You are on page 1of 5

STPM P2 2015

1 (a) (i) Jelaskan maksud kos dan belanja. [3]


(ii) Nyatakan dua contoh kos bahan mentah langsung dan dua contoh belanja dalam
pengeluaran dan jualan pakaian seragam sekolah. [2]

(b) Nyatakan empat andaian penggunaan kaedah kuantiti Pesanan Ekonomi (KPE). [4]

(c) Syarikat Riang Bhd mengeluar dan menjual mesin pengisar tepung beras untuk kegunaan industry.
Salah satu komponen mesin ini, iaitu BTX dibeli oleh syarikat sebanyak 10,000 unit setahun dengan kos RM100
seunit. Syarikat menghendaki 12% pulangan atas pelaburan. Kos-kos lain ialah kos pemegangan (kos
penyimpanan) RM3 seunit setahun dan kos pesanan ialah RM150 setiap pesanan. Masa menunggu setiap
pesanan ialah setengah bulan.
Dikehendaki:
(i) Hitung KPE untuk komponen BTX [3]
(ii) Hitung jumlah kos pesanan dan kos pemegangan pada KPE. [3]
(iii) Hitung titik pesanan semula komponen BTX. [2]
(iv) Berdasarkan jawapan anda di (c)(i), (c)(ii) dan (c)(iii), lakarkan graf KPE. [3]

2 (a) Nyatakan tiga langkah yang digunakan untuk menentukan kos seunit perkhidmatan. [3]
(b) Aziz ID ialah sebuah firma hiasan dalaman. Firma ini menawarkan perkhidmatan hiasan dalaman
rumah dan pejabat. Maklumat perkhidmatan yang dijalankan oleh Aziz ID dalam bulan Januari 2014 adalah
seperti yang berikut:
item Kerja A1 Kerja A2

Bahan langsung RM1,000 RM1,600

Buruh langsung (juruhias) RM6,900 RM7,600

Jam juruhias 75 jam 85 jam

Maklumat tambahan
(1) Kos overhed diperuntukkan pada tugasan menghias adalah berdasarkan jam juruhias dalaman.
(2) Kadar overhed pratentu ialah RM60 sejam juruhias.
(3) Kerja A1 telah siap dalam bulan Januari 2014.
(4) Belanja langsung yang lain bagi bulan Januari 2014 untuk kerja A1 dan Kerja A2 masing-masing ialah
RM1,000 dan RM2,000

Dikehendaki:
Hitung
(i) Jumlah kos yag diperuntukkan bagi Kerja A1 dan Kerja A2 [2]
(ii) Yuran perkhidmatan bagi kerja yang telah disiapkan. [3]

(c) Syarikat Jatee menggunakan system pengekosan proses untuk mengira aliran kos produknya. Syarikat
itu mempunyai dua jabatan, iaitu Jabatan Pemotongan dan Jabatan Pemasangan. Jabatan Pemotongan
memasukkan bahan pada awal proses dan mengenakan kos penukaran secara seragam di sepanjang proses
tersebut.
Aktiviti Jabatan Pemotongan bagi bulan DIsember 2014 adalah seperti yang berikut:

RM

Inventori awal:

Bahan mentah langsung 80,000

Kos penukaran 13,000

Bahan mentah langsung 190,000

Kos penukaran 135,500

Unit

Kerja dalam proses pada 1 Disember 2014 25,000 (40% siap)

Unit siap dan dipindah ke Jabatan Pemasangan 90,000

Kerja dalam proses pada 31 Disember 2014 30,000 (30% siap)

Dikehendaki:
Hitung
(i) Unit setara bahan mentah langsung dan kos penukaran [2]
(ii) Jumlah kos untuk 90,000 unit yg telah dipindahkan. [6]

3 Maklumat tentang produk A dan produk B bagi Perniagaan Prema adalah seperti berikut:
Produk A (RM) Produk B (RM)

Jualan 300,000 300,000

Kos berubah (200,000) (75,000)

Margin sumbangan 100,000 225,000

Kos tetap (90,000) (180,000)

Pendapatan bersih 10,000 45,000

Jualan bagi Produk A ialah 100,000 unit manakala jualan bagi Produk B ialah 75,000 unit.
Dikehendaki:
(i) Hitung titik pulang modal dalam unit dan RM bagi setiap produk. [4]
(ii) Hitung margin keselamatan dalam RM bagi setiap produk. [3]
(iii) Berikan maksud margin keselamatan, dan berdasarkan kepada margin keselamatan yang dihitung di
(ii), berikan ulasan anda. [3]
(iv) Jika harga jualan produk A dikurangkan sebanyak 5% dan belanja pengiklanan ditambah sebanyak
RM10,000, kuantiti jualan produk A dijangka meningkat sebanyak 20%. Hitung titik pulang modal
dalam unit dan jumlah keuntungan yang baharu. Jelaskan sama ada perubahan ini patut
dilaksanakan atau tidak. [5]
(v) Jika bahan langsung yang lebih tinggi kualitinya digunakan dalam pengeluaran produk B, kos
berubah produk B akan mengingkat sebanyak 5% dan harga jualan dijangka akan meningkat
sebanyak 15%. Oleh yang demikian, kuantiti jualan produk B dijangka meningkat sebanyak 25%.
Hitung titik pulang modal dalam unit dan jumlah keuntungan yang baharu. Jelaskan sama ada
perubahan ini patut dilaksanakan atau tidak. [5]

4 (a) Syarikat Hiastaman Bhd mengeluarkan set kelengkapan taman yang dijual dengan harga RM900 per
set. Pada masa ini, syarikat mengeluar dan menjual 6,000 set kelengkapan taman setahun.
Kos perkilangan bagi setiap set adalah seperti yang berikut:
Item RM

Bahan mentah langsung 340

Buruh langsung 180

Overhed perkilangan 140

(40% overhed tetap dan 60% overhed berubah)

Syarikat itu sedang mempertimbangkan satu pesanan khas daripada Syarikat Lanskap Bhd yang ingin
membeli 600 set kelengkapan taman setahun pada harga RM500 per set bagi tiga tahun akan datang. Syarikat
Hiastaman Bhd mempunyai kapasiti untuk memenuhi pesanan tersebut dan lmenjangka tiada pesanan yang lain.
Dikehendaki:
(i) Sediakan analisis untuk membantu pengurusan Syarikat Hiastaman Bhd bagi membuat keputusan
sama ada menerima atau menolak pesanan daripada Syarikat Lanskap Bhd. [4]
(ii) Tentukan harga jualan minimum yang membolehkan Syarikat Hiastaman Bhd menerima pesanan
khas tersebut. [1]
(iii) Jelaskan tiga factor kualitatif yang perlu dipertimbangkan oleh Syarikat Hiastaman Bhd untuk
menerima tawaran pada harga seperti di (a)(ii). [3]

(b) Syarikat Hup Son Bhd mengeluarkan alat memasak. Antara produk syarikat ialah set periuk yang
diperbuat daripada porselin dan besi tahan karat. Maklumat perakuanan untuk mengeluarkan periuk
tersebut adalah seperti yang berikut:
(1) kos pengeluaran periuk per set.
Item Porselin (RM) Besi tahan karat (RM)

Bahan mentah langsung 188 110

Buruh langsung 44 44
Overhed berubah 10 10

Overhed tetap 50 50

Jumlah 292 214

(2) overhed tetap setahun


Item RM

Gaji penyelia 48,000

Susut nilai peralatan 6,000

Sewa kilang 50,000

(3) Kadar serapan overhed berasaskan jam buruh langsung.


(4) jam buruh langsung yang digunakan ialah 11,000 jam.

Syarikat Perkilangan Belanga Bhd telah menawarkan kepada Syarikat Hup Son Bhd untuk membekalkan
kesemua set periuk yang diperlukan. Harga yang ditawarkan ialah RM264 per set periuk porselin dan RM200 per
set periuk besi tahan karat. Jika tawaran ini diterima, semua peralatan yang digunakan untuk emmbuat set
periuk di Syarikat Hup Son Bhd akan dilupusksn tanpa nilai skrap. Penyelia pengeluaran dan ruang kilang juga
tidak diperlukan lagi. Kebiasaannya Syarikat Hup Son Bhd mengeluar dan menjual 1,000 set periuk porselin dan
1,500 set periuk besi tahan karat setahun.

Dikehendaki:
(i) Dengan membuat penghitungan kos membuat dan kos membeli periuk porselin dan periuk besi
tahan karat, tentukan sama ada Syarikat Hup Son Bhd wajar membuat sendiri atau membeli periuk
tersebut. [9]
(ii) Perihalkan tiga faktor kualitatif yang perlu dipertimbangkan oleh Syarikat Hup Son Bhd untuk
membuat keputusan di (b)(i). [3]

5 (a) Syarikat Lunah Sdn Bhd menggunakan analisis varians untuk menilai prestasi pengurus kilangnya.
Bagi tempoh Oktpber hingga Disember tahun 2014, syarikat menghadapi varians kecekapan buruh langsung dan
varian penggunaan bahan mentah langsung yang tidak memuaskan.
Dikehendaki:
(i) Berikah tiga sebab berlakunya varians kecekapan buruh langsung yang tidak memuaskan dan tiga
sebab berlakunya varians penggunaan bahan mentah langsung yang tidak memuaskan. [3]
(ii) Nyatakan tiga cara untuk mengatasi masalah bagi setiap varians yang dinyatakan di (i) agar tidak
berulang lagi di masa hadapan. [3]

(b) Syarikat Ukiran Bhd mengeluar dan menjual pintu kayu. Kos piawai seunit bagi setiap unit pintu
adalah seperti yang berikut:
Item Kuantiti piawai Kos piawai (RM)

Bahan mentah langsung 3 meter 8


Buruh langsung 2 jam 10

Overhed berubah 2 jam 5

Overhed tetap 2 jam 3

Dalam tahun 2014, syarikat bercadang untuk mengeluarkan 22,500 unit pintu dengan jumlah jam buruh
langsung ialah 45,000 jam.
Aktiviti sebenar dalam tahun 2014 adalah seperti yang berikut:
(1) Belian bahan mentah langsung ialah 65,000 meter kayu pada kos RM507,000.
(2) Bahan mentah langsung yang digunakan ialah 63,500 meter kayu.
(3) Kos buruh langsung ialah RM424,125 untuk 43,500 jam buruh langsung
(4) Jumlah overhed perkilangan ialah RM450,000.
(5) Jumlah unit keluaran ialah 22,000.

Dikehendaki:
Hitung
(i) Varians harga bahan mentah langsung dan varians kuantiti bahan mentah langsung. [5]
(ii) Varians kadar buruh langsung dan varians kecekapan buruh langsung. [5]
(iii) Varians perbelanjaan overhed berubah dan varians kecekapan overhed berubah. [4]

You might also like