi dan penulisan
dengan betul mengikut konteks. 135
Penyelamat Bumi
Sains, Teknologi dan Inovasi

1. Kenal pasti kata nama dan kata ganti nama yang


terdapat dalam petikan.
2. Sambung cerita dengan menggunakan kata nama dan
kata ganti nama.
TEMA 6

Fikri merupakan seorang remaja


yang suka membaca. Dia suka
membaca buku-buku berkaitan
dengan dinasour. Fikri mempunyai
pelbagai jenis buku dan koleksi
patung dinasour di rumahnya.
Baru-baru ini, Fikri berpeluang
mengunjungi sebuah pusat rekreasi
yang menempatkan pelbagai
jenis dinasour yang digerakkan
menggunakan teknologi.
Hasil lawatan tersebut, Fikri dapat
menghasilkan sebuah cerita pendek.

5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama dan kata ganti nama dengan betul
136 mengikut konteks.
Sains, Teknologi dan Inovasi
Sebaik sahaja membuka matanya, Danial mendapati
dirinya berada di tengah-tengah hutan yang tebal. Kawasan ini
benar-benar asing bagi Danial. Dia tidak pernah tiba di kawasan ini.
Tumbuh-tumbuhan yang berada di sekelilingnya kelihatan besar.

TEMA 6
Tiba-tiba, Danial terdengar bunyi yang kuat dan menggerunkan.
Bumi seakan-akan bergegar. Danial mahu menyelamatkan diri.
Dia mahu bersembunyi. Belum sempat Danial melarikan diri, dia
melihat dua makhluk yang besar berada di hadapannya.
“T-Rex dan Triceratops!” jerit Danial ketakutan.
Dua ekor dinasour yang besar berada di hadapannya. T-Rex
merupakan spesies dinasour yang sangat ganas. Triceratops pula
dinasour yang kuat dan mempunyai dua tanduk yang keras. Danial
mahu melarikan diri tetapi kakinya tidak terdaya untuk melangkah.
“Jangan takut, manusia. Kedatangan kami hanya untuk
membantu manusia di bumi,” ujar dinasour.
“Membantu manusia? Apakah maksud kamu? Bukankah kamu
dinasour yang sangat ganas?” soal Danial dengan berani.
“Saya dan Triceratops sudah berjanji untuk membantu dan
memberikan kesejahteraan kepada semua penduduk bumi.”
“Bagaimanakah caranya?” tanya Danial lagi.

137
Sains, Teknologi dan Inovasi

Lengkapkan tempat kosong dengan bandingan semacam yang tepat.

1. Alif dan Haikal tidak terangkat mesin yang ____________ macam batu itu.
berat kasar besar kesat

2. Bilik pameran sains itu sungguh ____________ macam pasar.


busuk riuh ramai gelora
TEMA 6

3. Suasana dalam bilik pembedahan itu ___________ macam tasik.


hening senyap diam tenang

4. Rizal menurut segala arahan yang disuruh oleh ketuanya kerana dia lurus
macam ____________ .
bendul pembaris sesiku kekisi

5. Muka budak itu pucat macam ____________ apabila melihat dinasour yang
besar itu.
cacing bayi mayat harimau

6. Lelaki yang tinggi macam ____________ itu seorang saintis.


galah bangunan pokok tiang

138
UNIT

Sains, Teknologi dan Inovasi


18 Kreativiti dan Inovasi
1. Hasilkan lakonan berdasarkan bahan.
2. Berikan respons anda secara bertatasusila.

TEMA 6
Ayuni, Vivian dan Cikgu Zarina berbincang tentang penghasilan brosur
yang bakal diedarkan kepada warga sekolah bersempena dengan
Minggu Inovasi dua minggu lagi.

an Bukit Laksamana
Selamat pagi, cikgu. Sekolah Menengah Kebangsa

Kami minta diri dulu.

Apakah aktiviti yang


bakal dijalankan?

Ada apa-apa yang


perlu kami bantu?

Biar kami bantu cikgu


sediakan brosur.

Aktiviti
terjun
Terima kasih, cikgu. ● Demontrasi payung
● Pertandingan robotik
magnet
● Cipta kapal terbang
● Eksplorasi sains

1.5.1 Menyatakan pendapat tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.


139
Sains, Teknologi dan Inovasi

Baca dan fahami maklumat yang diberikan,


kemudian ringkaskan maklumat tersebut.
TEMA 6

Salam sejahtera saya ucapkan kepada


Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Encik
Ahmad Raihan bin Hakim, Pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Tanjung Dua, Puan
Mastura binti Abu, Guru penolong kanan
pentadbiran, guru-guru, serta murid-murid
yang saya hormati sekalian. Tajuk ceramah
yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah
“Kelebihan Sensor Elektronik Tekan Tubi”.
Hadirin sekalian,
Sensor Elektronik Tekan Tubi merupakan
alat yang dicipta bagi mengukur tahap daya
tahan otot dan kekuatan otot bahagian
atas badan murid dalam ujian Standard
Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK).
Ujian SEGAK dilaksanakan kepada semua
murid sekolah rendah dan sekolah menengah
di Malaysia. Alat yang dihasilkan dengan kos
yang murah ini boleh digunakan di kawasan
yang lapang dan rata.
Kelebihan alat ini pula ialah alat ini
sangat ringan dan mudah dibawa,
memberikan tumpuan kepada kekuatan
otot dan dapat mengurangkan kesilapan
dalam pengiraan. Alat elektronik tekan tubi
ini bukan sahaja dapat membantu guru
mengendalikan ujian SEGAK dengan lebih
efisien malah mampu merekodkan laporan
kecergasan murid dengan lebih tepat.

2.3.3 Membaca dan meringkaskan maklumat daripada pelbagai teks dengan betul dan tepat.
140
Sains, Teknologi dan Inovasi
Hadirin sekalian,
Seterusnya, saya akan
menerangkan cara-cara
penggunaan alat ini agar dapat
digunakan oleh murid-murid dengan
mudahnya dan pantasnya. Mula-mula
luruskan tangan sambil tapak tangan
diletakkan rapat ke atas alat. Kemudian,
laraskan sensor pada bahu anda. Turunkan
tangan dengan membengkokkan siku sehingga

TEMA 6
90 darjah. Ketika aktiviti ini dilakukan, sensor
akan menyala. Sekiranya, lampu tidak menyala,
laraskan aktiviti sensor dua. Naikkan badan
semula sambil tangan diluruskan seperti
kedudukan asal. Kemudian, tekan butang
dan mula lakukan tekan tubi.

Untuk makluman hadirin sekalian,


masa bagi aktiviti ini akan dijanakan
secara automatik. Tekan tubi ini akan
dijalankan selama satu minit, manakala
skor akan dikira sekiranya murid-murid
dapat melengkapkan semua prosedur
yang dinyatakan sebentar tadi. Namun
demikian, sekiranya murid tidak
berupaya meneruskan tekan tubi, skor
akan diambil setakat murid itu berhenti
sahaja. Ujian yang dilakukan akan tamat
secara automatik.
Semoga para guru dan murid
mendapat manfaat daripada ceramah
yang saya sampaikan sebentar tadi.
Sekian, terima kasih.

141
Sains, Teknologi dan Inovasi

Bina perenggan dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk.

Bengkel Aplikasi LEGO 3.0


Anjuran: Kolej Putera
TEMA 6

8:00 pagi: Pendaftaran


9:00 pagi: Slot 1: Pengenalan komponen LEGO
dan pemasangan robot
10:30 pagi: Rehat dan kudapan
11:00 pagi: Slot 2: Pengaturcaraan robot LEGO
1:00 tengah hari: Rehat, merarau dan solat
2:00 petang: Persediaan bagi cabaran robot
3:30 petang: Pertandingan cabaran robot bermula Sofia berumur 13 tahun. Dia bersekola
5:00 petang: Penyampaian sijil dan cenderamata
Bakti. Sofia sangat berminat dalam bida
penghasilan robotik di sebuah pusat sai
Tarikh:
mencipta robot. Sofia dan pasukan se
SESI 1: 20 Julai 20 robotik. Mereka berusaha bersunggu
SESI 2: 21 Julai 20 mereka. Walaupun mendapat saingan y
pertandingan tersebut.
Masa:
8:00 pagi hingga 5:00 petang
Terbuka kepada semua murid menengah rendah
(Kelas Peralihan hingga Tingkatan Tiga)

Tempat:
Dewan Seminar Kolej Putera

Yuran Penyertaan:
RM30.00 (individu)
RM50.00 (berkumpulan)

Sebarang pertanyaan boleh hubungi


Encik Tarmizi bin Ahmad 012-12345678

3.3.3 Membina perenggan yang terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul.
142
Dulu Sukar Kini Mudah

Sains, Teknologi dan Inovasi


Teliti bahan. Hasilkan satu karya kreatif dan persembahkan.

“Apakah yang kau menungkan tu, Amir?” soal “Sudah bertahun-tahun, ayah menjual
Pak Jamal sambil tersenyum. durian di kedai kita. Parang itulah yang
ayah gunakan. Tiada sebarang masalah pun
“Amir sedang berfikir tentang cara-cara sewaktu ayah menjual durian kita kepada
untuk membantu pembeli kita menikmati

TEMA 6
para pelanggan.”
durian dengan mudahnya. Alangkah baik
sekiranya Amir dapat mencipta sebuah alat “Betul kata ayah tu tapi ada baiknya jika
untuk membelah durian yang mudah dibawa ke kita mempunyai mesin pengupas durian.
mana-mana. Amir mahu menyediakan sebuah Bukan semua orang tahu mengupas buah
mesin pengupas yang ringan. Besinya tahan durian. Dengan adanya mesin itu nanti,
karat. Mesin itu boleh mengupas durian dengan tentu kerja kita menjadi mudah.”
mudahnya, bersihnya dan pantasnya.”
ah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman “Jadi, apa rancangan Amir?”
Pak telah
ang robotik. Dia Jamalmenyertai
ketawa mendengar kata-kata
satu bengkel
anak bongsunya itu. Sejak kecil lagi, anak “Amir bercadang...”
ins. Dia mempelajari pelbagai kemahiran bagi
bongsunya itu memang gemar mencipta
ekolahnya pelbagai
telah menyertai satu
peralatan. pertandingan
Kini, setelah bergelar
uh-sungguh mahasiswa, ada sahaja kemenangan
bagi memastikan idea baharu yang
yang sengit, mereka
ingin telah menjadi
dikongsikan juara dalam
bersama-sama ayahnya.
“Kenapa ayah ketawa?” Soal Amir kehairanan.

Info Bestari
Mesin pengupas durian dicipta
bagi menggantikan alat seperti
parang yang dapat membantu
pengguna mengupas durian
dengan mudah dan pantas.

4.4.1 Mempersembahkan karya yang dihasilkan secara kreatif dan berkesan.


143
Pakar Robotik
Sains, Teknologi dan Inovasi

1. Berdasarkan bahan kenal pasti pola ayat.


2. Bina ayat yang betul dengan menggunakan pola ayat tersebut.

Sofia berumur 13 tahun. Dia bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman


Bakti. Sofia sangat berminat dalam bidang robotik. Dia telah menyertai satu bengkel
penghasilan robotik di sebuah pusat sains. Dia mempelajari pelbagai kemahiran bagi
TEMA 6

mencipta robot. Sofia dan pasukan sekolahnya telah menyertai satu pertandingan
robotik. Mereka berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan
mereka. Walaupun mendapat saingan yang sengit, mereka telah menjadi juara dalam
pertandingan tersebut.

Frasa Nama + Frasa Nama


(FN+FN)

Sofia + murid tingkatan 1


+

5.2.2 Memahami dan menggunakan pola ayat dengan betul mengikut konteks.
144
Sains, Teknologi dan Inovasi
TEMA 6
Frasa Nama + Frasa Kerja
(FN+FK) Frasa Nama + Frasa Sendi
(FN+FSN)
Mereka + menyusun peralatan
Roda robot + daripada bahan terbuang
+
+

Frasa Nama + Frasa Adjektif


(FN+FA)

Sofia dan rakan-rakannya + bangga kerana memenangi pertandingan robotik


+
145
Sains, Teknologi dan Inovasi

Bacaan Luas

1. Baca dan fahami teks.


2. Senaraikan isi-isi penting.

TITABOS (nama yang direka daripada


frasa Timetable Book Selector) atau alat
pemilih buku berasaskan jadual waktu
yang boleh digunakan oleh murid
sekolah untuk membantu memilih buku
TEMA 6

dengan merujuk jadual waktu. Produk


yang menggunakan kod berwarna
dan alat pengesan warna ini telah
dihasilkan oleh Aleesya Faiz Zuhainie
dari Sekolah Kebangsaan Bandar Seri
Alam, Masai, Johor.

Konsep kad berwarna dan diod


pemancar cahaya (LED) digunakan
dalam alat ini kerana alat ini mudah
mengikut kad warna yang telah ditetapkan.
dibezakan dan dapat menarik minat
Dengan menggunakan TITABOS, kanak-kanak
kanak-kanak untuk mengemas buku
yang berusia seawal umur tujuh tahun dapat
sendiri. TITABOS ini berfungsi dengan
menyusun dan mengemas buku sendiri dalam
cara memasukkan kad berwarna pada
tempoh kurang daripada 10 saat.
slot penderia warna (colour sensor).
Kemudian, diod pemancar cahaya
TITABOS mempunyai banyak kelebihan. Antara
yang telah ditetapkan pada buku
kelebihan TITABOS termasuklah mempercepat
berdasarkan subjek akan menyala
proses pemilihan buku berdasarkan jadual waktu.
Seterusnya, alat ini dapat meringankan beban
pengguna terutama murid sekolah rendah. Selain
itu, TITABOS hanya menggunakan tenaga elektrik
yang sangat rendah, iaitu pada kadar lima voltan
sahaja. TITABOS juga tidak menggunakan ruang
yang besar dan boleh dipasang pada rak buku
yang sedia ada.

Kesimpulannya, penggunaan TITABOS dapat


menjadikan kanak-kanak lebih bertanggungjawab
dan mampu berdikari tanpa bantuan ibu bapa.
Dalam menghadapi alaf baharu ini, kreativiti dan
inovasi dalam kalangan murid amat diperlukan.

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada majalah Dewan Kosmik September 2018)
146
Sains, Teknologi dan Inovasi
Berdasarkan bahan, ceritakan riwayat hidup
sebuah komputer riba.

Aku Sebuah Komputer Riba

TEMA 6
Aku sebuah komputer riba Kilang

Menaiki sebuah lori Dipamerkan


di kedai-kedai terpilih

Dibeli oleh Digunakan dengan cermatnya


seorang pemuda
147
Sains, Teknologi dan Inovasi

Anda dan rakan telah berkunjung ke Karnival STEM.


Tuliskan pengalaman anda.

KARNIVAL STEM
Tarikh:
7-9 September 20
TEMA 6

Masa:
10:30 pagi

Tempat:
Dewan Aman

Info Bestari
Pendidikan STEM merupakan
pengintegrasian Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik sebagai
kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
yang lebih menarik dan menyeronokkan.
Pendidikan STEM menekankan konsep
berpandukan komunikasi, kerjasama,
kreativiti dan pemikiran kritikal.
148
TEMA

ALAM SEKITAR DAN


TEKNOLOGI HIJAU

149
UNIT
19
Alam Sekitar dan
Teknologi Hijau

Dengar rakaman audio dengan telitinya, kemudian nyatakan maklumat


yang terdapat dalam pengumuman tersebut dengan betulnya dan
tepatnya.
TEMA 7

Sekolah Menengah Kebangsaan Perdana Jaya akan mengadakan


pertandingan bersempena dengan Minggu Alam Sekitar. Sebagai
ketua kelas, anda diminta menyampaikan maklumat tersebut
kepada rakan kelas.

Info Bestari Eksplorasi Minda


Terarium ialah tanaman yang diisi Layari laman sesawang yang
dalam balang kaca atau akuarium berkaitan untuk mendapatkan idea
yang menyerupai persekitaran alam bagi menghasilkan terarium.
yang sesuai untuk dekorasi.

1.2.1 Mendengar dan menyebut maklumat yang terdapat dalam arahan, pesanan serta
150 pengumuman ringkas dengan betul dan tepat.
Alam Sekitar dan

151
TEMA 7
Teknologi Hijau
Tanaman Dinding
1. Baca petikan dengan telitinya, kemudian catatkan
Alam Sekitar dan
Teknologi Hijau

maklumat dengan menggunakan teknik CHATT.


2. Kongsikan maklumat dengan rakan.

Tanaman dinding hijau merupakan satu


inovasi dalam sektor pertanian. Tanaman ini
juga berfungsi sebagai penyerap haba
TEMA 7

dan menyejukkan persekitaran. Hal ini


demikian kerana tanaman dinding hijau
dapat meningkatkan tahap oksigen dan
mengurangkan karbon dioksida.
Kaedah ini boleh digunakan sama ada di
dalam atau di luar bangunan. Tanaman akan
ditanam dalam bekas seperti palung air
hujan, pasu plastik, botol plastik, kain guni
dan kotak kayu. Pada dasarnya, penanaman
cara ini menggunakan konsep tanaman
hidroponik. Tanaman dibiak menggunakan
bahan selain tanah seperti air, sabut kelapa,
lecca balls, perlite dan arang.
Keseluruhannya, kaedah ini merupakan
inisiatif terbaik untuk meningkatkan kualiti
udara yang lebih segar dan bersih.
(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada
www.kosmo.com.my/inovasi-pertanian - Mac 2018)

Info Bestari
Dinding hijau ialah dinding bangunan
yang dilitupi dengan tumbuh-tumbuhan
hijau daripada kumpulan pokok renek,
pokok menjalar dan pokok hiasan yang
bertujuan untuk mengurangkan suhu
panas dalam bangunan.

2.3.2 Membaca dan meringkaskan maklumat daripada pelbagai teks dengan betul
152 dan tepat.
Alam Sekitar dan
Teknologi Hijau
Berdasarkan maklumat, tulis sebuah karangan tentang
langkah-langkah menjaga alam sekitar.

TEMA 7
Keluarga dan masyarakat
• mengasingkan bahan buangan mengikut jenis
• mengadakan program gotong-royong dalam kalangan masyarakat setempat

Langkah-langkah Menjaga Alam Sekitar

Sekolah Kerajaan
• menubuhkan Kelab Pencinta Alam • menguatkuasakan undang-undang
• menjalankan program kitar semula • melancarkan kempen alam sekitar

3.5.2 Membina perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan kesimpulan bagi
penulisan karangan dengan betul dan kreatif. 153
IMBAS SAYA

1. Berdasarkan sajak, lengkapkan bandingan semacam dengan


Alam Sekitar dan
Teknologi Hijau

huruf yang bercetak tebal.


2. Bina ayat menggunakan bandingan semacam tersebut.

Indahnya Teratak Ilmuku


TEMA 7

Sinar pagi yang cerah


membangkitkan semangatku
menuju ke pintu ilmu
diiringi tiupan angin segar
dan kicauan burung yang merdu.
Aneka flora di pinggir pagar
mekar berkembang harum mewangi
menguntum senyuman padaku
mengucapkan selamat pagi
sambil melambai-lambai padaku.
Deruan air di kolam kecil
mendamaikan hatiku
ikan-ikan berenang tenang
dalam air yang jernih
seperti mendoakan kejayaanku.
Hamparan hijau menghias taman
menyejukkan mata menenangkan jiwa
terus melindungi teratak ilmuku
daripada pancaran merah mentari
yang melepaskan bahang peritnya.
Gagah berdiri teratak ilmuku
teruslah menghijau dan berseri
memberi ilmu dan bakti
untuk generasi kini.

Nukilan,
Salasiah Sabran
Kuala Lipis.

4.2.1 Memahami dan menggunakan bandingan semacam dalam komunikasi


154 dan penulisan dengan betul mengikut konteks.
Bermula dari Rumah
1. Berdasarkan maklumat, bina ayat lengkap tentang aktiviti

Alam Sekitar dan


kitar semula yang anda lakukan di rumah.

Teknologi Hijau
2. Bentangkan hasil tugasan anda menggunakan teknik Stay and Stray.

Bahan Kitar Semula

TEMA 7
Hasil atau Produk Baharu

Contoh
Subjek Predikat
Botol plastik boleh dikitar semula.
5.2.1 Memahami dan menggunakan subjek dan predikat dalam pembentukan ayat
dengan betul mengikut konteks. 155
Bina perkataan yang berawalkan dan berakhirkan huruf yang
diberi. Gunakan petunjuk sebagai panduan mencari jawapan.
Alam Sekitar dan

Lingkaran Kekata
Teknologi Hijau

3
TEMA 7

a 1

5 a 8

Awalan “a” Akhiran “a”


1. Bahan bakar. 5. Kata lain bagi tumbuhan.
2. Jika kita melihat pencemaran, 6. Kata lain bagi haiwan.
kita hendaklah membuat ______ 7. Tidak boleh dilihat tapi
kepada pihak berkuasa. boleh dirasa.
3. ______ kertas, kaca dan plastik 8. ______ orkid terdapat di hutan.
ke dalam tong kitar semula.
4. Sikap_____ berat terhadap alam
sekitar perlulah ada dalam diri
setiap rakyat Malaysia.

156
UNIT Pemeliharaan dan
20 Pemuliharaan Alam

Alam Sekitar dan


Teknologi Hijau
Berdasarkan bahan, berikan pendapat anda tentang kepentingan
bidang pekerjaan tersebut terhadap alam sekitar dengan menggunakan
teknik Fikir-Pasang-Kongsi.

TEMA 7
Arkitek Landskap

Pegawai Perhutanan Saintis Alam Sekitar

1.5.1 Menyatakan pendapat tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.


157
Baca maklumat dengan telitinya, kemudian hasilkan poster
Alam Sekitar dan

untuk menggalakkan rakan anda menyertainya.


Teknologi Hijau

Pengenalan Jawatankuasa Aktiviti Daftar


TEMA 7

Daftar Keahlian:
Sertai Rakan Pencinta Alam KLIK SINI

Kumpulan sasaran penyertaan keahlian Rakan Pencinta Alam terbuka


kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira peringkat umur.

2.4.1 Membaca dan memahami bahan bukan sastera bagi mendapatkan maklumat
158 dan menggalakkan pemikiran kreatif.
Alam Sekitar dan
Teknologi Hijau
Hubungi

TEMA 7
Tujuan penubuhan Rakan Pencinta Alam:
1. Memberikan kesedaran tentang kepentingan alam
sekitar kepada masyarakat.
2. Menyediakan saluran yang tepat bagi masyarakat
membuat aduan.

Program yang dijalankan:


• Minggu Alam Sekitar Malaysia yang diadakan enam
bulan sekali.
• Debat Alam Sekitar untuk golongan mahasiswa.
• Modul Sekolah Lestari untuk murid di sekolah
menengah dan sekolah rendah.
• Modul Prasekolah Lestari untuk kanak-kanak
berumur empat hingga enam tahun.
• Wira Alam menyediakan aktiviti pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar.
• Anugerah Langkawi dianjurkan untuk memberikan
pengiktirafan kepada individu dan organisasi
yang telah mencapai kecemerlangan dalam
menyumbangkan kepakaran, buah fikiran, tenaga
dan masa dalam bidang alam sekitar.

Yuran keahlian: RM30.00 setahun

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Blog Rakan Alam Sekitar)

159
Kempen Lestari
Alam Sekitar dan

Bacakan petikan berita kepada rakan anda, kemudian minta rakan


Teknologi Hijau

anda mengimlak perenggan yang dibacakan dengan tepat.


TEMA 7

RAUB, 3 Oktober – Merawat lebih baik daripada mengubati. Ungkapan ini sesuai dengan
usaha berterusan Mesra Alam Mega Berhad yang komited memelihara dan memulihara
alam sekitar.
Menerusi usaha itu, program Kempen Lestari terus menjadi program tahunan
bagi mewujudkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar khususnya dalam
kalangan remaja.
Ketua Pegawai Eksekutif Mesra Alam Mega Berhad, Datuk Baharuddin bin Hassan
berkata bahawa program yang berinspirasikan tema Masa Hadapan Dunia di Tangan
Anda sangat bertepatan dan sekali gus menjadi kesinambungan program Mesra Alam
yang berpaksi kepada kesedaran dan penghargaan terhadap alam sekitar.
Oleh sebab itu, seramai 40 orang anak kakitangan Mesra Alam Mega Berhad
telah dibawa menyertai program selama tiga hari. Program ini bertujuan memupuk
semangat cinta akan alam sekitar dan membina jati diri.

3.2.2 Mengimlak perenggan yang dibacakan dengan tepat.


160
Alam Sekitar dan
Berdasarkan bahan, hasilkan sebuah cerita pendek.

Teknologi Hijau
pembinaan pembuangan sungai
pembangunan sisa bahan tercemar
kilang-kilang
buangan

TEMA 7
nelayan
pembersihan
sungai bersih tiada punca ikan mati
sungai
pendapatan

hidupan air nelayan alam sekitar


terselamat gembira terpelihara

4.3.2 Menghasilkan penulisan prosa dengan betul dan kreatif.


161
1. Baca e-mel, kemudian kenal pasti kesalahan perkataan
Alam Sekitar dan

dalam ayat dengan tepatnya.


Teknologi Hijau

2. Betulkan kesalahan perkataan tersebut dan tulis semula


ayat yang betul.

Selamat sejahtera, sahabatku Lee. Apa khabar? Semoga kamu sihat disamping keluarga
tersayang.
Tujuan saya mengutus e-mel kepada kamu adalah untuk menceritakan pengalaman
TEMA 7

saya bercuti ke Kuala Gula, Perak pada minggu lalu. Kuala Gula adalah tempat persinggahan
burung-burung daripada seluruh dunia. Burung-burung ini menjadikan Kuala Gula sebagai
tempat persinggahan kerana perubahan angin monsun pada bulan April hingga bulan Ogos
pada setiap tahun. Burung-burung ini akan bersarang, bertelur, dan beranak di kawasan ini
sebelum kembali ke tempat asal mereka.

Sahabatku,
Semasa sampai di Kuala Gula, saya melihat banyak pokok-pokok bakau di kawasan
berpaya. Terdapat anak-anak ikan, cacing dan siput yang merupakan sumber makanan
burung-burung. Pada waktu petang, saya berjalan-jalan di tepi pantai sambil memerhati
berbagai spesies burung. Spesies burung yang saya ketahui hanyalah burung botak
kecil dan burung kedidi kaki hijau. Terdapat juga chalet-chalet untuk para-para
pelancong yang ingin bermalam di situ. Semasa saya di sana, terdapat juga pelancong
dari Australia, jepun dan eropah yang turut bercuti. Mereka membawa kamera
untuk mengambil gambar burung-burung dan pemandangan indah di Kuala Gula.

Sahabatku,
Jika ada kelapangan di masa akan datang bolehlah kami mengunjungi Kuala Gula bersama.
Baiklah, setakat ini dahulu coretan saya. Semoga kita dapat berhubung lagi.

5.3.1 Menganalisis dan membetulkan pelbagai kesalahan perkataan dalam ayat dengan tepat.
162
Imlak perenggan yang didengar dengan betul.

Alam Sekitar dan


Teknologi Hijau
Soon Han tinggal di Kampung Sejahtera. Rumahnya berdekatan dengan sungai. Pada
setiap pagi, Soon Han akan bangun awal untuk berjoging dari rumahnya ke hulu
sungai. Dia akan melalui jalan kecil yang sejuk dan berkabus. Udara di sepanjang jalan
itu sungguh segar. Sesekali, terdengar kicauan burung yang memecah kesunyian.

TEMA 7
Setibanya di sungai, Soon Han duduk di atas batu besar di pinggir sungai.
Dia merendamkan kakinya ke dalam air sungai. Air sungai di situ sangat jernih
sehingga kelihatan ikan-ikan berenang. Tiada sampah sarap dan pencemaran berlaku
di sungai ini kerana penduduk kampung sering mengadakan gotong-royong.

163
1. Susun huruf bagi membentuk perkataan sama erti
dengan perkataan yang diberi.
2. Bina ayat tunggal menggunakan perkataan tersebut.
Alam Sekitar dan
Teknologi Hijau

SEJUK N I GD I N
TEMA 7

L A NS I U KICAUAN

SEGAR M A N YA N

T E R A M N ET DAMAI

PERLINDUNGAN A R I TUS AN

R E A REK S I RIADAH

JENIS S I ES S PE

D NAI H CANTIK

TEROPONG NOBILARKU

H ATA M A R I MENTARI

164

You might also like