You are on page 1of 2

*(SOLUTASI)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua hadirin


yang saya hormati.

Hari ini, kita berkumpul untuk merayakan majlis persaraan


seseorang yang telah mengabdikan diri dalam bidang
pendidikan selama lebih 30 tahun. Beliau ialah Pn. Nurliyana
Chan Binti Abdullah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK
Methodist (ACS) Sititawan yang telah berkhidmat dalam
bidang pendidikan sejak tahun 1988 hingga tahun 2023.

Saya percaya bahawa kehadiran semua pihak di sini


menunjukkan penghargaan dan penghormatan kita kepada
beliau. Beliau telah memberikan sumbangan yang besar
terutamanya di SK Methodist (ACS) Sitiawan. Beliau juga
menjadi sumber inspirasi kepada rakan-rakan di
sekelilingnya.

Di sini, saya hanya mampu mengucapkan rasa terima


kasih saya kepada beliau kerana telah memberikan impak
yang besar dalam dunia pendidikan khususnya di SK
Methodist (ACS) ini.
Saya percaya bahawa semua murid dan juga staf di
sekolah ini merasa terkesan dengan pengalaman dan ilmu
yang diberikan oleh beliau selama bertahun-tahun. Saya
yakin bahawa beliau akan terus dikenang oleh kita semua
atas ilmu dan pengalaman yang telah dicurahkan.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan selamat bersara


kepada beliau yang akan menamatkan tugasnya sebagai
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Semoga beliau sentiasa
berada dalam keadaan sihat dan bahagia bersama keluarga
tercinta. Terima kasih atas jasa bakti dan sumbangan yang
telah diberikan selama ini. Semoga Allah sentiasa mengiringi
kebahgiaan dan kesejahteraan dalam kehidupannya.

Sekian, terima kasih.

You might also like