You are on page 1of 6

Topik 1 Pengurusan Bilik Darjah

1.0 Definisi

Pengurusan bilik darjah bermaksud satu usaha mentadbir murid dan mengurus bilik darjah
supaya suasana persekitarannya tersusun dan ceria serta menggalakkan aktiviti
pembelajaran.

Pengurusan bilik darjah melibatkan aktiviti pengajaran-pembelajaran dan pengendalian


murid-murid serta peralatan.

Tujuan pengurusan bilik darjah

 Menimbulkan minat murid untuk belajar


 Membolehkan aktiviti pengajaran pembelajaran berjalan dengan lancar
 Melatih murid berdisiplin dan mengikut peraturan
 Memupuk semangat berkerjasama, tolong menolong dan gotong royong
 Meningkatkan interaksi antara murid dengan murid dan murid dengan guru
 Melahirkan rasa hormat menghormati

1.1. Guru sebagai pengurus

Tugas guru ialah mengurus murid, masa, bahan (sumber) dan aaktiviti supaya p & p
berjalan dengan lancar dan murid mendapat ilmu serta kemahiran.

Gambarajah 1: Aspek Kepengurusan Guru


PENGURUSAN BILIK
PENGURUSAN AKTIVITI DARJAH
P&P

ASPEK PENGURUSAN
PENGURUSAN KEPENGURUSAN MASA
DISIPLIN GURU

PENGURUSAN PERALATAN
BILIK DARJAH PENGURUSAN BAHAN/SUMBER
1.1.1. Iklim bilik darjah

Iklim bilik darjah ialah suasana bilik darjah yang memungkinkan pembelajaran berlaku.
Tiga aspek iklim bilik darjah:

a) Fizikal

Keadaan bilik darjah seperti keluasan ruang, ramai murid, keadaan cahaya, udara,
suhu, peralatan, sudut pembelajaran, murid-murid, guru, kerusi, almari, papan hijau
dll.

b) Emosi

Suasana hubungan antara guru dan muridnya melibatkan sikap, kesediaan dan
perasaan guru dan murid. Latar belakang dan suasana di rumah juga mempengaruhi
kesediaan guru mengajar dan murid belajar.

c) Sosial

Merujuk kepada kebolehan guru mewujudkan interaksi dan perhubungan dengan


murid-muridnya. Kemahiran guru sebagai pengurus dalam aspek sosial ialah

 Kebolehan berinteraksi dan berkomunikasi dengan murid


 Kebolehan mengggalakkan murid belajar secara kumpulan dan meningkatkan
aktiviti kumpulan
 Mengenalpasti corak hubungan sosial (sosiometri) dan merancang aktiviti yang
bersesuaian
 Kebolehan berinteraksi secara aktif dengan guru-guru lain dalam hal-hal
profesional

1.1.2. Masa

Pengurusan masa dalam perancangan, penyediaan dan pengajaran adalah penting bagi guru.
Pengurusan masa yang baik menjadikan pengajaran lebih berkesan.

Guru juga seharusnya mendedahkan kepada murid-muridnya tentang pengurusan masa


dalam aspek berikut:

 Aktiviti belajar
 Aktiviti harian
 Persediaan mengajar
 Semasa peperiksaan
Kepentingan pengurusan masa kepada guru

 Persediaan mengajar boleh dibuat dengan teliti


 Pengajaran terancang dengan baik berdasarkan perseimbangan antara isi pelajaran,
keupayaan murid dengan masa yang ada
 Aktiviti p & p dapat dijalankan secara teratur dan terancang
 Tidak terlebih atau terkurang masa
 Sukatan pelajaran dapat dihabiskan mengikut masa yang ditetapkan
 Persediaan yang cukup untuk peperiksaan
 Tidak waktu yang disia-siakan
 Guru dan murid mempunyai waktu yang cukup untuk mengulangkaji mata pelajaran

Peruntukan masa dalam pengajaran

1. Set induksi

Perlu diurus dengan baik agar murid-murid diberi persediaan yang cukup untuk
menerima pelajaran hari itu.

Boleh menghubungkan secara cepat pelajaran yang lalu dengan pelajaran hari itu.

Dapat menimbulkan minat murid-murid untuk belajar

2. Isi pelajaran

Perlu sesuai dengan keupayaan murid dan masa yang diperuntukan

Peruntukan masa yang cukup untuk murid menjalankan aktiviti

Seharusnya ada aktiviti pemulihan dan pengayaan (mengikut kesesuaian)

3. Rumusan

Merumus isi pelajaran hari itu dengan cara:

- penyoalan
- meminta pendapat
- ujian
1.1.3. Rutin

Rutin bilik darjah aturan biasa bilik darjah. Ia merupakan komponen penting dalam
pengurusan bilik darjah yang perlu dilakukan oleh guru. Antara rutin bilik darjah ialah

- menanda jadual kedatangan


- mengutip yuran
- menyediakan pelbagai rekod
- mengurus skim pinjaman buku teks
- jadual tugas murid
- menyampu sampah
- menyusun kerusi meja
- Rekod Prestasi
- Rekod Profil
- Buku Kemajuan Murid
- Kad Himpunan 001 – 002

Faedah rutin bilik darjah

 aktiviti p & p dan pengurusan bilik darjah berjalan dengan teratur


 menjimatkan masa dan tenaga
 memudahkan mendapatkan maklumat
 kelas menjadi ceria, kemas dan selesa
 mudah mengesan kelemahan dan membuat tindakan susulan
 meningkatkan disiplin
 kemalangan bilik darjah dapat dielak
 murid merasa dihargai
 memberi pengalaman mengurus dan berkerja kepada murid-murid
 menanamkan rasa tanggungjawab di kalangan murid-murid
 memupuk sikap kerjasama, bertolak-ansur, bertimbang rasa dan bergotong royong.
 meningkatkan interaksi
 berpeluang menjadi pemimpin dan memikul tanggung jawab.

1.2. Disiplin

Konsep

Disiplin merupakan peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar dengan


tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran.

Disiplin merujuk kepada kewalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada aktiviti, keadaan
bilik darjah yang teratur, kursus pengajian yang sistematik dan cara penetapan hukuman
dan peraturan.

(P. F. Oliva, 1975)

Disiplin bilik darjah ialah peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas pelajar supaya
mereka berkelakuan baik semasa akativiti p & p dijalankan.
Kepentingan disiplin

 P & p berjalan dengan lancar dan teratur


 Suasana p & p tenteram dan ceria
 Pembelajaran berkesan
 Murid-murid produktif dan aktif
 Keselamatan terjamin
 Kemalangan dapat dielakkan
 Tugasan dapat disiapkan dalam masa yang singkat
 Menjimatkan kos dan masa
 Murid-murid akan menjadi warganegara yang berguna

Masalah disiplin di sekolah

 Tidak mengikut arahan


 Malas belajar
 Salah laku
 Mengasingkan diri
 Masalah emosi
 Lemah dalam pelajaran
 Masalah di rumah
 Persekitaran sekolah

1.2.1. Masalah disiplin di bilik darjah

 Tidak membuat kerja rumah (home work)


 Datang lewat
 Mengganggu pelajar & guru
 Ugutan/buli
 Lemah dalam mata pelajaran
 Pasif
 Hyper/super aktif
 Mencuri
 Meniru dll

1.2.2. Langkah-langkah mengatasi masalah disiplin

 Aktiviti p & p berpusatkan pelajar


 Adakan peraturan dan penguatkuasaan peraturan
 Penggunaan ABM yang sesuai
 Guru yang tegas dan bertanggung jawab
 Kurangkan bilangan murid di dalam sesebuah kelas
 Pelbagaikan strategi dan kaedah pengajaran
 Isi kandungan jangan terlalu sukar atau terlalu mudah
 Sesi kaunseling
 Hukuman
1.2.3. Perkaitan antara pengurusan bilik darjah dengan disiplin

 Guru yang tidak yakin pada diri sendiri menyukarkan pematuhan disiplin

 Jika guru tidak mementingkan masa, murid akan bertingkah laku sambil lewa
 Jika guru mengabaikan disiplin, sumber pengajaran atau ABM akan hilang atau
musnah.
 Peralatan bilik darjah akan rosak/hilang
 Jika guru tidak menyediakan peraturan & rutin bilik darjah murid akan tidak berdisiplin
 Pengurusan bilik darjah akan kelam kabut jika guru tidak merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

Jadual 1:
Kesan Pengurusan Bilik Darjah Kepada Murid

Pengurusan guru Perihal Akibat


dalam bilik darjah
 Perancangan/
persediaan
guru
Persediaan Tidak lengkap Murid tidak faham/kurang tumpuan
mengajar
ABM Tiada Murid jemu – buat kacau
Emosi Moody Murid takut – pasif
Pengetahuan Cetek Murid tertanya-tanya
 Kaedah
pengajaran
Berfokuskan Tiada aktiviti Murid mendengar- pasif, berangan-
guru angan
Autokratik Guru memaksa Pemikiran tidak berkembang- murid
murid mendengar takut, pasif, tiada respon
'Laissez-faire' Guru tidak bero- Murid bebas membuat apa sahaja
toriti/ kurang ya- Murid naik atas kepala
kin
 Fizikal bilik Bilik terlalu pa- Kurang aktif
darjah nas, sesak, kotor, Kurang minat
peralatan rosak Kurang tumpuan
 Maklumat Tidak lengkap Tidak mengetahui kenapa muridnya
murid bertingkah laku demikian
Akademik Masalah tidak dapat diatasi
Sosio-ekonomi
Peribadi

You might also like