You are on page 1of 2

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum dan Selamat Pagi,

Yang berusaha,
Cikgu Zainal bin Ismail, Pengetua SMK Pasir Besar,

Yang dihormati,
Cikgu Zalina binti Jais,
GPK Pentadbiran SMK Pasir Besar,

Cikgu Mohd Nazari binti Abdul Rahman,


GPK Hal Ehwal Murid SMK Pasir Besar,

Cikgu Hjh Hamisah binti Mohd Said,


GPK Kokurikulum SMK Pasir Besar,

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, Kaunselor,


seterusnya guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Pada bulan Ogos hingga Oktober yang lalu, SMK Pasir Besar telah menghantar pasukan untuk
menyertai CABARAN KOKURIKULUM KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA peringkat daerah,
negeri dan kebangsaan.

10 acara telah dipertandingkan iaitu:

Kawad Kaki (Lelaki & Perempuan)


Aspec Challenge (Lelaki & Perempuan)
Ikatan & Simpulan (Lelaki & Perempuan)
Inovasi Kadet Bomba (Lelaki & Perempuan)
Montaj Fire Drill (Lelaki & Perempuan)

SMK Pasir Besar telah mengambil bahagian dalam 4 acara daripada 10 acara yang dipertandingkan.
Alhamdulillah, kita mendapat tempat dalam semua acara yang disertai.

Bagi menyempurnakan upacara penyampaian hadiah, majlis menjemput Cikgu Hjh Hamisah binti
Mohd Said (PK Kokurikulum) bagi mengiringi Tuan Pengetua. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Bagi acara Montaj Fire Drill (Perempuan), SMKPB telah berjaya mendapat tempat Naib Johan di
peringkat daerah Tampin. Dipersilakan:

AIDA MAISARAH BINTI ZULAZMY


AINA SARA SAQINA BINTI ARIFFIN
NAJLA HANNAN BINTI SHAHRIN
KHADIJAHTUL NURJANNAH BINTI MOHAMAD
ZAPRI
NUR SYAHIRA ALEESYA BINTI HASBULLAH
Bagi acara Aspec Challenge (Perempuan), SMKPB telah berjaya mendapat tempat Naib Johan di
peringkat daerah Tampin. Dipersilakan:

SAIDATUL FARISHA BINTI JAMALUDIN


NUR SYAZWANIE BINTI MOHD SYAWAL
NURUL NAJIHAH BINTI MD KAMAL
NURUL IMAN BINTI ROSLEE
NUR HIDAYAH BINTI ABDULLAH

Bagi acara Inovasi Kadet Bomba (Perempuan), SMKPB telah berjaya mendapat tempat Johan di
peringkat daerah Tampin dan mendapat tempat Naib Johan di peringkat negeri sekaligus melayakkan
pasukan ini untuk meneruskan perjuangan di peringkat kebangsaan. Namun demikian, nasib kurang
berpihak kepada mereka apabila bersaing dengan 79 pasukan dari negeri-negeri lain. Dipersilakan:

SAIDATUL FARISHA BINTI JAMALUDIN


NUR SYAZWANIE BINTI MOHD SYAWAL
NURUL LIYANA AFIQAH BINTI MUHAMMAD
LUQMAN AL HAKIM DONNY
NUR ADLINA BINTI NAZARUDDIN
NUR UMAIRAH BINTI SAMSUDIN

Seterusnya, bagi acara Ikatan & Simpulan (Lelaki), SMKPB telah berjaya mendapat tempat Johan di
peringkat daerah Tampin dan di peringkat Negeri Sembilan. Pencapaian ini melayakkan pasukan ini
untuk meneruskan perjuangan di peringkat kebangsaan. Bersaing dengan 79 pasukan lain dari seluruh
negara bukanlah sesuatu yang mudah. Berkat hasil usaha dan kegigihan mereka, pasukan ini muncul
Naib Johan di peringkat kebangsaan. Dipersilakan:

MUHAMMAD AIMAN BIN ABD KARIM


MUHAMMAD AMIRUL AMIN BIN SAMSUDIN
SYAHMUL FAARIS BIN SHAHROM
NORHAFIZUL HAIQAL BIN NORIZAL
MUHAMMAD AZRUL BIN AZMAN

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas kesudian menyampaikan hadiah dan sijil.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang. Semoga kalian akan lebih cemerlang pada
tahun-tahun yang akan datang dalam mengharumkan nama SMK Pasir Besar.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sumbangan dari
segi kewangan, masa, tenaga dan juga sokongan moral.

Sekian sahaja laporan saya, terima kasih.

You might also like