You are on page 1of 15

SIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIASIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIA

SIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIASIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIA
STPM
940/3
SIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIASIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIA
2019
SIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIASIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIA
OKT
SIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIASIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIA
2019
SIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIASIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIA
SIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIASIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIA
PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM
SIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIASIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIA
SEMESTER TIGA
SIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIASIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIA
SMK KAPIT
SIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIASIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIA
SIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIASIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIA
Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara
SIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIASIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIA
SIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIASIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIA
1800-2000
SIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIASIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIA
Masa : 2 Jam
SIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIASIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIA
SIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIASIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIA
SIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIASIJILTINGGIPERSEKOLAHANMALAYSIA

9
4
0 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
3 (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN


BERBUAT DEMIKIAN.

1. Calon dikehendaki menjawab empat soalan sahaja, iaitu dua daripada


Bahagian A dan dua daripada Bahagian B.

2. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak
© Guru Sejarah Tingkatan Enam 2019

STPM 940/3 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT*

Bahagian A: Sejarah Malaysia


[40 markah]

1. Jelaskan sebab-sebab penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu pada abad ke-19 dan awal
abad ke-20. [20]

2. Pengaruh luar memainkan peranan penting dalam kebangkitan nasionalisme di Tanah


Melayu. Bincangkan. [20]

3. Bincangkan langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi ancaman Parti Komunis


Malaya. [20]

9
4
Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara 0
[40 markah] 3

4. Huraikan peranan pembesar di Vietnam sebelum campur tangan Barat. [20]

5. Nilaikan peranan Raja Thibaw dalam penentangan terhadap kuasa asing di Myanmar pada
abad ke-19. [20]

6. Bincangkan perkembangan Sarekat Islam di Indonesia dalam gerakan nasionalisme


sehingga tahun 1920-an. [20]

DISEDIAKAN OLEH: DISAH DAN DILULUSKAN OLEH:

(TEOH SAY BENG) (LIM HOK HIN)


Guru Akademik Ting. Enam Setiausaha Peperiksaan STPM
SMK KAPIT SMK KAPIT

940/3
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*
SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SEMESTER 3 2019
BAHAGIAN A: SEJARAH MALAYSIA

SOALAN 1
Jelaskan sebab-sebab penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu pada abad ke-19 dan
awal abad ke-20.

Pendahuluan:
Masyarakat di Tanah Melayu terdiri daripada tiga kaum terbesar, iaitu orang Melayu, Cina dan
India. Terdapat juga golongan minoriti seperti kaum peranakan. Namun sebelum pertengahan
abad ke-20, hampir semua penduduk di Tanah Melayu terdiri daripada orang Melayu.
Orang Cina berasal dari negara China dan berhijrah ke Tanah Melayu sejak wujudnya jalinan 
hubungan antara Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dengan Dinasti Ming negara China pada
abad ke-15. Pedagang-pedagang China telah membuka petempatan di Pahang, Kelantan, dan
Terengganu pada awal abad ke-17. Pada awal abad ke-19, British telah membuka petempatan
di Pulau Pinang dan Singapura. Orang Cina bekerja sebagai buruh, peniaga, tukang dan dalam
pertanian ladang seperti ubi kayu, tebu, dan lada hitam. Kedatangan orang Cina pada peringkat
awal bertujuan untuk tinggal sementara dan tidak bermaksud untuk menetap atau menjadikan
negara ini sebagai tanah air mereka. Kedatangan mereka ke Tanah Melayu adalah semata-mata
dipengaruhi oleh faktor ekonomi.

Isi-isi Penting:
FAKTOR PENOLAK
1. MASALAH KEPADATAN PENDUDUK
Negara China mempunyal kepadatan penduduk yang tinggi. Pertambahan penduduk tidak
seimbang dengan pengeluaran hasil pertanian menyebabkan bekalan makanan tidak
mencukupi. Keadaan ini telah mewujudkan masalah kebuluran dan ini telah menjadikan
kehidupan rakyat China sengsara. Antara tahun 1751 hingga 1851, penduduk China telah
bertambah dari 182 juta orang kepada 432 juta orang, tetapi hasil pertanian semakin merosot.

2. BENCANA ALAM
Kesengsaraan hidup rakyat di China semakin bertambah apabila berlakunya bencana alam
yang telah memusnahkan sebahagian besar kawasan pertanian di China. Sepanjang tahun
1840-an dan 1850-an, negara China mengalami banyak bencana alam, iaitu kemarau yang
berpanjangan di Wilayah Hunan di Utara China dan masalah banjir di selatan China
terutamanya di sekitar Lembah Sungai Yangtze dan Sungai Hwang Ho. Kejadian ini telah
memusnahkan kawasan pertanian dan menyebabkan masalah kebuluran.

3. MASALAH PENGANGGURAN
Kehidupan rakyat China semakin susah dan sengsara apabila negara China menerima
kemasukan kuasa asing. Pembukaan perusahaan Barat di China telah menyebabkan industri
tempatan merosot. Tambahan pula, kemasukan barang-barang Barat dengan banyak dan murah
menyebabkan barangan tempatan tidak laku. Orang-orang China yang terlibat dengan sistem
pengangkutan tradisional seperti tongkang dan kereta kuda hilang pekerjaan dengan
pengenalan sistem pengangkutan moden. Justeru itu, kesengsaraan dan masalah kemiskinan
telah mendorong orang Cina ke Tanah Melayu untuk mencari kehidupan yang lebih terjamin.

4. DASAR KERAJAAN MANCHU


Dasar Kerajaan Manchu mengenakan cukai yang tinggi untuk menanggung kos pentadbiran
yang semakin bertambah turut menambah beban rakyat China. Akibatnya, tidak mampu
membayar cukai yang tinggi ditambah dengan kemusnahan tanaman akibat bencana alam telah
mengakibatkan petani terpaksa menjual tanah bagi membayar cukai tersebut. Atas desakan
hidup inilah telah mendorong orang Cina dari China untuk berhijrah ke Tanah Melayu.

5. KEKACAUAN POLITIK PEMERINTAHAN MANCHU


Menjelang pertengahan abad ke-19, keadaan politik negara China di bawah pemerintahan
Dinasti Manchu menjadi tidak stabil akibat tercetusnya Perang Candu I (1839-1842) dan
Perang Candu II (1856-1860). Kekalahan China dalam Perang Candu membuktikan kelemahan
Dinasti Manchu. Justeru itu orang Cina terutamanya dari wilayah Kwangtung dan Kwangsi
bangun memberontak untuk menggulingkan Dinasti Manchu. Pada tahun 1850-1864, telah
berlaku Pemberontakan Taiping dipimpin oleh Hung Hsiu-Chuan, bertujuan menggulingkan
pemerintahan Manchu, tetapi gagal. Mereka yang terlibat dalam pemberontakan tersebut telah
diburu oleh kerajaan. Ini telah menyebabkan golongan pemberontak terpaksa melarikan diri ke
negara lain untuk mengelakkan hukuman dari Kerajaan Manchu. Sentimen anti-Manchu
semakin berleluasa akibat amalan rasuah atau korupsi di kalangan pegawai-pegawai Manchu.
Masyarakat Cina ditindas dengan dikenakan kadar cukai yang tinggi. Tambahan pula, orang
Cina beranggapan Dinasti Manchu sebagai dinasti asing. Kebencian orang Cina terhadap
pemerintahan Dinasti Manchu mendorong penghijrahan mereka ke Tanah Melayu.

FAKTOR DALAMAN
6. PERKEMBANGAN EKONOMI DI TANAH MELAYU
Tanah Melayu mula mengalami perkembangan ekonomi mulai pertengahan abad ke-19 yang
telah mendorong kedatangan orang Cina. Tanah Melayu mempunyai daya tarikan yang cukup
tinggi kerana peluang pekerjaan yang banyak terutamanya di kawasan perlombongan bijih
timah, di ladang lada hitam dan kopi. Antara tahun 1899-1900, terdapat sejumlah 100 ribu
orang Cina telah menetap di Tanah Melayu akibat penghijrahan orang Cina secara beramai-
ramai ekoran kenaikan harga bijih timah. Kemajuan perusahaan getah turut menarik
kedatangan imigran Cina. Pada tahun 1931, hampir separuh daripada penduduk yang terlibat
dalam penanaman getah adalah merupakan orang Cina.

7. DASAR BRITISH DI TANAH MELAYU


Kekurangan tenaga buruh di sektor perladangan dan perusahaan bijih timah menyebabkan
British rnenggalakkan kedatangan imigran Cina. Ini kerana orang Melayu lebih tertumpu
dalam aktiviti sara diri terutamanya tanaman padi. Tambahan pula, British tidak begitu
berminat memajukan orang Melayu kerana British bimbang orang Melayu akan bangun
menentang mereka. Bagi menarik minat orang-orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu, British
telah mewujudkan kestabilan politik bagi menjamin keselamatan nyawa dan harta benda orang
Cina di Tanah Melayu. Buktinya, British telah berjaya menamatkan Perang Larut, Perang
Kelang serta membanteras kegiatan perlanunan. Kerajaan British juga tidak mengenakan
sebarang sekatan, malah orang Cina digalakkan datang ke Tanah Melayu tanpa had sehingga
tahun 1929. Kehadiran imigran Cina mampu mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh
terutamanya di sektor perlombongan. Hasrat British untuk mengeksploitasi hasil kekayaan di
Tanah Melayu tercapai.

8. FAKTOR LAIN
Kemajuan teknologi dalam sistem perhubungan turut menjadi sebab kedatangan imigran Cina.
Terciptanya kapal wap (stim) bagi menggantikan ‘kapal layar’ telah menghidupkan minat
orang Cina untuk datang ke Tanah Melayu dengan cepat dan murah. Orang Cina dari wilayah
Selatan China seperti Kwangtung dan Fukien terkenal dengan sifat-sifat keberanian, gemar
mengembara serta berdaya usaha yang tinggi. Tanpa mengenal erti kecewa dan putus asa,
mereka nekad membina kehidupan baru yang lebih baik dan selesa meskipun terpaksa
meninggalkan tanah air sendiri. Berbekalkan semangat kental, orang Cina berhijrah ke Tanah
Melayu. 

Penutup
  Penghijrahan masyarakat Cina pada abad ke-19 ke Tanah Melayu telah menyebabkan
perubahan kependudukan di Tanah Melayu. Perubahan ini meliputi aspek jumlah penduduk,
jenis penduduk dan juga nisbah jantina penduduk.
Penghijrahan masyarakat Cina ini juga secara tidak langsung membawa kepada kewujudan
masyarakat majmuk di Tanah Melayu.
SOALAN 2
Pengaruh luar memainkan peranan penting dalam kebangkitan nasionalisme di Tanah
Melayu. Bincangkan.

Pengenalan
Gerakan nasionalisme di Tanah Melayu bermula pada awal abad ke-20 disebabkan British
telah memperkenalkan pelbagai perubahan dalam sistem politik, ekonomi dan sosial.
Gerakan ini turut dipengaruhi oleh pengaruh luar terutamanya dari Timur Tengah, Indonesia,
Filipina, India dan China yang juga memainkan peranan penting dalam membangkitkan
gerakan nasionalisme. Pengaruh luar ini telah membangkitkan semangat nasionalisme rakyat
untuk bersatu dan mengkritik penjajah melalui akhbar, majalah dan persatuan.

Isi-Isi Penting:
1. Golongan yang menganjurkan Gerakan Islah.
 Golongan kesedaran Melayu dipelopori oleh golongan yang menganjurkan gerakan Islah
Islamiah dari Timur Tengah pada tahun 1906.
 Gerakan Islah Islamiah perjuangkan Konsep Pan-Islamisme, iaitu satu gerakan menyatukan
semua umat Islam di seluruh dunia dalam penentangan mereka terhadap perluasan Barat.
Gerakan ini juga mendesak umat Islam supaya kembali kepada ajaran al-Quran dan hadis.
2. Gerakan Pan-Islamisme
 Gerakan Pan-Islamisme diperkenalkan oleh Sultan Turki yang dianggap sebagai Khalifah
sangat dihormati oleh seluruh dunia Islam. Pada tahun 1876 hingga 1909, Sultan Abdul
Hamid merupakan penyokong kuat gerakan Pan-Islamisme.
 Gerakan ini merebak di kebanyakan negara Islam termasuk Tanah Melayu. Dunia Islam
diseru supaya bersatu-padu di bawah satu naungan empayar Turki Uthmaniyah untuk
menyekat perluasan kuasa Barat di negara-negara Islam.
3. Gerakan Turki Muda
 Gerakan Turki Muda pimpinan Mustapha Kamal Attaturk mempengaruhi golongan
intelektual di Tanah Melayu yang menganggapnya sebagai satu gerakan nasionalisme Islam
yang berjaya mengatasi kelemahan dan kemunduran rakyat Turki.
 Pengaruh Gerakan Turki Muda tersebar dalam politik Tanah Melayu pada tahun 1930.
4. Pengaruh dari Indonesia
 Pengaruh dari Indonesia mempunyai impak yang sangat besar kepada orang Melayu.
Golongan intelektual di Tanah Melayu telah membaca akhbar dan majalah dari Indonesia.
Sarekat Islam yang diketuai oleh Sayid Muhammad yang berasal dari Johor meluaskan
pengaruh di Tanah Melayu.
 Parti Komunis Indonesia dan Parti Nasional Indonesia telah berjaya mempengaruhi
golongan nasionalis Tanah Melayu.
5. Pengaruh dari negara lain
 Pengaruh dari negara lain seperti India dan China masuk ke Tanah Melayu. Pengaruh dari
India bertujuan membebaskan India daripada penjajahan British.
 Manakala, perkembangan di China seperti Revolusi China yang berjaya menggulingkan
kerajaan Manchu telah membangkitkan kesedaran nasionalisme di Tanah Melayu.

Kesimpulan
Pengaruh luar memainkan peranan penting dalam membangkitkan kesedaran nasionalisme
dalam kalangan orang Melayu selain faktor dalaman lain di Tanah Melayu. Pengalaman negara
luar tersebut yang pernah dijajah dan memperolehi kemerdekaan telah mempengaruhi gerakan
nasionalisme di Tanah Melayu untuk berjuang mencapai kemerdekaan.
SOALAN 3
Bincangkan langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi ancaman Parti Komunis
Malaya.

Pendahuluan 
 1948-1960 berlaku pemberontakan bersenjata PKM.
 Komunis telah membunuh tiga orang Eropah berhampiran Sungai Siput pada 16 Jun 1948.
 Sir Edward Gent mengisytiharkan Darurat di Perak dan Johor pada 16 Jun 1948.
 17 Jun 1948 seluruh Tanah Melayu diisytiharkan Darurat.
 23 Julai 1948 PKM dan parti berhaluan kiri seperti Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Ikatan
Pemuda Tanah Air Melayu (PETA), Pemuda Radikal Melayu (PERAM), Parti Kebangsaan
Melayu Malaya (PKMM) dan Parti Hizbul Muslimin diharamkan secara rasmi.
 Kerajaan melancarkan beberapa langkah menentang komunis.

ISI-ISI
Pengisytiharan Darurat 1948.
o Memberi kuasa luas kepada kerajaan (tentera dan polis) untuk menangkap dan menahan
sesiapa yang disyaki terlibat dalam kegiatan subversif tanpa bicara. Ramai ahli dan
penyokong PKM ditangkap serta-merta.
o Pasukan keselamatan dibenarkan menggeledah rumah kediaman, memindah penduduk ke
penempatan baru atau memagar kampung yang penduduknya disyaki membantu PKM.
o Peraturan perintah berkurung menghadkan pergerakan rakyat dan ahli PKM.
o Sekatan jalan raya – kerajaan dapat menyekat dan mengawal pergerakan ahli PKM.
o Catuan makanan – mengelakkan bahan makanan dan perubatan jatuh ke tangan PKM.
Komunis sukar mendapat bekalan makanan dan ubat-ubatan.
o PKM menghasut kesatuan sekerja melancarkan mogok seluruh negara. Kerajaan meluluskan
penubuhan “Trade Union Amendment Ordinance 1948” untuk memastikan mereka yang
menentang kerajaan tidak diambil bekerja.
o Sistem Pendaftaran Kebangsaan mewajibkan setiap penduduk berumur 12 tahun atau lebih
didaftarkan & diberi kad pengenalan untuk membezakannya dengan pengganas komunis.
Tujuan – mudah mengawal dan mengesan pergerakan penduduk.

Rancangan Briggs
Perkampungan Baru
o Seramai 400,000 orang penduduk setinggan Cina dipindahkan ke lebih 400 buah
penempatan semula setinggan yang digelar kampung baru di seluruh Tanah Melayu.
o Kampung-kampung dipagari dengan kawat berduri & dikawal ketat oleh Special Constables
(SC) – diberi perlindungan dari ancaman PKM dan untuk menyekat bekalan makanan,
wang, maklumat dan ubat-ubatan jatuh ke tangan Min Yuen.
o Hubungan Min Yuen dengan PKM terputus memaksa komunis keluar dari hutan.

Gerakan Kelaparan
o Kerajaan melaksanakan program “Gerakan Kelaparan” – tujuan memastikan pihak komunis
tidak mendapat sebarang bekalan makanan, senjata, maklumat & ubatan.
o Setiap ketua keluarga diberi kad catuan makanan bagi memastikan setiap anggota keluarga
memperoleh bekalan makanan secukupnya untuk mengawal bekalan makanan dari sampai
ke tangan komunis.
o Kesannya, komunis sukar mendapat bekalan makanan. Tanpa barang keperluan ini
pengganas komunis terpaksa keluar dari tempat persembunyian mereka di hutan. Ia
memudahkan pasukan keselamatan menggempur pengganas komunis.

Penubuhan Jawatankuasa Kerja Perang


o Meliputi peringkat negeri dan daerah.
o Bertujuan mewujudkan persefahaman antara kerajaan negeri dengan Persekutuan bagi
menangani ancaman komunis.

Rancangan Templer
Ketenteraan
o Menaikkan semangat dan kekuatan tentera kerajaan menentang PKM.
o Menambah kekuatan tentera - 13 batalion askar British, Gurkha dan Melayu kepada 23
batalion termasuk dari negara Komanwel spt Australia, New Zealand, Fiji dan Rhodesia.
o “Home Guard” terdiri daripada kaum lelaki & wanita ditubuhkan di peringkat kampung
untuk membantu pasukan polis & tentera menjaga keselamatan – bilangan ditambah kepada
210,000 pada akhir 1953.
o Pasukan polis disusun semula. Bilangan anggota polis ditambah dari 24,000 kepada 67,000
pada 1952.
o Seramai 24,000 orang Mata-mata Khas Melayu (Special Constables) telah dilatih &
dihantar mengawal ladang & kawasan lombong yang terpencil.
o Pasukan keselamatan mengebom & melakukan serangan hendap ke atas kawasan yang
menjadi sarang komunis dengan bantuan Tentera Udara British untuk melemahkan
pengganas komunis.

Pengenalan Konsep ’Kawasan Hitam dan Kawasan Putih’


 ’Kawasan Hitam’ merupakan kawasan yang terdapat kegiatan komunis yang aktif dan
dikenakan banyak sekatan dan perintah berkurung. Perintah berkurung melarang setiap
individu daripada keluar rumah bermula jam 6 petang hingga 6 pagi.
 ’Kawasan Putih’ ialah kawasan bebas daripada ancaman komunis dan penguatkuasaan
peraturan Darurat dilonggarkan. Ia bertujuan menggalakkan kawasan hitam lain untuk
memastikan kawasan mereka menjadi kawasan putih.
o Ia merupakan langkah penting kerana maklumat yang diberi oleh penduduk memudahkan
komunis ditangkap.
o Kawasan Putih pertama diisytiharkan ialah Melaka pada September 1952.

Perang Psikologi
 Sir Gerald Templer dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu dan
Pengarah Gerakan pada 1952 menggantikan Sir Henry Gurney yang mati dibunuh dalam
serangan hendap oleh komunis di Bukit Fraser.
 Templer menyedari penggunaan kekerasan & senjata semata-mata tidak akan berjaya
menghapuskan pengaruh komunis. Kempen kerajaan untuk “memenangi hati dan fikiran
rakyat” dilaksanakan.
 Kempen “Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis”: Penduduk pelbagai kaum
bersama-sama membawa sepanduk mengutuk keganasan komunis. Penduduk membakar
patung-patung yang melambangkan anggota komunis.
 Risalah Menentang Komunis diedarkan ke seluruh Tanah Melayu untuk menimbulkan
kebencian penduduk terhadap kekejaman komunis. Kerajaan berusaha menimbulkan
kebencian rakyat terhadap komunis dengan menggelar mereka sebagai pengganas komunis.
 Sultan & Menteri Besar setiap negeri sering mengingatkan rakyat tentang langkah kerajaan
menentang komunis.
o Syarat kewarganegaraan dilonggarkan melalui Pindaan Undang-undang 1952 untuk menarik
sokongan orang Cina kepada kerajaan.
o Bilangan kaum Cina dan India yang layak menjadi warganegara meningkat mendorong
mereka menyokong British dan melemahkan perjuangan komunis.
o Tawaran hadiah wang kepada pemberi maklumat yang membawa kepada penangkapan
anggota komunis: Contoh $250,000 jika berjaya menangkap Chin Peng hidup atau mati.
o Tawaran pengampunan beramai-ramai: Risalah dan pas pengampunan digugurkan dari
udara ke kawasan komunis dalam hutan oleh Tentera Udara British.
 Pada tahun 1955 sebanyak 40 juta risalah & 12 juta pas pengampunan diedarkan dalam
bahasa Cina, Melayu & Tamil. Setiap hari Radio Malaya menyiarkan syarat tawaran
pengampunan itu. Poster berkaitan ditampal di serata tempat. Iklan dan wayang gambar
digunakan untuk membantu penduduk memujuk pengganas komunis menyerah diri.
o Tawaran ini berjaya menarik ahli PKM keluar dari hutan untuk menyerah diri.
o Membangunkan sosio-ekonomi penduduk – Kerajaan bantu perkembangan orang
Melayu/Cina dalam sistem pendidikan untuk mengawal fahaman komunis.
o Menggalakkan perkembangan politik – Parti politik seperti UMNO, MIC dan MCA
dibenarkan menjalankan aktiviti. Briggs menyokong penubuhan Malayan Chinese
Association (MCA) pada tahun 1949 untuk membantu setinggan Cina di kampung baru.
o Pilihanraya Majlis Tempatan diperkenalkan. Dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan
Persekutuan tahun 1955, Parti Perikatan mengemukakan manifesto yang menjanjikan
kemerdekaan segera dan menamatkan Darurat. Tunku Abdul Rahman berjanji jika diberi
mandat akan berunding dengan pihak komunis.
o Kerajaan British membayangkan untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
o Penduduk Tanah Melayu terus bersikap anti-komunis sehingga pilihanraya umum pertama
diadakan pada 1955.
o Pada Oktober 1955, Chin Peng menulis surat kepada Tunku Abdul Rahman untuk
mengadakan rundingan. Rundingan Baling diadakan pada 28-29 Disember 1955 tetapi gagal
kerana kerajaan enggan mengiktiraf PKM serta perjuangannya.

KESIMPULAN
· Pemberontakan komunis menyebabkan rakyat menderita.
· Penderitaan yang dirasai dan kebencian mendorong rakyat menyokong kerajaan.
· Langkah berkesan pihak kerajaan telah berjaya menghapuskan pemberontakan komunis.
· Pada tahun 1960, Darurat diisytiharkan tamat secara rasmi.
BAHAGIAN B: SEJARAH ASIA TENGGARA

SOALAN 4
Huraikan peranan pembesar di Vietnam sebelum campur tangan Barat.

Pengenalan
Golongan pembesar memainkan peranan yang penting dalam tampuk pemerintahan sesebuah
negara. Pembesar merupakan tulang belakang dalam sistem politik sesebuah negara kerana
mereka bertanggungjawab dalam membantu pemerintahan yang dijalankan oleh raja atau
maharaja. Golongan pembesar di Vietnam merupakan pegawai kerajaan yang dilantik oleh
maharaja untuk melaksanakan tugas-tugas tertentu. Sistem pembesar di Vietnam terbahagi
kepada beberapa kelas atau peringkat dan mempunyai gelaran tertentu. Pembesar kanan
merupakan golongan yang paling rapat dengan maharaja dan mendapat kepercayaan. Ini
diikuti oleh pembesar wilayah atau daerah dan akhir sekali pembesar peringkat kampung.

Isi-isi Penting
 Terdapat perbezaan yang agak ketara antara pembesar Vietnam berbanding dengan
pembesar tempatan di negara lain di Asia Tenggara. Vietnam di bawah Maharaja Gia Long
merupakan sebuah kerajaan pusat dan segala urusan kerajaan berpusat di Hue. Mereka tidak
berhak memungut cukai, manakala gaji mereka dibayar oleh Maharaja. Kuasa pemerintahan
dan kutipan cukai terletak pada golongan Mandarin atau Quan yang mendapat pangkat
dalam ajaran Confucius yang berasal dari China. Golongan Mandarin mengetuai setiap
birokrasi di Vietnam.

 Kelayakan pendidikan penting dalam melantik seorang pembesar. Hanya pemilik ijazah
‘kedoktoran’ Confucius dalam sistem pelajaran Confucius yang mementingkan daya ingatan
dan hafalan sahaja diberikan jawatan dalam perkhidmatan awam Vietnam.

 Sistem pembesar pada zaman Dinasti Nguyen merupakan satu sistem pentadbiran yang
sistematik dan efisien. Maharaja Gia Long dibantu oleh enam Kementerian atau Quan yang
diketuai oleh golongan Mandarin. Kementerian tersebut ialah Kementerian Hal Ehwal
Awam, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Upacara, Kehakiman, Kewangan dan
Peperangan. Kesemua Quan mempunyai kedudukan istimewa dalam sistem pentadbiran
kerajaan.

 Terdapat sebuah Noi Cac atau Majlis Tertinggi yang dipengerusikan oleh Maharaja dan
Enam orang Ketua Quan. Ia bertanggungjawab memberi pandangan kepada Maharaja dalam
semua hal berkaitan dengan pemerintahan dan pentadbiran. Majlis ini juga medan dalam
menyelesaikan masalah dan perkara yang tidak dapat diselesaikan di peringkat kementerian.
 Di peringkat daerah, golongan pembesar menjalankan tugas demi melicinkan pentadbiran
daerah.Tugas utama mereka ialah menjaga keselamatan dan ketenyeraan wilayah serta
mengutip cukai. Tugas utama ialah menjaga keselamatan dan ketenteraan wilayah serta
mengutip cukai. Mereka juga wajib menjalankan upacara keagamaan dan adat istiadat.
Mereka perlu menyelesaikan hal-hal berkaitan dengan kehakiman. Pembesar wilayah
mengambil dan melatih tentera untuk mempertahankan negara.

 Golongan pembesar yang paling rendah kuasa ialah pembesar peringkat kampung atau
Komun. Mereka mendapat kepercayaan daripada kerajaan pusat untuk menjaga keamanan,
urusan pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang di kampung masing-masing.

Kesimpulan
Sistem pembesar di Vietnam sebelum campur tangan Perancis merupakan satu sistem yang
tersusun dan sempurna. Kuasa mereka adalah terhad dan di bawah kawalan Maharaja Vietnam.
Dalam corak pentadbiran di bawah penjajahan Perancis kemudiannya, Mandarin yang tidak
berkhidmat dengan penjajah akan dipindahkan ke Annam. Pentadbiran peringkat tertinggi
diambil alih oleh pegawai keturunan Perancis di Vietnam. Jawatan pentadbiran rendah pula
diisi penduduk tempatan yang menerima pendidikan Perancis. Kesannya golongan Mandarin
di Vietnam kehilangan kuasa mereka di bawah penjajahan Perancis.
SOALAN 5
Nilaikan peranan Raja Thibaw dalam penentangan terhadap kuasa asing di Myanmar
pada abad ke-19.

Pengenalan
 Raja Thibaw lahir pada tahun 1858 di Mandalay, Burma (Myanmar).
 Raja Thibaw anak kepada Raja Mindon Min dengan Puteri Laungshe dan dipilih sebagai raja
oleh Permaisuri Utama dengan persetujuan Kinwun Mingyi. Baginda ditabalkan pada tahun
1878 dan merupakan raja terakhir Dinasti Konbaung dalam sejarah pemerintahan beraja di
Burma.
 Berikutan kekacauan yang berlaku di Burma yang membawa kepada campur tangan British
di Burma, tentera British telah berjaya menduduki Burma Hulu dalam Perang Inggeris-
Burma III pada 29 November 1885. Pemerintahan Raja Thibaw berakhir dengan kejayaan
British ini.

Isi-isi Penting:
a) Raja Thibaw mengamalkan pemerintahan yang keras, menekan dan menindas
berbanding pemerintahan ayahandanya Raja Mindon Min yang bertolak ansur
dengan istana, rakyat dan kuasa asing. Keadaan tidak menyenangkan ini menyebabkan
berlaku kekacauan dalam negara yang membawa kepada campur tangan British di Burma.
Sikap Raja Thibaw ini menyebabkan para saudagar British merasa tidak puas hati lalu
mendesak Kerajaan British di India supaya campur tangan untuk menguasai Burma Hulu.
Selain itu, Perbendaharaan Burma Hulu mengalami masalah kekurangan sumber pendapatan
semasa zaman pemerintahan baginda. Sebagai menyelesaikan masalah tersebut, Raja
Thibaw meningkatkan cukai yang dikenakan terhadap golongan masyarakat di Burma.
b) Raja Thibaw cenderung mengamalkan dasar berbaik-baik dengan kuasa Perancis
dengan tujuan untuk memperoleh senjata dari pihak Perancis untuk menangani
ancaman dan kemaraan British di Burma. Baginda telah menjalinkan perjanjian
perdagangan dengan Perancis dan menghantar misi diplomatik melalui wakilnya, Atwinwun
ke Paris untuk memeterai perjanjian yang ditandatangani pada 1 Januari 1885 dengan tujuan
utama untuk membeli senjata Perancis.
c) Raja Thibaw berpendapat kemaraan British dapat ditangani dengan bantuan
Perancis. Oleh kerana itu, baginda banyak memberi keistimewaan kepada Perancis di
Burma seperti kebenaran menubuhkan bank di Mandalay kepada Perancis dan projek
pembinaan jalan kereta api dari Mandalay ke Toungoo yang dibiayai Perancis. Konsul
Perancis telah dilantik dengan sebuah pejabat konsul di Mandalay. Perhubungan rapat
dengan Perancis ini menyebabkan hubungan antara British dengan Burma menjadi semakin
renggang.
d) Raja Thibaw tidak menyukai kehadiran British di Burma dan baginda telah
mengenakan tindakan terhadap Syarikat Perdagangan Bombay-Burma yang sedang
mengusahakan perdagangan kayu jati di kawasan Burma Hulu. Raja Thibaw antaranya
mendakwa syarikat British tersebut sebagai telah:
i. Mengeluarkan kayu jati melebihi had dua kali ganda daripada yang dibenarkan dan di
luar kawasan operasi yang ditetapkan.
ii. Memberikan rasuah kepada pegawai kerajaan Burma.
iii. Tidak memberi upah yang sewajarnya kepada pekerja-pekerja Burma seperti yang
dijanjikan.

e) Syarikat Perdagangan Bombay-Burma telah disabitkan kesalahan-kesalahan tersebut


dan didenda sebanyak 23 juta rupee serta hak pembalakan telah dirampas. Kerajaan
British tidak puas hati walaupun kesalahan syarikat tersebut dibuktikan oleh Majlis
Hluttaw. British meminta perundingan namun ditolak Raja Thibaw kerana baginda amat
yakin Perancis akan menyokong dan membantu Burma dalam perkara ini. Namun Freycinet
yang menggantikan Jules Ferry sebagai Menteri Luar Perancis pada bulan September telah
mengubah dasar Ferry berbaik dengan Burma dengan serta-merta. Raja Thibaw kini
terpaksa menghadapi masalahnya dengan pihak British sendiri tanpa sokongan Perancis.
f)  British beranggapan hukuman Burma terhadap Syarikat Perdagangan Bombay-Burma tidak
adil. British memutuskan untuk menggunakan kekerasan terhadap Burma sebagai balasan.
British mendesak Raja Thibaw mencari orang tengah bagi menyelesaikan masalah tersebut
dan pada masa hadapan dasar luar Burma akan ditentukan oleh Kerajaan British. Ketika
menunggu jawapan Raja Thibaw lebih kurang sebulan sehingga 10 November, pihak British
menghantar 10 ribu orang tentera sebagai amaran kepada Raja Thibaw. Raja Thibaw
antaranya bersetuju akan membatalkan denda sekiranya ada rayuan British dan akan
menerima wakil British. Namun dasar luar masih akan ditentukan oleh Burma. Semua kuasa
Barat akan diberikan hak perdagangan yang sama dan Raja Thibaw masih ingin meneruskan
hubungan dengan Perancis dan kuasa-kuasa Barat lain. British tidak puas hati dengan
jawapan ini dan menyerang Burma Hulu pada 11 November 1885. Angkatan tentera British
berjaya menguasai Burma Hulu pada 1 Januari 1886 dalam Perang Inggeris-Burma III.
Kejayaan ini menyebabkan keseluruhan Burma menjadi tanah jajahan British sepenuhnya.

Kesimpulan
Raja Thibaw mewarisi sebuah kerajaan yang agak aman daripada ayahandanya Raja Mindon
Min. Namun Raja Thibaw yang tidak menyukai pihak British telah berazam untuk merampas
semula wilayah Burma di Burma Hilir yang telah jatuh ke tangan British sebelum ini. Usaha
untuk memulihkan kedaulatan Burma ini didorong oleh keyakinan baginda terhadap bantuan
Perancis untuk menentang British yang merupakan musuh tradisional Perancis tetapi baginda
gagal.
Raja Thibaw dan keluarga diraja dibuang negeri ke India dan baginda mangkat dalam buangan
di sana pada 19 Disember 1916. Dinasti Konbaung yang memerintah Burma selama 130 tahun
telah tamat dan Burma berubah menjadi tanah jajahan British di India sehingga tahun 1948.
SOALAN 6
Bincangkan perkembangan Sarekat Islam di Indonesia dalam gerakan nasionalisme
sehingga tahun 1920-an.

Pengenalan
Pada tahun 1909, R.M. Tirjoadisurjo telah menubuhkan Sarekat Dagang Islam. Tujuan asal
Sarekat Dagang Islam adalah untuk melindungi kepentingan pedagang batik Islam supaya
mereka dapat bersaing dengan pedagang batik Cina. Agama Islam menjadi alat penyatuan,
persefahaman dan persaudaraan dalam kalangan pedagang batik di Jawa. Pada tahun 1912,
nama Sarekat Dagang Islam ditukar kepada Sarekat Islam. Omar Said Tjokroaminoto menjadi
Presiden Sarekat Islam.
§ Antara matlamat asal penubuhan Sarekat Islam ialah mengukuhkan agama Islam bagi
menyaingi perkembangan agama Kristian dan mengembangkan kebudayaan Indonesia. Sarekat
Islam juga bermatlamat memajukan ekonomi dan kebajikan masyarakat tempatan khususnya
bidang pendidikan.
§ Keanggotaan Sarekat Islam meningkat daripada 12,000 orang pada tahun 1913 kepada
800,000 orang pada tahun 1916. Sarekat Islam berperanan penting dalam gerakan nasionalisme
di Indonesia. Mulai tahun 1916, Sarekat Islam menunjukkan perjuangan politik secara terbuka.
Pada tahun 1917, Sarekat Islam menuntut kemerdekaan mutlak. Sarekat Islam telah
mengemukakan beberapa tuntutan dari aspek politik, sosial dan ekonomi kepada kerajaan
Belanda.

Isi-isi penting:
Dalam aspek politik
 Sarekat Islam merupakan parti pertama yang memperjuangkan tuntutan berkerajaan sendiri
daripada Belanda. Sarekat Islam mendesak Belanda membentuk Majlis Daerah dan
memberikan kuasa yang lebih luas kepada Volksraad supaya menjadi satu badan perwakilan
yang mempunyai kuasa legislatif.
 Bagi pemilihan ahli Majlis Kampung, Sarekat Islam menuntut hak mengundi diberikan
kepada kaum lelaki yang berumur 18 tahun ke atas dan bagi majlis-majlis lain, hak
mengundi diberikan kepada kaum lelaki yang berumur 21 tahun ke atas.

Dalam aspek ekonomi


 Sarekat Islam mendesak kerajaan Belanda memiliknegarakan industri-industri penting
seperti besi, tekstil, kertas, pengangkutan dan elektrik. Sarekat Islam menuntut supaya
dihapuskan buruh kanak-kanak serta buruh paksa.
 Mereka menuntut Belanda mengadakan lebih banyak klinik yang memberikan rawatan
percuma kepada rakyat Indonesia. Pada tahun 1918, Sarekat Islam mendesak Belanda
menetapkan gaji minima dan tempoh masa kerja maksima bagi pekerja.
 Mereka mendesak Belanda membaiki dan meluaskan kemudahan pertanian dan tali air.

Dalam aspek sosial


 Sarekat Islam menuntut undang-undang yang menghalang perkembangan agama Islam
dibatalkan.
 Mereka mahukan hari kebesaran Islam diisytiharkan sebagai hari cuti dan pemberian gaji
tetap kepada kiyai serta penghulu.
 Dalam bidang pendidikan, Sarekat Islam mendesak Belanda menghapuskan diskriminasi
terhadap kemasukan pelajar-pelajar tempatan ke sekolah.
 Mereka meminta pendidikan percuma untuk kanak-kanak Indonesia yang berumur 15 tahun
ke bawah. Kerajaan Belanda didesak supaya mengadakan lebih banyak biasiswa untuk
membolehkan pelajar Indonesia menuntut di luar negara. Mereka menuntut institusi
pendidikan Islam diberi subsidi.
 Mereka juga menuntut Maktab Undang-undang dan Maktab Perubatan dinaik taraf sebagai
universiti.

Penutup
Sarekat Islam yang berkecenderungan terhadap keagamaan mampu berjuang atas isu-isu
politik yang membolehkannya muncul sebagai organisasi massa pertama yang terlibat dalam
gerakan nasionalisme di Indonesia.
Walaubagaimanapun pada tahun 1920-an, Sarekat Islam mulai merosot. Ini disebabkan oleh
perselisihan antara golongan Reformis Islam dengan golongan ortodoks dalam parti itu sendiri.
Pemimpin Sarekat Islam seperti Semaun dan Darsono telah dipengaruhi oleh komunis dan
mengakibatkan perpecahan dalam Sarekat Islam.
Pada tahun 1926, Belanda mengambil tindakan menindas Sarekat Islam kerana dituduh terlibat
dalam beberapa pemberontakan yang berlaku. Pemimpin Sarekat Islam iaitu Omar Said
Tjokroaminoto ditangkap dan dipenjarakan.

SKEMA PEMARKAHAN TAMAT

You might also like