You are on page 1of 10

- TEKS UCAPAN ALUAN -

YANG BERUSAHA TUAN HAJI KAMARUDIN BIN DAHULI,


PENGURUS BESAR MADA

- SEMPENA -
MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU MADA 2022

- TARIKH -
3 JANUARI 2022

- TEMPAT -
DEWAN SYED NAHAR, IBU PEJABAT MADA
- SOLUTASI -

Terima kasih saudari pengacara majlis.

Yang Berhormat Ahmad Tarmizi bin Sulaiman,


Pengerusi MADA.

Yang Berusaha Encik Zulkifli bin Romli,


Timbalan Pengurus Besar (Pertanian).

Yang Berusaha Encik Nik Kun bin Nik Man,


Timbalan Pengurus Besar (Teknikal).

Yang Berusaha Tuan Haji Ahmad Hilmi bin Haji Talib,


Pengerusi MADACORP.

Pengarah – Pengarah Bahagian,

Pegawai – Pegawai Kanan,

Pengurus – Pengurus Wilayah,

Seterusnya tuan – tuan dan puan - puan yang saya hormati


sekalian.

Salam Keluarga Malaysia; dan

Salam Kedah Sejahtera ‘Nikmat Untuk Semua’.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


KATA ALUAN

1. Alhamdulillah, saya panjatkan setinggi-tinggi rasa penuh


kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T, kerana kita masih lagi
diberikan kesempatan untuk bersama-sama pada pagi ini.

2. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima


kasih kepada semua, kerana dapat hadir ke Majlis Amanat
Tahun Baharu MADA 2022, secara fizikal dan maya, yang
diadakan bertempat di Dewan Syed Nahar, Ibu Pejabat
MADA, Ampang Jajar.

3. Saya juga ingin mengucapkan sukacita dan terima kasih


kepada Yang Berhormat Ahmad Tarmizi bin Sulaiman,
Pengerusi MADA kerana sudi meluangkan masa untuk hadir
serta menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2022.

PENCAPAIAN MADA TAHUN 2021

Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

4. Pencapaian hasil kasar tanaman padi MADA bagi tahun


2021 adalah sebanyak 870,000 metrik tan, dengan nilai
pengeluaran yang direkodkan iaitu RM1.4 billion (termasuk
subsidi).

5. Jika dilihat kepada hasil tanaman padi bagi Musim 2/2020,


MADA telah mencatatkan hasil yang agak rendah iaitu
pada 5.08 tan perhektar, berbanding Musim 2/2019 iaitu 5.98
tan perhektar, ekoran daripada isu serangan bena perang.
6. Manakala bagi Musim 1/2021 pula, MADA telah
mencatatkan hasil pada 5.52 tan perhektar, berbanding
catatan hasil pada Musim 1/2020 iaitu 5.98 tan perhektar.
Faktor penurunan hasil ini adalah disebabkan oleh kadar
turunan hujan yang tinggi di peringkat akhir tuaian. Dan
dianggarkan seluas 5,098.29 hektar kawasan tanaman yang
terlibat dengan isu padi rebah.

7. Selain itu juga, MADA menerusi Bahagian Industri Makanan


dan Usahawan (BIMU), yang diamanahkan untuk menggalas
tanggungjawab membangunkan sosioekonomi dan
meningkatkan pendapatan serta taraf hidup usahawan,
telah memperolehi nilai jualan berdasarkan pencapaian
bagi tahun 2020 dengan jumlah RM176.5 juta, menerusi
rangkaian usahawan bimbingan seramai 2,260 orang.

8. Jika dilihat pada pencapaian Pertubuhan Peladang


Kawasan (PPK) MADA bagi tahun 2020, prestasi keuntungan
bagi 27 PPK adalah berjumlah RM13.9 juta, di mana purata
keuntungan bagi sebuah PPK adalah berjumlah
RM513,540.00 yang secara tidak langsung memberikan
manfaat kepada 52,350 ahli-ahli di PPK.

.
9. Data-data ini menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti
pengembangan dan pembangunan sosioekonomi tetap
berjalan walaupun anggota MADA menempuh pelbagai
cabaran sepanjang Pelan Pemulihan Negara (PPN). Namun
saya yakin masih banyak ruang yang boleh kita perbaiki
untuk kepentingan rakyat.

PROGRAM SEPANJANG TAHUN 2O21

Hadirin yang saya kasihi,

10. Saya mengambil kesempatan di sini, mengucapkan jutaan


terima kasih kepada seluruh warga kerja MADA yang telah
bekerja keras sepanjang tahun 2021.

11. Meskipun kita dikekang dengan suasana pandemik


COVID-19, namun MADA telah berjaya menjalankan
sejumlah 557 kempen pengembangan, yang termasuk
secara atas talian seperti bicara padi, cikgu padi, wacana
ilmu serta lain-lain lagi.
12. Disamping itu juga, MADA dengan Kerjasama Jabatan
Kesihatan Negeri Kedah turut melaksanakan Program
Vaksinasi Barisan Hadapan Industri Agromakanan (AiVAC)
yang telah dirancang bagi membantu meningkatkan
pengambilan vaksinasi dalam kalangan pekerja dan
individu-individu yang terlibat dalam sektor agromakanan
dimana kita berjaya memberikan suntikan vaksin kepada
kakitangan serta peladang-peladang di Kawasan Muda
seramai 2,853 orang.

13. Walaubagaimanapun, sehingga kini masih terdapat


segelintir anggota MADA yang masih belum melengkapkan
vaksinasi COVID-19. Kita doakan mereka agar segera
divaksin demi untuk kepentingan semua.

14. Selain itu, di dalam meraikan semangat Keluarga Malaysia,


MADA telah melaksanakan sebanyak 80 Program MAFI
Prihatin yang melibatkan keseluruhan Kawasan Muda serta
melibatkan bencana banjir di negeri Selangor dan Pahang
dengan jumlah penerima sumbangan seramai 8,776 orang
dengan peruntukan sebanyak RM700,093.00.

15. Sumbangan MAFI Prihatin ini adalah kombinasi sumbangan


MADA, PPK dan pemain-pemain industri yang diberikan
kepada rakyat yang terjejas dengan pandemic COVID-19
dan bencana alam.
16. Seperti semua sedia maklum, bencana banjir yang melanda
di seluruh negara pada minggu lalu telah melumpuhkan
mobiliti lapan buah negeri dan meragut nyawa serta
kelangsungan hidup rakyat.

17. Berat mata memandang, berat lagi bahu mangsa yang


memikul musibah. Walaupun jauh, MADA tetap mengambil
tanggungjawab serta amanah dengan memberikan
bantuan bakul makanan dan air minuman, serta melakukan
kerja-kerja pembersihan, bertempat di Kampung Tok Muda,
Karak, Pahang yang melibat seramai 43 orang sukarelawan
MADA pada tarikh 29 dan 30 Disember 2021 yang lalu.

18. Alhamdulillah, dengan sedikit usaha dan bantuan yang


disalurkan, kita mengharapkan ianya dapat memberikan
sinar kegembiraan dan meringankan beban mereka.
Semoga mereka yang ditimpa musibah ini sentiasa kuat dan
tabah dalam menghadapi ujian dari Allah S.W.T dan
dilindungi dari sebarang kesulitan.

19. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka


yang menyumbangkan tenaga serta wang ringgit dalam
misi bantuan bencana banjir baru-baru ini. Semoga Allah
memberikan rahmat dan keberkatan hidup serta syafaat di
akhirat kelak.
PENGURUSAN TERTINGGI MADA 2022

Yang berhormat, tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

20. Kita semua sedia maklum pada tahun 2021 kita turut
menyaksikan perubahan Pengurusan Tertinggi MADA
disebabkan persaraan beberapa orang pegawai kanan.

21. Izinkan saya memperkenalkan kepimpinan handalan tuan-


tuan dan puan-puan sekalian untuk tahun 2022 yang akan
bekerja bersama-sama kita untuk mendokong amanat
Negara, dengan ini saya memperkenalkan;

[Gambar pegawai akan dipapar di layar (LED Screen) dan


pegawai akan bangun ditempat]

1) Encik Zairizal Bin Zainon (Pengurus Wilayah 1),


2) Puan Engku Mazlin Binti Engku Halin (Pengurus Wilayah 2),
3) Puan Nik Fazlina Binti Nik Ahmad (Pengurus Wilayah 3),
4) Puan Siti Syaheeda Binti Sobbihi (Pengurus Wilayah 4),
5) Ir. Mohd Farizan Bin Mohd Yusof (Pengarah Bahagian
Pembangunan & Pengurusan Projek),
6) Encik Eddi Zaimee Bin Romli (Pengarah Bahagian
Mekanikal & Elektrikal),
7) Encik Noor Effarizan Bin Ismail (Pengarah Bahagian
Pengurusan Pengairan dan Saliran),
8) Puan Jalizah Binti Abdul Jalil (Pengarah Bahagian Industri
Makanan & Usahawan),
9) Encik Rozaidi Bin Sharee (Pengarah Bahagian
Pengurusan Institusi Peladang),
10) Encik Ahmad Shukri Bin Saad (Pengarah Bahagian
Pengurusan Empangan dan Sumber Air),
11) Encik Mohd Hisham Bin Mohd Noor (Pengarah Bahagian
Industri Padi),
12) Tuan Haji Zainuddin Bin Mat Zakaria (Pengarah Bahagian
Pengurusan Wilayah),
13) Encik Ruslan Abdul Ghani Bin Ahmad (Pengarah
Bahagian Perancangan dan Teknologi Maklumat),
14) Encik Dzulkifli Bin Yaakob (Pengarah Bahagian Khidmat
Pengurusan),
15) Yang Berusaha Encik Nik Kun bin Nik Man (Timbalan
Pengurus Besar (Teknikal)),
16) Yang Berusaha Zulkifli bin Romli (Timbalan Pengurus
Besar (Pertanian)),
17) Dan saya, Kamarudin Bin Dahuli, selaku (Pengurus Besar
MADA).

22. Saya mengharapkan agar kita yang dianggap sebagai


sebuah Keluarga MADA, akan bergerak kehadapan dengan
penuh komitmen, keazaman dan kerja keras berpasukan
yang tinggi dalam melaksanakan segala tugas yang telah
diamanahkan.

23. Marilah kita sama-sama bersepakat dan berganding bahu


mengukuhkan strategi kerja, dengan menerapkan budaya
teknologi, efisien dan unggul, bagi meningkatkan tahap
sosioekonomi penduduk desa sekaligus melengkapkan dan
menjamin keperluan bekalan makanan negara.
24. Laksanakanlah tanggungjawab dengan penuh amanah dan
mudah-mudahan suatu hari nanti segala amalan mulia
yang kita lakukan akan menjadi bekal ketika bertemu
dengan Allah Azza Wa Jalla.

25. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamu'alaikum


warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like