You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT

PANITIA KIMIA
SMK BATU MAUNG, PULAU PINANG
BIL. 3/2022

Tarikh : 10.08.2022
Masa : 8.30 malam – 9.30 malam
Tempat : Lokasi Masing-masing
Medium : Google Meet
Pautan : http://meet.google.com/dbs-zoox-kqn

Kehadiran :
1. Pn. Juhaida Binti Mohd Idris
2. Pn. Nurul Aida Bt Ahmad
3. Pn. Nurazwani Bt Mohd Yusuff

Tidak Hadir :
1. –
___________________________________________________________________________
1.0 Ucapan Aluan Pengerusi
1.1 KP Kimia mengalu-alukan kedatangan Guru Kanan Sains dan Matematik dan
guru kimia ke Mesyuarat Panitia Kimia Kali Ke – 3/ 2022.
Tindakan:
Makluman
1.2 Tuan Pengetua sangat menggalakkan guru-guru supaya mengambil peluang
untuk memohon terutamanya berkenaan dengan proses kenaikan pangkat.
Sekiranya guru-guru berminat, guru boleh memohon bagi proses tersebut dan
akan disokong sepenuhnya oleh Tuan Pengetua.
Tindakan:
Makluman

2.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia Kimia Bil. 2/ 2022
2.1 Minit Mesyuarat Panitia Kimia Bil. 2/ 2022 telah disahkan oleh
Pn. Juhaida Binti Mohd Idris dan disokong oleh Pn. Nurazwani Bt Mohd
Yusuff.
Tindakan:
Makluman

1
3.0 Headcount Tahun 2022
3.1 ERT Peperiksaan SPM Tahun 2022 bagi Panitia Kimia:
Peratus Lulus (%) GPS
SPM 100.00 6.75
2021
SPM 100.00 5.91
2022
Tindakan:
Makluman
3.2 Gandakan usaha guru-guru untuk terus memperoleh keputusan yang lebih
cemerlang pada masa hadapan.
Tindakan: Guru
Kimia

4.0 Program Peningkatan Prestasi Akademik (PPPA) Tahun 2021


4.1 Peningkatan hanya 1% pada tahun ini diperlukan untuk mencapai sasaran KPI
Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang dalam penetapan nilai GPS
Tahun 2022.
Tindakan:
Makluman
4.2 ETR bagi GPS dan peratus lulus yang telah dikeluarkan oleh Unit Kurikulum:
ITEM SPM SPM SPM ETR KENAIKAN
2019 2020 2021 2022 (%)
GPS 6.56 6.70 6.16 6.10 1.00
LAYAK SIJIL (%) 78.16 73.03 83.87 85.90 2.40
Tindakan:
Makluman
4.3 PK Pentadbiran telah meneliti semua perancangan dan program peningkatan
prestasi akademik setiap panitia yang telah dibukukan oleh Setiausaha
Kurikulum. Ketua Panitia diminta untuk menyemak semula semua program
yang akan dilaksanakan. Pastikan program yang disenaraikan itu dilaksanakan
mengikut ketetapan tarikh yang telah dinyatakan oleh panitia.

2
Tindakan: Ketua
Panitia
4.4 Pastikan program yang dirancang akan memberi impak kepada para pelajar.
Utamakan kualiti sesebuah program yang akan dilaksanakan.
Tindakan: Ketua
Panitia
4.5 Satu salinan perancangan program peningkatan prestasi akademik panitia yang
telah dimurnikan perlu dihantar kepada Setiausaha Kurikulum selewat-
lewatnya pada 05/08/2022 (Jumaat).
Tindakan: Ketua Panitia dan SU
Kurikulum
4.6 Antara program panitia yang telah dirancang dan status pelaksanaan bagi
program-program tersebut:
Bil PPPA Tarikh Perancangan Status Pelaksanaan Program
.
1 Program Cekap, Tepat Mac - Okt Sedang dilaksanakan semasa proses
Dan Pantas (Latih PdPc sehingga selesai silibus
Tubi)
2 Program Kita Jaga Julai – Feb 2023 Sedang dilaksanakan setiap 2
Kita (Soalan Kertas 2) minggu

3 Program Diy (Amali 2/12/2022 Akan dilaksanakan apabila senarai


Kimia) 20/1/2023 awal bahan dan radas UAS 2022
dikeluarkan oleh LPM
4 Program Teknik 7/10/2022 – Fasa 1 Akan dilaksanakan
Menjawab Kimia Spm 25/11/2022 – Fasa 2
6/1/2023 – Fasa 3
5 Prog. Pecutan Akhir 1/11/2022 Selepas Peperiksaan Percubaan SPM
(Soalan Perc. SPM -
Negeri & SPM 28/2/2023
Sebenar)
6 Program Ganda 5 3/10/2022 Akan dilaksanakan setiap 2 minggu,
(Soalan Kertas 1) 1 set soalan kertas 1
7 Program Flipped Mac2022 -Feb 2023 Sedang dilaksanakan
Classroom
8 Program Suntikan Cuti Penggal 2 Akan dilaksanakan
Vaksin (3/9/2022 –
11/9/2022)
Cuti Penggal 3
(10/12/2022 –
31/12/2022)

5.0 Hal-hal Lain

3
5.1 Seperti sedia maklum, tiada sebarang peperiksaan akan dijalankan dalam
tempoh terdekat ini sekiranya tiada arahan berkenaan peperiksaan di keluarkan
oleh pihak PPDBD dan JPNPP. Justeru itu, Unit Kurikulum bercadang untuk
membuat satu program bagi memastikan para pelajar tingkatan lima berada
dalam keadaan bersedia bagi mengahadapi Peperiksaan SPM Tahun 2022.
Program tersebut masih lagi pada peringkat perbincangan antara
PK Pentadbiran dan Guru-guru Kanan. Antara cadangan nama bagi program
ini ialah Program Man Jadda Wajada yang berasal daripada perkataan arab
dan membawa maksud siapa yang bersungguh-sungguh maka ia akan
membuahkan hasil.
Tindakan:
Makluman
5.2 Melalui perancangan yang sedang berjalan, program tersebut akan dijalankan
di dewan sekolah bagi subjek teras manakala bagi subjek elektif akan berjalan
di dalam kelas semasa proses PdPc. Program dijadual akan bermula pada akhir
bulan Ogos atau awal bulan September.
Tindakan:
Makluman
5.3 Guru-guru subjek tingkatan lima sudah boleh mula menyediakan bahan dalam
bentuk modul berformat Peperiksaan SPM sebenar untuk digunakan semasa
program berlangsung.
Tindakan: Guru Kimia Tingkatan
Lima
5.4 Semua guru tingkatan lima diminta supaya menghabiskan silibus subjek
masing-masing sebelum hujung bulan September.
Tindakan: Guru Kimia Tingkatan
Lima
5.5 Peperiksaan Percubaan SPM Tahun 2022 dijangka berlangsung pada bulan
Oktober.
Tindakan:
Makluman
5.6 Bimbing para pelajar dalam mencapai sasaran yang ditetapkan. Perlu usaha
yang gigih dan kerjasama daripada guru-guru.

4
Tindakan: Guru
Kimia
5.7 Semua program berkaitan akademik akan dijalankan pada bulan September
setelah pembentangan program dan aktiviti daripada semua panitia dan Unit
Kurikulum dibuat di hadapan Tuan Pengetua. Sehingga bulan Ogos Tahun
2022, ia masih pada peringkat perancangan manakala pada bulan September
dan seterusnya ia merupakan peringkat pelaksanaan bagi program-program
akademik.
Tindakan:
Makluman
5.8 Amali Sains:
5.8.1 perlu dilaksanakan berlandaskan DSKP Kimia.
5.8.2 dapat membantu para pelajar memahami dengan lebih baik dalam
penguasaan sesuatu topik.
5.8.3 bilangan amali yang telah dilaksanakan sehingga 10/08/2022:
Tingkatan Bil. Amali Yang Telah Dilaksanakan
Tingkatan empat 2
Tingkatan lima 2
5.9 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD):
5.9.1 laporan pencapaian setengah tahun telah dihantar kepada Setiausaha
PBD untuk tindakan lanjut.
5.9.2 guru diminta memberikan tahap penguasaan yang bersesuaian
berdasarkan tahap pencapaian dan penilaian yang telah dilakukan
kepada pelajar. Semua tahap pencapaian hendaklah berlandaskan
DSKP mata pelajaran Kimia.
5.9.3 laporan pencapaian tahap penguasaan pelajar sehingga Mei 2022:
Ting. TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6 Jumlah
4 Avic 0 0 18 3 0 0 21
5 Avic 0 0 9 6 0 0 15
5.10 Guru digalakkan menjalankan proses PdPc di makmal sekolah bagi
mewujudkan suasana sebenar dalam mempelajari subjek ini.
Tindakan: Guru
Kimia

5
5.11 Kawalan pelajar semasa sesi pertukaran waktu PdPc – semua guru diminta
untuk menegur sikap pelajar yang suka berkeliaran di kawasan kaki lima
kelas. Pastikan guru-guru masuk ke kelas mengikut masa yang tepat.
Tindakan: Guru
Kimia
5.12 Ikhlaskan diri guru-guru dalam proses mendidik para pelajar. Buatlah yang
terbaik demi diri sendiri dan sekolah.
Tindakan: Guru
Kimia

10.0 Ucapan Penangguhan


KP Kimia mengucapkan terima kasih atas kesudian Guru Kanan Sains dan Matematik dan
guru kimia yang telah terlibat mengikuti mesyuarat ini sehingga tamat. Mesyuarat
ditangguhkan pada pukul 9.30 malam.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………….....….... .......................................................
(NURUL AIDA BT AHMAD) (JUHAIDA BINTI MOHD IDRIS)
Ketua Panitia Kimia Guru Kanan Sains dan Matematik
SMK Batu Maung, SMK Batu Maung,
Pulau Pinang. Pulau Pinang.

You might also like