You are on page 1of 5

PERBINCANGAN ISU SEMASA :

 4.1 JADUAL BERTUGAS MINGGUAN GURU PPKI

Pengerusi memaklumkan bahawa Jadual Bertugas Mingguan Guru PPKI telah


dimasukkan dalam whatsapp rasmi PPKI dan telah memohon Cikgu Suwaibah untuk
cetak dalam tampal pada papan kenyataan. Pengerusi mengingatkan semua guru untuk
menjalankan tugas guru bertugas mingguan dengan sebaiknya. Pengetua juga telah
bersetuju agar Guru PPKI dikecualikan daripada bertugas di arus perdana. Guru bertugas
juga dikehendaki mengisi maklumat dalam buku laporan bertugas setiap hari.

4.2  SESI FOTOGRAFI KELAS PPKI

Pengerusi mencadangkan agar kelas PPKI untuk mengadakan sesi fotografi khas PPKI
untuk sesi 2023/2024. Mesyuarat sebulat suara telah bersetuju untuk sesi fotografi
dijalankan pada Isnin 3 April 2023.

                                                                                               Tindakan
:Semua gruru

4.3 PERANCANGAN AKTIVITI 2023/2024

Pengerusi memaklumkan aktiviti terdekat yang melibatkan warga PPKI. Pengerusi masih
menunggu takwim dari pihak Sektor Pendidikan Khas untuk memudahkan penyusunan
aktiviti.

17 Mac 2023 : Pendaftaran Tingkatan 1

20-23 Mac 2023: Minggu Orientasi Tingkatan 1 PPKI

23 Mac 2023 : Taklimat Program Ihya Ramadan PPKI

                     : Ujian Diagnostik Tingkatan 1

                     : Majlis Penutup Minggu Orientasi Tingkatan 1 PPKI

31 Mac 2023: Program Ceramah Ihya Ramadhan, Penyerahan  Bakul Ramadhan dan Penyerahan Sijil
PASM

5 April 2023: Cadangan tarikh Mesyuarat Pemuafakatan Ibubapa PPKI

17 April 2023: Majlis Penutupan Ihya Ramadhan Peringkat PPKI

8 Mei 2023: Penetapan RPI

12 Mei 2023: Kejohanan Merentas Putra Peringkat Sekolah

17 Mei 2023: Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah/PPKI

24 Mei 2023: Ebai 1: PLBD balik hari

14 Jun 2023: Ebai 2: Sambutan Hari Jadi 1


12 Julai 2023: Kejohanan Balapan Padang Peringkat Sekolah

14 Ogos 2023: Semakan RPI Kali 1

4.4 KURIKULUM

4.4.1 Ujian Diagnostik

a)SU Kurikulum memaklumkan hasil keputusan Ujian Diagnostik Bahasa Melayu


Penulisan dan Bacaan.

b) SU Kurikulum  menerangkan murid-murid telah dipindahkan ke kelas bersesuaian


mengikut keputusan ujian diagnostik yang telah diperolehi.

c)SU Kurikulum mencadangkan  agar 3  orang murid baru yang masih mempunyai tahap
bacaan yang rendah  berdasarkan keputusan ujian diagnostik dimasukkan ke dalam
kumpulan NILAM bacaan.

                                                                                                Tindakan :Guru NILAM

4.4.2 Rancangan Pendidikan Individu (RPI)

a)SU Kurikulum memaklumkan penetapan RPI akan diadakan pada 8 Mei 2023 dengan
serahan borang penetapan RPI kepada ibu bapa.

                                                                                               Tindakan :Semua

b)SU Kurikulum memaklumkan terdapat RPI format baru tetapi masih belum boleh
digunakan secara rasmi meliputi 3 domain utama  iaitu Tingkah Laku,Akademik Berfungsi
dan Transisi ke Kerjaya.

 4.4.3 Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM)

a)SU Kurikulum memaklumkan borang persetujuan menduduki PASM murid-murid baru


akan diedarkan selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.

b)SU Kurikulum mencadangkan agar eviden PASM akan dimuatnaik di dalam laman
sesawang PASM oleh guru-guru yang terlibat dengan program tersebut.Mesyuarat sebulat
suara bersetuju.

                                                                                       Tindakan :Semua

c) SU Kurikulum  memaklumkan 7 ebai akan diadakan pada tahun ini. 3 ebai akan
dikhususkan kepada murid-murid lama iaitu perkhemahan,hari patriotik dan gotong-
royong.Manakala 4 ebai akan dikhususkan kepada murid-murid baru iaitu
lawatan,sambutan hari jadi,amalan solat harian dan aktiviti masakan.

4.4.4  Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)


a)SU Kurikulum memaklumkan PBD mestilah diisi dua kali setahun oleh guru-guru subjek.

                                                                                Tindakan : Guru Mata Pelajaran

b)SU Kurikulum memaklumkan laporan PBD akan diserahkan kepada ibu bapa bersama
laporan RPI pada Hari Bertemu Pelanggan dan salinan perlu dimasukkan ke dalam fail
peribadi murid.

                                                                                  Tindakan :Semua

4.4.5 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)

a)SU Kurikulum memaklumkan UASA akan diadakan samada bulan Januari atau awal
Februari.

b)SU Kurikulum  meminta untuk guru-guru menyiapkan soalan pentaksiran satu minggu
sebelum tarikh peperiksaan dan mesti dihantar kepada GPK untuk semakan.

                                                                              Tindakan :Semua
 

You might also like