You are on page 1of 2

Jurnal Praktikum Minggu Pertama 1

SK Kampong Gelam.
(a) Tarikh :
1 Mac 2021 – 5 Mac 2021

(b) Masalah :
Masalah yang saya hadapi minggu ini adalah pembahagian murid mengikut
kelas masing-masing. Dalam tempoh seminggu ini guru dan juga murid mempunyai
masalah dalam pembahagian kelas. Mahupun murid mempunyai ujian diagnostik pada
minggu ini.

(c) Analisis Masalah :


1 Mac 2021 merupakan hari pertama murid tahun 1 di sekolah. Walaupun murid
pernah menyertai pembelajaran dari rumah, ini merupakan satu pengalaman baru untuk
murid Tahun 1. Mereka mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dalam
situasi baru ini. Selain itu, sebagai seorang guru saya mempunyai masalah dalam
menguruskan murid baru ini. Selain itu, minggu ini juga murid menjalani ujian diagnostik
yang menentukan kedudukan kelas masing-masing. Proses ini mengambil masa yang
lama dan ia juga menjejaskan pengajaran saya.

(d) Cadangan :
Antara langkah penyelesaian masalah yang boleh diambil ialah dengan saya
sendiri iaitu menyesuaikan diri dengan norma baharu yang akan membantu murid-murid
menyesuaikan situasi baharu ini. Guru juga boleh menguruskan masa dengan bijak
dalam membahagikan tugas dengan betul.

(e) Tempoh Tindakan :


8 Mac 2021 – 12 Mac 2021

(f) Tindakan susulan :


Sepanjang minggu pertama, beberapa langkah diambil bagi mengatasi masalah dengan
melaksanakan langkah-langkah yang betul. Pemantauan akan dilaksanakan dari
semasa ke semasa bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
lancar dan mampu memperlihatkan perubahan positif dari aspek penerimaan murid
untuk belajar dan terus bermotivasi untuk belajar.

Tandatangan guru pelatih : Tandatangan guru Pembimbing :

…………………. …………………...
CIK LALINA DEVI PUAN ZANARIAH

Tandatangan Pensyarah Pembimbing :

…………….…
PUAN PREMA

You might also like