You are on page 1of 2

AMALI SAINS (TAHUN 5)

OBJEK YANG BERKARAT

TUJUAN: Mengenal pasti objek yang berkarat.


ALAT DAN BAHAN: Jarum, penyedut minuman, lidi sate, paku, kapas
(boleh menggunakan kain kalau tiada kapas) dan cuka.

LANGKAH-LANGKAH:
1. Basahkan kapas dengan cuka.
2. Susunkan jarum, penyedut minuman, lidi sate, paku di atas kapas
atau kain.
3. Gulungkan kapas atau kain dan biarkan selama lima hari. Buka
gulungan kapas atau kain selepas lima hari.
4. Catatkan hasil pemerhatian ke dalam jadual di bawah.
Objek Pemerhatian
Jarum
Penyedut minuman
Lidi sate
paku

anthonysiba/gurusains
PERHATIAN:

1. Lakukan amali tersebut jika bahan yang digunakan lengkap. Kalau


tidak ada bahan, kita akan buat amali secara bersemuka apabila
sekolah dibuka.
2. Jika murid mempunyai bahan, sila lakukan amali secara berhati-hati
dan ikut arahan yang diberikan.
3. Amali tidak semestinya dilakukan serta merta tetapi boleh dilakukan
jika semua bahan lengkap.
4. Untuk maklumat yang lebih jelas, sila rujuk buku teks muka surat
157.
5. Selamat Mencuba!!!!!

anthonysiba/gurusains

You might also like