You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN STAF BIL 1/2021

Tarikh : 25 Febuari 2021


Hari : Khamis
Tempat : Bilik Guru SK Rosob
Masa : 08.30 pagi

Kehadiran:
1. En. Kassah bin Masrah (Guru Besar)
2. En. Edward Yong @ Faizul bin Fazil (PK 1)
3. Pn. Asima binti Along @ Halion (PK HEM)
4. Pn. Joronah bte Otoi (PK Kokum)
5. En. Ahmad Shah Tayor
6. En. Awang Roslan bin Musa
7. En. Azman bin Maslol
8. En. Backlley bin Gusting
9. En. Juman bin Bulat
10. En. Maidin bin Munawar
11. En. Ramlee bin Kola
12. En. Syazwan bin Yahaya
13. Pn. Ani binti Edy
14. Pn. Annette Shizu Gaban
15. Pn. Fatimah binti Ali
16. Pn. Ismah bt Ayub
17. Pn. Julia binti Awang Din
18. Pn. Mariah bte Masrah
19. Pn. Masrinah binti Masrah
20. Pn. Mijan binti Abd Ghani
21. Pn. Norlailah binti Muhd Shah
22. Pn. Saliah bt Abu Bakar
23. Pn. Saloma binti Masran
24. Pn. Shahrizan Fadzillah binti Wahab

Tidak hadir bersebab (BDR):


1. En. Mohd Mustaqim bin Zulzaimi
2. En. Mojutan bin Jaga
3. En. Moksin bin Abd Sani
4. En. Jumaidin bin Sallehuddin
5. En. Sandy bin Jose
6. Pn. Kamariah binti Abd Sani
7. Pn. Nor Milama binti Abd Razak
8. Cik Rosfadzillah binti Mohamed Yusof
9. Pn. Salwanah binti Sukin
10. Pn. Suriani binti Amit

Agenda Mesyuarat :
1. Bacaan Doa
2. Ucapan alu-aluan Guru Besar
3. Prosedur Pengoperasian Sekolah Versi 2.0
4. Pengurusan Masa Balik Pelajar Model 4
5. Hal-hal lain
Bil. Perkara Catatan/Tindakan
1.0 Bacaan Doa
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh
Ustaz Ramlee bin Kola.

2.0 Ucapan alu-aluan Guru Besar


2.1 Guru Besar, Encik Kassah bin Masrah mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua guru dan AKP di atas kehadiran ke
mesyuarat kali pertama bagi tahun 2021.

2.2 Beliau juga mengucapkan rasa syukur di atas kehadiran


Pegawai SIP+ PPD Pitas, En. Justin Dumin ke mesyuarat ini
dan berharap agar semua staf sudah bersedia untuk pembukaan
semula sekolah pada 01 Mac 2021.

3.0 Prosedur Pengoperasian Sekolah Versi 2.0


3.1 Guru Besar membentangkan Prosedur Pengoperasian Sekolah
Versi 2.0 seperti mana diarahkan oleh pihak JPN dan PPD.
Beliau memohon kepada semua staf agar memahami
sepenuhnya prosedur pengoperasian sekolah ini agar tidak
berlaku kekeliruan apabila sekolah mula beroperasi pada 01
Mac.

3.2 Softcopy prosedur pengoperasian ini akan diapungkan dalam


whatsapp dan telegram rasmi sekolah untuk panduan dan
rujukan semua.

4.0 Pengurusan Masa Balik Pelajar Model 4


4.1 En. Ahmad Shah Tayor membentangkan pengurusan masa
balik berdasarkan Kaedah Pelaksanaan Model 4 iaitu:
4.1.1 Penyuraian murid mengikut darjah, lokaliti dan
pergerakan murid.
4.1.2 Tempoh masa penyuraian murid antara 5 hingga 10
minit mengikut darjah.
4.1.3 Guru kelas bagi mata pelajaran waktu terakhir perlu
menunggu untuk menguruskan murid bergerak keluar
dari kelas. (Kawalan di kelas)
4.1.4 Guru bertugas khas dan pengawal keselamatan akan
bertugas di pintu pagar sekolah untuk memastikan
pergerakan murid dengan teratur.
4.1.5 Kerjasama pihak PIBG / PIBK / KSIB / PIBKS.

5.0 Hal-hal Lain


5.1 En. Ahmad Shah Tayor menerangkan tentang penggunaan
aplikasi Datang Reader dalam merekod suhu murid semasa
datang ke sekolah pada waktu pagi. Antara penambahbaikan
yang dibuat dan perlu dipertimbangkan adalah seperti berikut:
5.1.1 Pengimbas suhu akan disambungkan terus
menggunakan telefon bimbit yang mempunyai fungsi
OTG. Ini akan mempercepatkan proses merekod suhu
dan seterusnya mengelakkan kesesakan di pintu pagar
utama sekolah.
5.1.2 Proses muat naik data murid dalam sistem lebih mudah
berbanding sebelumnya kerana boleh diambil terus
melalui data APDM sekolah.
5.1.3 Pihak sekolah hanya mempunyai 1 sahaja pengimbas
suhu yang sesuai dengan aplikasi ini. Oleh itu, En.
Ahmad Shah memohon kepada pihak sekolah agar
dapat membeli 1 lagi pengimbas suhu yang sesuai
untuk melancarkan pergerakan murid. Antara model
pengimbas suhu yang sesuai ialah K3 dan K3 Pro
Thermometer berharga RM250.00

5.2 En. Justin Dumin selaku SIP+ PPD Pitas mengucapkan ribuan
terima kasih kerana diberi peluang untuk memberi sedikit
ucapan dan amanat dalam mesyuarat ini. Antara intipati ucapan
beliau adalah:
5.2.1 Penggunaan aplikasi Datang Reader yang digunakan
sangat sesuai dan wajar dijadikan contoh kepada semua
sekolah di daerah Pitas.
5.2.2 Kehadiran beliau ke sekolah adalah bertujuan untuk
memantau persiapan pembukaan semula sekolah pada
01 Mac. Hasil daripada pemerhatian beliau persiapan
sekolah amat memuaskan iaitu dalam 80% dan
diharapkan agar dapat mencapai 100% sebelum 01
Mac.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 pagi. Penangguhan mesyuarat dicadangkan oleh
Encik Moksin bin Abd Sani dan disokong oleh semua guru.

Disediakan oleh : Disemak dan disahkan oleh :

............................................ .............................................
(AHMAD SHAH TAYOR) (KASSAH BIN MASRAH)
Setiausaha Pengurusan Staf Guru Besar
SK Rosob, Pitas SK Rosob, Pitas
AST/2021

You might also like