You are on page 1of 3

5.

1 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas daripada 30
responden terhadap faktor-faktor yang mendorong punca penerokaan hutan di kawasan Meru
Raya dan mengkaji kesan penerokaan hutan di kawasan Meru Raya terhadap penduduk
setempat.

5.1.1 Demografi Responden


Rajah 1 menunjukkan pecahan responden seramai 30 orang yang diedarkan daripada kalangan
penduduk kawasan Meru Raya mengikut umur. Data yang di analisis dinyatakan di dalam
bantuk peratusan.

UMUR RESPONDEN

13%
20%

19-29 tahun
13% 30-39 tahun
40-49 tahun
50-59 tahun

53%

Rajah 1 : Menunjukkan umur responden


Sumber : Kajian Lapangan 2014

Berdasarkan rajah 1 yang menunjukkan pecahan umur responden seramai 30 orang yang telah
disoal selidik. Seramai 20% responden atau seramai 6 orang responden yang berumur antara
19 tahun sehingga 29 tahun. Malah, umur antara 30-39 tahun menunjukkan bilangan yang
tertinggi antara kesemua reaponden iaitu sebanyak 54% ataupun seramai 16 orang responden.
Selebihnya, terdapat dua kelompok umur responden yang memiliki peratusan yang sama
sebanyak 13% ataupun seramai 4 orang setiap kelompok iaitu umur responden sekitar 40-49
tahun dan 50-59 tahun.
5.1.2 Taraf Pendidikan Responden

Taraf Pendidikan
7%

20%
upsr/pmr
spm/spam
43%
stpm/diploma
ijazah/master/p.Hd

30%

Rajah 2 : taraf pendidikan responden

Suumber : Kajian Lapangan 2014

Rajah 2 menunjukkan taraf pendidikan responden seramai 30 orang yang telah menjawab soal
selidik yang telah diedarkan.taraf pendidikan yang terendah sebanyak 7% ataupun seramai 2
orang hanya berpendidikan sehingga upsr/pmr sahaja. Taraf pendidikan sehingga spm/stam
hanya seramai 6 orang ataupun sebanyak 20% responden yang berpendidikansetakat ini
sahaja. Seterusnya, taraf pendidikan responden setakat stpm/diploma lebih ramai berbanding
spm/stam iaitu sebanyak 30% bersamaan 9 orang. Tambahan pula, taraf pendidikan
ijazah/masterdan pH.d seramai 13 orang bersamaan 43% sebagai bilangan yang teramai
diantara semua taraf pendidikan. Hal ini menunjukkan taraf pendidikan penduduk kawasan
kajian tinggi.
5.1.3 Pekerjaaan Responden

Pekerjaan

3%
13%

20% sendiri
kerajaan
swasta
17% belajar
pencen
lain-lain

30% 17%

Rajah 3 : Pekerjaan Responden

Sumber : Kajian Lapangan 2014

Rajah 3 menunjukkan peratusan pekerjaan responden seramai 30 orang yang telah menjawab
soal selidik kajian. Rajah diatas menunjukkan responden berkerja sendiri terdiri daripada 4
orang bersamaan dengan 13% responden. Selain itu, bilangan responden yang bekerja swasta
dan kerajaan memiliki peratusan yang sama iaitu sebanyak 17% bersamaan dengan 5 orang
setiap sektor pekerjaan. Kebanyakkan responden yang menjawab soal selidik kajian tidak
bekerja malah masih belajar kerana dapatan yang diperoleh melalui soal selidik sabanyak
30% responden yang masih belajar bersamaan dengan 9 orang.respon yang pencen pula
sebanyak 20% bersamaan dengan 6 orang. Akhir sekali, responden yang pekerjaan lain-lain
hanya seorang bersamaan dengan 3% sahaja.

You might also like