You are on page 1of 22


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

100
KERJA KURSUS
PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
EDUP3063

Nama : SITI NUR ‘ATIRAH BINTI NAPI


Angka Giliran : 2018202340177
No Kad Pengenalan : 981230035278
Program : PISMP
Ambilan : JUN 2018
Kumpulan/Unit : 4.09/PAKK
Nama Pensyarah Kursus : PUAN AMINAWATI ZAHARA BINTI
MOHAMAD

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar Markah


Wajaran
1 03.03.2020 10.03.2020
2 20.02.2020 20.03.2020
Jumlah

Saya mengaku bahawa saya telah menerima maklum balas daripada pensyarah
Tanda tangan Pelajar : Tarikh :
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

TUGASAN 2 PENULISAN AKADEMIK 1-21

1.0 PENGENALAN 1

2.0 LANGKAH PEMBINAAN JSU 1-3

3.0 PENTADBIRAN UJIAN 4-5

4.0 INTERPRETASI DATA PRESTASI MURID 5-9

4.1 Mod 5-6


4.2 Min 6
4.3 Median 7
4.4 Varians 7
4.5 Sisihan Piawai 7-8
4.6 Histogram dan Poligon Kekerapan 8
4.7 Ogif 9

5.0 PENUTUP 9

RUJUKAN 10

LAMPIRAN 11-21
1.0 PENGENALAN

Pentaksiran merupakan pengujian satu proses bersepadu untuk menentukan keadaan,


takat pembelajaran dan perkembangan murid. Menurut kehendak tugasan subjek
EDUP3063 Pentaksiran dalam Pembelajaran. Sebagai siswa didik, saya telah
menajalankan pentadbiran ujian dan pentaksiran bagi murid tahun 5 bagi subjek
matematik tahun 4. Saya diberi peluang untuk menjalankan pentadbiran ujian tersebut
ketika menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) fasa ketiga di Sekolah
Kebangsaan Mulong 2. Menurut Mohd Fadli (2008) pentaksiran ialah satu proses
mengumpul maklumat dengan menggunakan sesuatu teknik dan alatan yang
bersesuaian untuk tujuan pertimbangan dalam membuat penghakiman tentang produk
sesuatu proses pendidikan. Oleh itu, saya telah membina 15 item objektif untuk ditadbir
dan dijalankan pentaksiran untuk menguji tahap pencapaian dan persediaan murid bagi
subjek Matematik. Menurut Jamil (2005), untuk mendapatkan maklumat tentang
pembelajaran murid, kita boleh menggunakan proses pengukuran, penilaian atau
pentaksiran.

2.0 LANGKAH PEMBINAAN JSU

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan jadual yg menggambarkan ciri sesuatu ujian
dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap konstruk,
konteks, pemberatan tiap konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran. JSU perlu
dibina untuk memastikan ujian yang ditadbirkan di dalam bilik darjah mewakili sampel
tugasan releven, spesifikasi ujian perlu dibina untuk memilih item pentaksiran yang tepat
(Boon Pong Ying et.al,2017). Selain itu, JSU juga dibina untuk menghasilkan soalan
yang berkualiti iaitu tidak membentuk soalan secara spontan dan tidak tahu aras kognitif
dengan tepat.

Merujuk jadual 1, ujian yang dipilih untuk ditadbirkan adalah ujian akhir tahun. Oleh
itu, tajuk dipilih untuk ujian akhir tahun adalah menyeluruh daripada setiap topik yang
dipelajari pada Tahun 4 dan menggunakan pemberatan jam pembelajaran bagi setiap
topik. Bagi tugasan tersebut, saya perlu menggubal item objektif Matematik bagi murid
tahun 4 2019 iaitu murid tahun 5 bagi tahun 2020. Setelah mengira wajaran jam
pembelajaran bagi topik-topik yang ingin diuji menggunakan rancangan pengajaran
tahunan matematik tahun 2019 dan merujuk DSKP tahun 4 2014, saya menentukan
bilangan item bagi tajuk tersebut dengan menggunakan formula. Formula (jadual 1)
dapat menentukan bilangan item yang sesuai berdasarkan pemberatan jam
pembelajaran tajuk tersebut. Contohnya, bagi tajuk nombor dan operasi terdapat enam
jam pembelajaran. Oleh itu, saya perlu menghasilkan tiga buah soalan bagi tajuk
tersebut.

Setelah bilangan item ditentukan mengikut tajuk, aras kesukaran item objektif dipilih
dengan merujuk nisbah 2:5:3 dan standard pembelajaran serta standard prestasi
merujuk Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) Matematik Tahun 4. Bagi
memenuhi keperluan tugasan iaitu perlu membina 15 item ujian objektif, saya telah
membina soalan berdasarkan nisbah aras soalan mengikut Taksonomi Bloom iaitu 3:8:4.
JSU dibina dengan dua paksi iaitu pada paksi melintang (aras kemahiran) dan menegak
(topik). Pembinaan soalan berdasarkan tahap keupayaan kognitif dapat menguji murid
dari pelbagai tahap keupayaan kognitif. Taksonomi Bloom dalam Boon Pong Ying et.al
(2017) telah mengenal pasti terdapat enam tahap dalam domain kognitif. Taksonomi
menurut KPM (2013) antaranya adalah mengingati, memahami, mengaplikasi,
menganalisis, menilai dan mencipta. Skema pemarkahan juga telah saya sediakan
untuk memudahkan proses penandaan jawapan dan mengelakkan daripada berlakunya
kesalahan bagi kertas jawapan murid. Setelah item-item ujian objektif selesai dibina,
item-item tersebut telah disemak supaya semuanya bebas daripada sebarang kesilapan
sebelum ujian dijalankan. Penilaian adalah amat penting untuk memastikan item-item
yang telah digubal mematuhi prinsip-prinsip pembinaan item objektif sama ada perlu
dibaiki atau diubahsuai dengan cara yang betul. Antaranya dengan menyemak stimulus
memberikan petunjuk yang membayangkan jawapan dan item tidak mempunyai lebih
daripada satu jawapan.

Pada umumnya ujian objektif mempunyai objektiviti yang tinggi kerana jawapan bagi
setiap pilihan item diberikan hanya satu sahaja jawapan yang betul. Item ujian objektif
terdiri daripada ransangan, pokok soalan, jawapan dan distraktor. Stem boleh dibina
berdasarkan soalan atau pernyataan. Manakala bahagian opsyen terdiri daripada
jawapan dan distraktor (Kubiszyn & Borich, 2003). Item aneka pilihan menghendaki
pelajar memilih jawapan yang paling tepat daripada beberapa pilihan jawapan bagi
soalan yang dikemukakan. Justeru itu, item jenis pelbagai pilihan bukan sahaja
mengandungi satu pilihan jawapan yang benar tetapi juga mengandungi pengganggu.
Pengganggu dibina untuk mengelirukan murid. Walaupun salah, pengganggu perlu
dibina dengan teliti supaya ianya memainkan peranan sebagai pengganggu yang
berkesan dan seterusnya mengelakkan pemilihan jawapan yang dibuat secara tekaan.
Setelah item-item ujian objektif selesai dibina, item-item tersebut telah disemak
supaya semuanya bebas daripada sebarang kesilapan sebelum ujian dijalankan.
Penilaian adalah amat penting untuk memastikan item-item yang telah digubal mematuhi
prinsip-prinsip pembinaan item objektif sama ada perlu dibaiki atau diubahsuai dengan
cara yang betul. Antaranya dengan menyemak stimulus memberikan petunjuk yang
membayangkan jawapan dan item tidak mempunyai lebih daripada satu jawapan,
bilangan item dinyatakan dalam JSU mengikut aras kemahiran yang ditetapkan serta
mengandungi aras yg mengikut aras taksonomi.

T
1
o
tti
2
3
n
su
d
rkp
sa u

a
m
eg–
)(lb
.P
gikSu
en
m

h
r
b
m
o
tajk.n
ySri d
aktju
d
en

et jekti
yM
saln
b
j(o
h

iu
d
gkat-
j.n

au
d
n
iu

f,gh
k ,esid
stru
is
l)
k in
Tetu
yan
ib
d kso
ed
a.gh
l

Langkah
membina
JSU

Rajah 1 Langkah pembinaan JSU

3.0 PENTADBIRAN UJIAN


Pada 4 Mei, ujian tersebut telah ditadbir pada kelas 5 Gigih di SK Mulong 2 dengan
kerjasama Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Waktu
yang diambil merupakan waktu pendidikan jasmani murid iaitu pada jam sembilan pagi
hingga jam sembilan tiga puluh minit pagi. Bagi mentadbirkan sesuatu ujian,
pertimbangan perlu diberikan terhadap penyediaan, pertimbangan perlu diberikan
terhadap penyediaan keadaan dan syarat-syarat optimum untuk murid memberikan
respons terbaik. Menurut Boon Pong Ying et.al (2017), pertimbangan aspek fizikal,
psikologi, tempoh masa pentadbiran dan lain-lain mungkin akan menjejaskan
pentadbiran dan kesahan pengukuran pencapaian murid.

Pada peringkat awal, saya menyusun meja dengan mempunyai jarak antara satu
sama lain untuk mengelak peniruan. Namun, disebabkan kelas amat sempit untuk
disusun secara memanjang saya membenarkan murid menghadap antara satu sama
lain. Selain itu, pencahayaan yang cukup amat penting untuk memudahkan murid
melihat kertas ujian dengan jelas. Kesemua tingkap kelas tersebut dibuka untuk
membenarkan cahaya yang cukup masuk ke dalam kelas. Hal ini dapat membantu
murid untuk melihat kertas ujian dengan lebih jelas. Disebabkan murid baru sahaja naik
daripada aktiviti Pendidikan Jasmani di padang, kebanyakan daripada mereka berasa
tidak selesa dan panas. Saya mengarahkan mereka untuk berehat dan minum air
terlebih dahulu sebelum memulakan ujian. Hal ini boleh mengganggu konsentrasi murid
dan prestasi mereka kerana keletihan atau ketidakcukupan masa bagi mempersiap diri
bagi menghadapi ujian (Miller et.al, 2009). Pengudaraan yang baik dapat meningkatkan
keselesaan murid ketika menjawab ujian. Jadi saya telah menghidupkan kipas dan
memastikan semua pintu dan tingkap dibuka. Selain itu, saya juga mengalih dan
membuang sampah daripada tong sampah daripada kelas tersebut untuk mengelak
daripada gangguan dari segi bau ketika ujian berlansung.

Setelah murid bersedia, saya memulakan taklimat dan penerangan mengenai ujian
tersebut. Semua murid diminta untuk membaca arahan dihadapan kertas soalan. Ujian
dimulakan pada pukul sembilan pagi dan tamat pada sembilan tiga puluh minit pagi.
Arahan senyap sepanjang ujian diberikan kepada murid untuk mengelakkan daripada
berlakunya perbincangan antara murid ketika ujian berlansung. Setelah tamat ujian,
murid memulangkan kertas jawapan ujian dan saya membuat refleksi Bersama murid
untuk mendapat komen murid tentang soalan tersebut. Selepas menanda dan
menyusun markah murid, saya mengira indeks kesukaran (Konsep IK). Hal ini bertujuan
untuk menentukan indeks soalan (sukar, sederhana, mudah) dan indeks diskriminasi
supaya apabila saya hendak menggunakan soalan tersebut pada masa akan datang,
saya dapat menentukan bahawa soalan tersebut sesuai atau tidak.

4.0 INTERPRETASI DATA PRESTASI MURID

Menurut Mok Soon Sang (2009), penganalisisan dan pentaksiran keputusan ujian
merupakan peringkat penting dalam segala proses penilaian. Statistik deskriptif asas
yang lazimnya digunakan dalam proses penilaian ialah pemindahan skor mentah
kepada histogram, ogif atau poligon kekerapan, termasuk pengiraan dan penggunaan
julat, peratus, min, median dan mod (Mok Soon Sang, 2009). Jadual 4 menunjukkan
data terkumpul bagi kekerapan peratus markah ujian Matematik murid 5 Gigih.

Bilangan kelas ditentukan dengan menggunakan pengiraan:

K ≈1+3.3 log(n)

1+3.3 log ( 32 )

≈ 5.966

Bilangan kelas : 6

nilai terbesar−nilai terkecil


Saiz kelas ¿
K

60−13
¿
6

=9

4.1 Mod

Kelas Mod bagi data tersebut adalah:

Kelas mod= kelas 40-48, jadi pengiraan bagi mod data terkumpul adalah:

fm−f 1
Mod = L+ ×h
(fm−f 1)+( fm−f 2)
10−9
= 39.5+ ×9
(10−9)+(10−1)

¿ 40.4

Mod merupakan skor yang paling kerap daripada satu set skor. Merujuk kepada set
skor jadual 3, selang kelas skor 40-48 mempunyai kekerapan yang paling tinggi iaitu 10
berbanding selang kelas yang lain. Hal ini menunjukkan, kebanyakan murid mendapat
skor markah antara 40% hingga 48% bagi ujian Matematik tersebut.

4.2 Min

Min, X́ ¿
∑ fx '
N

1120
X́ =
32

¿ 35

f ialah kekerapan
x’ ialah titik tengah
N ialah bilangan

Hasil dapatan pentaksiran ujian menunjukkan jumlah min keseluruhan peratus


markah murid adalah X́ =35 . Terdapat hanya 20% murid yang mempunyai markah
melepasi min. Hal ini dapat dirumuskan bahawa pencapaian purata murid adalah amat
rendah bagi ujian tersebut. Pelbagai faktor yang boleh dikaitkan dengan prestasi tersebut
antaranya, tahap kesediaan murid untuk menjawab soalan tersebut. Sekiranya murid
diberikan peluang untuk mengulangkaji sebelum ujian dijalankan, prestasi murid juga
akan lebih baik. Selain itu, faktor tahap kesukaran soalan juga boleh diambil kira dan
menyebabkan murid tidak dapat menjawab soalan ujian dengan baik.
4.3 Median

N
m=L+
2
−F
f
c ( )
32
m=30.5+
2
−11
9
9 ( )
¿ 35.5

LM ialah sempadan bawah kelas median


n ialah jumlah kekerapan
F ialah jumlah kekerapan di bawah kelas median
fM ialah kekerapan kelas median
c ialah saiz selang kelas
Median adalah nilai tengah apabila semua data disusun dalam turutan menaik atau
menurun. Median bagi data tersebut adalah 35.5.

4.4 Varian

2
δ =¿
∑ f (x− x́ )2
N

3726
¿
32

¿ 116.44

4.5 Sisihan Piawai

∑ f ( x−x́ )2
δ=
√ N

3726
¿
√ 32

¿ 10.79
Sisihan piawai ialah ukuran kebolehubahan atau indeks sebaran skor. Ia untuk
menentukan sejauh mana skor berubah keliling min. Semakin kecil nilai sisihan piawai,
semakin kecil sebaran skor dalam taburan. Ini membawa implikasi bahawa data adalah
berhampiran antara satu sama lain (homogen). Manakala, semakin besar nilai sisihan
piawai, semakin besar sebaran skor dalam taburan. Ini bermakna data adalah tersebar
luas antara satu sama lain (heterogen). Bagi data tersebut, nilai sisihan piawai adalah
10.79 hal ini menunjukkan data berserak dan wujud perbezaan ketara antara markah
antara murid. Nilai sisihan piawai lebih daripada 10, maka data tersebut adalah
berserakan min (heterogenous). Ada murid mendapat markah yang tinggi dan ada
murid mendapat markah yang sangat rendah.

Setelah mengira min, mod, median dan sisihan piawai, hasil pengiraan adalah
seperti berikut:

 Min = 35.0

 Median = 35.5

 Mod = 40.4

 Sisihan piawai = 10.79

Oleh itu, satu lengkung taburan pencong positif telah terhasil seperti yang
ditunjukkan dalam rajah 5. Lengkung tersebut menunjukkan situasi di mana min <
median < mod Oleh itu, boleh mentafsirkan bahawa terdapat ramai murid mendapat
markah lebih rendah daripada markah min. Ini bermakna pencapaian murid-murid
kurang baik atau ujian ini terlalu susah dan harus diperbaiki seperti menambahkan
bilangan soalan yang lebih mudah.

4.6 Histogram dan Poligon Kekerapan

Histogram dibina dengan menggunakan kekerapan pada paksi-y dan sempadan


bawah pada paksi-x. Histogram dan poligon kekerapan digunakan untuk mengetahui
corak distribusi data untuk mendapatkan informasi tentang data tersebut. Hal ini dapat
memudahkan pengkaji untuk mendapatkan kesimpulan daripada data tersebut. Menurut
Dimas et.al (2018) terdapat pelbagai corak histogram antaranya normal/loceng,
multimodal, curam di kiri, curam di kanan, seragam, bimodal dan multimodal. Bagi data
markah ujian Matematik murid 5 Gigih adalah berbentuk normal. Hal ini kerana,
kekerapan markah murid terdistribusi secara normal iaitu tinggi pada tengah graf dan
rendah pada bahagian sisi. Hal ini bermaksud, kekerapan markah Matematik murid
tahun 5 Gigih adalah didistribusi secara normal. Iaitu kekerapan yang tinggi pada
markah sederhana dan kekerapan yang rendah pada markah rendah dan tinggi.

4.7 Ogif

Ogif mewakili taburan kekerapan longgokan bagi sesuatu data. Rajah 3


menunjukkan ogif bagi taburan longgokan dalam jadual 4. Paksi-x ogif tersebut adalah
sempadan atas setiap selang kelas manakala pada paksi-y, diwakili oleh kekerapan
longgokan. Maklumat yang diperoleh daripada ogif ialah anggaran bilangan murid yang
mendapat markah kurang daripada sesuatu skor. Skor lulus yang ditetapkan adalah 40
maka, terdapat 20 orang murid yang gagal dalam ujian tersebut kerana tidak dapat
mencapai markah lulus. Murid yang lulus pula terdapat 12 orang iaitu hanya 37.5%
daripada bilangan murid di dalam kelas tersebut. Melalui ogif juga dapat mengenal pasti
percentil quartil iaitu Q1, Q2 dan Q3.

5.0 PENUTUP

Secara kesimpulannya, pentaksiran merupakan agen yang penting untuk


memastikan perkembangan dan pencapaian murid dapat dianalisis dan ditafsirkan untuk
pelbagai tujuan. Hal ini kerana, pentaksiran dapat membantu guru, murid, pihak sekolah dan
juga ibu bapa untuk mengenalpasti kebolehan dan pencapaian mereka dari segi akademik
dan juga bukan akademik. Oleh itu, sebagai seorang guru haruslah sentiasa mengemas kini
laporan data dan pentaksiran murid dalam PdPc yang telah dijalankan.
RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.


Putrajaya.
Miller, M. D., Linn, R. L. & Grounlund, N. E. (2009). Measurement and Assessment in
Teaching (Edisi Ke-10). New Jersey: Pearson International Edition.
Dimas Gufron Ash Shiddiq, Indarto, Sri Wahyiningsih & Askin. (2018). Aplikasi Histogram
untuk Analisis Variabilitas dan Spasial Hujan Bulanan: Studi di Wilayah UPT PSDA di
Pasuruan Jawa Timur. Jurnal Teknologi Pertanian Andalas Vol. 22, No.1, Maret 2018,
ISSN 1410-1920, EISSN 2579-4019.
Mok Soon Sang. (2009). Educational Psychology and Pedagogy: Learner and Learning
Environment. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Boon, P.Y., Lee, L. H., Lawrence, A. A. (2017). Pentaksiran dalam Pembelajaran : Siri
Pendidikan Guru. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Mohd Fadli Ahmad. (2008). Amalan Pentaksiran Pengajaran dan Pembelajaran di Kolej
Komuniti di Negeri Johor. Tesis Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Jamil Adimin. (2008). Pengetua Dan Guru Besar Sebagai Pemimpin Pentaksiran Di
Sekolah. Ehwal Pendidikan. Bil 17/2008.
Kubiszyn, T. & Borich, G. D. (2003). Educational testing and measurement: Classroom
application and practice (7th ed.). New York: John Wiley & Sons.
LAMPIRAN

Jadual

Bil Tajuk Jam Peratus Peratus Bil item


Markah markah
muktamad
1 Nombor dan operasi 6.0 6.0/30 x 100 20/100 x 15 3
Nombor bulat hingga =20 =3
100 000
1.1 Nilai nombor
1.4 Aplikasi sebarang
nombor
2 Operasi bergabung 3.0 3.0/30 x 100 10/100 x 15 1
6.3 Penyelesaian =10 =1.5
masalah

3 Pecahan 3.0 3.0/30 x 100 10/100 x 15 1


7.4 Penambahan =10 =1.5
dan penolakan
pecahan.

4 Peratus 1.5 1.5/30 x 100 5/100 x 15 1


9.1 Nilai peratus =5 =0.75

5 Wang hingga RM100 3.0 3.0/30 x 100 10/100 x 15 2


000 =10 =1.5
10.7 Penyelesaian
masalah

6 Masa dan waktu 1.5 1.5/30 x 100 5/100 x 15 1


11.6 Penyelesaian =5 =0.75
masalah melibatkan
masa dan waktu dalam
situasi harian
7 Panjang 3.0 3.0/30 x 100 10/100 x 15 1
12.2 Mengukur dan =10 =1.5
menganggar
panjang.

8 Jisim 1.5 1.5/30 x 100 5/100 x 15 1


13.2 Penyelesaian =5 =0.75
masalah
melibatkan
jisim.
9 Ruang 3.0 3.0/30 x 100 10/100 x 15 2
15.3 Perimeter dan =10 =1.5
luas.

15.4 Isi padu


pepejal.
10 Koordinat 1.5 1.5/30 x 100 5/100 x 15 1
16.1 Koordinat pada =5 =0.75
sukuan
pertama.

11 Perwakilan data 3.0 3.0/30 x 100 10/100 x 15 1


18.1 Data. =10 =1.5

Jumlah 30 100 15 15

Jadual 1 Pembahagian jumlah jam pembelajaran dan penentuan bilangan item mengikut
topik

TAHAP
BIL TAJUK 1 2 3 4 5 6
1 NOMBOR / //
2 OPERASI /
3 PECAHAN /
4 PERATUS /
5 WANG /
6 MASA DAN WAKTU /
7 PANJANG /
8 JISIM /
9 RUANG / /
10 KOORDINAT /
11 PERWAKILAN DATA /
Jadual 2 Pengagihan mengikut topik
JADUAL PENCAPAIAN MURID (NAMA, MARKAH MENTAH, PERATUS)

NAMA MURID SKOR MENTAH PERATUS


AHMAD SYAMIL 7 47
ALYA MAISARAH BATRISYA 3 20
ARISSA NURAILIZ 5 33
M. ALIF DARWISY 6 40
M. AZIM HASIF 5 33
MOHD MUHAIMIN 6 40
MUHAMAD FARIS 6 40
MUHAMAD IDZHAR KHALISH 5 33
MUHAMMAD ADWA' IMAN 9 60
MUHAMMAD ANAS IRFAN 5 33
MUHAMMAD AQIL 6 40
MUHD AMIR HANIF 4 27
MUHD FAHMI 3 20
MUHD HARITH SYAZWAN 4 27
NIK AINA 6 40
NIK AMIRUDDIN 5 33
NUR ANESA 5 33
NUR DAMIA AMANI 4 27
NUR MUNIRAH 5 33
NUR QHASEH ZULAIQHA 5 33
NUR SYAFIAH NAJWA 4 27
NUR WASIFAH 5 33
NURIN AMALIN 6 40
NURINA BATRISYA 7 47
NURUL ANNISHA 4 27
PUTRI AMNI AMANDA 6 40
PUTRI HAZIQAH INSYIRAH 4 27
SITI NUR ZULAIKHA 6 40
SITI SYARWANIE AFIFIE 8 53
TG NURUL YUHANIS 2 13
TUAN MOHD ARIF 4 27
WAN ARISYA INSYIRAH 2 13
Jadual 3 Peratus markah murid
Titik (x'-
Selang Sempada Sempada Kekerapan, Kekerapan tengah x'- X́
kelas n Bawah n Atas f longgokan , x' fx' X́ )² f(x'- X́ )²

13-21 12.5 21.5 4 4 17 68 -18 437.23 324

22-30 21.5 30.5 7 11 26 182 -9 119.03 81

31-39 30.5 39.5 9 20 35 315 0 0.83 0

40-48 39.5 48.5 10 30 44 440 9 82.63 81

49-57 48.5 57.5 1 31 53 106 18 364.43 324

58-66 57.5 66.5 1 32 62 62 29 846.23 729

∑ f =32 ∑ fx '=1124 ∑ f (x '− X́)2=37


Jadual 4 Data terkumpul kekerapan markah murid 5 Gigih
41

40

39

38

37

36

35

34

33

32
min median mod
Skor

Rajah

Histogram dan Poligon Kekerapan


12

10

0
12.5 21.5 30.5 39.5 48.5 57.5
Skor

Rajah 1 Lengkung mod,median dan min

Rajah 2 Histogram dan poligon kekerapan

9.5 12.5 21.5 30.5 39.5 48.5 57.5 66.5


ogif markah
35

30

25

20

15

10

0
12.5 21.5 30.5 39.5 48.5 57.5 66.5

Rajah 3 Ogif

Rajah 4 Murid sedang menjawab ujian dengan tekun dan selesa


Rajah 5 Murid menyelasaikan ujian dengan bersungguh-sungguh.
SURAT TADBIR UJIAN

Siti Nur ‘Atirah Binti Napi


Pelajar Semester 4,
IPG Kampus Pendidikan Islam,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Mulong 2,
Kampung Larak, Pendek,
15100 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim 22 FEBRUARI
2020

Tuan,
MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENTADBIR UJIAN
Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sehubungan dengan itu, pihak saya memohon untuk mentadbir ujian di SK Mulong 2
untuk memenuhi kehendak tugasan daripada kursus EDUP3063 Pentaksiran dalam
Pendidikan di sekolah.
3. Bersama-sama ini disertakan soalan bagi tugasan kerja kursus kami sebagai rujukan
pihak tuan.
4. Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan amat saya hargai. Semoga
permohonan ini mendapat kelulusan tuan.
Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

__________________
(Siti Nur ‘Atirah Binti Napi)
Pelajar Semester 4,
IPG Kampus Pendidikan Islam
PELAN LANTAI KEDUDUKAN MURID

PAPAN KENYATAAN PAPAN PUTIH PAPAN KENYATAAN


RAK BUKU

You might also like