You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKERA 1

Jalan Tengkera ,75200 Melaka


Kod sekolah:MBB2040
No Tel dan Faks:06-2824736
E-MEL:mbb2040@moe.edu.my
__________________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KANTIN SK TENGKERA 1&2


BAGI URUSAN PERSEDIAAN BUKA SEBUT HARGA SESI 2022&2023

Tarikh Mesyuarat: 17 Ogos 2022


Masa:11.30-12.30 pagi
Hari: Rabu
Tempat: Bilik Mesyuarat SK Tengkera 1

Kehadiran:
1.Pn.Salmiah Binti Sirajab Guru Besar SK Tengkera 1
2.Pn.Asnia Binti Yusoff Guru Besar SK Tengkera 2
3.En.Zakaria Bin Che Pa GPK HEM SK Tengkera 1
4.Pn.Siti Zariah Binti Zubir GPK HEM SK Tengkera 2
5.En.Mohd Bakri Bin Che Amin GPK KOKU SK Tengkera 1
6.Pn.Fauziah Binti Hassan Guru Kantin SK Tengkera 1
7.Pn.Maslily Binti Latiff Pembantu Tadbir SK Tengkera 1

Agenda :
1.Ucapan Aluan
1.1 Puan Salmiah mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua yang hadir.
1.2 Beliau menjelaskan tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan persediaan membuka
tender kantin yang baru dan berharap mendapat kesepakatan bersama untuk membuka tender
kantin yang baru.
1.3 Beliau mencadangkan pelantikan jawatankuasa teknikal yang baru iaitu :
a) En.Zakaria Bin Che Pa , GPK HEM SK Tengkera 1
b) Pn.Siti Zariah Binti Zubir, GPK HEM SK Tengkera 2
c) Pn.Fauziah Binti Hassan,Guru kantin SK Tengkera 1
d) Pn.Maslily Binti Latiff, Pembantu tadbir SK Tengkera 1
Tindakan :Disokong sebulat suara
2.Perbincangan mesyuarat
2.1 En.Zakaria menerangkan prosedur pelaksanaan dan memaklumkan bahawa setiap sekolah
perlu mengeluarkan tender,namun perlu dimasukkan dalam 1 sahaja peti iaitu di SK Tengkera
1 dengan hasil persetujuan kedua buah sekolah.
2.2 Beliau meminta Pembantu Tadbir mengeluarkan surat tawaran sebut harga mulai tempoh
1 September hingga 30 September 2022.
2.3 En.Zakaria mencadangkan pelantikan jawatankuasa Buka Peti Sebut Harga yang terdiri
daripada:
a) Encik/Puan X (jika GPK 1 telah hadir ) GPK Pentadbiran SK Tengkera 1
b) Pn.Mariam Binti Janis GPK Pentadbiran SK Tengkera 2
c) Pn.Fauziah Binti Hassan Guru Kantin SK Tengkera 1
d) Pn.Rosdiana Binti Isa Guru Kantin SK Tengkera 2

Tindakan: Disokong sebulat suara

2.4 En.Zakaria mencadangkan tarikh buka peti sebut harga adalah pada 4 Oktober 2022 ,
Selasa iaitu pada pukul 2 petang.
2.5 En.Zakaria juga mencadangkan pelantikan jawatankuasa Sebut Harga dan Jawatankuasa
pemilih yang terdiri daripada :
a) Pn.Salmiah Binti Sirajab,Guru Besar SK Tengkera 1
b) Pn.Asnia Binti Yusoff,Guru Besar SK Tengkera 2
c) En.Zakaria Bin Che Pa,GPK HEM SK Tengkera 1
d) Pn.Siti Zariah Binti Zubir,GPK HEM SK Tengkera 2
e) Seorang pegawai PPD Melaka Tengah
f) Pn.Fauziah Binti Hassan,Guru Kantin SK Tengkera 1
g) Pn.Maslily Binti Latiff,Pembantu Tadbir SK Tengkera 1

2.6 Pn.Salmiah mencadangkan tarikh mesyuarat pemilihan adalah pada 6 Oktober 2022, Khamis
iaitu 11.30 pagi.

3. Hal-hal lain
3.1 Pn.Siti Zariah mencadangkan RMT menggunakan semula air botol mineral berbanding air masak
yang digunakan oleh pengusaha kantin.
3.2 En.Zakaria menyatakan penjualan makanan proses masih dijual sehingga kini walaupun teguran
telah dilakukan oleh kedua buah sekolah.
3.3 Menurut Pn.Salmiah tanda harga perlu dinaikkan di kantin.
3.4 Pn.Salmiah mengatakan bahawa jika pengusaha kantin mengubah menu RMT, mereka perlu
memaklumkan kepada pentadbir sehari sebelum menu diubah.
3.5 Pn.Salmiah mencadangkan kantin diceriakan dengan usahasama kedua buah sekolah SK
Tengkera 1 dan SK Tengkera 2.

Mesyuarat ditangguhkan pada 12.15 tengah hari.

Disediakan oleh, Disemak oleh Disahkan oleh,

Pn.Fauziah Binti Hassan En.Zakaria Bin Che Pa Pn.Salmiah Binti Sirajab


Guru Kantin GPK HEM Guru Besar
SK Tengkera 1 SK Tengkera 1 SK Tengkera 1

You might also like