You are on page 1of 2

Apakah tugas Pembantu Tadbir?

—————
Deskripsi Tugas:
—————
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian
dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi
aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad
kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel,
perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan
maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

————————–—-
Skop Fungsi dan Bidang Tugas:
————————–—
Aspek Perkeranian
a) Pentadbiran pejabat.
b) Pengurusan personel.
- perjawatan, pembangunan organisasi dan perancangan sumber manusia
- perkhidmatan, latihan dan kerjaya
- gaji, elaun dan kemudahan
- faedah persaraan
c) Pengurusetiaan.
d) Menaip dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang
ditetapkan.
e) Pengurusan Rekod.
f) Pengurusan Kewangan.
g) Pengurusan Fail.

N17 – Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi


(Pentadbiran)
Senarai Tugas

1. Urusan Fail Pentadbiran Sekolah


i. Menyimpan dan mengemaskini senarai fail buka serta fail tutup
ii. Memproses pembukaan fail baru
a) Memproses penutupan fail lama
b) Memfailkan semua surat ke fail berkaitan dan merekod minit fail
iii. Menyusun dan menyimpan fail buka serta fail tutup di tempat yang sesuai dan
telah ditetapkan
iv. Membantu Ketua Pembantu Tadbir (Pentadbiran) menguruskan fail tutup
untuk dilupuskan dan bilik fail tutup
v. Merekodkan semua peminjaman dan pemulangan fail buka dan fail tutup

You might also like