You are on page 1of 24

Journal of Educational Psychology & Counseling, Volume 6 June 2012, Pages 50-73 / ISSN: 2231-735X

Mengenal Pasti Punca-Punca Masalah Ponteng


Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah: Satu Kajian Kes
Muhammed Sharif Mustaffa 1 & Suria Abd Jamil²
¹Faculty Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor masalah ponteng di
kalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Kangka Tebrau. Teknik persampelan rawak mudah
telah digunakan untuk mengenal pasti 32 orang responden iaitu pelajar-pelajar tahun 6 untuk
kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan merupakan adaptasi daripada soal selidik hasil
kajian Alawiah (1987). Data yang diperolehi dianalisis berdasarkan min dan peratusan
dengan menggunakan Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 13.0. Ujian
kebolehpercayaan telah dijalankan ke atas 10 orang responden yang tidak termasuk dalam
sampel kajian dan Alpha Cronbach yang diperoleh ialah 0.849. Keseluruhan hasil kajian
menunjukkan bahawa punca utama berlakunya ponteng di kalangan pelajar ialah faktor diri,
faktor hubungan keluarga, faktor rakan, faktor sikap guru dan faktor prasarana sekolah.
Implikasi dari kajian ini ialah pihak sekolah dan ibu bapa harus mengambil inisiatif
bagaimana proses membimbing pelajar-pelajar agar tidak terpengaruh dengan tindakan rakan
pelajar yang negatif. Beberapa cadangan telah diutarakan untuk kajian lanjutan dan pihak
sekolah dalam menangani masalah ponteng.

Katakunci: Punca Ponteng, Sekolah, Pelajar

ABSTRACT: The aim of this study is to identify the perception of truancy at Sekolah
Kebangsaan Kangka Tebrau. Purposive sampling technique was utilized to identify 32
primary 6 students as respondents for the study. The instruments used were adapted from the
study by Alawiah (1987). The questionnaires used were adapted for the purpose of the study
and following the understanding of the primary school students. The data collected were
analyzed based on mean and percentage by using the Statistical Package for Social Science
(SPSS) version 13.0. Reliability test was conducted upon 10 respondents whom were not
included in the research sample and an Alpha Cronbach of 0.849 was obtained. The overall
research finding shows that the main factor of truancy among students were self factor, peers
factor, family relationship factor and school facility factor. The implication from this research
poses that school and parents should take initiative on how to guide students for not being
influence with the wrongdoing among their friends. A few suggestions were given for
research continuation and to the school in addressing the problem of truancy.
Keywords: Truancy Causes, School, Students

1.0 PENGENALAN

Masalah berkaitan salah laku di sekolah yang berlaku di kalangan pelajar kini menjadi satu
perkara yang membimbangkan memandangkan masalah ini semakin menjadi-jadi walaupun
pelbagai langkah telah diambil oleh pelbagai pihak termasuk pihak Kementerian Pelajaran,
pihak sekolah mahupun pihak swasta dalam usaha membenteras kegiatan tidak sihat ini di
kalangan pelajar sekolah. Kadar berlakunya keruntuhan nilai sosial dan kejadian salah laku di
kalangan pelajar sentiasa meningkat tahun demi tahun. Perkara ini membawa kebimbangan
Muhammed Sharif Mustaffa & Suria Abd Jamil / Journal of Educational Psychology & Counseling 51

terhadap masa depan negara kerana masa depan sesebuah negara sangat bergantung kepada
generasi muda yang ada sekarang ini terutamanya pelajar-pelajar.
Berbagai gejala sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu
pelbagai sekali. Namun, oleh kerana golongan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka
kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap
lapisan masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang
kenakalan pelajar dan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka. Salah satu masalah
sosial yang dihadapi adalah masalah pelajar-pelajar yang sering ponteng sekolah. Masalah
ponteng sekolah merupakan masalah yang terdapat di dalam institusi persekolahan. Ponteng
sekolah kian meningkat baik di peringkat sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Ia
kini dianggap sebagai salah satu masalah disiplin yang semakin serius.
Menurut Laporan Disiplin Pelajar Sekolah Malaysia (1991), ponteng sekolah
merupakan salah satu di antara sembilan jenis tingkah laku pelanggaran disiplin oleh pelajar
disamping jenis-jenis tingkah laku yang lain. Hasil dari kajian Unit Disiplin Bahagian
Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (1991), didapati bahawa kes ponteng sekolah
mencatat peratus kekerapan yang tertinggi dibandingkan dengan kes-kes yang lain iatu
sebanyak 15%.
Meskipun ada cadangan mengenai cara mana mengatasi masalah ponteng, namun ia
hanya berakhir di meja perbincangan, forum atau seminar. Memang ada program yang
dirangka untuk pelajar tetapi ianya hanya memberi manfaat kepada segelintir mereka sahaja
dan lebih bersifat komersial. Ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat perlulah berganding bahu
dan bekerjasama dalam memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan para pelajar.
Sebagai masyarakat mikro, sekolah sepatutnya mempunyai cirri-ciri yang ada dalam
masyarakat makro. Oleh itu adalah wajar supaya pelajar didedahkan akan kesan buruk gejala
ponteng dalam masyarakat melalui interaksi mereka di sekolah. Kerajaan juga perlu
melancarkan satu kempen yang menyeluruh untuk menyedarkan remaja dan pelajar supaya
menghindarkan diri dalam apa jua bentuk gejala buruk yang boleh merosakkan diri dan nama
baik keluarga mereka. Golongan ini juga perlu didedahkan dengan pengetahuan undang-
undang agar mereka gementar dengan hukuman.
Oleh itu, pengkaji ingin mengetahui punca-punca masalah ponteng di kalangan pelajar
sekolah rendah dari pelbagai aspek iatu faktor-faktor diri, keluarga, rakan sebaya, pengajaran
dan pembelajaran guru dan prasarana yang disediakan di sekolah. Faktor-faktor ini mungkin
menjadi pengaruh kepada pelajar dari aspek punca-punca pelajar melakukan ponteng sekolah.

1.1 Pernyataan Masalah

Pada tahun 2007 seramai 21,060 pelajar terlibat dalam masalah ponteng. Implikasi besar yang
mungkin wujud akibat masalah ponteng itu menyebabkan ia dianggap Kementerian Pelajaran
sebagai salah laku disiplin paling serius.Rekod Kementerian Pelajaran tahun lalu
menunjukkan 21,060 pelajar (0.39 peratus) dikesan ponteng sekolah, manakala 24,840 pelajar
(0.46 peratus) pada tahun sebelumnya.
Sekiranya masalah ini dibiarkan berterusan, negara tidak akan mencapai seperti mana
yang dikehendaki dalam wawasan 2020 iatu mewujudkan sebuah masyarakat yang kukuh ciri-
ciri moral dan etika dengan warganya mempunyai nilai-nilai keagamaan dan kerohanian yang
utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur (Becker, 2003). Oleh itu, semua pihak harus
menggembleng tenaga untuk sekurang-kurangnya mengurangkan gejala ponteng di kalangan
pelajar sekolah. Ini kerana mereka adalah tulang belakang kepada pembangunan negara pada
suatu hari nanti.
Muhammed Sharif Mustaffa & Suria Abd Jamil / Journal of Educational Psychology & Counseling 52

Memandangkan kes ponteng sekolah ini semakin serius dan dikaitkan dengan aktiviti
yang tidak sihat, ia patut diambil perhatian berat oleh semua. Untuk menangani masalah ini,
adalah perlu bagi semua pihak untuk mengetahui punca-punca yang menyebabkan pelajar
pelajar ini ponteng sekolah. Dengan itu, maka pengkaji merasakan bahawa betapa perlunya
dibuat kajian tentang permasalahan ini. Pengkaji ingin meninjau sama ada punca diri sendiri,
kekeluargaan, persekitaran, guru dan persekitaran mempengaruhi pelajar ponteng sekolah di
kalangan mereka.

1.2 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan mengkaji persepsi pelajar mengenai punca-punca masalah ponteng. Satu
kajian kes di Sekolah Kebangsaan Kangka Tebrau.

i) Mengenal pasti samada faktor diri menyebabkan pelajar ponteng sekolah.


ii) Mengenal pasti samada faktor hubungan keluarga menyebabkan pelajar ponteng sekolah.
iii) Mengenal pasti samada faktor pergaulan rakan menyebabkan pelajar ponteng sekolah.
iv) Mengenal pasti samada faktor sikap guru menyebabkan pelajar ponteng sekolah.
v) Mengenal pasti samada faktor prasarana sekolah menyebabkan pelajar ponteng sekolah.

2.0 SOROTAN KAJIAN

2.1 Senario Ponteng Sekolah Di Malaysia Dan Luar Negara

Senario ponteng sekolah bukanlah merupakan masalah sosial yang baru di kalangan pelajar
sekolah di Malaysia. Perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan
menunjukkan pelajar terbabit dengan gejala itu agak membimbangkan iatu 32092 orang pada
tahun 1993, 154305 orang pada tahun 1995 dan 80937 orang pada tahun 1997. Pelajar sekolah
menengah, terutama di peringkat usia antara 14 hingga 15 tahun dikenal pasti sebagai
kumpulan majoriti yang terbabit dengan gejala ponteng. Daripada keseluruhan pelajar yang
dikenal pasti terbabit dengan masalah ponteng, kirakira 97 peratus adalah dari kalangan
pelajar lelaki dan baki 3 peratus adalah pelajar perempuan.
Sikap pelajar yang sukakan hiburan dan mudah terikut-ikut dengan gaya penampilan
artis yang mereka minati, seperti memakai pakaian yang berjenama dan stail penampilan artis
yang mereka minati, jika tiada wang yang mencukupi, mereka rela ponteng sekolah untuk
bekerja demi mendapat wang. Begitu juga, apabila pelajar tidak berminat dalam sesuatu mata
pelajaran dan guru pula tidak berusaha menarik mereka, pelajar-pelajar itu akan hilang
semangat belajar dan ponteng sekolah.
Ismail Yusuf (1983) dalam kajiannya mendapati bahawa lebih ramai ibu bapa daripada
kumpulan pelajar yang ponteng sekolah, tidak mengambil berat tentang pelajaran dan
kemajuan anak-anak. Keadaan berbeza jika dibandingkan dengan ibu bapa yang mempunyai
anak-anak yang tidak ponteng sekolah. Mereka sering memberi perhatian terhadap kerja-kerja
sekolah anak-anak serta meletakkan harapan yang tinggi dalam markahmarakah ujian anak-
anak.
Hasil kajian Muhammad Anuar (dlm. Manja, 1990:186) dalam kajiannya mendapati
perlakuan ponteng ada kaitannya dengan sikap guru, aktiviti-aktiviti sekolah yang kurang
berkesan dan disiplin sekolah yang dianggap ketat oleh sebilangan pelajar. Beliau juga
mendapati faktor guru yang bersikap terlalu keras atau terlalu lembut dan memberikan
perhatian yang tidak setara atau pilih kasih terhadap pelajar. (Yahya, 1983).
Muhammed Sharif Mustaffa & Suria Abd Jamil / Journal of Educational Psychology & Counseling 53

Begitu juga dengan hasil kajian oleh Mohd Nor Abdullah @ Dollah (1986), dalam
kajiannya terhadap 100 pelajar di SMK Bachok, Kelantan mendapati punca ponteng adalah
status – ekonomi yang rendah dimana tenaga anak-anak diperlukan untuk membantu
meringankan beban ekonomi rumah tangga. Selain itu, sikap negatif pelajar-pelajar terhadap
pelajaran turut menyebabkan berlakunya ponteng sekolah. Beliau juga mendapati bahawa
masalah peribadi, emosi dan keluarga juga boleh menyebabkan berlakunya ponteng sekolah.
(Wiersma, 1995).
Azizah Lebai Nordin (2002) pula menunjukkan terdapat banyak faktor penyumbang
kepada masalah disiplin pelajar. Antaranya ialah ibu bapa, sekolah dan rakan sebaya. Beliau
menyokong pendapatnya dengan laporan kabinet pada tahun 1979 yang menyebut bahawa
disiplin seorang murid bukan ditentukan oleh sekolah sahaja. Alam sekitar dan masyarakat
sekeliling juga mempunyai pengaruh terhadap disiplin seseorang murid. Masyarakat
sekeliling dan persekitaran murid-murid di luar sekolah amat kuat pengaruhnya dalam
pembentukan disiplin murid-murid.
Kajian daripada Ibrahim Saad (1977) pula menunjukkan kejadian ponteng sekolah
kerap dipersoalkan dan telah menjadi satu masalah pendidikan yang paling besar. Punca
utama yang menyebabkan wujudnya perlakuan ponteng adalah sistem pendidikan itu sendiri
yang telah mementingkan peperiksaan. Selain itu, pergantungan kepada buku teks dianggap
sebagai kesan tersembunyi daripada penggunaan yang tidak imaginatif oleh guru-guru
menyebabkan pelajar-pelajar ponteng sekolah. Pelajar-pelajar yang bijak ponteng kerana
bosan dengan sekolah manakala yang lemah akan ponteng sebab dia tidak dapat menerima
apa yang diajar.
Wolf (1988), menulis dalam kajiannya yang bertajuk “Increasing Student Attendance:
Strategies from Research and Practice”, faktor-faktor masalah ponteng memberi kesan risiko
yang besar dan saling berkait antara satu-sama lain. Menurut beliau lagi ponteng berpunca
daripada latar belakang dan hubungan keluarga, pencapaian sekolah lalu, ciri-ciri personaliti,
dan juga termasuk ciri-ciri sekolah dan kejiranan.
Tattum (1986), yang meninjau faktor perlakuan ponteng berkaitan dengan suasana di
sekolah, mendapati sepertiga daripada pelajarpelajar yang menjadi sampelnya menyatakan
bahawa mereka benci pergi ke sekolah dan sebaliknya lebih suka bekerja. Apa yang perlu
dilihat dalam kajian Raven ialah dapatannya yang menunjukkan bahawa sebahagian besar
daripada sampel kajiannya merasakan sebahagian besar daripada mata pelajaran yang diajar di
sekolah tidak berguna. Raven juga mendapati bahawa pelajar-pelajar itu tidak berpuas hati
dengan peranan sekolah dalam memberikan ilmu pengetahuan dan pendidikan terhadap
mereka. Mereka tidak memahami bahawa matlamat pengajaran dan pembelajaran di sekolah
mempunyai hubungan yang signifikan dengan dunia pekerjaan.

2.2 Punca-Punca Masalah Ponteng Sekolah

2.2.1 Punca Diri Pelajar

Sikap pelajar yang sukakan hiburan dan mudah terikut-ikut dengan gaya penampilan artis
yang mereka minati, seperti memakai pakaian yang berjenama dan stail rambut yang baru,
jika tiada wang yang mencukupi, mereka rela ponteng sekolah untuk bekerja demi mendapat
wang. Begitu juga, apabila pelajar tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran dan guru pula
tidak berusaha menarik minat meraka, pelajar-pelajar itu akan hilang semanagat belajar dan
ponteng sekolah. (Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Yusof Boon, How Lee Chan, 2007)
Duke (1980), menyatakan bahawa tiap-tiap individu bertanggungjawab di atas
perlakuannya sendiri. Pelajar berkemungkinan menjadi tidak berdisplin atau disebut juga
Muhammed Sharif Mustaffa & Suria Abd Jamil / Journal of Educational Psychology & Counseling 54

sebagai „kurang ajar‟kerana mengikut kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang
pengaruh dari luar; iatu apa yang dikatakan sebagai “the potential influence of the child free
will”. Pelajar-pelajar ini mungkin juga melanggar peraturan yang biasa sama ada mereka
berada di sekolah atau di mana-mana sahaja sewaktu berehat atau juga ketika sedang belajar,
kerana mereka tidak menyedari atau anggapan mereka apa yang mereka lakukan tidaklah
menyalahi peraturan.
Kajian mendapati remaja yang terlibat dengan tingkah laku devian dan delinkuen
mempunyai konsep kendiri yang rendah. Remaja ini melihat diri mereka dari perspektif yang
negatif, penghargaan kendiri yang rendah, tidak mempunyai matlamat tertentu dalam
kehidupan dan kurang memikirkan tentang sumbangan mereka kepada masyarakat (Byrne, et
al., 1981). Manakala kajian oleh Wells (1989) pula mendapati remaja devian merasakan
mereka dapat memperkembangkan konsep kendiri dan penghargaan kendiri dengan
melibatkan diri dalam tingkah laku anti sosial dan delinkuen.
Sebahagian remaja juga sangat suka menafikan bahawa mereka ada masalah, suka
mengelak diri dari mengambil tangungjawab di atas tindakan mereka dan seterusnya suka
menyalahkan orang lain apabila mereka mendapat kesusahan (Mitchell,1989). Emosi yang
tidak stabil seperti marah, geram, tertekan dan dendam akan mendorong pelajar untuk
melepaskan geram dan melakukan pelbagai tingkah laku devian, dengan tujuan untuk
melepaskan rasa tertekan mereka.
Tan Kui Ngor (2006), menegaskan individu yang mempunyai kemahuan tinggi untuk
kejayaan adalah lebih berkesanggupan (bermotivasi) dalam menghadapi kerja-kerja bercorak
cabaran yang boleh menguji keupayaannya. Tetapi bagi pelajar-pelajar yang gemar ponteng
sekolah adalah sebaliknya. Mereka tidak mempunyai kemahuan yang tinggi untuk berjaya
kerana mereka tidak yakin pada diri mereka yang mereka boleh berjaya seperti orang lain
sekiranya mereka berusaha bersungguh-sungguh.

2.3 Punca Hubungan Keluarga

2.3.1 Punca Hubungan Keluarga Dari kajian Lepas Di Malaysia Dan Luar Negara

Kajian oleh Sham Sani Salleh (1994) menyatakan bahawa tingkah laku devian dan anti sosial
seperti ponteng sekolah turut dikaitkan dengan tingkah laku dan struktur keluarga itu sendiri.
Hal ini disahkan oleh Ismail Daros (1981), melalui dapatan kajiannya menunjukkan bahawa
terdapat enam elemen berlakunya ponteng sekolah. Di antaranya ialah faktor keluarga.
Menurutnya, kelemahan sosialisasi dalam keluarga dan tiada galakan daripada ibu bapa
menyebabkan pelajar-pelajar tidak mempunyai semangat untuk belajar dan berasa bosan
terhadap sekolah.
Dapatan kajian oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1993),
merujuk punca salah laku di kalangan pelajar seperti ponteng disebabkan oleh pelbagai faktor.
Faktor keluarga merupakan penyumbang tertinggi di mana kajian yang telah dijalankan pada
tahun 1993, menunjukkan bahawa 81.03 peratus pelajar melakukan kesalahan kerana faktor
kekeluargaan, 4.10 peratus disebabkan oleh rakan sebaya dan 1.24 peratus disebabkan oleh
faktor persekolahan. Kajian-kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa persekitaran
keluarga memainkan peranan yang penting dalam proses pengsosialisasian remaja iaitu sikap,
nilai dan sistem kepercayaan akan diterapkan ke dalam minda remaja. Selain itu, persekitaran
keluarga juga menjadi medan kepada proses perkembangan emosi, kognitif dan sosial setiap
ahli di dalamnya.
Mengikut Renfrew (1997), keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil
dan terus memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran
Muhammed Sharif Mustaffa & Suria Abd Jamil / Journal of Educational Psychology & Counseling 55

seseorang dalam alam dewasa. Manakala di Jerman , pelajar yang kerap kali tidak hadir ke
sekolah tanpa sebarang alasan yang sah atau benar akan diambil perhatian oleh pihak sekolah.
Jikalau ibu bapa menolak untuk menghantar ke sekolah atau tidak mampu mengawal anak-
anak mereka daripada terjebak dengan masalah ponteng sekolah, perkhidmatan tempatan
kanak-kanak atau perkhidmatan sosial akan berperanan untuk meminta pihak polis
menghantar pelajar-pelajar yang tanpa penjagaan baik dari ibu bapa mereka ke sekolah.
Kegagalan ibu bapa dalam mendisiplinkan anak-anak juga dilihat sebagai salah satu
faktor berlakunya tingkah laku devian seperti ponteng dan salah laku. Latar belakang tingkah
laku anti sosial adalah kesan daripada kekurangan, ketidaksesuaian atau kawalan disiplin yang
tidak konsisten semasa kanak-kanak (Jacobvitz et al., 1996). Kebanyakan tingkah laku
antisosial remaja juga berpunca daripada kegagalan cara gaya keibubapaan dan pengurusan
keluarga (Jacobvitz et al., 1996).
Penyelidik berpendapat bahawa usaha ke arah pemantapan institusi kekeluargaan
dipercayai merupakan salah satu jalan penyelesaian kepada pelbagai masalah di kalangan
remaja masa kini. Kebanyakan masalah yang dialami oleh remaja kini sebahagian besarnya
bertitik - tolak dari institusi keluarga remaja itu sendiri di mana kepincangan yang wujud dari
institusi keluarga akan membawa kepada pelbagai kesan negatif terhadap remaja tersebut.
Kajian – kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa remaja bermasalah kebanyakannya
adalah berlatar belakangkan keluarga yang bermasalah (Dishion et al., 1991).

2.4 Punca Rakan Sebaya

Kajian Wan Norasiah (2003) mendapati bahawa pengaruh rakan sebaya adalah juga antara
faktor gejala sosial pelajar. Beliau menghubungkan kaitan antara faktor ibu bapa dan rakan
sebaya dalam mencetus dan menyemarakkan gejala sosial pelajar. Beliau menjelaskan ajakan
dan pujukan rakan untuk melakukan gejala sosial menyebabkan pelajar terjebak dalam salah
laku seperti ponteng sekolah dan gangsterisme. Ini kerana rakan sebaya adalah individu yang
paling hampir dengan remaja selepas keluarga.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Mustaza Abu Amin (1994), mendapati bahawa
13.3% pelajar yang ponteng sekolah atau kelas akan bersama-sama rakan dan berada di
tempat yang sunyi seperti belukar, rumah kosong dan sebagainya untuk mengelak daripada
dilihat oleh orang ramai yang akan melaporkan kepada sekolah atau polis.
Faktor persekitaran seperti pergaulan dengan ibu bapa, rakan sebaya dan kumpulan
masyarakat amat mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan rernaja. Zuriani (1988),
pula mendapati masalah yang dihadapi oleh remaja akan menyebabkan remaja berada dalam
ketegangan dan kebimbangan, keadaan ini boleh membawa kepada berlakunya perlakuan
mengasingkan diri, melanggar peraturan, kenakalan dan masalah tingkah laku yang lain.
Remaja mempunyai sikap yang terlalu egoistik, menganggap diri mereka sebagai tumpuan
seluruh dunia dan sebagai satu-satunya tumpuan minat. Mereka mementingkan diri sendiri
dan bersifat kebendaan di samping emosi yang sering kali berubah-ubah antara riang dan
sedih.
Menurut kajian Merton (1938), zaman remaja merupakan peringkat umur yang penuh
dengan cabaran. Pendapat ini dikukuhkan lagi dengan kajian Erikson (1965), peringkat umur
remaja ialah peringkat membentuk indentiti sendiri seperti tingkah laku, memilih rakan
sebaya, cara berpakaian dan lain-lain. Jika peringkat ini gagal diperoleh, pelajar tersebut akan
tertekan dan cenderung untuk melanggar displin sekolah seperti ponteng sekolah.
Muhammed Sharif Mustaffa & Suria Abd Jamil / Journal of Educational Psychology & Counseling 56

2.5 Punca Sikap Guru

2.5.1 Punca Sikap Guru Dari Kajian Lepas Di Malaysia dan Luar Negara

Laporan keciciran Kementerian Pelajaran Malaysia (1973) menyatakan bahawa prestasi


akademik yang rendah mempunyai kaitan dengan masalah ponteng. Laporan itu juga
menyatakan bahawa guru juga boleh mempengaruhi tingkah laku ponteng melalui proses
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, cara dan gaya pengajaran guru perlu diambil perhatian
kerana ia dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan tidak ponteng kelas dan ia juga dapat
mendatangkan rasa bosan dan benci pelajar sekaligus menyebabkan mereka ponteng kelas.
Di dalam kajian yang dilakukan oleh Abd. Karim Desa (1994), beliau menyatakan
bahawa guru mempunyai peranan yang penting dalam menarik minat pelajar dengan cara
mempelbagaikan kaedah pengajaran. Di dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa pelajar
tidak akan ponteng kelas kerana guru mempelbagaikan kaedah semasa mengajar iatu dengan
peratusan sekitar 90%. Ini membuktikan bahawa guru berperanan besar dalam menangani
masalah ponteng di kalangan anak didiknya.
Jaafar (1977), dalam kajiannya telah menyatakan dapatan kajian yang dibuat oleh
Pejabat Pelajaran Daerah kepada lima buah sekolah di Kuala Lumpur, 18 buah sekolah di
Klang, 10 buah sekolah di Petaling Jaya dan 12 buah sekolah di Wilayah Persekutuan. Kajian
mendapati bahawa sikap guru yang terlalu garang akan menganggu konsep kendiri yang
mengakibatkan pelajar berasa takut kepada guru dan menyebabkan mereka ponteng sekolah.
Menurut pendapat Smink dan Reimer (2005), isi mata pelajaran yang tidak berkaitan
atau kurang rangsangan, kerja sekolah yang kurang mencabar dan hubungan yang rapuh
antara guru dan pelajar merupakan faktor yang berkait rapat dengan jumlah kehadiran. Situasi
ini perlu di ubah oleh guru dalam menarik minat pelajar untuk menghadirkan diri ke sekolah
atau belajar.
Menurut Olweus (1978), guru yang memalukan pelajar, menyindir, dan mengejek,
adalah faktor utama pelajar ponteng. Kesan perbuatan ini menyebabkan pelajar kurang
keyakinan diri dan hilang rasa hormat kepada guru mereka. Polit et. al. (2001), dalam
kajiannya mendapati bahawa kesan kekecewaan pelajar terhadap pelajaran telah
mengakibatkan mereka benci terhadap guruguru dan program sekolah. Pelajar ini akan
mencari jalan keluar dengan melakukan ponteng sekolah.

2.6 Punca Prasarana Sekolah

2.6.1 Punca Prasarana Sekolah Dari Kajian Lepas Di Malaysia Dan Luar Negara

Melalui kajian yang dilakukan oleh Kerlinger (1986) di dalam Jaafar (1977), telah
menyatakan bahawa prasarana fizikal yang ada di sekolah membantu mewujudkan masalah
disiplin di kalangan pelajar termasuk masalah ponteng.
Menurut Azizah (2002), pembinaan fizikal dan alam sekitar sekolah yang menarik dan
kondusif, boleh membantu kehadiran pelajar ke sekolah. Untuk tujuan itu, pembangunan
terhadap kemudahan-kemudahan sekolah yang berhubung kait dengan kepentingan
pendidikan dan perkembangannya perlu dilaksanakan dengan sedaya upaya bagi mengatasi
masalah ponteng.
Selain itu, faktor sekolah juga menjadi salah satu penyebab kepadapermasalahan
ponteng dan mengganggu suasana pembelajaran. Mengikut Merton (1938), pembelajaran
yang berkesan datangnya dari suasana sekolah yang tenteram, kerana ketenteraman itu amat
kritikal bagi melahirkan pencapaian yang baik di kalangan pelajar. Kewujudan suasana
Muhammed Sharif Mustaffa & Suria Abd Jamil / Journal of Educational Psychology & Counseling 57

sekolah yang positif dari segi kemudahan sekolah, pengajaran guru, kedudukan sekolah dari
aspek pengangkutan pelajar dan perlaksanaan disiplin yang efektif menjamin pembelajaran
yang berkesan dan mengurangkan kes-kes salah laku pelajar.
Menurut kajian Manivannan (2002), 49% mengatakan suasana sekolah itu sendiri
(peraturan yang ketat, ketidakmesraan guru-guru dengan pelajar, beban kerja yang banyak,
dan rasa bosan terhadap pengajaran guru dan menjemukan) menggalakkan tindakan ponteng.
Menurut Kerlinger (1986), di dalam kajian Muhamad Razi Yakub (1994), telah terbukti
bahawa keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui kegiatan latihan amali di makmal
dan bengkel tidak akan diperolehi sekiranya kemudahan dan kelengkapannya tidak
mencukupi atau terlalu usang, kekurangan guru dan penyelia juga penyumbang kepada
ketidak keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam sesebuah kelas. Mankala
menurut Bandura & Mischel (1986), saiz sekolah, bangsa dan perubahan etnik dan peraturan
persekitaran sekolah memberi kesan ke atas tingkah laku pelajar.

2.7 Teori Pembelajaran

Dalam kajian ini penyelidik memilih teori pembelajaran sosial oleh Albert Bandura (1977),
sebagai model kajian kerana teori ini melihat masalah ponteng sebagai tingkah laku yang
dipelajari dan bukannya satu tingkah laku yang wujud secara semula jadi dalam diri individu.
Oleh itu pendekatan teori pembelajaran sosial adalah sesuai pada pandangan penyelidik untuk
melihat dan menganalisis masalah ponteng di kalangan pelajar sekolah rendah. Menurut
Bandura (1977), terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi tingkah laku pelajar remaja,
iaitu kelakuan pelajar itu sendiri, pengaruh persekitaran dan interaksi kognitif. Pendekatan
teori pembelajaran sosial juga menekankan kepentingan penilaian kognitif dan emosi. Teori
ini memperlihatkan pengaruh-pengaruh sedar dan penentu-penentu sosial ke atas personaliti.
Di samping itu, penyelidik juga menggunakan teori pembelajaran sosial sebagai model kajian
kerana teori ini menekankan peranan model dalam mempengaruhi tingkah laku seseorang.
Menurut Bandura (1977), latihan pemerhatian atau modeling adalah amat penting dalam
pembentukan tingkah laku agresif.
Jika dikaitkan dengan teori pembelajaran sosial, apa yang dilakukan oleh anak-anak
merupakan hasil dari pemerhatian dan peniruan daripada ibu bapanya. Penyelidik juga
memilih teori ini kerana dalam teori pembelajaran sosial menekankan aspek interaksi antara
manusia dan sekitaran (Bandura,1977). Beliau menyarankan konsep „determinisme timbal
balik‟ yang mengatakan bahawa manusia mempengaruhi untung nasib dirinya melalui
pengawalan kuasa-kuasa di sekitarnya tetapi mereka juga dipengaruhi oleh kuasa-kuasa
sekitaran ini. Keadaan ini merupakan satu proses interaktif, saling berkaitan dan timbal balik
antara tingkah laku manusia, sekitaran dannproses dalaman seperti kognisi dan persepsi. Ini
bermakna manusia dapat mengawal kehendak dan tingkah laku, sementara sekitaran pula
dapat mengawal serta mempengaruhi apa yang dilakukan oleh individu.
Teori pembelajaran sosial yang diaplikasikan oleh Bandura (1973) juga merumuskan
bahawa perkara utama yang sering dipelajari oleh kanakkanak dan remaja ialah melalui
pemerhatian terhadap tingkah laku orang lain, khususnya orang yang signifikan dengan
mereka. Oleh itu, individu akan mempelajari dan melakukan tingkah laku devian sama ada
secara langsang atau tidak langsung melalui peniruan tingkah laku ibu bapa mereka. Ingatan
ini kemudiannya disimpan di dalam kognitif secara kekal dan remaja akan sukar untuk
mengelakkan diri dari bertingkah laku devian dalam kehidupan mereka.
Penggunaan Teori Pembelajaran Sosial diyakini sesuai oleh penyelidik kerana teori ini
mengambil kira peranan kognitif dalam pembentukan tingkah laku seseorang pelajar. Teori
Pembelajaran Sosial merupakan gabungan teori pengukuhan (rangsangan dan tindak balas)
Muhammed Sharif Mustaffa & Suria Abd Jamil / Journal of Educational Psychology & Counseling 58

dan teori kognitif. Teori Pembelajaran Sosial menjelaskan bahawa tingkah laku manusia
akibat daripada pengaruh interaksi antara kognitif, persekitaran dan perlakuan manusia lain.

3.0 METOD

3.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ini adalah kajian kes secara tinjauan dan berbentuk deskriptif. Menurut
Mohd Majid (1998), penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk
menerangkan sesuatu masalah yang sedang berlaku. Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat
punca-punca yang mendorong pelajar sekolah cenderung dalam masalah ponteng sekolah.
Data yang diperoleh dengan menggunakan soal selidik yang telah diedarkan kepada
responden yang terpilih mewakili populasi iaitu pelajar-pelajar tahap 6 di Sekolah
Kebangsaaan Kangka Tebrau yang terletak di kawasan pinggir bandar Johor Bahru. Setiap
maklumat telah ditafsirkan secara kuantitatif.
Sebelum kajian dijalankan, kajian rintis perlu dijalankan dahulu sebagai kajian kecil
atau percubaan sebelum kajian utama dijalankan. Kajian rintis yang telah dijalankan, akan
dianalisis dapatan daripada instrumen yang telah diedarkan. Jika dapatan anilisis
menunjukkan alpha yang diperolehi kurang dari 0.8, item-item dari instrumen tersebut perlu
diperbaiki bagi faktor berkenaan. Jika alpha menunjukkan 0.8 ke atas, instrumen tersebut
bolehlah diedarkan kepada sampel yang sebenar.
Analisis dijalankan setelah data dapat dikumpulkan. Dapatan kajian dianalisis dan
dijalankan berbentuk deskriptif. Frekuensi, peratus dan min dikira untuk mendapatkan
keputusan bagi faktor berkenaan. Perbincangan rumusan hasil dapatan kajian dihuraikan bagi
mengukuhkan lagi dapatan yang dianalisis.

3.2 Tempat Kajian

Kajian dilakukan hanya di Sekolah Kebangsaan Kangka Tebrau di Daerah Pasir Gudang,
Johor ke atas pelajar-pelajar tahun 6, pelajar sekolah ini adalah terdiri daripada latar belakang
yang berbeza-beza dan kedudukan sekolah yang terletak di pinggir bandar yang mana
merupakan kawasan yang sering mengalami kejadian banjir. Pengkaji ingin melihat, adakah 5
faktor tersebut merupakan faktor penyebab utama ponteng di sekolah tersebut.

3.3 Populasi

Menurut Mohd. Majid (1998), populasi ialah satu set ciri yang menunjukkan ucapan atau
ukuran yang tertentu kepada kumpulan individu atau objek. Populasi ini ditentukan dan dikaji
dengan teliti supaya keputusan penyelesaian masalah yang dipilih berkesan. Populasi adalah
sasaran dalam menyelesaikan masalah dan penyelidikan hendaklah melibatkan keseluruhan
individu dalam populasi kajian. Menurut Webster (1985), sampel adalah bahagian set
responden yang dipilih daripada populasi yang lebih besar untuk tujuan kajian. Manakala
menurut Portney dan Walkin (1993), sampel adalah subset populasi yang dipilih untuk dikaji.
Populasi kajian ini adalah seramai 30 orang iatu 30 peratus dari 100 orang pelajar tahun 6
yang dipilih mengikut rekod kehadiran harian mereka, juga dilihat rekod kehadiran kelas
tambahan yang wajib dihadiri sebagai persediaan peperiksaan UPSR pada bulan September.
Muhammed Sharif Mustaffa & Suria Abd Jamil / Journal of Educational Psychology & Counseling 59

3.4 Instrumen

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Instrumen
berbentuk soal selidik merupakan cara yang paling berkesan bagi mendapatkan maklumat
daripada responden (Tuckman, 1978). Mohamad Najib (2003), pula berpendapat,
penggunaan instrumen berbentuk soal selidik adalah amat berkesan jika ia disediakan dengan
baik dan mempunyai itemitem yang konsisten dan boleh dipercayai. Dalam keadaan masa dan
kos yang terhad, ia merupakan cara yang paling sesuai digunakan. Dengan menggunakan soal
selidik juga responden tidak perlu menulis nama dan ini memungkinkan mereka menjawab
dengan jujur (Cockburn, 1996).
Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini adalah kaedah soal selidik
menggunakan borang yang mengandungi soalan berkaitan tajuk kajian. Instrumen ini dipilih
kerana instrumen ini sesuai dengan kajian. Borang tersebut mengandungi 2 bahagian iatu
Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A akan menyoal berkaitan latar belakang reponden
kajian. Bahagian B terdiri daripada 50 soalan objektif. Soalan ini dibahagikan kepada 5
kelompok varian. Setiap kelompok varians mengandungi 10 item.

4.0 HASIL DAPATAN

4.1 Analisis Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Jantina

Hubungan mangsa dan pendera adalah dalam pelbagai hubungan. Namun majoriti mangsa
dan pendera mempunyai hubungan kekeluargaan. Dua orang mangsa didera secara seksual
oleh ayah kandung, seorang oleh ayah tiri, seorang oleh abang kandung dan seorang bapa
saudara. Turutan kedudukan mangsa dalam keluarga pula menunjukkan majoriti mangsa
adalah anak sulung, seorang anak kedua dan seorang anak bongsu.

Jadual 1: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina.

Jantina Kekerapan (f) Peratus (%)


Lelaki 17 53.1
Perempuan 15 46.9
Jumlah 32 100

Jadual 1 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut jantina. Seramai
17 orang (53.1 peratus) terdiri daripada pelajar lelaki manakala selebihnya iaitu 15 orang
(46.9 peratus) adalah pelajar perempuan.

4.2 Dapatan Persoalan: Adakah punca diri menyebabkan pelajar ponteng sekolah?

Persoalan ini adalah untuk mengenal pasti sama ada terdapat faktor-faktor berkaitan yang
merupakan punca yang mempengaruhi pelajar untuk ponteng sekolah. Sebanyak 10 item telah
dikemukakan di dalam soal selidik di mana hasilnya dinyatakan dalam Jadual 2. Jumlah min
bagi setiap item dan min keseluruhan digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang
pertama ini.
Muhammed Sharif Mustaffa & Suria Abd Jamil / Journal of Educational Psychology & Counseling 60

Jadual 2: Bilangan dan Peratusan Responden Bagi Punca Diri

Item Pernyataan Peratusan AS A TP TS STS Min


& % % % % %
Kekerapan
1 Saya suka pergi Kekerapan 17 13 2 0 0 1.53
ke sekolah
Peratusan 53.1 40.6 6.3 0 0
2 Saya suka Kekerapan 17 9 6 0 0
bersukan
Peratusan 53.1 28.1 18.8 0 0 1.66
3 Saya suka Kekerapan 5 8 14 4 1 2.63
berpersatuan
Peratusan 15.6 25.0 43.8 12.5 3.1
4 Saya bosan Kekerapan 0 1 9 14 8 3.91
belajar
Peratusan 0 3.1 28.1 43.8 25.0
5 Saya boleh Kekerapan 13 5 11 1 2 2.19
menjadi
pemimpin
Peratusan 40.6 15.6 34.4 3.1 6.3
6 Saya ingin Kekerapan 22 10 0 0 0 1.31
berjaya dalam
akademik
Peratusan 68.8 31.3 0 0 0
7 Saya suka Kekerapan 9 14 6 0 3 2.19
bermain
Peratusan 28.1 43.8 18.8 0 9.4
8 Saya Kekerapan 13 8 10 0 1 2.00
mempunyai
motivasi tinggi
untuk belajar.
Peratusan 40.6 25.0 31.3 0 3.1
9 Saya ingin Kekerapan 19 7 3 2 1 1.72
mengubah gaya
hidup keluarga
Peratusan 59.4 21.9 9.4 6.3 3.1
10 Saya ingin Kekerapan 3 1 3 10 15 4.03
kebebasan
hidup tanpa
perlu pergi ke
sekolah
Peratusan 9.4 3.1 9.4 31.3 46.9

Berdasarkan jadual 2, min item-item yang berada pada tahap tinggi (3.68 hingga 5.00) adalah
item-item 4 dan 10. Bagi item 4, nilai min yang diperoleh ialah 3.91 di mana seramai seorang
responden (3.1%) setuju dengan kenyataan “saya ingin mengubah gaya hidup keluarga”,
manakala seramai 9 orang responden (28.1%) tidak pasti dan 14 orang responden (43.8%)
tidak setuju dan seramai 8 orang responden (25.0%) sangat tidak setuju dengan kenyataan
tersebut. Bagi item 10 pula, min yang diperoleh adalah 4.03 di mana seramai 3
Muhammed Sharif Mustaffa & Suria Abd Jamil / Journal of Educational Psychology & Counseling 61

orang responden (9.4%) amat setuju dengan kenyataan saya suka pergi ke sekolah, manakala
seorang responden (3.1%) setuju dengan kenyataan tersebut dan hanya 3 orang responden
(9.4%) tidak pasti , 10 orang responden (31.3%) tidak setuju dan 15 orang responden (46.9%)
sangat tidak setuju dengan kenyataan tersebut.
Item 7 pula menunjukkan min 2.19. Seramai 9 orang responden (28.1%) amat setuju
dengan pernyataan “saya ingin mengubah gaya hidup keluarga”, 14 orang responden (43.8%)
setuju dengan dengan pernyataan tersebut, manakala 6 orang responden (18.8%) tidak pasti
dan tiada seorang responden yang tidak setuju dan terdapat 3 orang responden (9.4%) dengan
pernyataan tersebut.

4.3 Dapatan Persoalan: Adakah punca hubungan keluarga menyebabkan pelajar


ponteng sekolah?

Persoalan ini adalah untuk mengenal pasti sama ada terdapat punca-punca berkaitan yang
merupakan punca yang mempengaruhi pelajar untuk ponteng sekolah. Sebanyak 10 item telah
dikemukakan di dalam soal selidik di mana hasilnya dinyatakan dalam Jadual 3. Jumlah min
bagi setiap item dan min keseluruhan digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang
kedua ini.

Jadual 3: Bilangan dan Peratusan Responden Bagi Punca Hubungan Keluarga

Item Pernyataan Peratusan AS A TP TS STS Min


& % % % % %
Kekerapan
1 Keluarga saya Kekerapan 17 10 2 3 0 1.72
mementingkan
pendidikan
Peratusan 53.1 31.3 6.3 9.4 0
2 Keluarga saya Kekerapan 20 10 1 1 0 1.47
mengambil
berat tentang
perkembangan
pelajaran saya
di sekolah.
Peratusan 62.5 31.3 3.1 3.1 0
3 Keluarga saya Kekerapan 16 5 5 4 2 2.09
sangat marah
jika markah
saya rendah
setiap ujian
bulanan.
Peratusan 50.0 15.6 15.6 12.5 6.3
4 Ibu bapa saya Kekerapan 5 10 5 5 7 2.97
suka
membandingkan
saya dengan
anak jiran,
saudara atau
kawan mereka.
Muhammed Sharif Mustaffa & Suria Abd Jamil / Journal of Educational Psychology & Counseling 62

Peratusan 15.6 31.3 15.6 15.6 21.9


5 Keluarga saya Kekerapan 0 1 1 12 18 4.47
tidak
mengambil
berat tentang
pelajaran saya.
Peratusan 0 3.1 3.1 37.5 56.3
6 Keluarga saya Kekerapan 11 11 3 3 4 3.69
tidak mampu
menyara saya
untuk
bersekolah.
Peratusan 34.4 34.4 9.4 9.4 12.5
7 Ibu bapa saya Kekerapan 1 2 1 7 21 4.40
membenarkan
saya ponteng
sekolah.
Peratusan 3.1 6.3 3.1 21.9 65.6
8 Keluarga saya Kekerapan 16 12 0 4 0 1.75
memberi tunjuk
ajar jika saya
mempunyai
masalah dalam
kerja sekolah.
Peratusan 50.0 37.5 0 12.5 0
9 Ibu bapa saya Kekerapan 3 5 11 9 4 3.19
sibuk bekerja.
Peratusan 9.4 15.6 34.4 28.1 12.5
10 Keluarga Kekerapan 19 8 0 2 3 1.81
memberi
galakan untuk
terus belajar
walaupun saya
mendapat
markah rendah
Peratusan 59.4 25.0 0 6.3 9.4

Berdasarkan jadual 3, min item-item yang berada pada tahap tinggi (3.68 hingga 5.00) adalah
item-item 6, 7 dan 5 di mana item 5, 6 dan 7 merupakan item negatif. Bagi item 6, nilai min
yang diperoleh ialah 3.69 di mana seramai 11 orang responden (34.4%) amat setuju, 11 orang
responden (34.4%) setuju dengan pernyataan bahawa “keluarga saya tidak mampu menara
saya untuk bersekolah”, manakala hanya 3 orang responden (9.4%) tidak pasti dan 3 orang
responden (9.4%) amat setuju dan 4 orang responden juga (12.5%) sangat tidak setuju dengan
pernyataan ini.
Bagi item 3 pula, seramai 16 orang responden amat setuju (50.0%) dengan pernyataan
“keluarga saya sangat marah jika markah saya rendah setiap ujian bulanan”, 5 orang
responden (15.6%) setuju dengan pernyataan tersebut, manakala 5 orang responden (15.6%)
tidak pasti, dan 4 orang responden (12.5%) yang tidak setuju dan selebihnya 2 orang
responden (6.3%) yang sangat tidak setuju dengan pernyataan tersebut.Min yang diperoleh
ialah 2.09.
Muhammed Sharif Mustaffa & Suria Abd Jamil / Journal of Educational Psychology & Counseling 63

4.4 Dapatan Persoalan: Adakah faktor pergaulan rakan menyebabkan pelajar


ponteng sekolah?

Persoalan ini adalah untuk mengenal pasti sama ada terdapat faktor berkaitan yang merupakan
faktor yang mempengaruhi pelajar untuk ponteng sekolah. Sebanyak 10 item telah
dikemukakan di dalam soal selidik di mana hasilnya dinyatakan dalam Jadual 4. Jumlah min
bagi setiap item dan min keseluruhan digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang
ketiga ini.

Jadual 4: Bilangan dan Peratusan Responden Bagi Faktor Pergaulan Rakan

Item Pernyataan Peratusan AS A TP TS STS Min


& % % % % %
Kekerapan
1 Kawan saya Kekerapan 6 13 10 2 1 2.94
sangat
mematuhi
peraturan
sekolah
Peratusan 18.8 40.6 31.3 6.3 3.1
2 Kawan saya Kekerapan 3 3 6 8 12 3.72
pernah
mengajak saya
ponteng
sekolah
Peratusan 9.4 9.4 18.8 25.0 37.5
3 Saya sangat Kekerapan 4 4 19 4 1 2.81
mempercayai
kawan saya
Peratusan 12.5 12.5 59.4 12.5 3.1
4 Saya mudah Kekerapan 1 0 8 10 13 4.06
terpengaruh
dengan pujukan
rakan untuk
ponteng
sekolah
Peratusan 3.1 0 25.0 31.3 40.6
5 Kawan saya Kekerapan 5 9 13 1 4 2.69
mempunyai
tingkah laku
yang menarik.
Peratusan 15.6 28.1 40.6 3.1 12.5
6 Kawan saya Kekerapan 0 15 12 4 1 1.72
banyak beri
galakan untuk
saya terus
belajar
Peratusan 0 46.9 37.5 12.5 3.1
7 Kawan saya Kekerapan 1 3 13 5 10 3.63
Muhammed Sharif Mustaffa & Suria Abd Jamil / Journal of Educational Psychology & Counseling 64

berjaya
melepaskan diri
semasa ponteng
sekolah
Peratusan 3.1 9.4 40.6 15.6 31.3
8 Saya dan rakan Kekerapan 15 12 4 1 0 1.72
menumpukan
perhatian ketika
guru sedang
mengajar.
Peratusan 46.9 37.5 12.5 3.1 0
9 Saya cemburu Kekerapan 6 5 8 6 7 3.09
jika kawan saya
lebih hebat dari
saya walaupun
beliau
berkelakuan
negatif.
Peratusan 18.8 15.6 25.0 18.8 21.9
10 Saya pernah Kekerapan 1 4 3 9 15 4.03
mengikut
kawan ponteng
sekolah.
Peratusan 3.1 12.5 9.4 28.1 46.9

Berdasarkan jadual 4, min item-item yang berada pada tahap tinggi (3.68 hingga 5.00) adalah
item-item 2,4 dan 10 di mana 4 dan 10 adalah item negatif. Nilai min bagi item 2 ialah 3.72.
Majoriti responden iaitu seramai 3 orang (9.4%) amat setuju dengan kenyataan bahawa
“kawan saya pernah mengajak saya ponteng sekolah”, manakala hanya 3 orang responden
(9.4%) setuju dengan pernyataan tersebut dan 6 orang responden (18.8%) tidak pasti dan 8
orang responden (25.0%) tidak setuju dan 12 orang responden (37.5%) sangat tidak setuju
dengan kenyataan ini.
Manakala item 8, seramai 15 orang responden (46.9%) amat setuju dengan pernyataan
“Saya dan rakan menumpukan perhatian ketika guru sedang mengajar”, 12 orang responden
(37.5%) setuju dengan pernyataan tersebut, manakala 4 orang responden (12.5%) tidak pasti,
dan seorang responden (3.1%) yang tidak setuju dengan pernyataan tersebut.Min yang
diperoleh ialah 1.72.

4.5 Dapatan Persoalan: Adakah punca sikap guru menyebabkan pelajar ponteng
sekolah?

Persoalan ini adalah untuk mengenal pasti sama ada terdapat punca berkaitan yang merupakan
punca yang mempengaruhi pelajar untuk ponteng sekolah. Sebanyak 10 item telah
dikemukakan di dalam soal selidik di mana hasilnya dinyatakan dalam Jadual 5. Jumlah min
bagi setiap item dan min keseluruhan digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang
keempat ini.
Muhammed Sharif Mustaffa & Suria Abd Jamil / Journal of Educational Psychology & Counseling 65

Jadual 5: Bilangan dan Peratusan Responden Bagi Punca Sikap Guru

Item Pernyataan Peratusan AS A TP TS STS Min


& % % % % %
Kekerapan
1 Guru Kekerapan 20 6 4 2 0 1.63
mempunyai
pengetahuan
yang luas dalam
bidang yang
diajarnya.
Peratusan 62.5 18.8 12.5 6.3 0
2 Saya dapat Kekerapan 10 10 8 3 1 3.09
galakan yang
positif dari guru
mata pelajaran
jika ada masalah
dalam mata
pelajaran
tersebut.
Peratusan 31.3 31.3 25.0 9.4 3.1
3 Guru memahami Kekerapan 10 13 6 3 0 2.06
perasaan pelajar
Peratusan 31.3 40.6 18.8 9.4 0
4 Guru selalu Kekerapan 3 5 11 7 6 3.25
memberi pujian
kepada
sesetengah
pelajar sahaja
tanpa
menghiraukan
saya.
Peratusan 9.4 15.6 34.4 21.9 18.8
5 Corak Kekerapan 14 13 2 3 0 1.81
pengajaran guru
memudahkan
saya memahami
mata pelajaran
tersebut
Peratusan 43.8 40.6 6.3 9.4 0
6 Guru saya Kekerapan 4 2 10 7 9 3.47
sangat
membosankan
ketika proses
pengajaran dan
pembelajaran.
Peratusan 12.5 6.3 31.3 21.9 28.1
7 Guru sedia Kekerapan 21 7 2 1 1 1.56
memberi tunjuk
ajar jika saya
Muhammed Sharif Mustaffa & Suria Abd Jamil / Journal of Educational Psychology & Counseling 66

memerlukan.
Peratusan 65.6 21.9 6.3 3.1 3.1
8 Guru displin Kekerapan 4 2 0 19 7 1.72
saya bersikap
adil dalam
menghukum
pelajar.
Peratusan 12.5 6.3 0 59.4 21.9
9 Guru pandai Kekerapan 14 9 8 1 0 1.88
mengambil hati
pelajar.
Peratusan 43.8 28.1 25.0 3.1 0
10 Guru kelas saya Kekerapan 19 8 4 1 0 1.63
dapat mengawal
keadaan kelas
dengan baik
ketika proses
pengajaran dan
pembelajaran
sedang berjalan
Peratusan 59.4 25.0 12.5 3.1 0

Berdasarkan jadual 5, semua nilai min item-item bagi punca sikap guru berada pada tahap
sederhana (2.34 hingga 3.67). Item 4 dan 6 merupakan item negatif. Nilai min bagi item 2
ialah 3.09, di mana seramai 10 orang responden (31.3%) amat setuju dan 10 orang responden
(31.3%) setuju dengan kenyataan “Saya mendapat galakan yang positif dari guru mata
pelajaran jika ada masalah dalam mata pelajaran tersebut”, manakala hanya 8 orang
responden (25.0%) tidak pasti dan 3 orang responden (9.4%) tidak setuju dan seorang
responden (3.1%) sangat tidak setuju dengan kenyataan tersebut.
Item 3, 10 orang responden (31.3%) amat setuju dengan pernyataan “guru memahami
perasaan pelajar”, 13 orang responden (40.6%) setuju dengan pernyataan tersebut, manakala 6
orang responden (18.8%) tidak pasti, dan 3 orang responden (9.4%) yang tidak setuju dengan
pernyataan tersebut. Min yang diperoleh ialah 2.06.

4.6 Dapatan Persoalan: Adakah punca prasarana sekolah menyebabkan pelajar


ponteng sekolah?

Persoalan ini adalah untuk mengenal pasti sama ada terdapat punca berkaitan yang merupakan
punca yang mempengaruhi pelajar untuk ponteng sekolah. Sebanyak 10 item telah
dikemukakan di dalam soal selidik di mana hasilnya dinyatakan dalam Jadual 6. Jumlah min
bagi setiap item dan min keseluruhan digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang
kelima ini.
Muhammed Sharif Mustaffa & Suria Abd Jamil / Journal of Educational Psychology & Counseling 67

Jadual 6: Bilangan dan Peratusan Responden Bagi Punca Prasarana Sekolah

Item Pernyataan Peratusan AS A TP TS STS Min


& % % % % %
Kekerapan
1 Makanan di Kekerapan 12 10 8 1 1 2.94
kantin sedap.
Peratusan 37.5 31.3 25.0 3.1 3.1
2 Kemudahan di Kekerapan 17 9 4 1 1 1.75
perpustakaan
sekolah saya
lengkap
Peratusan 53.1 28.1 12.5 3.1 3.1
3 Kemudahan di Kekerapan 15 7 6 4 0 1.97
kelas cukup
lengkap.
Peratusan 46.9 21.9 18.8 12.5 0
4 Keadaan bilik Kekerapan 21 5 5 1 0 1.56
kaunseling
sekolah saya
ceria.
Peratusan 65.6 15.6 15.6 3.1 0
5 Sekolah saya Kekerapan 13 13 5 1 0 1.84
mengamalkan
budaya
„penyayang‟
terutamanya
antara pelajar
dan guru.
Peratusan 40.6 40.6 15.6 3.1 0
6 Persekitaran Kekerapan 4 1 4 10 0 2.16
sekolah saya
menarik dan
ceria.
Peratusan 12.6 3.1 12.5 31.3 40.6
7 Keselamatan Kekerapan 10 11 10 1 0 2.09
sekolah saya
terkawal
Peratusan 31.3 34.4 31.3 3.1 0
8 Tandas di Kekerapan 5 7 6 4 10 3.21
sekolah kotor
Peratusan 15.6 21.9 18.8 12.5 31.3
9 Bengkel Kekerapan 18 10 2 1 1 1.66
sekolah
mempunyai
bahan yang
lengkap.
Peratusan 56.3 31.3 6.3 3.1 3.1
10 Kelengkapan Kekerapan 19 11 2 0 0 1.47
bersukan di
Muhammed Sharif Mustaffa & Suria Abd Jamil / Journal of Educational Psychology & Counseling 68

sekolah saya
boleh
digunakan
Peratusan 59.4 34.4 6.3 0 0

Berdasarkan jadual 6, semua nilai min item-item bagi punca prasarana sekolah berada pada
tahap sederhana (2.34 hingga 3.67). Bagi item 1, nilai min yang diperoleh ialah 2.94. Seramai
12 orang responden (37.5%) amat setuju, 10 orang responden (31.3%) setuju, 8 orang
responden (25.0%) tidak pasti dan seorang respoden (3.1%) tidak setuju dan seorang
responden (3.1%) sangat tidak setuju dengan kenyataan “Makanan di kantin sedap”.
Item 6, 4 orang responden (12.5%) amat setuju dengan pernyataan “Persekitaran
sekolah saya menarik dan ceria”, seorang responden (3.1%) setuju dengan pernyataan
tersebut, manakala 4 orang responden (12.5%) tidak pasti, dan 10 orang responden (31.3%)
yang tidak setuju dan 13 orang responden (40.6%) sangat tidak setuju dengan pernyataan
tersebut. Min yang diperoleh ialah 2.16.

5.0 PERBINCANGAN

5.1 Punca Diri Menyebabkan Pelajar Ponteng Sekolah

Masalah ponteng sekolah di kalangan pelajar dari aspek diri adalah punca penting yang
menentukan kemampuan diri mereka. Secara keseluruhan, nilai min bagi punca diri ialah
23.16. Jika dibandingkan dengan punca-punca masalah ponteng yang lain, punca diri adalah
di tahap yang ketiga tertinggi selepas punca daripada rakan sebaya dan keluarga.
Dalam punca ini, item 7 mempunyai nilai peratus jawapan negatif tertinggi iaitu
43.8% mengatakan setuju kepada kenyataan “saya suka bermain”. Hanya 18.8% tidak pasti
dan 9.4% sangat tidak setuju. Berdasarkan kenyataan “saya suka bermain”, pelajar
memerlukan hiburan untuk memastikan mereka terus belajar. Ini kerana, menurut Maslow
(1954, dalam Ropiah, 2004) sekiranya keperluan individu itu tidak dipenuhi, terdapat
beberapa masalah tingkah laku akan timbul sekiranya keperluan psikologi dan sosial tidak
dipenuhi, kanak-kanak akan menjadi nakal, salah asuhan, emosi yang tidak stabil, cemburu,
berasa rendah diri, kurang keyakinan diri, tidak berasa selamat dan menunjukkan sikap
agresif. Ini secara tidak langsung menunjukkan individu tersebut mempunyai konsep kendiri
yang negatif dan mudah terlibat dengan masalah disiplin dan akhirnya tidak suka pergi ke
sekolah. Dengan mempamerkan unsur-unsur hiburan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran, secara tidak langsung pelajar akan termotivasi untuk meneruskan
pembelajaran.
Berdasarkan Perangkaan Tahun 1993 pula, seramai 105,265 orang pelajar melakukan
pelanggaran disiplin berpunca daripada faktor diri mereka sendiri iatu faktor dalaman. Faktor
dalaman seperti sikap, minat, motivasi dan keyakinan diri pelajar itu sednri merupakan faktor
utama yang menyumbang kepada ponteng sekolah.. Sikap negatif pelajar terhadap
persekolahan banyak mewujudkan masalah ponteng kerana mereka tidak sedar akan
kepentingan pendidikan. Bagi mereka, sekolah itu merupakan satu bebanan kepada mereka.
Menurut O‟Hagen (1976), telah menjalankan satu kajian tentang sikap terhadap
sekolah di kalangan pelajar yang tidak melakukan salah laku disiplin dengan pelajar yang
sebaliknya. Beliau telah membahagikan pelajar ini kepada tiga kategori iatu : a) pelajar yang
suka bersekolah, b) pelajar yang tidak meminati sekolah c) pelajar yang membenci sekolah.
Dalam dapatan kajian, beliau menunjukkan bahawa pelajar dalam kategori (b) dan (c), banyak
terlibat dalam perlakuan delikuensi di sekolah seperti melanggar peraturan dan sebagainya.
Muhammed Sharif Mustaffa & Suria Abd Jamil / Journal of Educational Psychology & Counseling 69

Mereka lebih suka melarikan diri dari sekolah atau dalam perkataan yang lebih tepat iatu
ponteng sekolah.

5.2 Punca Hubungan Keluarga Menyebabkan Pelajar Ponteng Sekolah

Punca keluarga merupakan punca asas pelajar mendapat pendidikan awal secara tidak
langsung. Secara keseluruhan, nilai min bagi punca hubungan keluarga ialah 27.56 dan
merupakan kedua tertinggi selepas punca rakan sebaya. Item 6 mempunyai nilai peratus
jawapan negatif tertinggi iaitu 34.4% mengatakan setuju kepada kenyataan “ ibu bapa saya
tidak mampu menyara saya untuk bersekolah ”. Hanya 12.5% responden mengatakan tidak
setuju dan 9.4% responden tidak pasti.
Daripada analisa di atas, berkaitan dengan status social ekonomi responden yang
ponteng sekolah berasal daripada keluarga yang rendah status ekonominya. Pendapatan ibu
bapa responden yang rendah tadi kemungkinan menyebabkan ibu bapa lebih mementingkan
keperluan asas berbanding dengan peralatan persekolahan. Kajian Azizi Yahaya et. al.
(2007), sikap pelajar yang sukakan hiburan dan mudah terikut-ikut dengan gaya penampilan
artis yang mereka minati, seperti memakai pakaian yang berjenama dan stail rambut yang
baru, jika tiada wang yang mencukupi, ditambah dengan ibu bapa yang tidak dapat memenuhi
keperluan dan juga keinginan mereka, mereka rela ponteng sekolah untuk bekerja demi
mendapat wang. Begitu juga, apabila pelajar tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran dan
guru pula tidak berusaha menarik minat mereka, pelajar-pelajar itu akan hilang semangat
belajar dan ponteng sekolah.
Kajian Mohd Nor (1986), Ruhiyati (1978), Jaafar (1977), mendapati bahawa sosio
ekonomi keluarga yang ditentukan oleh pekerjaan ibu bapa juga ada menyumbang kepada
pelajar ponteng sekolah. Kajian ini mengukuhkan lagi dapatan kajian yang menunjukkan
kebanyakan ibu bapa responden bekerja di sektor swasta iatu sebagai operator kilang
manakala kebanyakan ibu mereka tidak bekerja.
Dapatan ini dapat mengukuhkan lagi dapatan-dapatan kajian lain seperti kajian yang
dibuat oleh Muhamad Yunus (1977), yang mendapati salah satu sebab berlakunya ponteng
sekolah ialah ibu bapa yang tidak mampu membeli perkakasan sekolah seperti buku, alat tulis
dan pakaian sekolah anak-anak. Hodges (1968), menyatakan ibu bapa yang status sosio
ekonominya rendah tidak dapat memotivasikan anak-anak mereka. Mereka menyerah tugas
memberi pelajaran dan membimbing anakanak sepenuhnya di bahu guru.

5.3 Pergaulan Rakan Sebaya Mempengaruhi Pelajar Ponteng Sekolah

Salah satu punca masalah pelajar ponteng sekolah ialah pergaulan rakan sebaya yang tidak
boleh disangkal lagi pengaruhnya terhadap individu. Secara keseluruhan nilai min bagi punca
ini ialah 30.4 dan berada pada tahap yang paling tinggi jika dibandingkan dengan punca
masalah ponteng yang lain.
Berdasarkan dapatan analisis, punca rakan sebaya menunjukkan nilai peratus tidak
pasti bagi soalan positif yang paling tinggi telah diambil sebagai perbincangan. Item 3 yang
mempunyai nilai peratus jawapan tidak pasti yang paling tinggi. Kenyataan item ini ialah
“saya sangat mempercayai kawan saya” di mana, seramai 12.5% responden tidak setuju
dengan kenyataan ini. Namun, tiada perbezaan keputusan dengan responden yang setuju
dengan kenyataan ini iatu 12.5%. Manakala, seramai 59.4% responden tidak pasti dan
mencatatkan peratus paling tinggi. Ini menunjukkan ramai responden yang mempunyai
Muhammed Sharif Mustaffa & Suria Abd Jamil / Journal of Educational Psychology & Counseling 70

keraguan dan ragu-ragu dan tidak pasti akan kepercayaan terhadap rakan sebaya mereka
sendiri.
Berdasarkan analisa di atas, dapatan kajian ini dikukuhkan lagi dengan kajian Erikson
(1965), peringkat umur remaja ialah peringkat membentuk identiti sendiri seperti tingkah
laku, memilih rakan sebaya, cara berpakaian dan lain-lain. Jika peringkat ini gagal diperoleh,
pelajar tersebut akan tertekan dan cenderung untuk melanggar displin sekolah seperti ponteng
sekolah. Kalangan pelajar yang terlibat dengan salah laku secara langsung berisiko dengan
salah laku. Sebaliknya, rakan sebaya yang mempunyai sikap dan motivasi yang positif
terhadap mutu pelajarannya serta menilai salah laku disiplin sebagai negatif akan dapat
membantu anggota rakan yang lain untuk sama-sama berjaya dalam segala lapangan yang
diceburi.
Dapatan kajian oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1990),
merujuk punca di kalangan pelajar disebabkan oleh pelbagai punca dan punca datangnya dari
pengaruh rakan sebaya 4.10% merupakan penyumbang kedua selepas punca hubungan
kekeluargaan 81.03 yang tidak harmoni dalam peningkatan punca salah laku ponteng sekolah
di kalangan pelajar sekolah (Unit Disiplin, 1990).
Pemilihan rakan sebaya pelajar yang dapat merangsang nilainilai hidup positif dan
mutu disiplin yang baik adalah penting untuk meningkatkan mutu pencapaian pelajaran dan
menghindari diri daripada masalah ponteng sekolah di kalangan pelajar. Manja Ludin (1990),
menyatakan bahawa punca utama penyebab perlakuan ponteng ialah pengaruh rakan sebaya.
Kenyataan ini seharusnya diakui kerana rakan sebaya merupakan individu yang akan mudah
menerima cita rasa rakan sebaya yang lain. Oleh itu, pemilihan rakan sebaya sekolah
merupakan faktor penting dalam membentuk nilainilai dan tingkah laku kendiri yang positif.

5.4 Sikap Guru Mempengaruhi Pelajar Ponteng Sekolah

Punca sikap guru merupakan faktor yang penting dalam masalah ponteng sekolah. Nilai min
keseluruhan bagi punca masalah ponteng di kalangan pelajar sekolah ialah 22.09. Hasil
dapatan kajian daripada analisa data, item 8 mempunyai nilai peratus jawapan negatif
tertinggi iaitu 59.4% mengatakan sangat tidak setuju “guru displin saya bersikap adil dalam
menghukum pelajar”. Manakala, 21.9% responden mengatakan tidak setuju dan tiada
responden responden yang tidak pasti.
Berdasarkan analisa faktor di atas, masalah ponteng dikenal pasti kerana ketegasan
guru disiplin dan peraturan sekolah yang dirasakan terlalu ketat menyebabkan pelajar-pelajar
terdorong untuk ponteng sekolah. Keadaan ini mendorong kepada hubungan yang kurang baik
antara pelajar dan guru. Pernyataan ini disokong dengan kajian oleh Ismail Yusuf (1983),
telah menyatakan bahawa suasana di sekolah seperti kekurangan hubungan yang baik di
antara guru dengan murid merupakan suatu faktor pendorong kepada kegiatan ponteng.
Mengikut Matsumoto (1982), perhubungan individu yang lemah di antara guru dengan pelajar
adalah salah satu sebab yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah.
Ibrahim Saad (1977), melalui kajiannya yang dijalankan di Pulau Pinang mendapati
bahawa ponteng adalah dipengaruhi oleh faktor persekolahan. Beliau memberikan sebab
disiplin dan peraturan yang sangat ketat dan keras, serta pelaksanaannya yang kurang
bijaksana oleh pengawas, guru disiplin dan lain-lain faktor persekolahan mendorong kepada
berlakunya kes-kes ponteng.
Menurut Ismail Daros (1981), punca lain yang tidak kurang pentingnya yang telah
digariskan oleh beliau adalah sikap guru yang tidak menghormati pelajar. Terdapat pepatah
Inggeris yang mengatakan”give respect and take respect”. Hormat menghormati merupakan
salah satu nilai murni yang perlu diamalkan oleh setiap individu tanpa mengira had umur,
Muhammed Sharif Mustaffa & Suria Abd Jamil / Journal of Educational Psychology & Counseling 71

darjat, keturunan dan agama. Apabila kita menghormati seseorang, maka sudah tentu kita
akan dihormati. Ini merupakan proses interaksi sosial yang biasa dalam sesebuah masyarakat.
Andainya terdapat guru yang tidak menghormati pelajarnya sebagai seorang pelajar yang
mempunyai hak tersendiri, maka pelajar tersebut akan bertindak balas untuk memenuhi
kehendak nalurinya membalas dendam dan ini akan ditafsirkan sebagai tingkah laku “devian”
dan seterusnya mengambil jalan mudah dengan ponteng sekolah.

5.5 Prasarana Sekolah Mempengaruhi Pelajar Ponteng Sekolah

Infrastruktur prasarana sekolah merupakan salah satu punca yang mampu mempengaruhi
masalah ponteng sekolah di kalangan pelajar. Dalam kajian ini, punca prasarana sekolah
kurang mempengaruhi pelajar terlibat dalam ponteng sekolah. Secara keseluruhan, nilai min
bagi punca prasarana sekolah ialah 20.66, jumlah keseluruhan min yang paling rendah jika
dibandingkan dengan punca-punca masalah ponteng sekolah di kalangan pelajar yang dikaji.
Item 6 mencatat nilai peratus jawapan negatif tertinggi iaitu 31.3 % responden tidak setuju
dan 40.6% menunjukkan responden sangat tidak setuju. Item ini menyatakan “persekitaran
sekolah menarik dan ceria”. Seramai 12.5% responden mengatakan tidak pasti dan hanya 12.5
% juga responden mengatakan amat setuju dan 3.1% responden setuju dengan kenyataan item
tersebut.
Hasil kajian dari Abd. Karim (1994), menyatakan keceriaan sekolah merupakan salah
satu elemen penting yang akan mempengaruhi pengurusan sekolah dan disiplin pelajar di
sesebuah sekolah. Azizah (2002) pula menyatakan bahawa, pembinaan fizikal dan alam
sekitar sekolah yang menarik boleh membantu kehadiran pelajar ke sekolah. Oleh itu,
pembangunan terhadap kemudahankemudahan sekolah yang berkaitan perlu dilaksanakan
dengan sedaya upaya bagi mengatasi masalah ponteng. Kajian oleh Foster dan Clark (1989)
juga menyokong bahawa 49% daripada responden mengatakan suasana sekolah itu sendiri
mempengaruhi pelajar ponteng sekolah. Persekitaran sekolah yang tidak ceria, peraturan yang
ketat, ketidakmesraan guru-guru dengan pelajar, beban kerja yang banyak, dan rasa bosan
terhadap pengajaran guru menjemukan dan menggalakkan tindakan ponteng.
Mengikut Alawiah (1987), pula berpendapat pembelajaran yang berkesan datangnya
dari suasana sekolah yang tenteram, kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi melahirkan
pencapaian yang baik di kalangan pelajar. Kewujudan suasana sekolah yang positif dari segi
kemudahan sekolah, pengajaran guru, kedudukan sekolah dari aspek pengangkutan pelajar
dan perlaksanaan disiplin yang efektif menjamin pembelajaran yang berkesan dan
mengurangkan kes-kes salah laku pelajar.

RUJUKAN

Abd. Karim Desa (1994). Keberkesanan Guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu Terhadap
Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.
TesisB.Ed.Universiti Teknologi Malaysia. (latihan ilmiah yang tidak diterbitkan).
Alawiah, S.A. (1987). Falsafah Pendidikan. (Cetakan Ketiga). Kuala Lumpur: Heinemann
Asia.
Azizah Lebai Nordin (2002), Masalah Disiplin di Kalangan Remaja. (Tesis Ph. D, Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).
Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Yusof Boon dan How Lee Chan (2007). Faktor-Faktor
Mempengaruhi Pelajar Ponteng Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Johor. Tesis
Ph.D Universiti Teknologi Malaysia: tidak diterbitkan.
Muhammed Sharif Mustaffa & Suria Abd Jamil / Journal of Educational Psychology & Counseling 72

Bandura, A. & Mischel, W.(1986). Social Foundation Of Thought And Action: A Social and
Cognitive Theory. Englewood Cliffs. New Jersey: Prentice Hall.
Bandura, A. (1973) Aggression: A Social Learning Analysis. Englewood Cliffs: Prentice Hall.
Bandura, A. (1977). Social Learning Theory. Englewood Cliffs. New Jersey: Prentice Hall.
Becker, J. (2003). The Social Creation of a Social Problem. (Unpublished Doctoral
Dissertation). Washington State University.
Byrne, D. (1981). An Introduction to Personality. 3rd Edition. New Jersey: Prentice Hall.
Cockburn, A.D. (1996). Primary Teachers Knowledge and Acquisition of Stress Relieving
Strategies. British Journal of Educational Psychology, 66, 339-410.
Dishion, T.J., Patterson, G.R., Stoolmiller, M., dan Skinner, M.L. (1991). Family, School and
Behavioural Antecedents to Early Adolescent Involvement with Antisocial Peers.
Developmental Psychology, 27(1), 172-180.
Duke, D.L & Duke, P.M (1980). The Prediction or Deliquency in Girls. Journal of Research
and Development in Education. Boston. 11, 2, 18-33.
Erikson, E. (1965). Childhood and Society. New York: Norton.
Foster, E., dan Clark, F.S. (1989). Parental Influences on Adolescent Problem Behaviour:
Mediational and Moderational Models Involving Deviant Peers. Journal of Family
Psychology, 3, 39-60.
Hodges, V. (1968). Non Attendance at School (A Summary of Survey), Education Research,
Vol 12, no.4, 69-83.
Ibrahim Saad (1977). “Ponteng Sekolah: Ponteng Sekolah
Ismail Daros (1981). Faktor-faktor Utama yang Menyebabkan Pelajar-pelajar Di Peringkat
Menengah Melakukan Kegiatan Ponteng Sekolah. (latihan ilmiah yang tidak
diterbitkan). Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Ismail Yusof (1983). Disiplin Di Sekolah: Ponteng Sekolah. Laporan Persidangan Nasional
Menengah Kaum Remaja Di Malaysia. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
Jaafar Abdul Rahim (1977). “Seriuskah Masalah Ponteng”dalam Ibrahim Saad (1982). Isu
Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jacobvitz, D.B., dan Bush, N.F. (1996). Reconstructions of Family Relationships : Parent-
Child Alliences, Personal Distress, and Self Esteem. Developmental Psychology,
32(4), 732-743.
Kementerian Pendidikan Malaysia, Unit Disiplin, Bahagian Sekolah (1990). Laporan Disiplin
Pelajar Sekolah 1990. Kuala Lumpur : Jabatan Percetakan Negara.
Kerlinger, FM. (1986). Foundation of Behavioral Research. (3rd ed.) New York: Winston Inc.
Manja Mohd. Ludin (1990). Psikologi dan Falsafah Dalam Pendidikan. Dewan Bahasa dan
Pustaka: Kuala Lumpur.
Matsumoto, S.et.al. (1982). An Epidemiological Study of Students Who Refuse to Attend
School. Kyushu Neurropsychiatry, vol.28, no.2, 132-140.
Merton, R. (1938). Social Structure and Anomie. American Sociological Review (Oktober
1938), 3:672-682
Mitchell, B. (1989). The Family Environment and Leaving the Parental Home. Journal of the
Marriage and Family, 51, 605-613.
Mohamad Najib Abdul Ghafar (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan.
Skudai : UTM.
Mohd Majid Konting. (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: DBP.
Mohd Nor Abdullah @ Dollah (1986), “Masalah Ponteng dikalangan pelajar- pelajar Sekolah
Menengah di Daerah Kota Bharu, Kelantan” (dlm Manivannan (2002) kajian ilmiah :
7-8).
Mohd Yunus Mohamad Noor (Dis.1977). Bimbingan dan Masalah Ponteng Sekolah. Jurnal
Panduan MAVOGA 1, 8-12.
Muhammed Sharif Mustaffa & Suria Abd Jamil / Journal of Educational Psychology & Counseling 73

Mustaza Abu Amin (1994). Fenomena Ponteng Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di
Bandar Jasin: Satu kajian Kes. Tesis B.Ed.Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi
Malaysia. (latihan ilmiah yang tidak diterbitkan).
O‟hagen, F.G. (1976). Attitude of Offenders and Non-offenders Towards School. Educational
Research. Vol.19.No.2.142-162.
Olweus, D. (1978). Victimisation by Peers: Antecedents and Longiterm Outcomes. In K.H.
Rubin & J.B. Asendorpf (Eds.), Social Withdrawal, Inhibition and shyness In
Childhood. Hillsdale, NJ: Erlbaum.
Polit, D.F. Beck, C.T. & Hungler, B.P. (2001). Essentials of Nursing Research: Methods,
Appraised and Utilization, (5th. ed.), Philadelphia: Lippincott William & Walkins.
Portney L.G. & Walkins M.R. (1993). Foundation Of Clinical Research: Application to
Practice. East Norwalk, Conn.: Appleton & Lang.
Renfrew, J.W. (1997). Aggression And It Causes: A Bio Psychosocial Approach. New York:
Oxford Universiti Press.
Ropiah Mohamed (2004). Faktor-Faktor Persekolahan Yang Mempengaruhi Masalah Ponteng
Di Kalangan Pelajar, Satu Kajian Kes Terhadap Pelajar Tingkatan Empat Di Salah
Sebuah Sekolah Di Daerah Muar, Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana
Pendidikan.
Ruhiyati Idayu (1978). “Ponteng dan Permasalahannya”. Dalam Ibrahim Saad (1982). Isu
Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sham Sani Salleh. (1994). Latar Belakang Keluarga, Perhubungan Ibu Bapa Dengan Remaja
dan Konsep Kendiri Remaja Delinkuen dan Bukan Delinkuen. Tesis Sarjana Muda.
Universiti Pertanian Malaysia.
Smink J dan Reimer M S (2005). Fifteen Effective Strategies for Improving Student
Attendance and Truancy Prevention. National Dropout Prevention Center/Network:
Universiti Clemson. Sumber: Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia
1993
Tan Kui Ngor (2006). Pengaruh Persekitaran Sekolah Terhadap Masalah Disiplin Pelajar dan
Kaedah Pengurusan Disiplin. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.
Tattum, G,. (1986). Accumulation of Problems in Social Functioning in Young Adulthood.
Journal of Personality and Social Psychology, 69, 381-391.
Tuckman, B.W. (1978). Conducting Education Research. 2nd Edition. New York: Harcourt
Brace Jovanovich Inc.
Unit Disiplin (1990), Rekod Disiplin Murid, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan
Malaysia (dlm Manivannan (2002) kajian ilmiah : 7-8).
Wan Norasiah Wan Ismail (2003), Akhlak Remaja di Felda Ulu Belitong. (Disertasi Master
Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).
Webster, M. (1985). Webster‟s Ninth New Collegiate Dictionary. Meriam – Webster Inc.
Wells, L.E. (1989). Self-Enhancement Through Delinquency: A Conditional Test of Self-
Derogation Theory. Journal of Research in Crime and Delinquency, 26, 226-252.
Wiersma, W. (1995). Research Methods In Educational: An Introduction. (6th ed.) Boston,
Allyn & Bacon.
Wolf, R.M. (1988). Questionnaires. In Keeves, J.P. (Eds.) Educational Research,Methodology
and Measurement: An International Handbook. Oxford: Pergamon Press, 478–482.
Yahya Ismail (1983). Metanalysis: Ponteng Sekolah Di Kalangan Remaja Sekolah. Tesis
Sarjana Tesis Universiti Teknologi Malaysia : tidak diterbitkan.
Zuriani Zainon @ Zainol (1988). Sikap Ibu bapa Pelajar Ponteng Dengan Sikap Ibu bapa
Pelajar Tidak Ponteng. Satu Perbandingan. (latihan ilmiah yang tidak diterbitkan)
Kuala Lumpur: UM.

You might also like