You are on page 1of 5

Stereng kuasa elektrik (Electric power steering)

Stereng kuasa elektrik (EPS) digunakan untuk menggantikan


sistem stereng kuasa hidraulik dalam kebanyakan kenderaan
baru. Kelebihan sistem ini ialah ia tidak memerlukan pam stereng
kuasa, pam stereng kuasa memerlukan antara kuasa 8 hingga
10hp semasa terbeban. Sistem ini juga menghapuskan
kebocoran minyak hidraulik serta keperluan untuk memeriksa
paras cecair stereng kuasa. EPS juga telah menghapuskan bunyi
bising yang dihasilkan oleh pam stereng kuasa, serta
mengurangkan penggunaan paip dan injap hidraulik. Ia juga
menghasilkan kawalan sistem stereng yang lebih baik. 

Stereng kuasa elektrik menyediakan bantuan kuasa walaupun


semasa enjin tidak bekerja. Ia juga menjimatkan penggunaan
bahan api kerana ia lebih ringan dan digerakkan oleh motor
elektrik arus terus (DC motor) hanya menggunakan kuasa elektrik
apabila bantuan kuasa diperlukan sahaja. EPS digerakkan
menggunakan motor 12V dan tidak menggunakan kuasa enjin
sebagai punca kuasa, ini menyebabkan tiada perubahan pada
cara kendalian stereng sekalipun semasa enjin tidak bekerja.  

EPS ECU menggunakan keluaran dari penderia daya kilas


(torque sensor) dan maklumat dari skid control ECU untuk
menentukan kadar kelajuan kenderaan dan kadar tork yang
diperlukan untuk menentukan arah dan daya bantuan kuasa yang
perlu diberikan kepada sistem stereng. Ia kemudiannya akan
mengerakkan motor mengikut arah yang diperlukan.

Gear stereng
Apabila roda stereng diputar, daya kilas akan dipindahkan ke
pinan lalu menyebabkan syaf masukan (input shaft) berputar. Bar
kilasan (torsion bar) yang bersambung dengan syaf masukan dan
pinan akan terpiuh sehingga kadar daya kilas dan tindak balas
adalah sama. Penderia daya kilas (torque sensor) mengesan
kadar piuhan bar kilasan dan menukarkan kadar daya kilas yang
dihasilkan oleh bar kilasan ke dalam bentuk isyarat elektrik. 

Motor arus terus


Motor arus terus menggunakan worm gear untuk memindahkan
daya kilas dari motor ke column shaft. 
Mekanisme pengurangan (reduction mechanism)
Mekanisme pengurangan memindahkan kuasa motor ke syaf
pinan. Mekanisme pengurangan terdiri daripada ring gear yang
diikat pada shaf pinan dan gear pinan yang digabungkan dengan
syaf motor. Kuasa motor dipindahkan oleh mekanisme
pengurangan kepada syaf pinan yang membantu mengerakkan
stereng. 
Penderia daya kilas  (torque sensor)
Penderia daya kilas mengesan kadar piuhan bar kilas dan
menukarkannya ke dalam isyarat elektrik. Unit kawalan sistem
stereng kuasa elektrik (EPS ECU) menggunakan isyarat tersebut
untuk menetukan jumlah bantuan kuasa yang perlu dihasilkan
oleh motor arus terus.

Unit kawalan sistem stereng kuasa elektrik (EPS ECU)


EPS ECU menerima isyarat daripada pelbagai penderia,
maklumat ini digunakan untuk menentukan keadaan semasa
kenderaan dan menentukan kadar bantuan yang perlu diberikan
oleh motor arus terus.

Fungsi gagal selamat (fail safe function)


Jika unit kawalan stereng kuasa elektrik mengesan kerosakan
dalam sistem EPS lampu amaran menyala untuk memberi
amaran kepada pemandu. EPS ECU akan menyimpan DTC dan
bekalan kuasa ke sistem EPS akan diputuskan. Walau
bagaimanapun, sistem masih boleh dikawal secara manual

You might also like