You are on page 1of 5

Selepas zaman penjajahan (1957 - sekarang)

Selepas merdeka, antara cabaran yang perlu ditempuhi dalam sistem


pendidikan ialah penyatupaduan dan pendemokrasian pendidikan. Proses
menggabungkan sistem sekolah yang pelbagai kepada dua elemen iaitu sistem
pendidikan kebangsaan yang padu dan bahasa kebangsaan sebagai bahasa
pengantar utama.

1. Penyata Razak 1956


Merupakan pelan pendidikan yang dihasilkan pada tahun 1956 yang diambil
sempena nama Menteri Pelajaran ketika itu iaitu Tun Abdul Razak. Tujuannya
adalah membentuk semula sistem pendidikan di Malaysia.

Melalui Laporan Razak, terbentuknya dua jenis sekolah iaitu Sekolah Rendah
Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK).

2. Laporan Rahman Talib


Laporan Rahman Talib menekankan pendidikan asas iaitu membaca, menulis
dan mengira (3M). Selain itu, pendidikan menengah atas kini mempunyai dua
aliran iaitu aliran akademik dan aliran vokasional.

Melalui Laporan Rahman Talib, sistem pengurusan pendidikan diteliti dan


dipermudahkan dalam usaha untuk memastikan pendidikan di Malaysia
berkualiti secara holistik.

Kini, sistem pendidikan di Malaysia sudah berubah. Tiada lagi sekolah


kebangsaan aliran Inggeris mahupun Jepun. Sekolah kebangsaan yang ada
merupakan 3 jenis iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan Jenis Cina
dan Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil memandangkan 3 etnik ini merupakan
etnik utama di Malaysia.

3. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025


Bagi memperkukuhkan lagi sistem pendidikan di Malaysia, kerajaan telah
menghasilkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
Dalam pelan ini, terdapat 3 gelombang utama bagi mewujudkan sistem
pendidikan berkualiti yang melibatkan pelbagai pihak seperti pihak kerajaan
sendiri, guru, pelajar dan juga ibu bapa.

Dalam PPPM 2013 – 2025 ini juga, terdapat Aspirasi Murid yang menekankan 6
aspek utama iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin,
kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional.

Sebagai contoh, sistem pendidikan baru ini menekankan aspek pengetahuan di


mana setiap kanak-kanak perlu menguasai sepenuhnya kemahiran literasi dan
numerasi. Murid juga perlu menguasai subjek Matematik dan Sains termasuk
pengetahuan am yang menyeluruh mengenai Malaysia.
PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA:Sebelum Merdeka

       Sebelum kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk


bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kongnitif pe1ajar-pelajar.
Corak pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran
al-quran, tingkah laku, dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni
mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta
perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan. 

Pada peringkat lebih teratur terdapat satu sistem pendidikan agama yang disebut
'sekolah pondok ' yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang
terkenal. Pelajar-pelajar menuntut di madrasah agama dan tinggal di pondok yang di
bina di sekelilingnya. Peringkat kedua dalam perkembangan sistem pendidikan di
Tanah melayu berlaku semasa zaman penjajahan Inggeris (1824-1957). Pada
peringkat ini pendidikan di Tanah melayu telah dikelola, dikendalikan, dikawal dan
diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang
konkrit atau Dasar pendidikan Kebangsaan. Pentadbiran pendidikan di Tanah
melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu "pecah dan perintah” serta
dasar terbuka dan tiada campurtangan tentang pendidikan vernacular. Matlamat
utama sistem pendidikan penjajah ialah semata-mata untuk memberi pendidikan
kepada segolongan rakyat bagi membolehkan sebahagian mereka memenuhi
keperluan tenaga dan ekonomi. Dengan itu, Inggeris mula memberi tumpuan besar
kepada pelajaran Inggeris 1816. Walau bagaimanapun perhatian kepada pelajar
melayu hanya sekadar melepas ditangga sahaja, iaitu menunaikan kewajipan
kepada anak watan sesuai dengan perjanjian Inggeris dengan pembesar - pembesar
tempatan. Pendidikan pada peringkat ini telah berjalan secara ad hoc tanpa
dibendung oleh satu garis panduan atau batasan-batasan yang konkrit. Ini adalah
kerana pemerintah Inggeris tidak menggangap pendidikan sebagai satu pelaburan di
'periphery'nya untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan rakyatnya bagi
mencapai kemajuan. Sebaliknya mereka mengendalikan pendidikan di bawah dasar
kebajikan benevolen (benovelent welfare policy). Oleh itu objektif pemerintahan
Inggeris adalah bukan hendak mengubah atau memajukan struktur sosial tetapi
sekadar menjadikan keadaan struktur sosial yang sedia ada itu sedikit efisien
sahaja.Tegasnya, pendidikan pada zaman ini berkembang secara sewenang-
wenangnya tanpa satu dasar yang jelas dapat membina dan memupuk unsur- unsur
kebangsaan di kalangan rakyat. Akibat dasar Inggeris tersebut maka wujudlah
sistem pendidikan plural (plural educatin al system) sesuai dengan keadaan struktur
masyarakat majmuk Terdapat lima aliran bahasa iaitu bahasa Cina, Melayu, Arab
dan Tamil. Sistem pendidikan plural ini tidak dapat menyemai serta memupuk
semangat Kebangsaan dikalangan penduduk yang berbilang kaum. Orientasi
pendidikan yang Sumbang ini telah menekan dan mengekalkan tumpuan taat setia
rakyat pendatang kepada negara asal mereka.
2. PENDIDIKAN AWAL
Pendidikan Melayu
Pendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran Quran dan pengetahuan
asas membaca, menulis dan mengira (3M). Pendidikan Melayu diadakan hanya
diperingkat rendah sahaja. Anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan ingin
melanjutkan pelajaran terpaksa memasuki sekolah menengah Inggeris di bandar.
Tujuan utama sekolah-sekolah Melayu diasaskan pada abad ke 19 dan awal abad
ke 20 ialah untuk membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa, mewarisi
kemiskinan keluarga. Oleh itu pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa
melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang
terhad. Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup orang Melayu atau
menyumbangkan kepada mobiliti menegak di kalangan masyarakat melayu. Pada
awal abad ke 20), bagi menampung permintaan yang bertambah terhadap
Pendidikan menengah, Maktab Melayu Kuala Kangsar diasaskan mengikut model
English Grammar School pada tahun 1905. Akan tetapi, sekolah ini adalah khas
untuk golongan bangsawan sahaja. Latihan guru-guru melayu dimulakan pada tahun
1984 di Teluk Belanga, Singapura. Pada tahun 1922, bagi memenuhi permintaan
yang bertambah terhadap guru-guru sekolah melayu yang berkelayakan, Maktab
Perguruan Sultan Idris telah ditubuhkan. Kemudian penubuhan terhadap Maktab
Perguruan Perempuan Melayu di Melaka pad a tahun 1935. Jelaslah di sini, dasar
pentadbiran Inggeris ialah untuk menjaga kepentingan mereka sendiri. Orang-orang
Melayu tidak digalakkan ke Bandar, cuba memisahkan orang melayu daripada
kemajuan perbandaran dan perindustrian.

Pendidikan Arab Dan Agama


Satu lagi jurusan persekolahan untuk menampung persekolahan anak-anak melayu
ialah sekolah Arab dan Agama. Sekolah ini dikendalikan secara tidak formal dan
kurikulumnya menekankan pengajaran Quran serta pendidikan moral dan
kerohanian. Selepas perang Dunia Pertama, sekolah-sekolah Arab dan Agama telah
muncul di merata-rata tempat di semenanjung Tanah Melayu terutama di negeri
Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.

Pendidikan Cina
Dasar terbuka dan tidak campurtangan Inggeris dalam hal ehwal social kaum
pendatang menyebabkan wujudnya sekolah-sekolah cina dan tamil. Sekolah-
sekolah ini dikendalikan oleh masyarakat masing.masing tanpa bantuan daripada
lnggeris hinggalah tahun 1920-an se1aras dengan tradisi mengutamakan pelajaran
dan mengekalkan kebudayaan serta identiti bangsa masyarakat Cina mula bergiat
menubuhkan sekolah Cina sejak awal abad ke 19. Keadaan ini serupa di Sabah dan
Serawak. Dasar tidak campur tangan lnggeris dalam pendidikan vernakular
menyebabkan perkembangan politik dan ekonomi negeri Cina mempengaruhi sistem
pendidikan masyarakat Cina di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah Dan Sarawak.
Kurikulumnya berorientasikan negeri Cina, dan buku-buku teks serta guru-guru juga
dibawa masuk dari sana. Isi kurikulumnya menegaskan pengetahuan dalam bidanrg
3M iaitu membaca, mengira dan menulis serta lukisan, Bahasa Inggeris, Ilmu Alam,
Sejarah, Kraftangan dan pengetahuan am. Pada tahun 1920-an pengaruh kuat
sekolah Cina telah menyedarkan Kerajaan Inggeris tentang bahaya pertumbuhan
sekolah Cina tanpa kawalan. Oleh itu pentadbiran lnggeris mula memperkenalkan
satu undang- undang pada tahun 1920 iaitu Enakmen Pendaftaran Sekolah
diwujudkan. Tujuannya untuk mengelakkan sekolah ini daripada terasing serta
mengawal aktiviti sekolah ini. Bermula tahun 1924, sebahagian sekolah-sekolah cina
ini menerima bantuan kewangan daripada kerajaan. Pada amnya, guru-ruru di
sekolah ini tidak ada latihan formal sehinggalah selepas perang Dunia Kedua
apabila program latihan kelas formal telah diadakan. Dasar pentadbiran Inggeris ini
secara langsung atau tidak langsung mewujudkan jurang pendidikan di antara anak-
anak Melayu dan Cina.

Pendidikan Tamil
Sekolah-sekolah Tamil didirikan di lading-ladang getah yang sebahagian besar
kaum keturunan India ditempatkan, seperti sekolah- sekolah Cina, sekolah Tamil
juga didirikan dan dikelolakan oleh masyarakat India sendiri. Pihak Kerajaan atau
majikan ladang getah tidak memberi bantuan sama ada dari segi fizikal, kewangan
dan pedagogi. Oleh itu sekolah - sekolah Tamil yang didirikan di ladang - ladang
getah menghadapi beberapa kekurangan dari segi isi kandungan kurikulum, tenaga
pengajar dan pedagogi. Sekolah ini adalah tidak berfungsi dan bersifat cul- de- suc
iaitu sebahagian besar pelajarnya akan kekal di ladang getah menjadi buruh kasar.
Pada tahun 1923, negeri-negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan satu rang
undang-undang. Satu peruntukan telah dimasukkan ke dalam ordinan ini iaitu
majikan ladang getah diwajibkan membina sekolah bagi anak-anak pekerja mereka.
Mubaligh kristian juga banyak memberi sumbangan kepada perkembangan
pendidikan Tamil. Kurikulum di sekolah-sekolah Tamil ini disesuaikan mengikut
negeri India, begitu juga kebanyakan guru serta buku -buku teks telah dibawa masuk
dari India. Kurikulumnya nya menegaskan pengetahuan dalam kemahiran asas 3 M
membaca, mengira,dan menulis karangan,ilmu alam dan kebersihan diri (personal
hygiene)sebelum perang dunia kedua, program latihan guru kelas normal, selama 3
tahun telah dimulakan untuk guru-guru sekolah Tamil. Pendidikan di sekolah Tamil
juga terhad di peringkat rendah sahaja.. Dasar pemerintahan Inggeris terhadap
perkembangan pembangunan sekolah Tamil terus menambahkan lagi jurang
pendidikan di antara tiga kaum utama di negara kita iaitu Melayu, Cina,dan India.

Pendidikan Inggeris
Pendidikan Inggeris mula diperkenalkan di tanah Melayu apabila Penang Free
School ditubuhkan pada tahun 1816. Pada pertengahan abad ke 19, mubaligh
kristian membantu menubuhkan beberapa buah sekolah Inggeris. Kebanyakan
sekolah ini ditubuhkan di kawasan - kawasan bandar dengan bantuan kerajaan
Inggeris. Kurikulumnya bercorak Kurikulum School of Great Britain dengan tujuan
mengeluarkan pegawai - pegawai tadbir rendah bagi memenuhi keperluan kuasa,
metropolitan British. Pendidikan di sekolah-sekolah Inggeris diadakan pada
peringkat rendah dan menengah. Bagi memenuhi keperluan guru pelatih, program
latihan guru kelas normal dimulakan di Kuala Lumpur pada tahun 1905 dan di Pulau
Pinang pada tahun I907. Kursus-kursus pendidikan peringkat diploma kemudiannya
ditawarkan di Raffles College, Singapura. Manakala pembelajaran tinggi bermula
dengan penubuhan Medical School di Singapura pada tahun 1905, dan pada tahun
1912, namanya telah ditukar menjadi King Edward VII Medical College. Raffles
College yang ditubuhkan pada tahun 1928, menawarkan kursus-kursus dalam
bidang Sastera dan Sains.
Pendidikan Zaman Jepun.
Semasa perang Dunia Kedua (l941-1945), negeri-negeri yang menganggotai
Malaysia telah diduduki oleh tentera Jepun. Perkembangan ini memberi perubahan
kepada sistem pendidikan di Semenanjung Malaysia. Dasar pelajaran di bawah
pemerintahan tentera Jepun, ialah sekolah-sekolah venakular Melayu dan Tamil
diteruskan seperti sebelumnya tetapi menambahkan bahasa Jepun dalam
kokurikulum serta berorientasikan negeri Jepun. Pemerintahan Jepun juga
menubuhkan Sekolah Nippon-Go bagi mengantikan sekolah-sekolah Cina dan
Inggeris. Pengajaran Nippon-Go, lagu rakyat Jepun dan cara hidup mereka
ditekankan di dalam kurikulum sekolah rendah. Pendidikan menengah telah
diberhentikan dan sebagai gantinya telah ditubuhkan beberapa sekolah teknik dan
maktab teknik untuk pengajian telekomunikasi, "maritim", perikanan, pertanian dan
pembinaan. Beberapa bangunan sekolah di Bandar-bandar digunakan sebagai
berek, setor, pusat perniagaan dan ibu pejabat pentadbiran tentera Jepun. Guru-
guru tempatan diberi latihan tambahan untuk mengajar bahasa Jepun.Kelas-kelas
bahasa Jepun juga diadakan untuk orang dewasa di beberapa tempat seperti di
kelab dan persatuan. Surat khabar juga mempunyai ruangan khas bagi pengajaran
Bahasa Jepun. Pendidikan pactazaman pemerintahan Jepun tidak mempunyai satu
falsafah untuk tujuan perpaduan rakyat dan membentuk identiti Kebangsaan.

Perkembangan pembangunan pendidikan awal merdeka


Selepas perang dunia kedua perkembangan politik negeri China, India , dan negara
jiran banyak berubah , Masyarakat pendatang menganggap Tanah Melayu sebagai
tempat kediaman mereka dan kebangkitan nasionalisme Melayu melihatkan tentang
masalah kerumitan kaum tentang pendidikan.
Orang Melayu mula mendesak ,supaya Kerajaan membaiki mutu pendidikan di
sekolah - sekolah Melayu serta menambahkan peluang bagi melanjutkan pelajaran,
Sebuah jawatan kuasa ditubuhkan iaitu sebuahjawatankuasa Barnes, Laporan
Barnes ini diterbitkan pada awal tahun 1951,dan mencadangkan supaya ditubuhkan
sekolah-sekolah kebangsaan dari bahasa berbilang kaum sama ada menggunakan
bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai pengantar utamanya. Sekolah cina
dan Tamil akan ditukar secara beransur- ansur kepada sekolah Kebangsaan dengan
memperkenalkan aliran Kebangsaan. Cadangan tersebut ditentang hebat oleh orang
Cina.
Laporan Fen Wu, memperakukan untuk mengekalkan serta pembaikan Sekolah
Cina telah memburukkan lagi pertikaian yang hangat tentang pendidikan di Tanah
Melayu, Laporan Jawatankuasa Fen Wu telah mengemukakan cadangan-cadangan
yang pada asasnya menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa
melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Cina dijadikan bahasa pengantar.

You might also like