You are on page 1of 18

Aktiviti PAK-21

Bab 1 Skala dan Jarak

Aktiviti: Showdown
1 Pelajar dibahagikan kepada enam kumpulan bergantung pada bilangan pelajar di dalam kelas dan
kumpulan yang dibentuk terdiri daripada kira-kira 5 hingga 7 orang ahli sahaja.
2 Setiap kumpulan diberikan soalan tugasan yang berbeza, sebuah peta lakar serta bahan tugasan seperti
kertas kadbod, kertas A4 dan alat mengukur jarak (seperti pembaris, jangka tolok, jalur kertas dan benang
putih).
3 Guru mengedarkan soalan yang mengandungi tugasan kepada ketua kumpulan. Ketua kumpulan
dikehendaki membaca soalan tugasan tersebut kepada ahli kumpulan bagi memahami kehendak tugasan
yang akan dilaksanakan.
4 Jadual di bawah menunjukkan contoh maklumat yang terkandung dalam soalan tugasan:

Tambang bas Masa


Kumpulan Peta Lakar Skala bagi setiap perjalanan bagi
kilometer setiap kilometer
Salah satu jenis skala yang menunjukkan
1 Peta 1 1 cm di atas peta mewakili 0.5 km di RM0.60 2 minit
atas permukaan bumi
Salah satu jenis skala yang menunjukkan
2 Peta 1 1 cm di atas peta mewakili 1 km di atas RM0.60 2 minit
permukaan bumi
Salah satu jenis skala yang menunjukkan
3 Peta 1 1 cm di atas peta mewakili 2 km di atas RM0.60 2 minit
permukaan bumi
Salah satu jenis skala yang menunjukkan
4 Peta 2 1 cm di atas peta mewakili 0.5 km di RM0.80 2 minit
atas permukaan bumi
Salah satu jenis skala yang menunjukkan
5 Peta 2 1 cm di atas peta mewakili 1 km di atas RM0.80 2 minit
permukaan bumi
Salah satu jenis skala yang menunjukkan
6 Peta 2 1 cm di atas peta mewakili 2 km di atas RM0.80 2 minit
permukaan bumi

5 Contoh soalan tugasan:

Kumpulan 1
Maklumat:
(i) Skala peta (Skala penyata): 1 cm mewakili 1 km
(ii) Tambang bas bagi setiap kilometer ialah RM0.60
(iii) Masa perjalanan bas bagi setiap kilometer (secara purata) ialah 2 minit

Berdasarkan Peta 1 dan maklumat di atas, ahli-ahli kumpulan dikehendaki mengukur jarak mutlak
dan jarak relatif bagi jarak di bawah:
Jarak di Jarak Jarak relatif Jarak relatif
Pernyataan
atas peta mutlak (Kos) (Masa)
(a) Jarak sebenar di antara rumah Abdullah
dengan pejabat pos mengikut jalan raya
(b) Jarak sebenar Sungai Kerisa dari titik P ke
titik Q

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2019 Excel in Geografi KSSM Tingkatan 2
PG 13

Excel in Geog Tg2_AKT.PAK21_4th.indd 13 9/3/19 8:58 AM


6 Setiap kumpulan diberikan 10 minit untuk menjawab soalan tugasan tersebut.
7 Selepas pelajar menjawab soalan tugasan tersebut,
(a) guru meminta seorang wakil dari Kumpulan 1, 2 dan 3 tampil ke hadapan kelas.
(b) guru meminta mereka memberitahu jawapan yang diperoleh dan membandingkan jawapan-jawapan
yang diperoleh.
8 Guru meminta Kumpulan 4, 5 dan 6 melakukan aktiviti yang sama seperti yang dinyatakan di poin 7 di
atas.
9 Guru bertanya tentang hasil dapat pelajar.
Soalan Contoh:
(a) Mengapakah jarak mutlak dan jarak relatif yang diperoleh oleh Kumpulan 1, 2 dan 3 berbeza?
(b) Apakah hubungan antara jarak sebenar dengan skala peta?
10 Guru membuat rumusan tentang aktiviti yang dilakukan.

C adangan PLC
Lesson Study
• Guru-guru Geografi Tingkatan 2 membentuk kumpulan lesson study bagi membincangkan matlamat sesi PdPc yang bakal
dijalankan bagi Bab 1.
• Kumpulan guru bersama-sama membina Rancangan Pengajaran Harian (RPH) berdasarkan DSKP dan hasil perbincangan secara
berkumpulan.
•  Seorang guru kanan dipilih untuk melaksanakan pengajaran dalam kelas sambil diperhatikan oleh rakan-rakan.
• Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran, satu sesi refleksi perlu diadakan untuk melakukan penambahbaikan RPH.

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2019 Excel in Geografi KSSM Tingkatan 2
PG 14

Excel in Geog Tg2_AKT.PAK21_4th.indd 14 9/3/19 8:58 AM


Aktiviti PAK-21

Bab 2 Peta Topografi

Aktiviti: Rotating Review


1 Kelas dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan dengan setiap kumpulan terdiri daripada 5 atau 6
orang ahli sahaja.
2 Setiap kumpulan diberikan soalan tugasan yang sama serta bahan tugasan seperti peta topografi, kertas
A4 dan alat tulis.
3 Guru mengedarkan soalan yang mengandungi tugasan kepada ketua kumpulan. Ketua kumpulan perlu
membaca soalan tugasan tersebut kepada ahli kumpulan bagi memahami kehendak tugasan yang akan
dilaksanakan.
4 Contoh soalan tugasan:

Soalan tugasan:
Berdasarkan peta topografi yang diberikan, anda dikehendaki:
(a) Menyatakan ciri pandang darat fizikal dan ciri pandang darat budaya.
(b) Tafsirkan peta topografi tersebut dengan menghubung kait antara ciri pandang darat fizikal dengan
ciri pandang darat budaya.
(c) Mengemukakan cadangan untuk membangunkan kawasan-kawasan dalam peta.

5 Setiap kumpulan diberikan masa 30 minit untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Setiap pelajar
perlu memberikan idea mereka berdasarkan soalan yang diberikan oleh guru. Kemudian, setiap jawapan
perlu dipaparkan di tempat kumpulan masing-masing.
6 Selepas perbincangan, setiap kumpulan akan bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain
untuk membuat penilaian hasil dapatan kumpulan-kumpulan lain.
7 Setiap ahli kumpulan yang melawat kumpulan lain boleh membuat komen, memberi idea tambahan
atau persoalan pada kertas berkenaan dengan menggunakan warna pen yang berbeza (Masa yang
diperuntukkan ialah 20 minit).
8 Guru merumuskan aktiviti yang dijalankan dan menambah baik jawapan pelajar.

C adangan PLC
Lesson Study
Langkah-langkah melaksanakan Lesson Study:
•  Membentuk kumpulan Lesson Study untuk menentukan matlamat/goal dan membincangkan masalah pembelajaran pelajar.
•  Merancang dan membina Rancangan Pengajaran Harian (RPH).
• Pelaksanaan pengajaran dengan melantik seorang pakar rujuk untuk memberikan komen dan cadangan penambahbaikan.
Seorang guru/beberapa orang guru melaksanakan PdPc, manakala ahli kumpulan hadir bersama sebagai pemerhati dengan
memfokus pada respon, tingkah laku dan pembelajaran murid. Elakkan fokus pada pengajaran guru.
• Sesi refleksi pengajaran diadakan untuk melihat semula matlamat Lesson Study serta mendengar komen dan pandangan
daripada para guru yang terlibat.
•  Sesi perbincangan untuk penambaikan RPH bagi mengatasi kelemahan-kelemahan yang telah dikenal pasti.
•  Menentukan sama ada pengajaran semula diperlukan.

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2019 Excel in Geografi KSSM Tingkatan 2
PG 15

Excel in Geog Tg2_AKT.PAK21_4th.indd 15 9/3/19 8:58 AM


Aktiviti PAK-21

Bab 3 Pengaruh Pergerakan Bumi terhadap Cuaca dan Iklim

Aktiviti: Team Gallery Tour


1 Pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan.
2 Setiap kumpulan dikehendaki membina model bumi (putaran bumi) dan diberikan satu soalan/tugasan
serta alatan seperti klip kertas, tanah liat, kayu lidi dan benang kait.
3 Guru mengedarkan kad imbasan yang mengandungi tugasan yang berlainan dan alatan yang diperlukan
untuk membina model bumi kepada setiap ketua kumpulan.
4 Ketua kumpulan perlu membaca kandungan kad imbasan tersebut kepada ahli kumpulan dan menulis
tajuk tugasan dalam kertas mahjung.
5 Tugasan bagi setiap kumpulan adalah seperti yang berikut:

Kumpulan Tugasan
1 Ekuinoks musim bunga
2 Solstis musim panas
3 Ekuinoks musim luruh
4 Solstis musim sejuk

6 Setiap kumpulan diberikan masa 10 minit untuk membina model bumi yang terletak pada paksinya.
7 Setiap kumpulan menjawab tugasan pada kad imbasan yang diberikan dalam masa 10 minit untuk
melengkapkan peta minda pada kertas mahjung.
8 Setiap kumpulan perlu meletakkan hasil binaan model bumi dan penulisan di kertas mahjung (ditampal)
di atas meja/dinding untuk ahli kumpulan lain melihat atau membacanya. Aktiviti ini dijalankan secara
Room the Room, iaitu ahli kumpulan mereka bergerak secara pasukan.
9 Setiap kumpulan hendaklah menyediakan pensel dan ruang maklum balas di atas meja supaya kumpulan
yang melawat boleh memberikan komen atau penambahbaikan terhadap hasil kerja mereka. Pergerakan
ke setiap stesen adalah antara 5 hingga 7 minit sahaja.
10 Setelah tamatnya sesi lawatan ke setiap stesen, setiap pelajar kembali semula kepada kumpulan mereka.
Setiap ahli boleh menceritakan atau melaporkan pembelajaran dan pengalaman yang diperoleh tadi.
11 Hasil kerja kumpulan ditampal pada papan kenyataan dalam kelas untuk rujukan lanjut oleh semua
pelajar.

C adangan PLC
Teacher Sharing Sessions (Sesi Perkongsian Guru)
•  Sekumpulan atau beberapa orang guru mata pelajaran Geografi berkongsi idea yang terbaik untuk pengajaran di dalam kelas.
• Sesi ini bertujuan untuk berkongsi amalan terbaik pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) tentang pergerakan bumi (putaran
bumi dan peredaran bumi).
•  Guru-guru boleh mengenal pasti video ringkas yang berkaitan dalam laman web “YouTube” sebagai set induksi untuk menarik
minat murid bagi mempelajari tajuk ini.
• Guru juga boleh dengan usaha sendiri atau secara berkumpulan untuk membina video melalui aplikasi “Powtoon” bagi menarik
perhatian pelajar kerana boleh dimasukkan gambar, pergerakan perkataan, icon kartun dan bewarna-warni.

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2019 Excel in Geografi KSSM Tingkatan 2
PG 16

Excel in Geog Tg2_AKT.PAK21_4th.indd 16 9/3/19 8:58 AM


Jawapan

Kumpulan Maklumat
1 Ekuinoks Musim Bunga (21 Mac)
•  Matahari tengah hari tegak di atas kepala di Garisan Khatulistiwa (0°)
•  Hemisfera utara mengalami musim bunga
•  Hemisfera selatan mengalami musim luruh
•  Hampir semua kawasan di permukaan bumi mengalami siang dan malam sama panjang
2 Solstis Musim Panas (21 Jun)
•  Matahari tengah hari tegak di atas kepala di Garisan Sartan (23½°U)
•  Hemisfera utara mengalami musim panas dan waktu siang lebih panjang
•  Hemisfera selatan mengalami musim sejuk dan waktu malam lebih panjang
•  Kutub Utara mengalami 24 jam siang
•  Kutub Selatan mengalami 24 jam malam
3 Ekuinoks Musim Luruh (23 September)
•  Matahari tengah hari tegak di atas kepala di Garisan Khatulistiwa (0°)
•  Hemisfera utara mengalami musim luruh
•  Hemisfera selatan mengalami musim bunga
•  Hampir semua kawasan di permukaan bumi mengalami siang dan malam sama panjang

4 Solstis Musim Sejuk (22 Disember)


•  Matahari tengah hari tegak di atas kepala di Garisan Jadi (23½°S)
•  Hemisfera utara mengalami musim sejuk dan waktu malam lebih panjang
•  Hemisfera selatan mengalami musim panas dan waktu siang lebih panjang
•  Kutub Utara mengalami 24 jam malam
•  Kutub Selatan mengalami 24 jam siang

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2019 Excel in Geografi KSSM Tingkatan 2
PG 17

Excel in Geog Tg2_AKT.PAK21_4th.indd 17 9/3/19 8:58 AM


Aktiviti PAK-21

Bab 4 Cuaca dan Iklim di Malaysia

Aktiviti: Team Three Stray, One Stay


1 Murid dibahagikan kepada 5, 6 atau 7 kumpulan bergantung pada bilangan murid di dalam kelas dan
kumpulan yang dibentuk sekurang-kurangnya terdiri daripada 4 orang ahli.
2 Setiap kumpulan diberikan satu soalan/tugasan dan dibenarkan membuat rujukan daripada buku teks,
buku rujukan, akhbar, majalah dan Internet.
3 Guru mengedarkan soalan yang mengandungi tugasan yang berbeza. Ketua kumpulan perlu membaca
soalan tugasan yang diberikan kepada ahli kumpulan dan menerima peta pemikiran bagi mengisi
maklumat berdasarkan tajuk tugasan.
4 Tugasan bagi setiap kumpulan adalah seperti yang berikut:

Kumpulan Tugasan
1 Kesan kegiatan manusia terhadap cuaca dan iklim di Malaysia: Kesan rumah
hijau
2 Kesan kegiatan manusia terhadap cuaca dan iklim di Malaysia: Pulau haba
3 Kesan kegiatan manusia terhadap cuaca dan iklim di Malaysia: Hujan asid
4 Kesan kegiatan manusia terhadap cuaca dan iklim di Malaysia: Jerebu

5 Setiap kumpulan mempunyai murid seramai 4 orang ahli dan perlu berbincang untuk memilih seorang
murid menjadi stay (kekal di tempat kumpulan sendiri) dan tiga orang murid yang lain menjadi stray
(bergerak ke arah kumpulan yang lain untuk mendapatkan maklumat daripada kumpulan yang lain).
6 Selama 15 minit diperuntukkan untuk berbincang bagi mencari dan mengumpulkan maklumat dalam
kumpulan sendiri dengan berpandukan bahan rujukan yang disediakan. Seterusnya, masa diperuntukkan
untuk memperoleh dan berkongsi maklumat ialah 30 minit.
7 Murid yang menjadi stay berperanan sebagai guru muda dengan menerangkan dan berkongsi
maklumat daripada kumpulan mereka, manakala tiga orang murid yang menjadi stray berperanan untuk
mendapatkan maklumat daripada kumpulan-kumpulan yang dilawatinya. Setelah mendapat maklumat
daripada sesebuah kumpulan, murid stray akan bergerak ke kumpulan lain dan semua kumpulan yang
ada kerana setiap kumpulan pasti mempunyai maklumat yang berbeza. Akhir sekali, stray kembali ke
kumpulan sendiri.
8 Murid stray perlu memberitahu murid stay tentang maklumat yang diperoleh daripada setiap kumpulan
lain untuk mencatat maklumat.
9 Setiap kumpulan menghantar seorang wakil untuk memberitahu maklumat yang diperoleh di hadapan
kelas secara ringkas dan padat. Guru akan memurnikan dan merumuskan secara ringkas tentang topik
yang dibincangkan.
10 Akhir sekali, murid diberikan 10 minit untuk menyelesaikan tugasan yang diminta dengan melengkapkan
peta pemikiran yang diberikan.

C adangan PLC
Teacher Sharing Sessions (Sesi Perkongsian Guru)
• Sekumpulan atau beberapa orang guru mata pelajaran Geografi berkongsi amalan terbaik pengajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) yang berkaitan dengan topik “Cuaca dan Iklim di Malaysia”.
• Aktiviti kolaboratif berkumpulan (Three Stray, One Stay) menggalakkan murid untuk berkomunikasi dalam menyampaikan idea
dan meningkatkan kefahaman mereka, di samping menjana pemikiran yang kreatif dan kritis semasa proses PdPc berlangsung.
• Guru-guru yang pernah mengadakan aktiviti berkumpulan ini boleh memberikan pendapat untuk membuat penambahbaikan agar
aktiviti yang dijalankan pada masa hadapan lebih berkesan dan mencapai objektifnya.

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2019 Excel in Geografi KSSM Tingkatan 2
PG 18

Excel in Geog Tg2_AKT.PAK21_4th.indd 18 9/3/19 8:58 AM


Jawapan

Kumpulan Maklumat
1 Kesan Rumah Hijau
•  Kesan rumah hijau ialah fenomena peningkatan suhu bumi akibat banyak haba yang
terperangkap dalam atmosfera bumi.
• Punca:
– Pelupusan sampah
– Pembakaran sisa pertanian
– Kegiatan pembalakan
– Pembakaran hutan
– Pembakaran bahan api fosil
• Kesan:
– Perubahan iklim
– Kemarau
– Menjejaskan kesihatan manusia
– Pencairan ais di kutub
– Banjir berlaku di kawasan yang rendah

2 Pulau Haba
• Pulau haba ialah fenomena suhu kawasan tepu bina (padat) di dalam bandar lebih panas
daripada kawasan di sekitarnya.
• Punca:
– Kesesakan jalan raya
– Bahan pencemar seperti debu dan habuk
– Kekurangan tumbuh-tumbuhan
– Bangunan konkrit dan permukaan berturap
• Kesan:
– Penduduk berasa tidak selesa
– Menjejaskan kesihatan penduduk
– Menjejaskan kegiatan ekonomi
3 Hujan Asid
• Hujan asid ialah hujan yang mengandungi kandungan asid lemah dengan nilai pH kurang
daripada 5.6.
• Punca: Pembebasan gas nitrogen oksida, karbon monoksida, karbon dioksida dan sulfur
dioksida akibat pembakaran bahan api fosil oleh kilang, stesen jana kuasa dan asap
kenderaan.
• Kesan:
– Memusnahkan tanaman dan tumbuh-tumbuhan
– Melunturkan cat dan menghakis dinding bangunan
– Menjejaskan kualiti air
– Hidupan akuatik diancam kepupusan
– Mengancam kesihatan manusia
4 Jerebu
• Jerebu ialah kewujudan zarah-zarah halus yang tidak nampak oleh mata kasar terampai di
atmosfera dalam kepekatan yang tinggi.
• Punca:
– Letusan gunung berapi di negara jiran
– Pembakaran bahan api fosil oleh kenderaan dan kilang
– Pembakaran hutan
– Pembakaran terbuka seperti pembakaran sampah sarap dan sisa tumbuhan
• Kesan:
– Mengurangkan jarak penglihatan
– Mengganggu pertumbuhan tanaman
– Mewujudkan masalah kesihatan
– Menjejaskan aktiviti pengangkutan

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2019 Excel in Geografi KSSM Tingkatan 2
PG 19

Excel in Geog Tg2_AKT.PAK21_4th.indd 19 9/3/19 8:58 AM


Aktiviti PAK-21

Bab 5 Pengangkutan di Malaysia

Aktiviti: Showdown
1 Murid dibahagikan kepada lebih kurang 10 kumpulan bergantung pada bilangan murid di dalam kelas
dan peruntukan bahan yang digunakan. Kumpulan yang dibentuk perlulah sekurang-kurangnya terdiri
daripada 4 orang ahli.
2 Guru terlebih dahulu memberikan penerangan kepada murid tentang aktiviti yang perlu dijalankan dalam
PdPc ini.
3 Sebelum menjalankan aktiviti, guru memilih beberapa orang murid untuk menguji pengetahuan sedia ada
murid tentang jaringan pengangkutan di Malaysia, iaitu pengangkutan darat, udara dan air.
4 Selepas menguji pengetahuan murid, setiap kumpulan akan diberikan satu soalan/tugasan serta bahan
tugasan seperti peta Malaysia kosong bersaiz A3 dan pen marker.
5 Tugasan bagi setiap kumpulan adalah seperti yang berikut:

Kumpulan Tugasan
1 Mengenal pasti jaringan lebuh raya yang terdapat di Malaysia
2 Mengenal pasti jaringan landasan kereta api yang terdapat di Malaysia
3 Mengenal pasti lapangan terbang antarabangsa yang terdapat di Malaysia
4 Mengenal pasti pelabuhan utama yang terdapat di Malaysia

6 Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan peta jaringan lebuh raya, jaringan landasan kereta api,
lapangan terbang antarabangsa atau pelabuhan utama di Malaysia berdasarkan tugasan yang diperoleh.
Masa yang diperuntukkan ialah 20 minit.
7 Akhir sekali, guru akan memurnikan dan merumuskan secara ringkas tentang tajuk yang dibincangkan.

C adangan PLC
Teacher Sharing Sessions (Sesi Perkongsian Guru)
• Sekumpulan atau beberapa orang guru mata pelajaran Geografi berkongsi amalan terbaik pengajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) yang berkaitan dengan topik “Pengangkutan di Malaysia”.
•  Guru-guru boleh berkongsi bahan-bahan yang ada bagi bab ini. Contohnya:
–  Peta-peta jaringan pengangkutan di Malaysia
–  Laman-laman web yang pernah layari
–  Buku-buku yang berkaitan
–  Video-video berkaitan yang pernah ditonton sama ada di YouTube atau sumber lain
• Selain itu, guru-guru juga boleh berkongsi maklumat tentang isu atau perkembangan semasa dalam topik pengangkutan di
Malaysia seperti pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (East Coast Rail Link, ECRL).

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2019 Excel in Geografi KSSM Tingkatan 2
PG 20

Excel in Geog Tg2_AKT.PAK21_4th.indd 20 9/3/19 8:58 AM


Aktiviti PAK-21

Bab 6 Telekomunikasi di Malaysia

Aktiviti: Fan and Pick


1 Susun kad arahan seperti kipas.
2 Guru akan memanggil pelajar secara rawak untuk memilih kad dan membacanya dengan kuat.
3 Pelajar akan memilih kad dan membacakan arahan/soalan. Kemudian, pelajar tersebut dikehendaki men-
jawabnya dengan betul.
4 Guru akan memberi peluang kedua sekiranya pelajar gagal untuk menjawab dengan baik.
5 Rakan sekelas akan memberi sokongan.
6 Sekiranya masih tidak berjaya dijawab, maka guru akan membuka soalan/arahan tersebut kepada kelas.
Nota: Terdapat beberapa keping kad yang mempunyai soalan yang sama kerana mempunyai beberapa jawa-
pan untuk soalan tersebut. Aktiviti ini dapat memberikan peluang kepada semua murid untuk terlibat dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Contoh kandungan kad arahan dan jawapan cadangannya

Contoh kandungan kad arahan Jawapan cadangan


Arahan 1: • Telegraf
Nyatakan sebuah peralatan telekomunikasi yang • Telefon
diperkenalkan di Tanah Melayu semasa zaman pen-
jajahan British.

Arahan 2: • Telegraf
Namakan sebuah alat telekomunikasi bercetak. • Teleks
• Mesin faks

Arahan 3: • Kuantan, Pahang


Namakan lokasi terdapatnya satelit bumi di • Alor Gajah, Melaka
Malaysia. • Sematan, Sarawak
• Wilayah Persekutuan Labuan
Soalan alternatif: • Cyberjaya, Selangor
Di manakah lokasi pertama satelit bumi pertama di
Malaysia? (Jawapan: Kuantan, Pahang)

Di manakah terletaknya satelit bumi di Melaka?


(Jawapan: Alor Gajah)

Arahan 4: • Meningkatkan kecekapan pengurusan dan


Nyatakan kepentingan telekomunikasi di Malaysia. pentadbiran negara
(Buku teks halaman 96) • Penyampaian maklumat yang lebih mudah dan
pantas
Soalan alternatif: • Meningkatkan integrasi dan perpaduan negara
Apakah kepentingan kemajuan telekomunikasi • Mencerap dan melaporkan ramalan cuaca
kepada kerajaan? dengan lebih terperinci
• Meningkatkan peluang pendidikan
Mengapakah kemajuan telekomunikasi sangat • Menambah peluang pekerjaan
penting kepada manusia? • Memudahkan perhubungan dan mengeratkan
silaturahim
Bagaimanakah kemajuan telekomunikasi • Membolehkan penyiaran secara langsung
meningkatkan kecekapan perkhidmatan kewangan? dilakukan dengan lebih kerap
• Pengurusan kewangan dan perbankan dalam
talian yang lebih cekap

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2019 Excel in Geografi KSSM Tingkatan 2
PG 21

Excel in Geog Tg2_AKT.PAK21_4th.indd 21 9/3/19 8:58 AM


Contoh kandungan kad arahan Jawapan cadangan
Arahan 5: • Urusan perbankan boleh dilakukan di mana-
Apakah kesan positif telekomunikasi? mana sahaja
• Proses pembelajaran jarak jauh yang lebih efektif
Nota: • Pembelian barangan/perkhidmatan dalam talian
Guru boleh membahagikan soalan kesan positif tanpa perlu meninggalkan rumah/pejabat
kepada: • Meningkatkan perkhidmatan kesihatan dengan
• Bidang pendidikan telesidang perubatan (telekesihatan)
• Perbankan/perniagaan/perdagangan • Membuka peluang pekerjaan dalam bidang ICT
• Kerajaan • Mengakses Internet di mana-mana sahaja
• Perkhidmatan perubahan

Arahan 6: • Penularan berita palsu


Apakah kesan negatif daripada perkembangan tele- • Jenayah siber
komunikasi di Malaysia? • Kandungan bahan media yang tidak sesuai untuk
masyarakat
Soalan alternatif:
Apakah yang anda faham tentang jenayah siber?

Arahan 7: • Peribadi pengguna yang tidak bermoral seperti


Pada pandangan anda, mengapakah berlakunya pencuri atau penjenayah akan menggunakan
tindakan tidak bermoral dalam kalangan pengguna teknologi untuk meneruskan tabiat buruk mereka
Internet? (KBAT) • Amalan yang tidak senonoh seperti menonton
aksi lucah melalui Internet
• Fanatik kepada satu-satu pihak menyebabkan
pengguna mereka-reka cerita terhadap pihak
yang lain
• Sikap tidak berfikir panjang sebelum menyebar
berita/cerita yang diperoleh

C adangan PLC
Lesson Study
• Guru-guru Geografi Tingkatan 2 berbincang dan membina Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang berkaitan dengan topik
“Telekomunikasi di Malaysia”.
• Guru-guru perlu menentukan objektif pembelajaran yang ingin dicapai oleh pelajar. Guru boleh merujuk kepada DSKP untuk
mengenal pasti objektif pembelajaran (Standard Pembelajaran).
•  Guru-guru akan mengumpulkan idea untuk membina soalan yang berkaitan yang akan diguna pakai semasa sesi pengajaran. Alat
bantuan mengajar yang boleh digunakan ialah kad arahan/soalan.
• Seorang guru akan dipilih untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, manakala guru-guru yang lain akan berada di dalam
kelas sebagai pemerhati.
• Pemerhatian utama tertumpu pada kebolehan pelajar untuk
– mengingati keseluruhan bab yang telah dipelajari
– membezakan antara kepentingan dengan kesan positif telekomunikasi
–  menjelaskan kesan negatif dan etika kepenggunaan
• Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran, guru-guru akan berbincang semula untuk meneliti keberkesanan aktiviti PAK21 yang
dipraktikkan serta mencadangkan penambahbaikan.

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2019 Excel in Geografi KSSM Tingkatan 2
PG 22

Excel in Geog Tg2_AKT.PAK21_4th.indd 22 9/3/19 8:58 AM


Aktiviti PAK-21

Bab 7 Kepelbagaian Iklim dan Pengaruhnya terhadap Kegiatan Manusia di Asia

Aktiviti: Gallery Walk/Play Role


1 Guru membahagikan pelajar kepada empat kumpulan.
2 Setiap kumpulan diberikan satu jenis iklim seperti yang berikut:

Kumpulan Tugasan
1 Zon sejuk – Iklim Tundra
2 Zon sederhana sejuk – Iklim Laurentia
3 Zon sederhana panas – Iklim China
4 Zon panas – Iklim Gurun Panas

3 Guru membekalkan peta Asia (peta kosong) kepada setiap kumpulan untuk melorek jenis iklim yang
diberikan.
4 Setiap kumpulan akan mencari maklumat yang berkaitan dengan jenis iklim yang diberikan.
5 Maklumat yang diperoleh akan dicatatkan ke dalam kertas atau kad yang kemudiannya akan ditampal
pada dinding atau papan kenyataan dalam kelas.
6 Ahli kumpulan lain akan melakukan lawatan dan bertanya soalan.
7 Setiap ahli kumpulan diberikan peluang untuk menjawab soalan yang diajukan oleh kumpulan lain.
Nota:
• Guru boleh membekalkan foto-foto yang bersesuaian dengan setiap jenis iklim. Peta yang berlorek boleh
digunakan sebagai rumusan kepada bab ini.
• Pelajar boleh mendapatkan maklumat daripada buku teks ataupun bahan media yang lain.

C adangan PLC
Learning Walk
• Sekumpulan guru berbincang untuk menentukan bahan rangsangan dan elemen pemerhatian. Alat bantuan mengajar yang boleh
digunakan ialah:
– Peta Asia kosong
– Peta Asia yang telah berlorek mengikut zon iklim
– Foto yang menunjukkan kawasan iklim yang berlainan
–  Peta dunia/glob
• Guru melaksanakan kaedah PdPc di dalam bilik darjah. Kaedah ini lebih berkesan sekiranya terdapat dua orang guru menjalankan
PdPc pada masa yang sama.
• Lawatan atau pemerhatian PdPc akan dilakukan oleh guru-guru yang lain.
• Pemerhatian berfokus pada kebolehan pelajar membayangkan suasana kawasan iklim yang berbeza. Guru pemerhati juga boleh
mengesan kekuatan PdPc yang dilaksanakan untuk dijadikan penambahbaikan pada masa akan datang.
• Berdasarkan pemerhatian, guru akan berbincang semula kesesuaian kaedah dan langkah yang digunakan.

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2019 Excel in Geografi KSSM Tingkatan 2
PG 23

Excel in Geog Tg2_AKT.PAK21_4th.indd 23 9/3/19 8:58 AM


Jawapan

Ciri Iklim

Jenis Iklim Ciri Iklim


Zon iklim Suhu • Min suhu tahunan: –14 °C
sejuk: • Musim panas:
Iklim Tundra – Pendek, iaitu pada Mei hingga Ogos
– Sederhana sejuk; suhu kurang daripada 10 °C
• Musim sejuk:
– Panjang, iaitu selama lapan bulan
– Sangat sejuk; suhu antara –32 °C hingga –5 °C
• Julat suhu tahunan: 42 °C
Hujan • Kerpasan tahunan yang sedikit, 250 mm hingga 300 mm
• Musim panas: Banyak hujan perolakan
• Musim sejuk: Sentiasa diliputi salji
Angin • Pada musim panas, Angin Baratan membawa hujan maksimum
• Berlaku ribut salji dengan kelajuan kira-kira 200 km sejam
Zon iklim Suhu • Min suhu tahunan: 9 °C hingga 17 °C
sejuk • Musim panas:
sederhana: – Sederhana panas dan singkat
Iklim – Suhu: 21 °C hingga 26 °C
Laurentia • Musim sejuk:
– Sangat sejuk, panjang dan kering
– Suhu kira-kira –6 ºC hingga 10 °C
• Julat suhu tahunan 20 °C hingga 30 °C
Hujan • Hujan tahunan: 500 mm hingga 1 000 mm
• Hujan turun sepanjang tahun terutamanya pada musim panas
• Musim sejuk: Turun salji
• Musim panas: Hujan maksimum dibawa oleh angin Monsun Tenggara
Angin • Arus sejuk merendahkan suhu di kawasan pantai Jepun, China, Korea Utara dan
Siberia
• Musim dingin kering disebabkan oleh angin Monsun Barat Laut yang bertiup
dari darat
Zon iklim Suhu • Min suhu tahunan: 15 °C
panas • Musim panas: Sederhana panas, iaitu suhu 28 °C (Mei hingga September)
sederhana: • Musim sejuk: Sederhana sejuk dan kering, suhu kira-kira 5 °C (Oktober hingga
Iklim China April)
• Julat suhu tahunan: Melebihi 25 °C
Hujan • Hujan tahunan: 508 mm hingga 1 520 mm
• Kebanyakan hujan turun dalam bentuk hujan siklon
Angin • Pada musim panas, angin Monsun Tenggara bertiup ke kawasan tekanan rendah
lalu membawa hujan lebat
• Pada akhir musim panas, siklon tropika yang bertiup dari Lautan Pasifik
menyebabkan selatan China, Hong Kong dan Taiwan mengalami ribut taufan
Zon iklim Suhu • Min suhu tahunan: 25 ºC
panas: • Musim panas: Sangat panas, suhu antara 32 ºC hingga 36 ºC
Iklim Gurun • Musim sejuk: Sederhana sejuk, suhu kira-kira 16 ºC
Panas • Julat suhu tahunan: 17 ºC hingga 20 °C
• Julat suhu harian: Besar, iaitu 17 ºC hingga 22 °C
Hujan • Jumlah hujan tahunan: Kurang daripada 250 mm
• Kawasan ini berada dalam keadaan gersang (sangat kering)
Angin • Angin Timuran yang kering bertiup dari kawasan darat dan tidak membawa
hujan

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2019 Excel in Geografi KSSM Tingkatan 2
PG 24

Excel in Geog Tg2_AKT.PAK21_4th.indd 24 9/3/19 8:58 AM


Zon Iklim dan Kegiatan Manusia

Pengaruh terhadap Kegiatan Manusia


Jenis Iklim
Kegiatan Lokasi Pengaruh Iklim
Zon iklim Perikanan Utara Siberia • Musim panas: Menangkap
sejuk: • Untuk keperluan sendiri ikan paus, kod dan salmon
Iklim Tundra • Sumber protein • Harpoon digunakan untuk
menangkap ikan paus
Pemburuan Utara Siberia • Musim sejuk: Orang Eskimo
• Membekalkan daging sebagai memburu binatang seperti
sumber makanan, kulit untuk walrus (singa laut), rusa kutub
membuat kayak, khemah dan (karibu) dan serigala
pakaian
• Lemak untuk menyalakan
pelita bagi memanaskan iglu
• Tulang untuk membuat rangka
khemah
Zon iklim Pertanian Hokaido (Jepun); • Musim panas: Tanaman
sejuk • Tanaman makanan untuk Korea Utara; Dataran gandum, kentang, sayur-
sederhana: penduduk Manchuria (China) sayuran dan buah-buahan
Iklim
Perikanan Sepanjang pantai • Pertemuan Arus Panas
Laurentia
• Tangkapan ikan untuk Jepun; pelabuhan Kurashio dan Arus Sejuk
pasaran tempatan dan eksport perikanan di Jepun: Oyashio menggalakkan
Hakodate, Wakkanai pertumbuhan plankton
dan Kushiro • Kegiatan perikanan dilakukan
pada musim bunga dan panas
Zon iklim Pertanian Lembah Sungai • Musim panas: Suhu 28 °C
panas • Penanaman padi dan gandum Yangtze (padi); dan hujan tahunan melebihi
sederhana: sebagai tanaman makanan Kawasan bukit antara 1 000 mm sesuai tanam padi
Iklim China • Penanaman teh Lembangan Chang • Gandum dan teh ditanam
Jiang dengan Xijiang di kawasan suhu sederhana
(teh); Dataran China panas (16 °C hingga18 °C)
Tengah (gandum)
Penternakan Shanghai Bright, • Musim panas: Suhu 28 °C
• Lembu, ayam dan itik Inner Mongolia Yili, • Musim sejuk: Suhu 5 °C
• Permintaan tinggi terhadap Shijiazhuang Sanlu • Suhu dingin menggalakkan
daging dan susu segar (lembu); Shandong pertumbuhan rumput untuk
(ayam); Hunan, makanan ternakan
Henan, Shandong,
Anhui (Khinzir)
Zon iklim Pertanian Wilayah Qasim, Arab • Suhu 7 °C hingga 40 °C
panas: Iklim • Pokok kurma Saudi sesuai tanam pokok kurma
Gurun Panas • Ditanam di kawasan oasis
secara ladang
• Suhu 7 °C hingga 40 °C
sesuai tanam pokok kurma
• Ditanam di kawasan oasis
secara ladang
Penternakan Hudaibiyah di Arab • Taburan hujan yang sedikit
• Unta, kambing, biri-biri Saudi (Unta); Gurun menyebabkan rumput dan
dan lembu untuk dapatkan Arab (lembu) semak samun tumbuh renek
daging, susu, kulit dan bulu dan jarang

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2019 Excel in Geografi KSSM Tingkatan 2
PG 25

Excel in Geog Tg2_AKT.PAK21_4th.indd 25 9/3/19 8:58 AM


Aktiviti PAK-21

Bab 8 Jenis dan Kemajuan Pengangkutan di Asia

Aktiviti: Sages Share


1 Guru membahagikan pelajar kepada enam kumpulan dengan kira-kira empat hingga enam orang dalam
satu kumpulan.
2 Setiap kumpulan akan diberikan satu tajuk perbincangan seperti yang berikut:

Kumpulan Tajuk
1&2 Jaringan Landasan Kereta Api Shinkansen di Jepun
3&4 Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai
5&6 Pelabuhan Hong Kong

3 Di dalam kumpulan, pelajar akan membincangkan tajuk atau tugasan yang diberikan.
4 Setiap kumpulan akan memilih seorang wakil untuk menjawab soalan-soalan yang akan dikemukakan
oleh kumpulan yang lain.
5 Setelah masa perbincangan tamat, secara bergilir, seorang wakil kumpulan akan duduk di hadapan kelas
dan menjawab semua soalan yang dikemukakan oleh kumpulan lain.
6 Ahli kumpulan yang disoal perlu bersedia untuk membantu wakil-wakil kumpulan sekiranya wakil mere-
ka tidak dapat menjawab soalan yang diberikan.
7 Guru boleh memberikan soalan contoh seperti yang berikut:
(a) Namakan empat pulau utama yang dihubungkan oleh Shinkansen
(b) Pihak yang manakah yang mengendalikan lapangan terbang antarabangsa yang paling sibuk di dunia?
(c) Mengapakah Dubai mengendalikan lebih banyak penumpang kapal terbang, iaitu lebih 80 juta orang
penumpang berbanding dengan lapangan terbang utama lain?
(d) Mengapakah Hong Kong menjalankan operasi pemunggahan di tengah laut?

C adangan PLC
Peer Coaching
•  Coach dan coachee saling berbincang tentang beberapa perkara yang perlu difokuskan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Perbincangan juga merangkumi bahan rangsangan yang boleh digunakan seperti foto, peta dan video.
• Dalam aktiviti ini, terdapat tiga kaedah boleh dilakukan, iaitu:
–  Coach sebagai pemerhati dan memberi maklum balas
–  Coach sebagai guru (mengajar)
–  Coach dan coachee merancang pengajaran dan bersama-sama mengajar (co-teaching)
• Perbincangan akan dijalankan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran
coachee pada masa hadapan.

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2019 Excel in Geografi KSSM Tingkatan 2
PG 26

Excel in Geog Tg2_AKT.PAK21_4th.indd 26 9/3/19 8:58 AM


Aktiviti PAK-21

Bab 9 Pemanasan Global

Aktiviti: Round Table


1 Bahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan mengikut kesesuaian.
2 Guru memberitahu kelas tentang topik pembelajaran, iaitu Faktor-faktor Pemanasan Global.
3 Guru menerangkan topik perbincangan ini berkait rapat dengan Bab 4.3 (Kesan Kegiatan Manusia
terhadap Cuaca dan Iklim di Malaysia).
4 Guru mengarahkan pelajar merujuk kepada halaman 58 dalam buku teks (Bab 4) untuk mengimbas
kembali topik “Kesan Rumah Hijau” (Pelajar diberikan masa satu minit).
5 Kemudian, guru meminta pelajar menutup buku teks dan berfikir tentang faktor-faktor yang menyebabkan
pemanasan global. Guru memberitahu pelajar bahawa selain faktor aktiviti manusia, faktor semula jadi
juga menyumbangkan kepada pemanasan global.
6 Setiap pelajar bergilir-gilir mencatatkan satu faktor dalam sehelai kertas. Masa yang diperuntukkan ialah
5 minit.
7 Setelah semua pelajar membuat catatan, mereka dikehendaki menyemak dan berbincang tentang hasil
dapatan mereka.
8 Wakil kumpulan dikehendaki membentangkan hasil dapatan mereka di dalam kelas. Masa pembentangan
ialah 5 minit.
9 Guru memberikan penilaian dan ulasan tentang hasil tugasan setiap kumpulan.

C adangan PLC
Learning Walk
•  Beberapa orang guru Geografi Tingkatan 2 berbincang untuk melaksanakan Learning Walk.
• Learning Walk dilakukan dengan guru berjalan di sekeliling sekolah dan memerhatikan pengajaran guru lain dan aktiviti bilik
darjah.
•  Aktiviti ini bertujuan untuk berkongsi pendapat dan pandangan tentang tajuk Kesan Pemanasan Global.
•  Guru-guru yang memerhati perlu memberikan fokus pada perkara-perkara tertentu, antaranya ialah:
–  Teknik penyoalan
–  Bahan bantu mengajar termasuk alat ICT yang digunakan
–  Suasana fizikal bilik darjah
–  Penglibatan pelajar
–  Arahan guru semasa pengajaran dan pembelajaran
•  Guru-guru perlu mencatat hasil pemerhatian untuk dibincangkan dalam perjumpaan atau mesyuarat yang akan diadakan
kemudian.

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2019 Excel in Geografi KSSM Tingkatan 2
PG 27

Excel in Geog Tg2_AKT.PAK21_4th.indd 27 9/3/19 8:58 AM


Jawapan
1 Faktor aktiviti manusia
(a) Perindustrian – Pembakaran bahan api fosil seperti minyak, gas dan arang batu untuk menggerakkan
mesin dan jentera membebaskan karbon dioksida, nitrogen dioksida dan klorofluokarbon (CFC)
(b) Penjanaan tenaga elektrik – Pembebasan gas karbon dioksida
(c) Pengangkutan – Pembebasan gas karbon monoksida dari lori, bas, kereta dan motosikal
(d) Penyahhutanan untuk membuka kawasan pertanian, perindustrian, petempatan dan pengangkutan –
Hutan yang berfungsi sebagai penyerap karbon dioksida semakin berkurangan
(e) Pertanian dan penternakan – Penggunaan racun serangga, baja kimia dan najis haiwan membebaskan
gas metana dan nitrus oksida
(f) Domestik – Penggunaan peti sejuk, penyaman udara dan sebagainya meningkatkan pengeluaran gas
klorofluokarbon (CFC) di udara
2 Faktor semula jadi
(a) Letusan gunung berapi – Mengeluarkan asap dan debu yang mengandungi gas rumah hijau yang
banyak seperti sulfur dioksida, karbon dioksida dan karbon monoksida
(b) Kebakaran hutan secara semula jadi akibat cuaca panas dan kering – Membebaskan gas karbon
dioksida ke atmosfera
(c) Penerimaan pancaran matahari yang berlebihan

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2019 Excel in Geografi KSSM Tingkatan 2
PG 28

Excel in Geog Tg2_AKT.PAK21_4th.indd 28 9/3/19 8:58 AM


Aktiviti PAK-21

Bab 10 Teknologi Hijau

Aktiviti: Gallery Walk


1 Murid dibahagikan kepada enam buah kumpulan.
2 Setiap kumpulan dibekalkan sehelai kertas mahjung dan nota lekit (sticky notes).
3 Guru menyatakan tajuk perbincangan (Amalan Berkonsepkan Teknilogi Hijau) dan meminta murid menu-
lisnya di tengah-tengah kertas mahjung.
4 Guru mengedarkan soalan yang mengandungi tugasan yang berbeza. Ketua kumpulan perlu membaca
soalan tugasan yang diberikan kepada ahli kumpulan.
5 Tugasan bagi setiap kumpulan adalah seperti yang berikut:

Kumpulan Tugasan
1 Nyatakan amalan berkonsepkan teknologi hijau dalam aspek penjimatan tenaga.
2 Nyatakan amalan berkonsepkan teknologi hijau dalam aspek zon bebas asap rokok.
3 Nyatakan amalan berkonsepkan teknologi hijau dalam aspek perolehan produk hijau.
4 Nyatakan amalan berkonsepkan teknologi hijau dalam aspek pengangkutan.
5 Nyatakan amalan berkonsepkan teknologi hijau dalam aspek pengurangan sisa.
6 Nyatakan amalan berkonsepkan teknologi hijau dalam aspek penjimatan air.

6 Setiap ahli kumpulan dikehendaki menulis sebanyak mungkin idea yang terlintas dalam fikiran mereka
pada nota lekit dan menampalnya di kertas mahjung dalam tempoh yang diberikan.
7 Hasil kerja akan ditampalkan di dinding untuk dipamer atau diberi ulasan oleh rakan lain.
8 Kemudian, setiap kumpulan akan bergerak dan melihat hasil kerja kumpulan lain. Pelajar-pelajar boleh
memberi pendapat dan komen terhadap idea yang dikongsi.
9 Setiap kumpulan akan melantik seorang wakil untuk memberi penerangan terhadap hasil kerja
kumpulannya.

C adangan PLC
Lesson Study
• Beberapa orang guru Geografi Tingkatan 2 berbincang untuk berkongsi pendapat dan pandangan bagi meningkatkan PdPc
dalam kelas bagi tajuk “Amalan Berkonsepkan Teknologi Hijau”.
•  Guru-guru boleh membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bersama-sama.
•  Guru-guru boleh mengadakan sumbang saran untuk menjana idea bagi jenis aktiviti yang sesuai untuk topik ini.

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2019 Excel in Geografi KSSM Tingkatan 2
PG 29

Excel in Geog Tg2_AKT.PAK21_4th.indd 29 9/3/19 8:58 AM


Jawapan

Kumpulan Maklumat
1 Penjimatan tenaga
•  Gunakan cahaya secara semula jadi
• Tutup suis dan cabut plag peralatan elektrik jika tidak digunakan
• Suhu penyaman udara ditetapkan pada kadar minimum, iaitu 24 °C
2 Zon bebas asap rokok
• Menetapkan kawasan larangan merokok
• Memperluas kawasan larangan merokok
• Denda dikenakan terhadap perokok yang ingkar arahan
• Memperbanyak tampalan poster dan papan tanda amaran
3 Perolehan produk hijau
• Gunakan bahan mesra alam
• Gunakan bahan kimia biodegradasi
• Guna kertas kitar semula
• Gunakan kereta hibrid
4 Pengangkutan
• Gunakan pengangkutan awam atau berkongsi kenderaan
• Gunakan perkhidmatan Park and Ride, iaitu dengan meletak kereta atau motosikal di
kawasan yang disediakan dan berjalan kaki ke tempat kerja
• Gunakan basikal atau berjalan kaki ke sekolah dan pejabat
5 Pengurangan sisa
• Kurangkan penggunaan peralatan pakai buang
• Asingkan sisa pepejal di rumah
6 Penjimatan air
• Tutup pili air dengan betul
• Jika ada kerosakan atau kebocoran paip, buat aduan dengan segera
• Tadah air hujan untuk digunakan semula dalam aktiviti harian

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2019 Excel in Geografi KSSM Tingkatan 2
PG 30

Excel in Geog Tg2_AKT.PAK21_4th.indd 30 9/3/19 8:58 AM

You might also like