Professional Documents
Culture Documents
Kaedah Konstruktivisme Dalam Sejarah
Kaedah Konstruktivisme Dalam Sejarah
Kajian kes ialah kaedah penyelesaian masalah dalam bentuk deskriptif atau
penerangan.Kajian kes boleh dijalankan dalam kalangan murid bagi
melaksanakan kurikulum mata pelajaran sejarah.Salah satu pedagogi penting
yang dapat dilaksanakan dalam menjalankan menjalankan kajian kes ialah inkuiri
.Kajian kes dapat meningkatkan kemahiran dan kebolehan murid untuk
mengenal pasti permasalahan ,merancang,mengolah isi dan memberi rumusan
terhadap sesuatu permasalahan 3. Pengalaman menjalankan kajian kes dapat
menggalakkan penglibatan murid ,disamping memupuk sikap ingin tahu.Kajian
kes boleh dijalankan berdasarkan pelbagai aspek atau isu mengikut langkah-
langkah yang berikut :
a) Kajian kes adalah berdasarkan cerita atau peristiwa bagi menjawab beberapa
persoalan yang menggunakan kemahiran menaakul ,di samping memberi
pendapat dan membuat rumusan serta menggalakkan penglibatan murid
1
Kemneterian Pendidikan Malaysia
2
Berita Harian
3
Kementerian Pendidikan Malaysia
dalam pengajaran dan pembelajaran .Kaedah ini dapat mengenal pasti inti
pati cerita atau peristiwa yang hendak dikaji.
b) Memahami pesoalan berdasarkan petikan cerita atau peristiwa yang
terkandung dalam kurikulum Sejarah.
Belajara cara belajar adalah suatu proses untuk membolehkan teknik belajar
sama ada bersama guru atau tanpa guru.Kaedah ini bertujuan untuk meyediakan
murid yang berupaya belajar sendiri tanpa guru, menggunakan pengetahuan
sedia ada ,raka-rakan dan bahan –bahan lain sebagai sumber
pembelajaran.Kaedah ini membolehkan pelajar membuat refleksi danmenilai
tahap pembelajaran sendiri serta mampu mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran dalam situasi yang berlainan.
Pembelajarn Luar Bilik Darjah adalah satu program atau aktiviti luar bilik darjah
yang terancang dan berstruktur.Aktiviti ini berpuatkan murid dan bertujuan
menyokong dan mengukuhkan perlksanaan kurikulum sekolah. Ia juga
merangkumi persekitaran ppemebeajaran yang progresif .PLBK dapat
mengukuhkan kkefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari di dlam bilik
darjah.PLBK boleh dilaksanakan di luar bilik darjah bagi memberikan
pengalamanpembelajaran dalam situasi yang sebenar ,bermakna dan
menyeronokkan.Sellain itu PLBK boleh mengembangkan kemahiran sosial dan
kerja berpasukan murid.
Sejarah bukanlah sesuatu yang asing pada masyarakat kita kerana negara kita juga
memiliki sejarahnya tersendiri.Unsur-unsur sivik yang telah diterapkan dalam mata pelajaran
Sejarah adalah supaya para pelajar dapat menghayatinya kepentingan sejarah. Matlamat
pendidikan Sejarah adalah untuk memupuk semangat setia negara dan perasaan bangga
sebagai rakyat Malaysia5. Melalui penghayatan sejarah tanahair, pelajar-pelajar dapat
memahami keadaan masyarakat dan negara dalam mewujudkan keharmonian dan
semangat perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum dalam sebuah negara yang
mempunyai satu bahasa 6.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Sejarah, masalah mengingat fakta dan
menghuraikan fakta sememangnya merupakan satu perkara yang agak umum bagi pelajar,
khususnya bagi pelajar yang lemah dari segi akademik.Akan tetapi setelah diperhati dan
diperhalusi didapati masalah mengingat fakta dalam mata pelajaran Sejarah ini berlaku
akibat dari beberapa faktor.Antaranya ialah disebabkan oleh sikap pelajar yang tidak
berminat untuk membaca dan tidak berminat untuk ingin tahu, cara pelajar menghafal fakta
tanpa memahami konsep dan kronologi peristiwa yang berlaku dan sikap pelajar yang tidak
suka bertanya untuk faham.Selain itu, masalah ini wujud adalah disebabkan oleh pelajar
yang terlalu bergantung kepada ayat buku teks menyebabkan pelajar tidak dapat menjawab
4
Kementerian Pendidikan Malaysia
5
Jurnal Pendidik dan Pendidikan
6
ebid
soalan apabila ayat tersebut diubah dan juga kebergantungan kepada fakta buku teks
semata-mata menyebabkan pelajar tepu dan rigid untuk berfikir7
Kaedah Konstruktivisme
Pembinaan ilmu adalah satu proses semulajadi. Menurut penyokong konstruktivis, apabila
manusia berhadapan dengan sesuatu tidak diketahui, mereka ingin memahaminya. Naluri
mereka akan mengaitkan maklumat baru dengan pengetahuan yang sedia ada supaya ia
menjadi satu informasi yang bermakna.10
Prinsip-Prinsip Konstruktivisme
7
Junal Pendidkan Malaysia
8
Jurnal Pendidikan Malaysia
9
Pedagogi Pengajaran dan Pembelajaran
10
Jurnal Pendidik dan Pendidikan
Setiap murid yang menerima maklumat akan memproses secara kognitif untuk
mencerminkan dan membayangkan keperluan, sifat semulajadi, pemikiran, sikap,
kepercayaan dan perasaannya sendiri.
Ahli konstruktivis menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda
tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Ilmu pengetahuan dibina
melalui proses saling mempengaruhi di antara pembelajaran lampau dengan pembelajaran
terbaru yang berkaitan.
Pembelajaran dari perspektif konstruktivisme dilihat sebagai suatu proses pelajar membina
makna secara aktif daripada pengalaman yang dilaluinya. Juga makna yang dibina itu
bersangkutan dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Ciri paling penting pembelajaran
konstruktivisme ialah pelajar-pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajarannya. Guru-guru
mesti sedar tentang corak mental pelajar yang membantu mereka mengerti dunia dan
membuat andaian-andaian untuk menyokong pemikiran mereka. Dalam teori
konstruktivisme, pembelajaran bukan merupakan satu proses penghafalan maklumat di
mana jawapan betul diberikan oleh guru.
Justeru itu, pembelajaran mesti bermula dengan isu-isu yang berkait rapat dengan minat
dan naluri ingin tahu pelajar. Pemahaman sesuatu konsep harus dibuat secara menyeluruh
dan sebagai kaitan di antara bahagian-bahagian yang kecil dan pembelajaran berpusatkan
11
kepada pengusaan konsep-konsep asas . Guru harus menunjukkan pertalian di antara
fakta-fakta dalam sesebuah konsep supaya pelajar dapat mengaitkannya dengan
pengetahuan sedia ada. Bagi membolehkan pelajar memahami pengajaran guru, maka
guru-guru perlu mencungkil pengetahuan sedia ada pelajar dan membina kefahaman
berdasarkan pengetahuan sedia ada ini. Selain itu, guru juga harus mendorong proses
pembelajaran pelajar dengan mengemukakan soalan-soalan terbuka dan sering
mengadakan perbincangan kumpulan di kalangan pelajar. Oleh itu dapat dirumuskan
bahawa pembelajaran secara konstruktivisme hanya berlaku dengan adanya penglibatan
aktif pelajar dan tahap pemahaman pelajar bergantung kepada pengetahuan sedia ada
mengenai konsep yang dipelajari.
11
Kementerian Pendidikan Malaysia
Implikasi Teori Konstruktivisme Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah
Prinsip yang paling penting adalah bahawa guru tidak memberikan pengetahuan kepada
murid. Sebaliknya murid-murid mesti membangunkan ilmu pengetahuan secara kendiri
dalam struktur mental mereka. Ini bermakna murid-murid harus berusaha sendiri dalam
aktiviti seperti berikut :
Pelajar-pelajar hanya boleh membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan diri secara
12
aktif dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran . Mereka perlu menggunakan
12
Berita Harian
minda mereka secara aktif untuk membandingkan maklumat-maklumat baru dengan
pengalaman sedia ada mereka dan untuk mencapai kefahaman terhadap maklumat baru ini.
Pelajar-pelajar juga terlibat dalam proses metakognitif, iaitu operasi yang mengarah dan
mengawal kemahiran secara kognitif dalam minda mereka. Pada akhir sesi pengajaran,
mereka terlibat dalam proses-proses menilai dan menaksir pemikiran sendiri melalui refleksi
dan renungan.Sebagai contoh guru mengadakan sesi soal jawab di akhir pengajaran untuk
memastikan setiap pelajar mengikuti sesi pembelajaran tersebut dengan berkesan.
Pelajar-pelajar perlu merancang strategi pembelajaran yang berkesan untuk diri sendiri
serta membuat refleksi dan menilai tentang pembelajaran yang telah berlaku. Guru pula
perlu merancang dan menggalakkan pembelajaran kumpulan koperatif, pembelajaran
berasaskan projek dan pendidikan kajian luar yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar
untuk mengendalikan pembelajaran kendiri mereka.Contohnya membuat aktiviti
berkumpulan dan setiap kumpulan akan membentangkan tajuk yang diberi di hadapan
kelas.Secara tidak langsung ini menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru.
Kesimpulan
Sejarah merupakan satu mata pelajaran yang penting. Hal ini demikian kerana pengajaran
sejarah mampu membentuk jiwa, akhlak, dan jati diri bangsa khususnya dalam memupuk
semangat patriotisme. Oleh itu,guru berperanan untuk menyediakan suasana pembelajaran
yang menarik dan harmonis dan menciptakan pengajaran yang berkesan bagi menarik
minat dan membantu pelajar-pelajar mempelajari Sejarah dengan mudah.Dengan
mengaplikasikan Teori Memprosesan Maklumat Gagne dan Teori Pembelajaran
Konstruktivisme di dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah,masalah sukar mengingati
fakta-fakta dalam mata pelajaran Sejarah dapat diatasi. Berdasarkan Model Pemprosesan
Maklumat yang dikemukakan Gagne, beberapa aspek utama dapat dikenal pasti dalam fasa
13
proses pembelajaran . Di antaranya ialah kesediaan, motivasi, pengamatan, ingatan dan
lupaan serta pemindahan. Teori ini menumpukan kepada bagaimana pelajar memproses
maklumat .Maklumat yang baru disimpan dalam ingatan jangka pendek.Kemudian diproses
sebelum disimpan ke ingatan jangka panjang.Kombinasi pengetahuan (maklumat yang
diproses) & kemahiran di ingatan jangka panjang akan membina strategi-strategi kognitif
atau kemahiran yang berkaitan secara tidak langsung akan membantu meningkat daya
ingatan pelajar dan memudahkan pelajar mempelajari Sejarah. Kaedah Pembelajaran
Konstruktivisme pula adalah strategi pengajaran memusatkan murid dan guru bertindak
sebagai fasilitator dalam pengurusan aktiviti pengajaran danpembelajaran.Guru perlu
13
Jurnal Pendidikan
menggalakkan pelajar belajar secara pembelajaran koperatif yang memerlukan penglibatan
pelajar secara aktif untuk berdikari dan membina pengetahuan sendiri. Dengan
mengaplikasikan pembelajaran secara koperatif dalam pengajaran Sejarah, pelajar akan
bekerjsama dalam kumpulan kecil dan menyelesaikan tugasan yang diberikan.
pembelajaran secara berkumpulan akan membantu dirinya dan rakan-rakan kumpulan
belajar bersama-sama untuk mencapai matlamat yang sama. Melalui pembelajaran ini,
pelajar perlu mencari maklumat yang diperlukan, berbincang dengan rakan untuk membina
pengetahuan yang baru dan mengolahkannya sendiri untuk menjana pengetahuan dan
menjadikannya pembelajaran itu lebih bermakna dan kekal. Dengan mengaplikasikan
kedua-dua teori pembelajaran ini, guru akan memahami pelbagai cara pelajar-pelajar belajar
dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan hukumnya dengan kaedah dan teknik
mengajar untuk mencapai objektif pelajaran dengan berkesan.
Kaedah Simulasi
Menurut Ang Huat Bin (2011) simulasi adalah suatu pengajaran yang sangat
berkesan.Penggunaan kaedah simulasi membolehkan guru mencapai objektif
pembelajaran dari segi konsep ,isi kandungan,,kemahiran dan sikap.Kaedah simulasi
juga boleh memperbaiki kesihatan mental dan memudahkan kreativiti.
Menurut Mok Song Sang (2004) pula, Simulasi adalah juga suatu situasi
pembelajaran yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi
sebenar.Tujuannya adalah untuk menjalankan latihan demi untuk menyelesaikan
masalah.
Menurut Noraini Ishak dalam tulisan beliau bertajuk”Teori-teori Yang Boleh Diguna
Atau Diadaptasi Bagi Setiap Masalah” bertarik 5 Disember 2009, menyatakan
bahawa pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah simulasi
adalah satu gambaran absrtak tentang situasi sebenar yang memerlukan pelajar
berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk
menyelesaikan masalah atau isu-isu berkaitan.ia juga merupakan satu situasi yang
diwujudkan untuk meyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan
masalah-masalah yang benar-benar wujud atau meyediakan situasi –situasi yang
benar-benar wujud dalam keadaan terkawal.
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah , kaedah simulasi
digunakan untuk membolehkan pelajar berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam
keadaan yang teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara
penyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan, di mana masalah yang
ditimbulkan itu melibtkan satu kajian yang rumit, masalah disiplin atau peristiwa-
peristiwa yang berlaku di alam sekitar.
Terdapat beberapa jenis simulasi yang biasa digunakan dalam aktiviti pembelajaran
di dalam bilik darjah.Antaranya Antaranya ialah lakonan atau drama,sosio
drama,perbahasan,simulasi segera dan permainan . Melalui lakonan,pelajar
melakonkan watak yang diberikan oleh guru sama ada berskrip atau tanpa skrip
Menurut Mok Soon Sang (2004) sosiodrama adalah merupakan satu aktiviti lakonan
yang menarik , ianya adalah berdasarkan suatu situasi atau isu berkonflik ,
mempunyai perwatakan yang menentang sosial .Oleh kerana sosiodrama adalah
merupakan aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang lengkap.Kebiasaannya
skrip lakonan akan disediakan lebih awal agar ianya dapat difahami,dibaca dan
membuat persediaan oleh pelajar yang dipilih untuk melakonkan sesuatu watak yang
diberikan oleh guru.
Main peranan pula merupakan satu lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan
pelajar tanpa menggunakan skrip .Ianya merupakan lakonan yang berdasarkan
kepada satu masalah yang timbul pada ketika itu.Biasanya di dalam aktiviti main
peranan pelajar membayangkan situasi yang timbul dan kemudian mereka
melakonkan situasi yang dibayangkan secara spontan.Contohnya dalam mata
peljaran sejarah murid diminta melakonkan cara kehidupan masyarakat zaman
neolitik.
Aktiviti main peranan bermula daripada satu situasi yang direka atau ditimbulkan oleh
guru. Sebelum mengadakan aktiviti main peranan ini ,kebiasaannya penerangan
yang rigkas tentang objektif lakonan dan watak-watak yang terlibat dalam situasi ini
akan dihuraikan oleh guru.Setelah menerangkan secara ringkas barullah pemilhan
pelakon dilakukan.Oleh kerana aktiviti main peranan ini merupakan lakonan secara
spontan , maka masa yang diberikan adalah pendek iaitu sekitar 5 hingga 7 minit
sahaja.
Pelajar –pelajar yang dipilih telah mahir dalam peraturan sebagai pelakon .Ia
bertujuan bagi memastikan aktiviti lakonan dapat dijalankan dengan lancar .
Setiap aktiviti yang dirancang dan diplih sebagai suatu kaedah dalam pengajaran dan
pembelajaran pasti mempunyai kelebihan dan kelemahannya.Begitu juga dengan
penggunaan teknik atau kaedah simulasi.
Simulasi bertujuan untuk membina pemikiran analitis dan kritis : semasa menjalankan aktiviti
lakonan ,murid-murid harus berfikir dan menyusun ideanya secara teratur untuk
menggambarkan cara penyelesaian yang dilakukan.Simulasi juga bertujuan untuk membina
sikap positif di mana melalui simulasi yang dilakonkan , konflik sosial dapat
diselesaikan.Sikap atau tingkah laku yang negatif dapat diubah dan sikap positif akan dapat
dipupuk dan dibentuk.Melalui kaedah simulasi juga dapat melatih pelajar bertutur dengan
menggunakan sebutan yang tepat.
Simulasi juga bertujuan untuk mengaitkan iisi pelajaran dengan aspek afektif di mana
melalui aktiviti lakonan berdasarkan pelajarn sejarah ,murid –murid dapat menghayati nilai-
nilai patriotisme atau sikap cintakan negara.
Tujuan simulasi yang seterusnya ialah untuk membawa situasi yang sbenar ke dalam bilik
darjah mislanya untuk menjelaskan konsep demokrasi murid-murid boleh melakonkan
watak sebagai pengundi dalam situasi pilihanraya yang direka.
Kaedah simulasi membolehkan guru mempelbagaikan aktiviti dalam proses pengajran an
pembelajaran.Menurut Mok Soon Sang (2004)simulasi merupakan suatu teknik mengajar
tambahan yang boleh membantu pelajar mempertingkatkan kemahiran pembelajaran
dengan berkesan.
Kelebihan kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi
peluang kepada murid memikirkan cara penyelesaian secara spontan dalam situasi
bermasalah yang telah guru wujudkan.Di sini dapat dilihat potensi murid dalam meramal dan
menaakul tentang sesuatu situasi masalah sama ada dapat diselesaikan atau tidak. Di
samping itu murid dapat mempertingkat kemahiran pertuturan mereka.Pengajaran guru
yang meyeronokkan dapat memberikan kesan yang lebih baik terhadap penerimaan ilmu
oleh pelajar.Oleh sebab itu ,aktiviti simulasi yang dijalankan dapat menarik dan mendorong
minat murid untuk meneruskan pelajaran.
Kelebihan kaedah ini juga memberikan ruang kepada murid bergaul dan berkomunikasi
dengan rakan-rakan.Ianya dapat menjalinkan satu hubungan sosial serta mendidik cara
pergaulan yang sopan dengan menerapkan nilai-nilai yang baik atau murni.Dengan kaedah
simulasi , banyak situasi luar bilik darjah dapat ditunjukkan di dalam bilik darjah.Contohnya
peristiwa pengistiharan kemerdekaan.
Kaedah simulasi juga dapat menberikan kesan yang kuat kepada daya ingatan
pelajar.Pelajar dapat mengingati sesuatu peristiwa atau fakta berdasarkan pengalaman
yang mereka lakukan atau lakonkan sendiri .