You are on page 1of 30

PERCUBAAN STPM KMK 922/1

KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF


KERTAS 3
PERCUBAAN SEMESTER 1 NEGERI PERAK 2020
(DUA JAM)

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN

Jawab tiga daripada enam soalan, iaitu satu soalan


daripada MARKA
SOALAN H
Bahagian A, satu soalan daripada Bahagian B, dan
satu soalan BAHAGIAN
daripada Bahagian C. A

BAHAGIAN
Anda boleh menjawab semua soalan daripada B
setiap bahagian
BAHAGIAN C
JUMLAH
SULIT/JPN PK
PERCUBAAN STPM KMK 922/1

tetapi hanya satu jawapan pertama bagi setiap bahagian akan


diperiksa. Sila tulis nombor soalan bagi setiap jawapan.

BAHAGIAN A: Puisi [ 25 markah]


Jawab satu soalan sahaja .

1. Baca puisi di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.


Syair Ikan Terubuk

Ya Ilahi, Ya Tuhanku,
Apakah sudah demikian laku,
Dengan berkat nenek moyangku,
Disampaikan dewata barang pintaku.

Selang tidak berapa antara,


Turunlah ribut dengan segera,
Kilat dan petir tidak terkira,
Datuk nenek turun dari udara.

Membawa sepohon batangnya pulai,


Datang dari Tanjung Balai,
Eloknya tidak ternilai,
Puteri melihat hairan terlalai.

Pulainya rendang dengan rampaknya,


SULIT/JPN PK
PERCUBAAN STPM KMK 922/1

Di tengah kolah terdiri dianya,


Sampai waktu dengan janjinya,
Puteri melompat ke atas pucuknya.

Dengan berkat segala aulia,


Perkataan puteri terhentilah ia,
Belumlah sampai daya upaya,
Tiada pertemuan apakan daya.

Berlida menyahut sambil bercura,


Lemah lembut bunyi suara,
Puteri nin sudah naik udara,
Dengan bala segala tentera.

Pari pun kembali menghadap baginda,


Berdatang sembah lakunya syahda,
Daulat tuanku duli Seripada,
Tuan Puteri sudah tiada.

Sudah naik ke udara,


Belida gerangan punya bicara,
Kepada tuanku jangan ketara,
Silakan tuanku ke laut negara.

Demi banginda mendengarkan kata,


Tunduk berhamburan airnya mata,
Putuslah harap rasanya beta,

SULIT/JPN PK
PERCUBAAN STPM KMK 922/1

Belumlah lagi pertemuan kita.

Terubuk berenang lalu ke laut,


Sekalian ikan ramai yang mengikut,
Hati di dalam terlalu kusut,
Bagaikan datang rasanya takut.

Kain putih bersampul pulih,


Pakaian anak raja perempuan,
Yang dicita tidaklah boleh,
Sudahlah nasib badanku tuan.

Anggur jabat tanaman Juddah,


Tanam melati di jambangan,
Jangan dijabat yang telah sudah,
Rosakkan hati yang berpanjangan.

Muda pun datang kepada tempatnya,


Hancur luluh rasa hatinya,
Sebab tak sampai bagai kehendaknya,
Duduk bercinta di dalam hatinya.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny.], 2012, Syair Ikan


Terubuk, Permata Sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, halaman 8-10).

(a) Jelaskan tiga ciri puisi di atas [9m]


(b) Bincangkan empat pemikiran yang terdapat dalam syair di atas [16m]

SULIT/JPN PK
PERCUBAAN STPM KMK 922/1

2. Baca sajak di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya .

Pahlawan Ialah Dia


Abdul Ghafar Ibrahim

Pahlawan ialah warga yang mengalirkan keringat


demi menyuburkan ladang kasih sayang
Pahlawan ialah warga yang menitiskan darah
demi menghidupkan simfoni negara berbilang.

Dialah pahlawan yang mengumpul tenaga 5


siap sedia
atas nama negara yang tidak dibiarkan leka
Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia
tahan uji
atas nama negara yang tak dibiarkan mati. 10

Siang-siang berjaga-jaga kerana tak rela


masa depan bangsanya lena
Malam-malam waspada kerana tak sanggup
peluang bangsanya tertutup.

Khidmat cemerlannya mengapung 15


pada permukaan bahang puji dan keji
Semangat wajarnya kental membara
di udara kaji dan uji.

SULIT/JPN PK
PERCUBAAN STPM KMK 922/1

Mentari waktu menyambar kasih sayangnya


pada keluarga semasa bertugas jauh 20
Bulan masa merebut tidurnya
dari sisi dikasihi jadual cemas.

Dialah laskar pelindung kota penyokong desa


warga yang tekadnya disimpulmatikan
oleh jawapan sejahtera aman 25
Dialah nadi ketahanan industri
teknologi kembangan
memikul amanah tak berkesudahan
demi mencari makmur raya.

Tubuhnya perisai tembus peluru 30


Bom-bom-boom-bamm
dia tak gentar
Tum-tam-tum-tammm
dia tunggu
Tret-tet-tret-tettt 35
dia terus maju.

Baktinya bunga harum warna-warni


dia tak peduli
dia tak terpegun
dia terus tugas tekun. 40
Sebagai warga bangga bermaruah
SULIT/JPN PK
PERCUBAAN STPM KMK 922/1

dia terus gemakan gunung hasrat:


Selamat negara
Besar bangsa
Pelihara agama 45
Cemerlang budaya
Kerana dialah anak watan pewaris keselamatan
Kerana dialah kelompok rakyat
penjunjung amanat 50
yang bersandar pada sinar takwa
yang pernah mengalami erti sengsara:

Cedera di bukit
tangis di laut
jerit di udara 55

tempang di sempadan
buta di ladang
lemas di sungai
lesu di sawah
parah di lembah 60

Yang menjadikan kematian bukti hidupnya


pahlawan
bukti zaman yang pernah dilindungi
zaman yang menkadi saksi
kepada nilai kemanusiaan yang megah 65
dipertahankan.
SULIT/JPN PK
PERCUBAAN STPM KMK 922/1

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia[peny].


Permata Sastera Melayu, hlm. 29-31 Kuala Lumpur :Dewan
Bahasa dan Pustaka)
(a) Jelaskan tiga gaya bahasa sajak di atas . [9m]
(b) Bincangkan empat pemikiran yang terdapat dalam sajak di atas .
[16m]

Bahagian B : Prosa Tradisional [25 markah]


Jawab satu soalan sahaja.

3. Baca petikan di bawah ini dan jawab soalan yang mengikutinya .


Syarat yang pertama, hendaklah menteri itu berbuat kebaktian daripada segala
orang yang di bawah hukumnya. Jikalau tiada ada yang demikian perinya, maka
adalah selaku-laku dilebihkan kebaktian akan dirinya itu lebih daripada akan
Tuhannya.
Syarat yang kedua hendaklah menteri itu mengatakan syukur atas segala
nikmat rajanya dan hendaklah suka dripada segala anugerahnya dan jikalau
pada kesukaannya itu sampai pada sesuatu mudarat itu dan rugi daripada raja itu
hendaklah ia hapuskan mudarat dan rugi itu daripada sempurna bicaranya
dengan segala nikmat dan anugerah yang sudah sampai padanya.
Syarat yang ketiga hendaklah menteri itu tiap-tiap hari akan suatu
pekerjaan rajanya mengeluarkan belanja dengan kebenaran datangnya itu
jangan mengeluarkan belanja daripada perbendaharaan daripada harta dari luar
rajanya itu kerana segala harta yang ada dalam perbendaharaan raja itu kerana
sesuatu kesukaran juga adanya. Maka tiada dapat dibelanjakan dengan sia-sia.
Syarat yang keempat, hendaklah menteri itu mencari harta dalam kerajaan
rajanya akan, berbesarkan rajanya itu dengan akan perhiasan dirinya itu.
Syarat yang kelima, hendaklah menteri itu mengusahakan supaya
perkakas istana rajanya dan pakaian rajanya dan kuda rajanya dan pegawai kuda
rajanya dan barang sebagainya semuanya tertentu akan raja itu yang memakai
dia.
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny] 2012. Permata Sastera
Melayu, hlm 108-109 Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka)
SULIT/JPN PK
PERCUBAAN STPM KMK 922/1

Berdasarkan petikan di atas, terangkan syarat-syarat penting yang perlu


dipelihara oleh segala menteri.
[25m]

4. Berdasarkan cerita , “Inilah Hikayat Peri Menyatakan Nabi Wafat “


seperti yang termuat dalam Permata Sastera Melayu, jawab soalan yang
berikut .

(a) Jelaskan tiga pengajaran yang terdapat dalam cerita di atas .


[9m]
(b) Huraikan penggunaan unsur agama Islam yang terdapat dalam cerita di
atas [16m]

Bahagian C : Prosa Moden [25 markah]

4. Bincangkan pengajaran yang terdapat dalam Cerpen Melankoli Di Atas


Rumput karya Fatimah Busu yang termuat dalam Permata Sastera
Melayu,. [25 ]

5. Berdasarkan Drama Asiah Samiah,yang termuat dalam Permata Sastera


Melayu , jawab soalan-soalan yang berikut ,

(a) Huraikan tiga perwatakan Asiah Samiah Muda dalam Drama Asiah
Samiah [9]
(b) Bincangkan amanat yang ingin dipaparkan oleh penulis dalam drama
ini. [16]

SULIT/JPN PK
PERCUBAAN STPM KMK 922/1

SKEMA
BAHAGIAN A (PUISI)
SOALAN 1
a) Jelaskan 3 ciri Syair Ikan Terubuk (berdasarkan petikan) 9m

F1: Pola rima akhirnya a,a,a,a/sekata


Bunyi rima akhir berbentuk terikat (hampir keseluruhan a-a-a-a kecuali dua
rangkap terakhir bercirikan rima akhir pantun a-b-a-b)
H+C: Demi baginda mendengarkan kata,(a)
Tunduk berhamburan airnya mata, (a)
Putuslah harap rasanya beta, (a)
Belumlah lagi pertemuan kita. (a)
{R9: B1-B4}
F2: Kesatuan idea (cerita yang bersambung-sambung) daripada satu rangkap
ke rangkap yang berikutnya.
H. Sebuah syair biasanya menceritakan suatu kisah. Untuk menyampaikan
satu-satu idea atau tema, unit-unit rangkap syair tidak berdiri sendiri tetapi
bersambung-sambung dan menjadi satu kesatuan yang sistematik serta
berkembang. Satu pernyataan yang berlarutan dengan pengkisahan yang
lengkap.Maksud keseluruhan cerita tidak akan lengkap melainkan gabungan

SULIT/JPN PK
PERCUBAAN STPM KMK 922/1

maksud keseluruhan rangkap. Di akhir rangkap dapat diketahui kesedihan


baginda belum terungkai kerana masih gagal menemui tuan puteri
F3: Setiap baris adalah maksud
H + C Setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-
baris terdahulu.
Terubuk berenang lalu ke laut, {penyataan maksud}
Sekalian ikan ramai yang mengikut, {penyataan maksud}
Hati di dalam terlalu kusut, {pelengkap maksud}
Bagaikan datang rasanya takut.{pelengkap maksud}
{R10:B1-B4}
F4: Sebaris syair mengandungi 4 hingga 5 patah perkataan
Keseragaman rangkap iaitu setiap rangkap mengandungi empat baris ayat.
Jumlah perkataan dalam baris antara empat hingga lima

Sudah/ naik/ ke/ udara/,( 4 patah perkataan)


Belida/ gerangan/ punya/ bicara/, (4 patah perkataan)
Kepada/ tuanku/ jangan/ ketara/, (4 patah perkataan)
Silakan/ tuanku/ ke/ luar/ negara/. ( 5 patah perkataan)
{R8: B1-B4}
F5: Jumlah suku kata dalam setiap baris antara 8 hingga 12 suku kata
Antara enam (terpendek) hingga dua belas (yang terpanjang)
Pa/ri/ pun/ kem/bali/ meng/ha/dap ba/gin/da/,{11 suku kata}
Ber/da/tang/ sem/bah/ la/ku/nya/ syah/da/,{10 suku kata}
Dau/lat/ tuan/ku/ du/li/ Se/ri/pa/da/,{10 suku kata}
Tu/wan/ Pu/te/ri/ su/dah/ ti/ya/da/.{10 suku kata}
{R7: B1-B4}
Pilih 3 isi sahaja
SULIT/JPN PK
PERCUBAAN STPM KMK 922/1

1 isi = 3 markah(1 markah fakta, 1 markah huraian, 1 markah contoh)


3 isi x 3 markah = 9 markah.

b) Huraikan pemikiran masyarakat yang dikemukakan, 16m


F1. Pemikiran masyarakat tentang perbezaan darjat/keturunan
H: Perbezaan darjat atau keturunan boleh membawa kegagalan dalam
percintaan sebagaimana yang berlaku ke atas ikan terubuk yang gagal memiliki
cinta puteri puyu-puyu kerana berbeza dari segi darjat, ini kerana ikan terubuk
berasal dari kerajaan laut manakala puteri puyu-puyu dari kerajaan air tawar.
C: Asal terubuk ikan puaka,( R3:B1)
Tempatnya konon di laut Melaka,(R3:B2)
Kolamnya konon di Tanjung Padang,(R7:B1)
Disanalah tempat Terubuk bertandang,(R7:B2)

F2 Pemikiran masyarakat tentang keagungan Tuhan /kekuasaan Tuhan


H: Dalam sebarang urusan yang hendak dilakukan , keizinan dari Tuhan
hendaklah dipohon bagi memudahkan sebarang kerja yang hendak dilakukan.
Sebagaimana yang dilakukan oleh Puteri puyu-puyu yang bermohon dari Tuhan
untuk memudahkan urusannya untuk menerima atau perhubungannya dengan
ikan terubuk .

C: Ya Ilahi, Ya Tuhanku, (R12:B1)


Apakah sudah demikian laku,(R12:B2)
Dengan berkat nenek moyangku,(R12:B3)
Datuk nenek turun dari udara.(R12:B4)

F3 Pemikiran masyarakat tentang kedaulatan seseorang raja.


H: Daulat merupakan kekuasaan yang dimiliki oleh seseorang pemerintah
atau raja yang mana akan membolehkan seseorang pemerintah atau raja yang
berdaulat dapat apa yang dihajatinya. Ini terbukti apabila Puteri Puyu-puyu
SULIT/JPN PK
PERCUBAAN STPM KMK 922/1

mendapat apa yang dihajatinya iaitu tumbuhnya pokok pulai yang digunakan
untuk menghilangkan diri.
C: Pulai rendang dengan rampaknya,(R15: B1)
Di tengah kolah terdiri dianya, (R15:B2)
Sampailah waktu dengan janjinya,(R15:B3)
Puteri melompat ke atas pucuknya. (R15:B4)

F4 Pemikiran masyarakat tentangkejadian luar biasa/aneh


H. Kejadian aneh yang berlaku yang dikaitkan dengan kedaulatan seseorang
pemerintah . Pemerintah atau raja yang berdaulat sering akan berlakunya
kejadian aneh. Dalam syair ikan terubuk kejadian aneh yang berlaku ialah ribut,
kilat dan petir sabung-menyabung menandakan kedaulatan seseorang raja iaitu
Puteri Puyu-puyu .
C: Selang tidak berapa antara, (R13:B1)
Turunlah rebut dengan segera,(R13:B2)
Kilat dan petir tidak terkira,(R13:B3)
Datuk nenek turun dari udara.(R13:B4)

F5 Pemikiran masyarakat tentang kecantikan golongan bangsawan.


H: Golongan bangsawan sering digambarkan memiliki wajah dan tubuh
badan yang cantik , contohnya tuan puteri puyu-puyu dikatakan memiliki wajah
yang cantik, pinggangnya ramping dan dadanya bidang . Ini menyebabkan raja
ikan Terubuk tergila-gilakannya.
C: Kolamnya konon di Tanjung Padang, (R7:B1)
Di sanalah tempat Terubuk bertandang, (R7:B2)
Pinggangnya ramping dadanya bidang, (R7:B3)
Hancurlah hati terubuk memandang.(R7:B4)

F6 Pemikiran masyarakat tentang keelokkan tingkah laku golongan bangsawan

SULIT/JPN PK
PERCUBAAN STPM KMK 922/1

F7Pemikiran masyarakat tentang perasaan putus asa / kecewa


Pilih 4 isi sahaja
1 isi =4 markah (2 markah fakta, 1 markah huraian dan 1 markah contoh)
4 isi x 4 markah =16 markah

SKEMA SOALAN 2
(a) (a) Jelaskan tiga gaya bahasa sajak di atas . [9m]
F1: Metafora
H/C: perbandingan kata konkrit dengan abstrak yang membawa maksud di luar
kelaziman
C: demi menyuburkan ladang /kasih sayang(R1:B2)
Kesan: memberi gambaran yang lebih jelas
F2: Personifikasi
H/C: perbandingan kata dengan memberi sifat dan perbuatan manusia kepada
bukan manusia(objek) / memanusiakan benda yang bukan manusia
C: Bulan masa merebut tidurnya(R5:B3)
Kesan: menggerakkan daya imaginasi pembaca.
F3: Hiperbola
H/C: perbandingan kata yang dibuat secara berlebih-lebihan(melampau)
C: Pahlawan ialah warga yang menitiskan darah(R1:B2)
Kesan: memberi gambaran yang berlebih-lebihan (di luar kelaziman)
F4: Inversi
H/C: pembalikan rangkai kata @ frasa tertentu dalam sebaris sajak
C: oleh jawapan sejahtera aman(R6:B3)
Kesan: menimbulkan kelainan dari segi penyebutan.
F5: Asonansi
H/C: perulangan bunyi huruf vokal dalam sebaris sajak
C: Pahlawan ialah warga yang menitiskan darah(R1:B2)
SULIT/JPN PK
PERCUBAAN STPM KMK 922/1

Perulangan bunyi wokal “a”


Kesan: menimbulkan kemerduan segi penyebutan.- kelembutan pengucapan
F6: Aliterasi
H/C: perulangan bunyi huruf konsonan dalam sebaris sajak
C: tempang di sempadan(R10:B4)
Perulangan bunyi konsonan “m”
Kesan: menimbulkan kemerduan segi penyebutan.- kelantangan pengucapan
5
F7: Perulangan kata di awal baris/ anafora
H/C: perulangan kata yang sama di awal baris secara berturutan
C: dia tak peduli(R8:B4)
dia tak terpegun(R8:B5)
dia terus tugas tekun(R8:B5)
Perulangan anafora “dia”
Kesan: penegasan maksud perkataan yang hendak disampaikan @ keindahan
bunyi penyebutan kata.
F8 Perulangan rangkai kata/frasa
H/C: rangkai kata yang sama diulang-ulang dalam rangkap sajak
C: Pahlawan ialah warga yang mengalirkan keringat (R1:B1)
Demi menyuburkan ladang negara sayang (R1:B2)
Pahlawan ialah warga yang menitiskan darah (R1:B3)
Perulangan rangkai kata “Pahlawan ialah warga negara yang”
Kesan: penegasan maksud perkataan yang hendak disampaikan @ keindahan
bunyi penyebutan kata.
Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 4 markah (1 markah fakta, 2 markah huraian/contoh, 1 markah kesan)
4 isi x 4 markah =16 markah

SULIT/JPN PK
PERCUBAAN STPM KMK 922/1

(b) Bincangkan empat pemikiran yang terdapat dalam sajak di atas .


[16m]
F1: Pemikiran tentang sikap sanggup berkorban.
H/C: Pahlawan sangup berkorban jiwa dan raga, hata berdepan dengan
kematian demi memastikan negara aman sejahtera.
Pahlawan ialah warga yang menitiskan darah (R1: B3)
demi menghidupkan simfoni negara berbilang (R1:B4)
F2: Pemikiran tentang sikap pahlawan yang mempunyai sikap siap siaga
(bersiap sedia)
H/C Pahlawan hendaklah menyemai sikap bersiap sedia (siaga) berhadapan
dengan serba kemungkinan bagi memastikan negara tercinta dalam keadaan
selamat.
Dialah pahlawan yang mengumpul tenaga(R2:B1)
siap sedia (R2:B2)
atas nama negara yang tidak dibiarkan leka(R2:B3)
F3: Pemikiran tentang pahlawan yang mempunyai sikap setia/patuh/taat
H/C Pahlawan hendaklah bersikap setia atau patuh arahan @ tidak belot semata-
mata untuk memastikan keamanan dan kesejahteraan negara tercapai.
Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia(R2:B4)
tahan uji(R2:B5)
atas nama negara yang tak dibiarkan mati.(R2:B6)
F4: Pemikiran tentang pahlawan harus mempunyai sikap tabah/cekal
H/C Pahlawan hendaklah menanam sikap tabah dan cekal sanggup
mengharungi pelabagai ujian yang mendatang mata demi kedaulatan negara
yang tercinta.
Mentari waktu menyambar kasih sayangnya(R5:B1)
pada keluarga semasa bertugas jauh(R5:B2)
F5: Pemikiran tentang pahlawan yang memikul amanah / tanggungjawab yang
diberi,

SULIT/JPN PK
PERCUBAAN STPM KMK 922/1

H/C Pahlawan hendaklah bersedia memikul amanah dan tanggungjawab yang


diberi demi mepertahankan negara tanpa mengira waktu siang dan malam.
Siang-siang berjaga-jaga kerana tak rela(R3:B1)
masa depan bangsanya lena(R3:B2)
Malam-malam waspada kerana tak sanggup(R3:B3)
peluang bangsanya tertutup.(R3:B4)
Lain-lain isi yang releven:
F6: Pemikiran tentang pahlawan yang bersemangat patriotik
F7: Pemikiran tentang pahlawan mesti bersifat berani
Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 3 markah (1 markah fakta, 2 markah huraian/contoh)
3 isi x 3 markah = 9 markah

SKEMA SOALAN 3

3. Berdasarkan petikan di atas, terangkan syarat-syarat penting yang perlu


dipelihara oleh segala menteri [25]

A. Pengenalan [3]
F1: Taj Us – Salatin tergolong dalam kesusasteraan ketatanegaraan/ sastera
adab
F2: Petunjuk/panduan/amalan/peraturan bagi golongan pentadbir
F3: Berteraskan Islam
F4: Ditulis dalam bentuk bab dan fasal /pembahagian tugas
F5: Diselitkan kisah-kisah nabi/tokoh-tokoh Islam
F6: Hujahan disokong oleh petikan al-quran /Hadith/Kitab

SULIT/JPN PK
PERCUBAAN STPM KMK 922/1

Pilih 3 isi .
1 isi = 1 markah
3 isi = 3 markah

B. Isi [20]
F1: Antara syarat pertama yang dikenakan ke atas Menteri ialah Menteri
hendaklah sentiasa berbakti/berbuat baik kepada orang bawahannya
H1: Menteri hendaklah sentiasa bersedia untuk berbuat baik dengan orang
bawahannya agar dapat menjaga hubungan baik antara Menteri dan rakyat.
H2 : Pro – Apabila Menteri berbakti dan berbuat baik kepada rakyat maka
rakyat akan menghormati dan memandang tinggi kedudukan Menteri sebagai
pemerintah.
Kon – Sekiranya menteri bersikap mementingkan dirinya ianya sebenarnya
menyalahi hukum Tuhan dan dianggap Menteri yang sombong seterusnya akan
dibenci oleh masyarkat
Contoh _ “ salin teks sebenenar”
Jelaslah bahawa sikap berbuat Menteri kepada rakyat penting agar dapat
mewujudkan suasana yang harmoni dalam sesebuah negara.

F2: Menteri hendaklah berterima kasih kerana pemberian raja dan


anugerahnya.
H: Jika tidak menerima/menghargai pemberian daripada raja ini akan
membangkitkan
kemarahan raja sewajarnyalah seseorang Menteri itu berterima kasih dengan
pemberian
daripada raja .
K: Menteri akan sentiasa dihargai oleh raja dalam apa jua tugasan yang
diamanahkan

SULIT/JPN PK
PERCUBAAN STPM KMK 922/1

F3: Menteri hendaklah berbelanja dengan kebenaran raja


H: Perbelanjaan hendaklah mengikut keperluan dan tidak membazir. Jika
seseorang
Menteri berbelanja harta kerajaan mengikut sesuka hati ia pasti akan
membangkitkan
kemarahan Sultan.
K: Menteri mungkin akan dipenjarakan atau dijatuhi hukuman berat

F4: Menteri hendaklah mencari sumber harta bagi raja


H: Seseorang Menteri perlu lebih kreatif dalam mencari sumber pendapatan
bagi sesebuah
kerajaan agar kerajaan mempunyai sumber kekayaan yang mencukupi. Jika
tidak
sesebuah kerajaan akan menjadi lemah tanpa sumber yang mencukupi dalam
melaksanakan pentadbiran.
K: Menteri akan dapat membantu negara mengatasi masalah kewangan

F5: Menteri hendaklah menyediakan segala keperluan raja


H: Seseorang Menteri perlu sentiasa bersiap siaga untuk mneyediakan segala
keperluan
raja termasuklah pakaian dan juga kenderaan.Jika sekiranya segala kelengkapan
raja
tidak disediakan mungkin ianya akan mengganggu sesuatu acara yang perlu
dihadiri oleh raja .
K: Menteri akan menjadi lebih cekap dan mampu melaksanakan semua
tugasan yang
diberikan oleh raja.

SULIT/JPN PK
PERCUBAAN STPM KMK 922/1

Pilih 5 Isi
1 isi= 4 markah ( 2 markah fakta,1 markah huraian , 1 markah contoh/kesan
pegawai/raja )

C: Penutup [2]
Calon dkehendaki menyimpulkan syarat yang diterangkan dan
mengemukakan
pandangan /saranan .

4. Berdasarkan cerita , “Inilah Hikayat Peri Menyatakan Nabi Wafat “ seperti


yang termuat dalam Permata Sastera Melayu, jawab soalan yang berikut .
(a)Jelaskan tiga pengajaran yang terdapat dalam cerita di atas . [9m]
(b)Huraikan penggunaan unsur agama Islam yang terdapat dalam cerita di atas
[16m]

(a)Jelaskan tiga pengajaran yang terdapat dalam cerita di atas . [9m]


F1: Kita hendaklah berani mengakui kesilapan diri.
H/C: Mengakui kesilapan diri sama sekali tidak akan menjatuhkan imej kita.
Malah akan kelihatan lebih baik di mata Allah . Nabi mengakui kesilapan
perbuatannya ketika peperangan yang telah menyebabkan Akasyah terkena
cemeti kudanya.
F2: Hendaklah menyayangi keluarga sendiri.
H/C: Kita hendaklah sentiasa saling menyanyangi sesama ahli keluarga untuk
membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Nabi sangat menyayangi anaknya
Fatimah. Begitulah sebaliknya, Fatimah sangat menyayangi baginda selaku
bapanya.

F3: Jadilah insan yang pemaaf.


SULIT/JPN PK
PERCUBAAN STPM KMK 922/1

H/C: Insan yang pemaaf adalah insan yang mulia dan disayangi oleh setiap
lapisan masyarakat . Akasyah adalah insan yang pemaaf dan tidak berniat untuk
menganiayai nabi Muhammad.
F4: Kita perlu saling nasihat menasihati di antara satu sama lain.
H/C: Hendaklah kita mengamalkan sikap saling menasihati antara satu sama
lain adalah sikap yang teruji dan amalan yang mulia . Nabi telah berkhutbah
pada hari jumaat dengan menasihati para jemaah agar menjadi insan yang
terbaik dan sentiasa saling memaafi di antara satu sama lain.

F5: Kita hendaklah melunaskan hutang.


H/C: Hutang adalah wajib dibayar . Sebagai manusia kita hendaklah
melunaskan hutang dengan orang lain supaya hidup akan diretsui Allah. Nabi
adalah insan yang sentiasa melunaskan hutangnya sekalipun hutang itu bukan
berbentuk material. Nabi sanggup disebat dengan cemeti oleh Akasyah sebagai
salah satu cara melunaskan hutang piutangnya sebelum beliau meninggal dunia.

Pilih 3 Isi sahaja


1 Isi = 3 markah (1 markah fakta, 1 markah huraian dan 1 markah contoh )
3 isi x 3 markah = 9 markah
(b)Huraikan penggunaan unsur agama Islam yang terdapat dalam cerita di atas
[16m]

F1: Sifat Amanah


H/C: Sifat amanah adalah dituntut dalam agama Islam. Amanah yang
dipegang perlu dijaga
dan dilaksanakan dengan baik. Contohnya Malaikat Jibrail dan Malikul Maut
amanah
dalam melaksanakan perintah Allah SWT untuk mengambil nyawa Rasulullah .

F2: Mukjizat Rasulullah

SULIT/JPN PK
PERCUBAAN STPM KMK 922/1

H/C: Rasulullah telah dikurniakan mukjizat sebagai membuktikan kerasulan


dan kebenaran
ajaran Islam. Contohnya Rasulullah telah didatangi Jibrail dan Malikul Maut
yang
membawa khabar bahawa saat kewafatan baginda telah tiba.Selain itu juga,
wajah
Akasyah bercahaya setelah mencium pusat Rasulullah.

F3: Solat
H/C: Solat merupakan tiang agama, sesungguhnya solat mampu mencegah
seseorang itu
daripada melakukan perkara yang mungkar. Contohnya Di saat Malikul Maut
datang
memberitahu bahawa kewafatan baginda telah hamper, Rasulullah masih lagi
menaunaikan solat. Rasulullah meminta Ali membawanya ke masjid. Apabila
tiba di
masjid, baginda solat sunat dan menjadi imam solat jemaah .

F4: Sahabat Rasulullah


H/C: Sahabat Rasulullah ialah orang yang paling hampir dan paling rapat
dengan Rasulullah.
Sahabat Rasulullah ialah orang yang berjuang bersama-sama Rasulullah dalam
menegakkan syiar Islam. Contohnya sahabat Rasulullah dijamin syurga oleh
Allah
Taala, anatar sahabat Rasulullah ialah Abu Bakar, Omar,Uthman, Bilal dan lain
lain .

F5: Para Malaikat


H/C: Malaikat ialah hamba Allah selain daripada manusia dan makhluk
lain.Malaikat adalah
SULIT/JPN PK
PERCUBAAN STPM KMK 922/1

hamba Allah yang sentiasa taat pada Allah Contohnya dalam kisah ini
dipaparkan
tentang Malaikat Jibrail dan Malikul Maut melaksanakan perintah Allah SWT
untuk
mengambil nyawa Rasulullah .

F1: Hari Kiamat dan Padang Mahsyar


H/C: Hari Kiamat ialah bilamana semua makhluk akan musnah dan mereka
akan
dibangkitkan di Padang Mahsyar . Di sana nanti mereka akan dihisab dosa dan
pahala.
Contohnya sebelum kewafatan Rasulullah, baginda ada memberitahu Fatimah
bahawa
mereka akan bertemu lagi di hari kiamat.

Pilih 4 Isi sahaja


1 Isi = 4 markah (2 markah fakta, 1 markah huraian dan 1 markah contoh )
4 isi x 4 markah = 16 markah

Bahagian C : Prosa Moden [25 markah]

SULIT/JPN PK
PERCUBAAN STPM KMK 922/1

5 Bincangkan pengajaran yang terdapat dalam Cerpen Melankoli Di Atas


Rumput karya Fatimah Busu yang termuat dalam Permata Sastera Melayu,.
[25 ]
Skema Soalan 5:
A. Pengenalan [3]
1. Pengertian pengajaran
2. Maksud cerpen
3. Sinopsis cerpen
4. Isi pengajaran yang terdapat di dalan cerpen.
Pilih 3 isi sahaja.

B. Isi [20]
F1 - Kita hendaklah membuat persiapan bagi menghadapi kematian.(alam
kubur/alam berzakh)
H - Sebagai seorang Islam kita hendaklah membuat persediaan menghadapai
kematian dengan melakukan pelbagai ibadat.
P - Sekiranya kita tidak membuat membuat persediaan amalan baik sebelum
kematian kemungkinan besar kita akan berhadapan dengan kesusahan dan
siksaan di dalam kubur dan alam seterusnya,
C - Penulis menyatakan jika kita hendak kubur kita lapang jangan tinggalkan
solat dan jika kita hendaklah kubur kita terang bacalah Al-Quran. (halaman 139)

F2 - Kita hendaklah mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa yang telah


meninggal dunia.
H - Sebagai seorang anak yang soleh kita hendaklah sentiasa mengingati kedua
ibu bapa dengan mendoakan kesejahteraan mereka di alam kubur dan alam
akhirat.
P - Sekiranya kita tidak mendoakan ibu bapa kita, kemungkinan mereka akan
menghadapi kesusahan di alam barzakh.Sebagai anak yang soleh/solehan

SULIT/JPN PK
PERCUBAAN STPM KMK 922/1

mendoakan kedua ibu bapa sama ada sudah hidup atau meninggal dunia dalah
suatu kewajipan.
C - Aku (penulis) sentiasa mendoakan supaya Allah menampunkan segala dosa
kedua ibu bapanya. (halaman 142)

F3 - Kita hendaklah bertanggungjawab mendidik anak-anak dengan didikan


yang sempurna.
H - Sebagai ibu atau bapa adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mendidik
anak-anak supaya menjadi insan yang beriman dan berakhlak mulia serta dapat
hidup berdikari pada masa akan datang.
P - Sekiranya ibu atau bapa gagal mendidik anak-anak dengan didikan yang
sempurna, kemungkinan besar mereka akan hidup bebas tanpa pedoman dan
akhir akan menjadi liar.
C - Aku (penulis) berjaya membesarkan dan mendidik anak-anaknya secara
bersendirian (ibu tunggal) sehingga dapat hidup berdikari dan berjaya.
F4 - Kita hendaklah rajin belajar/menuntut ilmu.
H - Sebagai seorang insan kita hendaklah mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu
belajar sehingga ke peringkat tertinggi (phd) tanpa mengenal erti penat dan
jemu serta berani berhadapan dengan segala kesusahan dan cabaran.
P - Sekiranya kita malas belajar, kemungkinan besar kita tidak dapat maju ke
hadapan serta tahap pemikiran kita juga akan terbatas dalam membuat penilaian
dan keputusan terhadap sesuatu perkara. Tanpa kelulusan yang tinggi kita tidak
dapat menjawat sebarang jawatan tinggi ataupun melamar pekerjaan yang baik.
C - Aku (penulis) pernah menjadi seorang murid, pelajar, guru maktab dan
belajar di menara gading sehingga mendapat phd. (halaman 144)

F5 - Kita hendaklah bersimpati/prihatin terhadap kesusahan orang lain.


H - Sebagai seorang insan yang mempunyai sifat simpati/prihatin kita perlu
berusaha membantu insan yang berada di dalam kesusahan. Bantuan yang
diberikan dengan penuh keikhlasan akan menyebabkan orang yang dibantu
merasa cukup dihargai kerana dapat meringankan kesusahan mereka.

SULIT/JPN PK
PERCUBAAN STPM KMK 922/1

P - Tanpa perasaan simpati/prihatin terhadap masalah kesusahan hidup orang


lain, seseorang itu hatinya akan menjadi keras dan akhir akan menjadi seorang
yang bakhil.
C- Aku (penulis) membeli sebuah katil kayu jati di Jakarta ketika membuat
kajian tesis phdnya tanpa menawar harga. (halaman 146)
F6 - Kita hendaklah rajin beribadat /solat sunat/baca Al Quran/berzikir dan
berselawat. (halaman 142)
F7 - Kita hendaklah kuat melawan godan syaitan kita beribadat. (halaman 145)
F8 - Kita hendaklah yakin sepenuhnya bahawa Allah tuhan yang sebenarnya
mencipta alam semesta. (halaman 148)
F9 - Kita jangan melakukan maksiat/kejahatan. (halaman 151)
F10 - Kita janganlah menfitnah orang lain. (halaman 151)
F11 - Kita janganlah melakukan kezaliman terhadap manusia.(halaman 154 dan
155)
F12 - Setiap kekejaman/kezaliman pasti akan mendapat balasan. (halaman 157
dan 158)
Pilih 5 isi
1 isi = 4 markah (1 markah fakta, 2 markah huraian dan perbincangan dan 1
markah contoh)
5 isi x 4 markah = 20 markah.
C. Penutup [2]
Cadangan/Penilain/Harapan
1. Kesimpulannya pelbagai pengajaran yang telah dikemukakan dalam cerpen
ini bagi membolehkan masyarakat menghayati menjadikannya sebagai satu
teladan dalam kehidupan.
2. Diharapkan pengajaran yang diutarakan oleh pengarang mampu menjadi
iktibar kepada generasi hari ini agar dapat mengamalkan cara hidup
berpandukan agama.
3. Segala pengajaran tentang kehidupan manusia yang dikongsikan oleh
pengarang mampu menjadi contoh dan teladan kepada setiap lapisan
masyarakat agar dapat menempuh kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat.

SULIT/JPN PK
PERCUBAAN STPM KMK 922/1

6 Berdasarkan Drama Asiah Samiah,yang termuat dalam Permata Sastera


Melayu , jawab soalan-soalan yang berikut ,

(c) Huraikan tiga perwatakan Asiah Samiah Muda dalam Drama Asiah
Samiah [9]

Skema jawapan:

F1 - Seorang yang cantik/ jelita.


H - Kecantikan seseorang perempuan pasti akan menjadi idaman dan igauan
lelaki tidak kita yang masih bujang ataupun sudah berkahwin.
C - Marga Tua menceritakan bahawa kecantikan Asiah Samiah setanding
dengan Puteri Gunung Ledang atau Charlitz Theron. (halaman 200).

F2 - Seorang yang baik berbudi bahasa dan tahu adab sopan.


H - Kualiti keperibadian yang mulia ini sangat penting bagi sesorang gadis
terutama yang terdidik dengan didikan dan asuhan yang baik daripada
keluarganya.
C - Marga tua menceritakan bahawa keperibadian mulia ini sebenarnya jarang
kedapatan pada anak-anak yang dibesarkan dalam kalangan kelua rga yang
mewah. (halaman 200)

F3 - Seorang yang hatinya terang/mudah menerima ilmu.


H - Hati yang terang bermaksud seseorang itu mudah untuk belajar, mengingati
dan menghafal sesuatu ilmu terutama ilmu agama.
C - Marga Tua mengagumi Asiah Samiah kerana hatinya terang kerana mudah
belajar Al Quran. (halaman 201)

F4 - Seorang yang tidak sombong.


F5 - Kekasih/Mencintai kepada Anas Samanda
F6 - Isteri kepada Misa Sagaraga
F7 - Ibu kepada Laila Anurisah.

Pilih 3 isi sahaja.


1 isi = 3 markah ( 1 markah fakta, 2 markah huraian dan contoh)
3 isi x 3 markah = 9 markah.
SULIT/JPN PK
PERCUBAAN STPM KMK 922/1

(d) Bincangkan amanat yang ingin dipaparkan oleh penulis dalam drama
ini. [16]
Skema Jawapan:
F1 - Kepentingan mempunyai sikap bertanggungjawab.
H - Sikap bertanggungjawab perlu ada dalam diri setiap insan. Seorang ibu atau
bapa perlu bertanggungjawab terhadap kehidupan dan masa depan anak
mereka.Ibu bapa hendaklah memberikan didikan yang sempurna kepada anak-
anak mereka.
P - Tanpa sikap bertanggungjawab dan lepas tangan dalam mendidik,
kemungkinan besar kehidupan anak-anak akan terabai dan masa depan mereka
tidak menentu.
C - Tuan Suari Alimin bertanggungjawab mengupah Merga Muda untuk
menjadi guru bahasa kepada anaknya.

F2 - Kepentingan mempunyai sifat kasih sayang.


H - Sifat kasih sayang perlu ada dalam diri setiap manusia. Dengan adanya sifat
kasih sayang manusia akan menjalani kehidupan masing-masing dengan
sempurna.
P - Tanpa sifat kasih sayang kehidupan manusia akan menjadi kejam dan suka
menindas dan tidak memperdulikan perasaan orang lain. Mereka hanya
mementingkan dunia dan kebendaan sahaja.
C - Tuan Suari Alimin dan Puan Setiawan Tanjung sayangkan anak mereka
Asiah Samiah. Begitu juga Asiah Samiah sayangkan keluarganya.

F3 - Kepentingan perjuangan mempertahankan hak.


H - Hak seseorang atau sekumpulan manusia perlu dipertahankan daripada
ancaman musuh atau pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

SULIT/JPN PK
PERCUBAAN STPM KMK 922/1

P - Jika kita membiarkan hak kita dicerobohi maka kehidupan akan menjadi
tidak tenteram dan selamat.
C - Ayah Marga mempertahankan tanah yang dimilikinya sehingga beliau
ditangkap lalu dipenjarakan.

F4 - Kesanggupan untuk melakukan pengorbanan.


H - Pengorbanan perlu dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan manusia
demi mencapai impian dan matlamat dalam melakukan sesuatu perkara.
Pengorbanan yang dilakukan seperti berkorban harta benda, masa, tenada dan
nyawa demi melihat orang lain hidup bahagia dan selamat.
P - Tanpa pengorbanan sesuatu perjuangan tidak akan dapat membuahkan hasil
yang sebenarnya malahan akan menemui kegagalan di pertengan jalan.
C - Ayah Marga sanggup mengorbankan dirinya dalam mempertahankan tanah
hak miliknya sehingga beliau dipenjarakan.
Anas Samanda sanggup mengorbankan cinta dan nyawanya demi perjuangan
menegakkan kebenaran.

F5 - Jangan terlalu memikirkan darjat dan pangkat ketika menentukan jodoh.


H - Pangkat, kedudukan dan harta bukanlah syarat utama dalam menjamin
kebahagian kehidupan seseorang manusia. Dalam mendidikan mahligai bahagia
rumahtangga selain kebendaan faktor paling penting ialah perasaan kasih
sayang atau cinta antara satu sama lain.
P - Kehidupan yang hanya bergantung kepada kebendaan semata-mata biasanya
akan berakhir dengan kehancuran dan kegagalan.
C - Tuan Setiawan Tanjung hanya melihat Miasa Sagaraga senagai bakal jodoh
anaknya Asiah Samiah boelh mendatangkan kebahagian dalam
kehidupan.Akhirnya rumahtngga yang dibina berakhir dengan kehancuran.

F6 - Kepentingan membuat keputusan yang tepat dalam menentukan hala tuju


kehidupan.
F7 - Jangan melakukan penindasan terhadap golongan yang tidak
berupaya/orang miskin.
SULIT/JPN PK
PERCUBAAN STPM KMK 922/1

F8 - Jangan melupakan tanggungjawab mendidik dan menjaga keluarga.


F9 - Kepentingan mempunyai perasaan simpati/tolong-menolong antara satu
sama lain.
F10 - Kepentingan nasihat-menasihati antara satu sama lain.
F11 - Kepentingan berpegang teguh kepada hukum dan ajaran agama.
F12 - Kepentingan patuh dan menghormati kepada kedua ibu bapa.

Pilih 4 isi sahaja


1 isi + 4 markah (1 markah fakta, 2 markah huraian perbincangan dan 1 markah
contoh)
4 isi x 4 markah = 16 markah.

SULIT/JPN PK

You might also like