You are on page 1of 5

SPA 1304 Pedagogi dan Kemahiran Mengajar

Tugasan kedua: Laporan Refleksi Pengajaran

NAMA : WAN SITI NORIZWANI BT WAN HUSSAIN


NO. KAD PENGENALAN : 860318-29-5444

Pengenalan:
Tugasan kedua dalam Kursus SPA 1304 Pedagogi dan Kemahiran Mengajar ialah membina
Laporan Refleksi Pengajaran.
Markah bagi tugasan ini ialah 20%.
Tugasan ini dilaksanakan berdasarkan prinsip pembangunan profesional keguruan secarm a
berkumpulan. Guru dibimbing untuk membangunkan nilai profesional secara konstruktif
melalui gerak kerja secara berkumpulan bersama guru yang lain. Model pembangunan
profesional ini dikenali sebagai Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) atau Professional
Learning Community (PLC).
Diharapkan, anda dapat menghasilkan Laporan Refleksi Pengajaran dan ia dapat menjadi
sumber rujukan selepas tamat kursus ini.

Arahan:
Berdasarkan tugasan pengajaran yang telah dilaksanakan, pelajar membuat refleksi terhadap
pengajaran masing-masing. Kenal pasti langkah-langkah yang telah berlaku semasa
pengajaran. Berdasarkan pemerhatian tersebut, pelajar dikehendaki menulis laporan refleksi
berdasarkan tiga (3) bahagian:

Bahagian I: Kenal pasti tahap pengajaran dalam tugasan pertama (pengajaran mikro) dengan
menggunakan borang LISAM. Jelaskan refleksi terhadap langkah-langkah yang telah berlaku
semasa pengajaran merujuk kepada 5 perkara seperti yang terdapat dalam borang tersebut
iaitu tentang dominasi di dalam kelas (guru atau murid), aras soalan, jarak masa semasa
penyoalan (wait time), ayat positif/motivasi dan penggunaan idea pelajar. (5 markah)

Bahagian II: Analisis menggunakan pendekatan SWOT (Strength, Weaknesses, Opportunity


& Threat) terhadap lima perkara di atas. (10 markah)

Bahagian III: Berdasarkan analisis SWOT tersebut, kemukakan cadangan penambahbaikan


bagi setiap elemen yang dinilai. (5 markah)
LOW-INFERENCE SELF-ASSESSMENT MEASURE
(LISAM)
Introduction: The goal of self-assessment is to help you identify and make decision about your strengths and weaknesses. This systematic
approach is to help you improve your instructional behaviours. Self-assessment without an objective data source is usually inaccurate.
LISAM focuses on 5 areas of instruction:
1) Questioning skills- High order (HO) and Low Order (LO)
2) Teacher talk (TT)/student talk (ST) (teacher dominance)
3) Are “Wait time” is given after posing the question/s
4) Number of positive statements made by the teacher, and
5) Number of times the teacher uses student ideas.
Instructiona Teacher Questioning Examples of Questions Wait time Examples of Examples of Remarks
l time dominance skills structure positive student’s ideas
TT ST HO LO Yes No statements being used
1minutes Dah bersedia?
/ / / /
Mana buku ?
2 minutes / / Siapa yang nak kehadapan? / Terima kasih
3 minutes / / / Apa maksud tipografi? / Baik
4 minutes Ada berapa bentuk tulisan di
/ / / / Ok Ada 4, 5, 6
sini?
5 minutes Sebutkan bentuk tulisan Simbol,
/ / / /
selain huruf emoji,Tambah,
What is your reflection about your introductory set (or any micro Strength Weaknesses Opportunity for Threat if it is not
teaching set) Improvement taken care of
- Closure Set Suara guru yang Masa,Kurang Masa yang lama
Motivasi, EMK
jelas, EMK ayat positif murid ke hadapan
Based on your reflection, what is your next plan for improving your
Ganjaran
classroom practices in the next lesson. Gunakan slide Sebut nama murid Setkan masa
bintang
LAPORAN PENGAJARAN MIKRO

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN

Berdasarkan video yang telah saya analisis daripada simulasi yang telah saya
lakonkan, jumlah bilangan murid adalah seramai 23 orang dari kelas 3 Ibnu Muslim menjadi
kumpulan sasaran saya. Tajuk pengajaran pada hari berkenaan ialah Tipogfrafi. Pembelajaran
mikro yang dipilih adalah berkaitan dengan set induksi atau pengenalan. Sebelum memulakan
kelas, guru meminta empat orang murid ke hadapan untuk menampal tajuk pembeljaran pada
hari tersebut. Tahap pengajaran set induksi ini berlaku bagi menarik perhatian murid kepada
pembelajaran yang akan disampaikan serta memberi percambahan pemikiran murid supaya
bersedia untuk belajar. Dalam video ini menunjukkan berlakunya interaksi dua hala antara
guru dan murid. Interaksi dua hala dalam bilik darjah penting kerana dapat merangsang murid
aktif di dalam kelas, dapat merapatkan lagi hubungan guru dan murid serta dapat memberikan
keselesaan pada murid untuk meneruskan sesi pembelajaran. Guru juga memastikan kelas
berada dalam keadaan bersih dan murid selesa untuk meneruskan sesi pembelajaran. Dalam
video ini jelas menunjukkan dominasi antara guru dan murid seimbang. Selain itu, aras
soalan yang diberikan kepada guru pada set induksi ini adalah pada aras rendah. Pada
peringkat ini, guru mendapatkan rangsangan daripada murid untuk menerbitkan minat belajar
dan ingin tahu tentang topik yang akan dipelajari. Guru juga memberikan ruang masa kepada
murid untuk menjawab soalan. Namun, ada murid yang pantas menjawab dalam tempoh
masa dua hingga tiga saat. Hal ini menunjukkan bahawa murid telah bersedia untuk proses
pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ayat positif seperti terima kasih, baik akan
menaikkan lagi semangat murid. Selain itu, guru juga menunjukkan motivasi kepada murid
dengan bertanyakan soalan “Apa itu tipografi?”, “berapa bentuk tipografi?”, “jenis tipografi
berdasarkan tulisan yang dilekatkan di papan putih” telah mewujudkan rasa ingin tahu kepada
murid. Guru juga menggunakan idea daripada murid dengan mencatat jawapan murid pada
papan putih supaya guru dapat membuat perbandingan jawapan dan murid dapat gambaran
yang jelas pada sesi pembelajaran seterusnya.
2.0 ANALISIS SWOT

Melalui pengajaran mikro, guru berpeluang mempraktikkan teori pengajaran dalam


sesuatu situasi yang terkawal. Kebiasaannya pengajaran ini hanya menumpukan kepada satu
jenis kemahiran mengajar sahaja iaitu untuk memerhati dan menilai aktiviti pengajaran yang
dilaksanakan. Setelah aktiviti pengajaran ini selesai guru perlu membuat analisis tentang
kekuatan dan kelemahan bagi aktiviti pengajaran yang telah dilaksanakan. Hasil analisis
boleh digunakan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi kemahiran yang telah
dilaksanakan pada masa hadapan bagi mempertingkatkan mutu PdP. Terdapat kekuatan,
kelemahan, peluang dan dalam meningkatkan mutu pengajaran semasa berlangsungnya sesi
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
Kekuatan yang telah saya dapat kenal pasti ialah kekuatan nada suara yang
dilontarkan oleh guru. Nada suara yang turun naik adalah satu cara untuk menarik murid
kepada sesi PdP yang berkesan dan memberi tindak balas kepada murid. Bagi tujuan menarik
perhatian murid, saya juga meminta murid melalukan pergerakan seperti tampal bahan di
papan putih. Dengan cara ini, murid lebih teruja untuk mengetahui aktiviti seterusnya.
Sebelum memulakan kelas, murid juga perlu memastikan persekitaran bilik darjah bersih.
Mereka perlu melihat sekeliling tempat duduk selain melihat keadaan bilik darjah bersih, ia
juga dapat memberi ruang kepada murid melakukan pergerakan setelah tamat sesi
pembelajaran yang lepas. Selain itu, saya menggunakan elemen merentas kurikulum dalam
PdP sebagai contoh menggunakan elemen matematik. Saya meminta murid mengangkat
tangan untuk mengira bilangan murid beri jawapan kepada soalan ‘berapa jenis tulisan yang
terdapat di papan putih?’.

Apabila adanya kekuatan pasti akan ada kelemahan semasa sesi PdP berjalan.
Kelemahan set induksi yang dikenal pasti adalah semasa murid menampal bahan di papan
putih. Masa yang diambil murid untuk menampal agak lama kerana murid lelaki dan
perempuan keluar serentak menyebabkan berlaku masalah komunikasi antara mereka. Murid
perempuan malu untuk menampal kertas disebabkan adanya murid lelaki disebelah mereka.
Selan itu, saya juga kurang menggunakan ayat-ayat positif bagi menaikkan lagi semangat
murid untuk menjawab soalan seperti memberi pujian kepada murid yang menjawab soalan
guru. Hanya beberapa ayat positif seperti terima kasih dan baik digunakan pada sesi ini.
Selain kekuatan dan kelemahan, saya juga melihat peluang yang ada jika saya terus
menggunakan teknik ini dalam set induksi. Antaranya ialah, saya menggunakan motivasi
kepada murid semasa sesi PdP berlangsung dengan mewujudkan rasa ingin tahu dalam diri
murid seperti mengemukakan soalan yang membolehkan murid berfikir. Penggunaan elemen
kesedaran ruang iaitu meminta murid melihat keadaan sekeliling tempat duduk sendiri supaya
bersih dan bersedia telah memberi kesan kepada fokus pembelajaran murid di dalam kelas.
Namun begitu, saya perlu berhati-hati dari segi penggunaan masa kerana telah mengambil
masa agak lama semasa murid membersihkan kelas dan menampal bahan di papan putih. Hal
ini akan menyebabkan penggunaan masa untuk aktiviti seteruskan akan terganggu.

3.0 CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN

Setiap kelemahan perlu diperbaiki dengan kadar segera. Oleh sebab itulah, refleksi
pengajaran perlu dilakukan setiap kali selepas PdP berlansung. Hal ini akan dapat
meningkatkan lagi mutu pengajaran seseorang guru itu pada masa hadapan. Penambahbaikan
perlu dilakukan agar sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dalam pengajaran
mikro set induksi ini adalah seperti saya boleh meminta seorang sahaja wakil untuk
menampal bahan di papan putih supaya set induksi dapat dilaksanakan mengikut masa yang
ditetapkan. Penggunaan kertas yang berwarna-warni juga akan lebih merangsang minda dan
menjadikan tarikan kepada murid. Saya juga boleh menggunakan PowerPoint untuk
mempelbagaikan lagi teknik pengajaran. Penggunaan bahan ini dapat murid melihat lebih
jelas tulisan yang dipancarkan. Set induksi yang menarik dan kreatif akan dapat menarik
minat murid untuk aktiviti seterusnya. Semasa sesi soal jawab, saya boleh pelbagaikan aras
soalan supaya semua murid dapat mengambil bahagian dalam sesi soal jawab. Pemberian
ganjaran seperti penggunaan bintang kepada murid yang memberi maklum balas atau jawab
soalan dengan tepat akan menyebabkan murid berlumba untuk bersaing antara satu sama lain.
Selain itu, guru juga boleh menyebut nama murid untuk tampil ke hadapan supaya pemilihan
murid tidak mengambil masa yang lama. Penjagaan masa amat penting dalam PdP kerana
tidak akan berlaku lebihan masa mengajar atau murid akan hilang fokus jika guru tidak
menetapkan masa setiap aktiviti yang dilakukan.
Kesimpulannya, pengajaran yang berkualiti akan menghasilkan suatu proses PdP yang
menyeluruh. Hal ini bukan sahaja meningkatkan kualiti pengajaran malah pengetahuan dan
kemahiran yang dipelajari oleh murid menjadi lebih menarik dan berkesan.

You might also like