You are on page 1of 1

ISNIN

18/10/2021

LATIHAN ESEI

13. Meningkatkan permuafakatan antara pemimpin parti politik bukanlah satu-satunya


kebaikan yang diperoleh menerusi perkongsian kuasa dalam politik di negara ini.
Bincangkan.

i. Meningkatkan permuafakatan antara pemimpin parti politik

 Hal ini dikatakan demikian kerana, pemimpin yang terdiri daripada pelbagai politik
boleh menyelesaikan sesuatu isu dengan mudah.
 Selain itu, memiliki pemimpin yang bersikap prihatin terhadap batas-batas sensitiviti
yang dipersetujui bersama.

ii. Menggalakkan kerjasama politik

 Hal ini disebabkan oleh, memberi peluang kepada parti-parti politik yang berbilang
kaum bekerjasama menjalankan aktiviti pentadbiran negara dengan sempurna.
 Tambahan pula, melalui perkongsian kuasa dalam politik ini membolehkan pemimpin
yang terdiri daripada pelbagai kaum mentadbir negara untuk menentukan setiap dasar
yang diperlukan serta menjamin masa depan negara.
 Oleh itu, kerjasama politik dapat dijalinkan antara parti Politik walaupun berbeza
ideologi.

iii. Menjamin keharmonian kaum

 Sebagai contoh, kejadian 13 Mei 1969 merupakan suatu peristiwa berdarah rusuhan
kaum paling dahsyat yang telah terjadi di Malaysia.
 Oleh itu, perkongsian kuasa dalam politik amatlah penting bagi mengelakkan kejadian
rusuhan itu berulang kembali.
 Melalui usaha ini dapat mengelakkan perbalahan antara kau serta konflik perkauman di
Malaysia dapat dikurangkan.

iv. Meningkatkan sikap toleransi

 Dengan adanya perkongsian kuasa ini, setiap kaum mencapai kata sepakat dan bertolak
ansur antara satu sama lain bagi mencapai keputusan yang adil tanpa
mendiskriminasikan hak kaum lain.
 Justeru, dapat melahirkan rakyat yang sentiasa menghormati dan berfikiran terbuka
peranan masyarakat kaum yang lain dalam membentuk kerajaan yang lebih adil dan
makmur.

v. Menjaga nama baik negara

 Sudah pasti konsep perkongsian kuasa politik ini merupakan salah satu insentif kepada
negara lain khususnya kepada negara yang memiliki berbagai kaum.
 Hal ini akan menyebabkan, negara kita menjadi model peranan bagi negara-negara
maju yang lain kerana mampu menjamin kestabilan negara di samping memiliki
pelbagai kaum.
 Oleh itu, menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang harmoni di mata dunia.

You might also like