You are on page 1of 20

PENGENALAN

1.1 Dikotomi Politik Dan Pentadbiran

Dikotomi berasal dari perkataan Greek dichotomia yang membawa maksud

pembahagian.

Dikotomi politik dan pentadbiran bermaksud pembahagian antara dua pihak yang

mempunyai kepentingan yang sama tetapi mempunyai perbezaan dalam peranan yang

dimainkan oleh kedua-dua belah pihak. Politik pada asasnya merupakan kegiatan yang

berkaitan dengan parti politik, kuasa politik dan bagaimana menggunakan kuasa itu dan

pentadbiran pula adalah perjalanan kerajaan sehari-hari dan tidak berkaitan secara

langsung dengan parti. (K.Ramanatahan, 1993). Walaupun pada dasarnya parti yang

memenangi pilihan raya akan membentuk kerajaan namun peranan pentadbir tidak

berubah sebagai individu yang mengerakkan jentera kerajaan. Oleh itu pegawai

kerajaan tidak boleh mengambil bahagian di dalam politik kerana dikhuatiri mempunyai

kepentingan dalam urusan pentadbiran dan politik (conflict of interest) ketika

menjalankan tugas. Menurut Woodrow Wilson beliau telah menyatakan pembahagian

dalam pentadbiran awam diamana beliau menjelaskan perbezaan antara politik dan

pentadbiran dimana bidang pentadbiran adalah satu bidang perniagaan. Ia diasingkan

daripada kegelisahan dan kecepatan politik; (Woodrow Wilson, 1887) Di dalam teori

doktrin pengasingan kuasa terdapat pengasingan kuasa antara Badan Eksekutif,

Judisari dan Undang-undang, ianya bertujuan mengelakkan penyalahgunaan kuasa

badan-badan itu disamping mengelakkan pertindihan kuasa antara mereka. Oleh itu
dokotomi politik dan pentadbiran penting bagi mengelakkan campur tangan politik

dalam bidang pentadbiran.

Umum tahu bahawa peranan ahli parlimen yang mewakili sesebuah parti yang

memerintah adalah mengubal dan membuat dasar namun perlaksananya biasanya

adalah tanggungjawab kakitangan kerajaan ini menunjukkan perkaitan secara langsung

antara politik dan pentadbir namum sekiranya pentadbir itu bersikap pilih kasih atau

mempunyai kepentingan sebagai ahli politik maka sudah tentulah dasar yang ingin

dilaksanakan tidak berjaya atau menelan kos yang tinggi. Oleh itu dikotomi politik dan

pentadbiran perlu bagi mengelakkan ianya berlaku.

1.2 Maksud Pentadbiran Awam

Dunia maju di era globalisasi kini memihak kepada ‘siapa yang cekap’, ‘siapa

yang cepat’ dan ‘siapa yang menarik’. Nilai ini subjektif sifatnya. Oleh itu ‘siapa yang

lembap, konvensional dan kuno’ akan ketinggalan di belakang dan akhirnya sedikit

demi sedikit semakin ‘menua’ dan ditinggalkan. Yang lembap, konvensional dan kuno

ini kerana terlalu lama wujud, merasa dirinya gah, berkuasa dan tidak tertanding dan

apabila dicabar maka status quonya dirasai tergoyah. Bagi memastikan status quo itu

kekal berdiri utuh maka pelbagai kaedah digunakan juga dengan cara lama dan kuno

yang bersifat keras dan bercirikan ugutan. Bila mana si pemegang status quo ini

melihat medium internet mencabar jati dirinya maka ugutan diberikan. Ugutan kepada

sesiapa yang mengeruhkan keharmonian masyarakat di Malaysia masih boleh

dipertimbangkan tetapi jika ugutan itu hanya bersifat satu pihak dan pihak yang satu

lagi dengan media arus perdananya terus memutar belit fakta dan bersifat pilih kasih
maka ini menonjolkan cara kuno dan lapuk yang sememangnya akan diketepikan oleh

golongan muda. Tindakan berbentuk hukuman kepada sesiapa yang mengeksploitasi

fakta seharusnya diperbetulkan tetapi bukan dengan cara pilih kasih. Secara langsung

keputusan yang dibuat oleh pemegang ‘status quo’ ini dilihat secara sisi negatifnya

hanyalah untuk menjaga survival dan kerelevanannya. Pentadbiran dan keperluan

masyarakat di letakkan di tempat kedua manakala politik di angkat ke tempat yang

pertama.

Bagi mengelak berlakunya percampuran kepentingan politik kepartian dengan

keperluan memenuhi kehendak masyarakat maka Woodrow Wilson (1886) pernah

memperkenalkan pendekatan dikotomi dalam pentadbiran melalui artikelnya The Study

of Administration. Pendekatan ini juga dipelopori oleh Frank J. Goodnow yang

dikatakan sebagai pengasas doktrin dikotomi politik-pentadbiran. Bagaimana idea ini

boleh timbul? Ia timbul sebagai reaksi menentang sistem yang menjadikan politik

sebagai naungan, sistem yang berkuasa melantik sesiapa sahaja berdasarkan

kepentingan politik dan segala dasar yang dbuat bertunjangkan kepentingan politik

yang keterlaluan. Namun masalahnya ialah bagaimana ingin ditentukan garis atau titik

antara politik dan pentadbiran dalam pemerintahan. Oleh itu dikotomi politik-

pentadbiran ini akhirnya ditukar kepada sistem yang tidak berpihak kepada mana-mana

pihak dalam membuat keputusan. (bagi memastikan penjawat awam bertanggungjawab

melaksanakan program pembangunan maka mereka tidak dibenarkan bergiat dalam

kegiatan politik kepartian) Walaubagaimanapun lingkungan masyarakat Malaysia yang

demokratik ini masih dicemari idea-idea yang meletakkan politik sebagai nilai asas
penentuan dasar menyebabkan berlakunya kecelaruan dalam pembentukan polisi dan

sistem pentadbiran. Ia bukan disalah guna oleh penjawat awam yang bertindak sebagai

pelaksana tetapi oleh badan eksekutif yang menentukan sesuatu dasar.

2.0 Pendahuluan

Konsep dikotomi atau turut dikenali sebagai konsep pengasingan kuasa dan

pembahagian kuasa, bukan sahaja dipraktikkan di negara kita malah di beberapa

negara di dunia ini. Seperti negara-negara demokrasi yang lain, Malaysia juga

mengamalkan konsep dikotomi atau konsep pengasingan kuasa yang menjadi salah

satu ciri utama dalam sistem pemerintahan dan politik kita. Jika dilihat dari sudut

pandangan kamus dewan bahasa, edisi ketiga; dikotomi bermaksud pembahagian

(pemisahan) antara dua kumpulan (kelompok dan lain-lain) dalam sesuatu hal yang

saling bertentangan (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996: 305). Selain itu, konsep

dikotomi atau pengasingan kuasa turut ditakrif sebagai salah satu ciri utama demokrasi

iaitu dikenali doktrin pengasingan kuasa. Malah doktrin pengasingan kuasa ini telah

dikemukakan oleh Montensquieu, ahli falsafah Perancis yang mengutarakan

pembahagian kuasa kepada tiga badan yang bebas iaitu badan perundangan, badan

eksekutif dan badan kehakiman. Oleh itu, jelaslah bahawa ketiga-tiga badan ini hanya

melaksanakan bidang kuasanya dan tidak menjalankan kuasa yang dilaksanakan oleh

badan-badan lain. Tujuan doktrin pengasingan kuasa ini adalah mengelakkan

pemusatan kuasa pada sesuatu pihak tertentu sahaja.


2.1 Sejarah Konsep Dikotomi

Bermulanya konsep dikotomi politik-pentadbiran di Malaysia adalah melalui

tindakan secara langsung dari penjajah (British) yang memerintah Malaysia (Tanah

Melayu) pada waktu ketika itu. Misalnya, sistem perundangan yang berasaskan

pemisahan atau pembahagian atau dikotomi politik-pentadbiran ini yang dirangka oleh

penjajah menjadi asas kepada pembentukkan Perlembagaan Malaysia yang diguna

pakai sehingga kini. Walau bagaimanapun, sejajar dengan perkembangan semasa

sistem perundangan di Malaysia turut mengalami beberapa perubahan yang seterusnya

telah merubah beberapa kandungan Perlembagaan Malaysia tersebut. Hal ini dapat

dinyatakan secara ringkas melalui jadual dibawah ini.

Jadual 1.1 Ringkasan Isi Kandungan Perlembagaan Persekutuan

Bahagian Bab Perkara Kandungan

1 1 1-4 Agama dan lain-lain

2 1 5-13 Kebebasan asasi

3 1 14-22 Perolehan kewarganegaraan

2 23-28A Penamatan kewarganegaraan

3 29-31 Tambahan tentang kewarganeraan

4 1 32 - 37 Kepala utama negara

2 38 Majlis Raja-raja

3 39 – 43C Pemerintah

4 44 - 65 Badan Perundangan Persekutuan

5 66 - 68 Acara Perundangan

6 69 Keupayaan terhadap harta dan lain-lain

5 1 70 -72 Negeri-negeri
6 1 73 - 79 Hubungan antara Persekutuan dan negeri

2 80 - 81 Pembahagian kuasa pemerintah

3 82 Pembahagian beban kewangan

4 83 – 91 Tanah

5 92 Pembangunan negara

6 93 - 95 Siasatan Persekutuan terhadap negeri

7 95A- 95E Majlis Negara bagi kerajaan tempatan

7 1 96 - 112 Peruntukan-peruntukan kewangan

2 112A -112E Sabah dan Sarawak

8 1 113 - 120 Pilihan raya

9 1 121 -131A Kehakiman

10 1 132 - 148 Perkhidmatan awam

11 1 149 - 151 Menentang perbuatan subversif dan kuasa


darurat

12 1 154 - 160 Am dan pelbagai

12A 1 161 – 161A Sabah dan Sarawak

13 1 162 - 180 Peruntukan sementara dan peralihan

14 1 181 Raja tidak boleh didakwa di mana-mana


mahkamah, kecuali di mahkamah khas

15 1 182 Mahkamah khas

15 1 183 Tiada tindakan boleh diambil ke atas Raja-


raja kecuali dengan izin Peguam Negara
2.2 Jenis-jenis Kerajaan

Sebelum mewawancarakan dengan lebih lanjut tentang konsep dikotomi politik-

pentadbiran di Malaysia, seharusnya kita turut melihat terlebih dahulu jenis-jenis

kerajaan secara terperinci. Jika sebelum ini kita didedahkan dengan sejarah dikotomi itu

sendiri maka dalam memahami asas-asas dikotomi itu perlulah dilihat merangkumi

jenis-jenis kerajaan.

Terdapat beberapa jenis kerajaan dan sistem pemerintahan yang boleh dipilih

untuk diamalkan oleh sesebuah negara. Terdapat tiga jenis kerajaan yang besar, iaitu:

(a) kerajaan yang ditentukan oleh orang ramai

(b) kerajaan yang ditentukan oleh seseorang

(c) kerajaan yang ditentukan oleh beberapa orang

Daripada tiga jenis ini, lahirlah berbagai-bagai sistem pemerintahan. Satu

daripada sistem kerajaan yang paling meluas ialah Demokrasi Perwakilan. Malaysia

telah memilih dan sedang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Terdapat tiga

sebab utama mengapa Malaysia mengamalkan sistem demokrasi perwakilan (jenis

berparlimen), iaitu:

(a) British telah menggalakkan Malaysia berbuat demikian apabila kuasa

penjajah itu hendak memberi kemerdekaan kepada kita pada tahun 1957.

(b) sistem ini memberi peluang kepada kita menganuti agama masing-masing,

manakala sistem-sistem lain tidak menggalakkkan kepercayaan yang kuat dalam

bidang agama.
(c) di Malaysia, terdapat berbagai-bagai kaum.

Jelaslah, bahawa dalam melaksanakan sesuatu pentadbiran atau pemerintahan

sesebuah kerajaan tersebut terikat oleh faktor-faktor atau sebab-sebab tertentu yang

memungkinkan ianya berlaku dikotomi atau pemisahan atau pembahagian kuasa sama

ada politik atau pentadbiran disebabkan campur tangan dari penjajah. Hal ini terbukti

negara kita terpaksa menerima segala-galanya yang dirancang oleh penjajah dalam

membentuk sebuah negara merdeka dan pemerintahan sendiri.

Oleh demikian, konsep dikotomi politik-pentadbiran yang diamalkan di Malaysia

bermula pada 1957-an selepas British bersetuju mengisytiharkan kemerdekaan kepada

Tanah Melayu (Malaysia) apabila segala syarat-syarat dipenuhi oleh orang Melayu

ketika itu yang terpaksa menerima pemerintahan bercorak dikotomi demi kepentingan

percaturan politik-pentadbiran terhadap tiga bangsa utama iaitu Melayu, Cina dan India.
2.3 Demokrasi Berparlimen

Dalam membicarakan konsep dikotomi politik-pentadbiran tidak dapat lari dari

menyentuh soal demokrasi berparlimen itu sendiri. Maka jelaslah apa yang dilihat

pembahagian kuasa politik atau pentadbiran itu boleh diertikan juga dalam sesuatu

tindakan secara langsung melalui demokrasi berparlimen. Secara ringkasnya,

demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia adalah berbeza dengan negara-

negara lain. Di mana tonggak utama dalam sistem pemerintahan di Malaysia ialah

Perdana Menteri bertindak sebagai kuasa politik dan Ketua Negara (Yang di-Pertuan

Agong) menjalankan tugas-tugas simbolik. Selain tu, Perdana Menteri dipilih oleh rakyat

secara tidak langsung. Ahli Dewan Perwakilan (Dewan Rakyat) mempengaruhi

kedudukan Perdana Menteri. Oleh yang demikian, kemenangan majoriti yang tinggi

dalam kerusi Dewan Rakyat oleh parti yang diketuai oleh Perdana Menteri akan

menentukan kekuatan jawatan Perdana Menteri. Perdana menteri boleh dipecat

daripada jawatannya melalui undi tidak percaya di dalam Dewan Rakyat. Kemenangan

dalam pilihanraya membolehkan Perdana Menteri melantik jemaah menteri yang terdiri

daripada ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara.


2.4 Dikotomi politik-pentadbiran di Malaysia

Terdapat tiga aspek atau makna kepada dikotomi dalam politik-pentadbiran atau

pengasingan kuasa dan pembahagian kuasa iaitu:

(i) Pembahagian kuasa antara Persekutuan dan negeri dalam membuat undang-

undang.

(ii) Pembahagian kuasa antara Persekutuan dan negeri dalam pentadbiran

negara.

(iii) Terdapat Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman yang

bebas.

(a) Maksud pertama pembahagian kuasa ialah Kerajaan Persekutuan

mempunyai kuasa membuat undang-undang melalui Parlimen dan negeri-negeri dalam

Persekutuan juga boleh membuat undang-undang melalui Dewan Undangan Negeri.

Amerika Syarikat dan Malaysia mengamalkan sistem begini di bawah Sistem

Federalisme manakala Britain mengamalkan Sistem Kesatuan di mana semua undang-

undang dibuat oleh Parlimen. Di Britain tidak ada Dewan Undangan Negeri dan semua

undang-undang dibuat di Westminster (Parlimen British).

(b) Maksud kedua pembahagian kuasa ialah, terdapatnya pembahagian kuasa

antara pentadbiran Persekutuan dan pentadbiran negeri. Persekutuan tidak boleh

campur tangan dalam pentadbiran negeri. Kuasa Persekutuan adalah mengenai hal-hal

seperti berikut:
(i) Dasar Luar Negeri
(ii) Pertahanan
(iii) Keselamatan Dalam Negeri
(iv) Kewarganegaraan
(v) Kewangan
(vi) Perdagangan dan Perindustrian
(vii) Pendidikan
Manakala kuasa politik-pentadbiran bagi Negeri adalah mengenai hal-hal seperti
berikut:
(i) Undang-undang Islam
(ii) Tanah
(iii) Pertanian dan Perhutanan
(iv) Kerajaan Tempatan
(v) Perkhidmatan Tempatan
Walau bagaimanapun,terdapat juga kuasa bersama antara pentadbiran
Persekutuan dan pentadbiran negeri dalam hal-hal seperti berikut:
(i) Kebajikan Awam
(ii) Biasiswa
(iii) Taman Negara dan Kehidupan Liar
(iv) Parit dan Tali Air
2.5 Kerelatifan dalam Doktrin Pengasingan Kuasa di Malaysia

Apabila dalam membicarakan konsep dikotomi dan kerelevennya di Malaysia,

kita tidak boleh lari dari aspek kerelatifan dalam Doktrin Pengasingan Kuasa tersebut.

Jika sebelum ini kita melihat faktor sejarah, jenis-jenis kerajaan dan demokrasi

berparlimen maka sudut kerelatifan tidak boleh diabaikan dalam mengkaji konsep

dikotomi dan kerelevannya di Malaysia. Bahkan seharusnya ditekankan bahawa

penerimaan konsep tersebut adalah sudah sebati dalam sistem politik-pentadbiran di

negara kita. Harus diingatkan bahawa doktrin pengasingan kuasa yang diamalkan di

Malaysia berbeza dengan doktrin asal kerana doktrin ini menekankan kuasa secara

relatif antara ketiga-tiga badan yang bebas. Untuk mendapat keterangan yang lebih

lanjut, sila rujuk jadual 1.2.

Ciri-ciri saling bergantungan (relatif) antara ketiga-tiga badan adalah seperti

berikut:

(a) Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Negara berkuasa dalam badan

perundangan, eksekutif dan kehakiman.

(b) Perdana Menteri dan kabinetnya melaksanakan fungsi eksekutif di samping

menjadi ahli Parlimen yang terlibat dalam membuat dan menggubal undang-undang.

(c) Peguam Negara turut diberi kuasa istimewa oleh Parlimen dalam hal-hal

pemerintahan dan perundangan.

(d) Kebebasan Badan Kehakiman terjejas oleh Akta Parlimen yang

memperuntukkan kuasa istimewa kepada Peguam Negara.


Jadual 1.2 Kerelatifan dalam Doktrin Pengasingan Kuasa di Malaysia

Kerelatifan Peringkat Persekutuan Peringkat Negeri

Badan eksekutif badan Yang di-Pertuan Agong Sultan atau Yang Dipertuan
perundangan dan badan dengan kuasa tertinggi dalam
kehakiman. ketiga-tiga badan itu. Negeri dengan kuasa tertinggi

dalam ketiga-tiga badan itu.

Badan Eksekutif dan badan Perdana Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan
Perundangan. kabinetnya mentadbir dan
juga merupakan ahli Parlimen Negeri menjalankan tugas
terlibat dalam penggubalan
undang-undang. eksekutif dan juga merupakan

ahli Dewan Undangan Negeri.

Badan Perundangan dan Kuasa diberi oleh Parlimen


badan Kehakiman. kepada Peguam Negara yang
mempengaruh kebebasan
bidang kehakiman dalam hal-
hal perundangan.

Badan Eksekutif dan Badan Fungsi Peguam Negara


Kehakiman menasihati Jemaah Menteri
atau menteri-menteri
berkenaan soal undang-
undang.

Peguam Negara berfungsi


sebagai Pendakwa Raya bagi
kerajaan.

Maka jelaslah, dalam menyentuh soal relevan atau tidak konsep dikotomi dalam politik-

pentadbiran di Malaysia masa kini ialah secara amnya ianya amat bersesuai dipratikkan

di negara kita. Hal ini kerana keamanan yang dikecapi sehingga kini disebabkan oleh

unsur-unsur yang terdapat dalam dikotomi atau pembahagian dasar politik-pentadbiran

tersebut yang seterusnya mewujudkan kestabilan kepada negara.


2.6 Pembahagian Kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

Seterusnya, jikalau sebelum ini kita melihat dari aspek kerelatifan dalam doktrin

pengasingan kuasa di Malaysia, dalam mengkaji soal releven konsep dikotomi politik-

pentadbiran kita juga boleh melihat dari sudut pembahagian kuasa kerajaan

persekutuan dan kerajaan negeri,

Dalam sistem Kerajaan Persekutuan, wujudnya pembahagian kuasa antara Kerajaan

Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Seperti negara Amerika Syarikat, Malaysia juga

mengamal Sistem Federalisme iaitu:

(a) Kerajaan Persekutuan berkuasa membuat undang-undang melalui Parlimen.

(b) Kerajaan Negeri berkuasa membuat undang-undang melalui Dewan Undangan

Negeri.

Selain itu, pembahagian kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri juga

terdapat dalam pentadbiran negara. Antaranya ialah Kerajaan Persekutuan

bertanggungjawab ke atas perkara-perkara dalam Senarai Persekutuan. Manakala

Kerajaan Negeri bertanggungjawab ke atas perkara-perkara dalam Senarai Negeri. Sila

rujuk jadual 1.3.


Jadual 1.3 Senarai perkara-perkara di bawah kuasa tertentu.

Senarai Persekutuan Senarai Negeri Senarai Bersama

- Hal-ehwal luar negeri - Hal-ehwal agama Islam - Kebajikan masyarakat

- Pertahanan - Tanah - Biasiswa

- Keselamatan dalam - Pertanian dan perhutanan - Perlindungan binatang


negara dan burung liar
- Kerajaan Tempatan
- Undang-undang sivil dan - Ternakan
jenayah serta pentadbir - Perkhidmatan Kerajaan
keadilan Tempatan - Perancangan bandar

- Kewarganegaraan - Kerja-kerja negeri dan - Perancangan bandar dan


Persekutuan bekalan air luar bandar

- Jentera Kerajaan - Jentera Kerajaan Negeri - Kutu rayau dan penjaja


beredar
- Kewangan - Hari Kelepasan am Negeri
- Kesihatan awam
- Perdagangan dan - Undang-undang dalam kebersihan dan
perusahaan Senarai Negeri pencegahan penyakit

- Perkapalan dan perikanan - Ganti rugi di bawah - Perparitan dan pengairan


undang-undang
- Perhubungan dan - Pemulihan lombong
pengangkutan - Penyu dan penangkapan
ikan di sungai - Pencegahan kebakaran
- Kerja raya dan bekalan dan keselamatan bangunan
kuasa

- Siasatan dan penyelidikan

- Pendidikan

- Perubatan dan kesihatan

- Buruh dan keselamatan


sosial

- Kebajikan orang asli

- Pekerjaan profesional
- Hari kelepasan am

- Persatuan-persatuan yang
tidak diperbadankan

- Kawalan perosak
pertanian

- Akhbar, terbitan dan


penerbit

- Penapisan

- Pawagan dan tempat


hiburan

- Perumahan

- Syarikat koperasi

- Perkhidamatan Bomba

Maka jelaslah bahawa konsep dikotomi dalam politik-pentadbiran masih releven

dipakai sehingga kini di Malaysia, memandangkan pembahagian kuasa ini

memudahkan kerajaan pusat. negeri dan bersama dalam melaksanakan tugasan

masing-masing demi kepentingan dan kemakmuran rakyat secara amnya.


2.7 Badan Perundangan, badan Eksekutif dan badan Kehakiman

Untuk memahami dengan lebih lanjut konsep dikotomi politik-pentadbiran dan

kerelevennya perlulah ditinjau satu persatu badan perundangan, badan eksekutif dan

badan kehakiman bagi mengetahui gambaran sebenar, mengapa badan-badan ini perlu

dikekalkan di Malaysia.

Dalam perbincangan yang sebelum ini, kita telah menyentuh serba sedikit

tentang tiga konsep pengasingan kuasa yang terdapat dalam sistem politik-pentadbiran

di Malaysia. Badan perundangan merupakan sebuah badan yang memainkan peranan

sebagai membuat undang-undang, bahkan badan perundangan mempunyai kuasa

dalam:

(a) Penggubalan undang-undang

(b) Pembuatan undang-undang

(c) Pemansuhan undang-undang

Di peringkat Persekutuan, badan Perundangan diwakili oleh Majlis Parlimen iaitu

Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Manakala di peringkat Negeri pula, badan

perundangan diwakili ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Ahli-ahli Dewan Rakyat dan

Dewan Undangan Negeri dipilih sepenuhnya oleh rakyat. Dua puluh Sembilan orang

wakil Dewan Undangan Negeri yang dipilih oleh rakyat sementara empat puluh orang

senator yang lain dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Manakala, bidang kuasa badan

Perundangan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan adalah seperti berikut:

(a) Parlimen membuat undang-undang dalam Senarai Persekutuan


(b) Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang dalam Senarai Negeri

(c) Parlimen dan Dewan Undangan Negeri boleh membuat undang-undang

perkara-perkara dalam Senarai Bersama.

(d) Bagi perkara-perkara yang tidak tersenarai dalam mana-mana senarai

berkenaan, Dewan Undangan Negeri akan membuat undang-undang berkenaan

dengannya.

Seterusnya, badan Eskekutif merupakan pihak eksekutif yang mempunyai

peranan dalam membuat dan menggubal dasar-dasar kerajaan untuk dilaksanakan

dalam negara selain menjalin hubungan dengan dunia luar. Pada peringkat

Persekutuan, Jemaah Menteri akan merumuskan dasar-dasar kerajaan. Kerajaan

Persekutuan melalui badan-badan berikut pula melaksanakan dasar-dasar kerajaan.

Antaranya ialah Jabatan Perdana Menteri, Kementerian, Jabatan dan badan-badan

awam. Manakala pada peringkat negeri pula, badan yang merumuskan dasar-dasar

Kerajaan Negeri adalah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Antara badan-badan yang

melaksanakan dasar-dasar digubal di peringkat negeri adalah Pejabat Setiausaha

Kerajaan Negeri, Kementerian (Sabah dan Sarawak), Jabatan, Agensi-agensi pusat

negeri dan badan-badan awam. Bagi memantapkan lagi politik-pentadbiran dalam

negara badan-badan penyelaras kerajaan diperlukan untuk menjalin hubungan baik

antara Kerajaan Persekutuan Negeri tanpa mengira aliran politik yang mentadbir

sesebuah negeri, Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Tempatan dan Kerajaan

Negeri dengan Kerajaan Tempatan. Badan-badan penyelaras ini penting untuk


menyelaras perlaksanaan dasar dan projek-projek pembangunan di semua peringkat

kerajaan.

Akhir sekali, badan Kehakiman, dimana badan-badan Kehakiman menjalankan

kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan seperti berikut mentadbir

keadilan, menyemak undang-undang, membatalkan undang-undang yang bercanggah

dengan Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Negeri dan membatalkan

tindakan kerajaan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan atau

Perlembagan Negeri. Bagi melaksanakan fungsi-fungsinya, badan kehakiman

dikategori seperti berikut:

(a) Mahkamah-mahkamah atasan

(b) Mahkamah-mahkamah rendah

(c) Mahkamah-mahkamah khas

(d) Tribunal dan badan-badan pengadilan

Jelaslah bahawa dalam memelihara keamanan dan kesamarataan tanpa

mengira siapa pemerintah, kerajaan majoriti yang dibentuk atau disokong oleh rakyat

dalam pilihan raya tanpa mengira ideologi politik di setiap negeri menjadikan asas

tunjang utama atau dasar utama negara Malaysia mengamalkan konsep dikotomi

politik-pentadbiran untuk kemakmuran negara. Hal ini tidak boleh dipertikaikan lagi

kerana konsep dikotomi politik-pentadbiran sejak dahulu lagi dipratikkan dalam politik-

pentadbiran negara Malaysia sehingga kini. Justeru itu, sistem ini perlu dipertahankan
dan jikalau terdapat sebarang kelemahan yang ada dalam sistem ini haruslah diperbaiki

dengan bertujuan atau bermaksud untuk kesejahteran negara untuk terus makmur.

3.0 Kesimpulan

Jelaslah, maksud konsep dikotomi politik-pentadbiran di negara kita ialah

pengasingan kuasa, yang mana wujudnya tiga badan, iaitu Perundangan, Eksekutif dan

Kehakiman yang bebas. Dan pengasingan kuasa ini telah memainkan satu simbol atau

peranan dalam mencorakkan sistem sosial-pentadbiran di Malaysia. Oleh itu, jikalau

ditinjau dari segi kerelevennya itu maka sistem pengasingan atau dikotomi politik-

pentadbiran haruslah dikekalkan bagi menjamin perpaduan dan perbentukan sahsiah

negara. Selaras dengan dasar kerajaan kini yang mahu memakmurkan negara tanpa

adanya perasaan prejudis terhadap golongan politik yang berbeza fahamnya. Dalam

erti kata yang lain, mewujudkan keamanan, kemakmuran dan apa yang perlu

ditekankan ialah jati diri, perpaduan bangsa dan semangat “1Malaysia”; “Rakyat

didahulukan, pencapaian diutamakan”.

You might also like