You are on page 1of 5

IMPLIKASI STANDARD PRESTASI ANTARABANGSA TERHADAP PENDIDIKAN DI

MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Penilaian prestasi di peringkat antarabangsa amat diperlukan bagi mengukur tahap dan
pencapaian sesebuah negara dalam terutamanya dalam aspek pendidikan. Standard Prestasi
Antarabangsa (SPA) adalah satu ukuran yang dapat menilai tahap keberkesanan kurikulum dan
kaedah pengajaran di dalam sesebuah negara di samping dapat membanding beza tahap
pencapaian pelajar daripada pelbagai buah negara (Tom Loveless, 2008). Malaysia telah
mengambil bahagian dalam penilaian antarabangsa dengan matlamat untuk mengukur sejauh
mana sistem pendidikan di Malaysia mampu untuk melahirkan modal insan kelas pertama dan
seimbang seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara penilaian
antarabangsa yang disertai oleh Malaysia adalah Programme of International Standard
Achievement (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMMS).

PISA yang diselaras olah OECD bertujuan untuk menilai kecekapan dalam Bacaan,
Matematik dan Sains dalam kalangan murid berumur 15 tahun. Tumpuan pentaksiran bukan
pada kandungan kurikulum tetapi keupayaan murid mengaplikasi pengetahuan dalam
kehidupan sebenar. Kali pertama Malaysia menyertai PISA ialah pada tahun 2010 sebagai
kitaran pentaksiran untuk tahun 2009 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016). Pencapaian
Malaysia dalam ujian PISA pada tahun 2009 dan 2012 menunjukkan kemahiran berfikir rakyat
Malaysia masih di tahap yang rendah apabila berada pada kedudukan satu pertiga terendah di
dunia dalam kelompok 74 buah negara yang mengambil bahagian (Laporan OECD, 2012).

TIMSS merupakan pentaksiran antarabangsa berasaskan kurikulum sekolah bagi mata


pelajaran Matematik dan Sains di seluruh dunia. Pentaksiran dibuat bagi mengukur prestasi
murid pada Gred 4 (Tahun 4) dan Gred 8 (bersamaan dengan Tingkatan 2) yang merangkum
dua aspek iaitu pengetahuan kandungan seperti Algebra, dan kemahiran kognitif seperti
proses pemikiran penguasaan pengetahuan, aplikasi dan penaakulan (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2016). Malaysia telah menyertai TIMSS sejak 1999 dan melibatkan murid Tingkatan
2 sahaja. TIMSS 2007 dan TIMSS 2011 adalah di bawah skor 500 (aras skor minimum yang
disarankan oleh TIMSS yang dikategorikan sebagai Low International Benchmark (Stephen,
2012 dalam Mohd Erfy, 2015). Malaysia menunjukkan penurunan berturut-turut sebanyak tiga
kitaran penilaian TIMMS sejak pencapaian terbaik pada 1999 dicatatkan.
PISA dan TIMMS sememangnya menunjukkan penurunan prestasi Malaysia, namun pada
tahun 2015, prestasi Malaysia meningkat bagi kedua-dua penilaian berbanding tahun
sebelumnya. Hal ini selari dengan pelbagai usaha yang diambil untuk memperbaiki sistem
pendidikan negara. Justeru itu, SPA sememangnya memberi peluang kepada negara untuk
mengukur tahap prestasi pendidikan di peringkat yang lebih tinggi dengan membandingkan
hasil kejayaan negara lain. Perbandingan ini seterusnya akan menjadi titik tolak kepada
perubahan sistem pendidikan yang bertujuan untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan
secara berperingkat.
RUJUKAN

A. Rahman Haron, Jamaludin Badusah & Zamri Mahamod. 2015. Kemahiran berfikir aras tinggi

(KBAT) dalam salak didik dengan elemen nyanyian dan elemen pantun. Jurnal

Pendidikan Bahasa Melayu, Vol. 5, Bil. 1 (Mei 2015): 53-60.

Abdul Halim Abdullah. September 2015. KBAT: Tugas guru semakin mencabar. Dewan

Masyarakat, 39-41.

Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail. 2013. Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan

dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Vol. 3,

Bil. 2 (Nov. 2013): 49-63.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2016. Buku Penerangan Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2016. Laporan TIMMS 2015: Trends in International

Mathematics and Science Study. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Loveless, T. (Eds). (2007). Lesson Learned: What International Assessments Tell Us About

Maths. Washington, D.C: Brookings Institutions Press.

Mohd Erfy Ismail. 2015. Permodelan faktor-faktor pencapaian sains TIMSS Malaysia 2011.

Disertasi Ph. D. Universiti Tun Hussein Onn.

OECD (2012). Assessment Framework Key Competencies in reading, mathematics and


science. OECD.

Rohani Arbaa, Hazri Jamil & Mohammad Zohir Ahmad. 2017. Model Bersepadu Penerapan

Kemahiran Abad ke-21 dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Pendidikan

Malaysia, 42(1), 1-11.

Sajida Asarulah Khan. (27 Julai 2018). Guru paling stress. Utusan Malaysia. Diakses pada 30

Julai 2018 dari http://www.utusan.com.my/berita/nasional/guru-paling-stres-1.717093


Utusan Malaysia. (27 Mac 2009). Dasar 40:60 pelajar sastera-sains belum tercapai. Diakses

pada 27 Julai 2018 dari http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2009&dt=0327&pub =Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm.

Utusan Malaysia. (26 Januari 2018). STEM pacu bidang sains. Diakses pada 27 Julai 2018 dari

http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/sains/stem-pacu-bidang-sains-1.597539

Zarina Abdul Rashid. 2016. Tahap kesediaan guru dalam aspek pengetahuan dan keperluan

latihan berfokuskan aplikasi kbat. Ijazah Sarjana. Universiti Tun Hussein OnN

You might also like