You are on page 1of 3

METODOLOGI

PENDAHULUAN
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat tahun 2010, metodologi membawa
maksud sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam suatu kegiatan
atau disiplin. Maksud metodologi ialah kaedah, jalan, teknik, ragam, gaya, rentak, corak dan
sistem. Metolodogi juga bermaksud ilmu tentang metode atau disiplin yang digunakan
semasa melakukan sesuatu kajian tertentu untuk mencapai tujuan tertentu. Antara perkara
penting yang dibincangkan dalam bahagian ini adalah reka bentuk kajian, sampel kajian,
instrumen kajian, cara pengumpulan data dan cara menganalisis data.
Oleh itu, dalam bahagian ini pengkaji akan membincangkan reka bentuk kajian, sampel
kajian, instrumen kajian dan prosedur-prosedur analisis data bagi menjawab persoalan-
persoalan kajian yang telah dikemukakan. Selain itu, metodologi kajian juga boleh digunakan
untuk memastikan objektif kajian dapat dicapai.

REKA BENTUK KAJIAN


Reka bentuk kajian memberi gambaran tentang kerangka, perancangan atau strategi
yang menentukan prosedur kajian. Aspek-aspek reka bentuk merangkumi pendekatan kajian,
kaedah persampelan, cara pengumpulan data dan teknik memproses dan menganalisis data,
dan mempersembahkan data. Kajian ini adalah untuk mengkaji kesetiaan terhadap
penggunaan aplikasi E-Dagang dalam kalangan penduduk Taman Banting Baru, Banting. dan
faktor-faktor yang mempengaruhi kesetian penduduk Taman Banting Baru terhadap
penggunaan aplikasi E-Dagang.

INSTRUMEN KAJIAN
Secara umumnya instrumen kajian ialah apa-apa alat, atau cara atau apa-apa kaedah
untuk memperolehi dan mengumpul data kajian. Instrumen kajian merupakan satu alat yang
digunakan oleh menyelidik ketika menjalankan sesuatu penyelidikan. Instrumen kajian
digunakan sebagai asas bagi memperoleh data seperti mana yang dikehendaki oleh penyelidik
untuk mencapai objektif kajian. Kaedah yang digunakan oleh pengkaji ialah kaedah soal
selidik, kaedah pemerhatian dan kaedah temubual. Sebanyak 30 orang responden yang akan
dipilih secara rawak yang terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan untuk
memperoleh data terbahagi dua iaitu kuantitatif dan kualititatif.
Jadual 1 : Kaedah Instrumen Kajian
KAEDAH INSTRUMEN
Kuantitatif Borang soal selidik

Kualitatif Temu bual , Kajian Internet


SOAL SELIDIK
Pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik kepada 30 orang responden secara
rawak iaitu dalam kalangan penduduk Taman Banting Baru. Tujuannya adalah untuk
memudahkan kerja kajian pengkaji untuk mengkaji jawapan yang diberikan sama ada positif
atau sebaliknya. Dalam borang soal selidik tersebut, terdapat tiga bahagian, iaitu bahagian A,
bahagian B, dan bahagian C.
Bahagian A merupakan bahagian data demografi responden. Dalam bahagian ini,
terdapat dua soalan yang diajukan. Soalan pertama yang diajukan adalah mengenai jantina
penduduk Taman Banting Baru sama ada lelaki atau perempuan. Soalan keduanya pula
mengenai umur penduduk taman tersebut.
Sehubungan itu, bahagian B pula adalah mengenal pasti aplikasi E-Dagang yang
menjadi pilihan penduduk Taman Banting Baru. Dalam bahagian ini, pengkaji telah
menyenaraikan 10 aplikasi E-Dagang yang telah digunakan oleh masyarakat setempat.
Responden diminta untuk tandakan 5 aplikasi yang sering digunakan oleh mereka untuk
membuat pembelian di atas talian. Antara aplikasi E-Dagang yang telah disenaraikan oleh
pengkaji ialah aplikasi Shopee, Lazada, Corousell , Mudah.com, Lelong.my, GoShop,
Qoo10, Ebay, SuperBuy dan Amazon.
Bahagian yang terakhir sekali adalah bahagian C. Bahagian ini adalah menjurus
kepada faktor-faktor yang mempengaruhi kesetian responden terhadap pilihan aplikasi E-
Dagang yang sering digunakan untuk pembelian atas talian. Dalam bahagian ini terdapat
tujuh soalan yang diajukan. Soalan-soalan tersebut telah diskalakan kepada lima peringkat di
mana 1 sangat setuju, 2 setuju, 3 tidak pasti, 4 tidak setuju dan 5 sangat tidak setuju dengan
soalan yang diberikan. Soalan yang pertama ialah mengenai penjimatan masa dan tenaga
terhadap penggunaan aplikasi E-Dagang tersebut. Soalan yang kedua ialah mengenai harga
barangan yang lebih murah berbanding aplikasi E-Dagang yang lain. Seterusnya, soalan
ketiga mengenai khidmat pelanggan yang disediakan oleh aplikasi E-Dagang yang baik.
Soalan keempat ialah mengenai produk atau barangan yang dijual lebih berkualiti berbanding
aplikasi E-Dagang yang lain. Soalan yang kelima ialah mengenai waranti pembayaran dan
pemulangan semula yang sedia ada di dalam aplikasi E-Dagang tersebut. Selain itu, soalan
keenam ialah mengenai baucar penghantaran percuma yang disediakan oleh aplikasi E-
Dagang.Soalan yang ketujuh ialah mengenai aplikasi E-Dagang yang menjadi pilihan
responden lebih dipercayai oleh masyarakat setempat.
TEMUBUAL
Selain itu, kaedah temu bual juga digunakan dan melibatkan 2 orang penduduk Taman
Banting Baru yang menggunakan aplikasi E-Dagang bagi tujuan pembelian secara atas talian.
Tujuan utama temubual ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi
kepercayaan penduduk Taman Banting Baru terhadap aplikasi E-Dagang. Temu bual dibuat
sebagaimana temujanji yang ditentukan pada awalnya. Di samping itu, pengkaji juga akan
meminta pendapat responden melalui temu bual ini.

Bil Tarikh Temubual Informen


1 14 Jun 2021 Informen A
2 15 Jun 2021 Informen B
3 16 Jun 2021 Informen C

You might also like