You are on page 1of 6

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 46

SK BATU TALAM 2020

#PERINGATAN UTK WARGA DEWAN

 WARGA DEWAN DIMINTA MEMBUAT PENDAFTARAN JIKA MASIH


BELUM MENDAFTAR.
 WARGA DEWAN DIINGATKAN UTK BERDIRI DAN TIDAK BISING
SEMASA KETIBAAN TETAMU SERTA SEPANJANG MAJLIS
BERJALAN.
 SEJURUS SELEPAS KETIBAAN TETAMU UNDANGAN, KITA AKAN
TERUS BERDIRI UNTUK NYANYIAN LAGU NEGARAKU.

[ KETIBAAN VIP, YDP PIBG & PENTADBIR]

Cikgu : Mengumumkan ketibaan Yang MULIA RAJA ABDUL RASHID BIN


RAJA PUJI dengan diiringi oleh YDP PIBG dan barisan pentadbir
sekolah ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 Sekolah
Kebangsaan Batu Talam 2020.

[ HADIRIN BERDIRI UNTUK NYANYIAN LAGU NEGARAKU ]

=============== NYANYIAN LAGU NEGARAKU =================

Hariz : Hadirin dipersilakan duduk.

[ TETAMU DUDUK ]

Cikgu : Yang BERBAHAGIA Tuan Syed Sulaiman bin Syed Nordin, Yang
Dipertua PIBG SK Batu Talam,
Yang Berusaha Puan Yuhana bt Mihat, Guru Besar SK Batu Talam
YN Tengku Abdol Hakim bin Tengku Jaafar, GPK Pentadbiran,
En Junaidi bin Abdul Hamid, GPK Hal Ehwal Murid,
En Abdul Mutalib bin Nordin, GPK Kokurikulum,

Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG, barisan guru, ibu bapa, dan hadirin


sekalian.

Muiz : Sirih berlipat sirih pinang,


1
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Cikgu : Pergi berhuma di Tanjung Rokan


Sebelum pulang mengail ikan,
Kehadiran tuan puan kamu alu-alukan,
Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.

Selamat datang ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 46 SK Batu


Talam

Muiz : Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt atas keizinan-Nya,


dapatlah kita bersama-sama berkumpul di dewan dalam majlis yang
bermakna ini. Sebagai memberkati majlis pada hari ini, dijemput
adik Muhammad Hariz bin Ismail untuk memimpin bacaan doa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

=========== BACAAN DOA ====================================

Cikgu : Terima kasih diucapkan kepada adik Muhammad Haris atas bacaan
doa itu tadi.

Muiz : Awan bersua citra berkisah


Ukiran sukma kilauan kelisa
Bingkisan doa selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula.

Cikgu : Hadirin sekalian,


Majlis hari ini akan diserikan lagi dengan persembahan Silat
daripada murid-murid SK Batu Talam. Dengan ini dipersilakan
Pasukan silat SK Batu Talam.

==================== PERSEMBAHAN =================

Muiz : Terima kasih Pasukan Silat SK Batu Talam atas persembahan itu
tadi.

2
Muiz : Hadirin sekalian,
Seterusnya majlis mempersilakan Tuan Syed Sulaiman bin Syed
Nordin, Yang Dipertua PIBG SK Batu Talam untuk memberikan
ucapan. Dengan hormatnya majlis mempersilakan.

====================== UCAPAN YDP PIBG ====================

Cikgu : Terima kasih Tuan Syed atas ucapan yang disampaikan itu tadi.

Muiz : Emas tempawan buatmu puteri,


Busana indah buat rupawan;
Sudilah puan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan

Majlis seterusnya mempersilakan Puan Yuhana bt Mihat , Guru


Besar SK Batu Talam untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

=================== UCAPAN ALUAN GURU BESAR ==============

Cikgu : Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Guru Besar
atas ucapan alu-aluan itu tadi.

Muiz : Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Muiz : Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Mulia Tengku


Rashid bin Tengku Puji, wakil Ahli Parlimen Raub, untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-46 SK Batu Talam 2020. Majlis dengan setulus
takzim, mempersilakan.

=============== UCAPAN PERASMIAN ========================

3
Cikgu : Terima kasih diucapkan kepada Yang Mulia Tengku Rashid bin
Tengku Puji, atas ucapan perasmian sebentar tadi. Sebagai tanda
penghargaan, majlis menjemput Tuan Syed Sulaiman bin Syed
Nordin, Yang Dipertua PIBG SK Batu Talam untuk menyampaikan
cenderadurja kepada Yang Mulia Tengku Rashid bin Tengku Puji,
Dipersilakan.

============= PENYAMPAIAN CENDERAMATA VIP ================

Muiz : Majliskan sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada


Yang Mulia Tengku Rashid bin Tengku Puji, dan Tuan Syed
Sulaiman bin Syed Nordin.

Muiz : Hadirin sekalian,


Majlis hari ini akan diserikan dengan persembahan nasyid oleh
murid-murid dari kumpulan Soutul Adneen. Terimalah lagu mereka
yang bertajuk Jasa Ayah dan Ibu. Dipersilakan.

================== PERSEMBAHAN NASYID ====================

Cikgu : Terima kasih kumpulan Soutul Adneen. Kelunakan suara anak-anak


kita ini pasti menyegarkan halwa telinga kita semua. Untuk
makluman hadirin semua, persembahan yang menyerikan majlis
kita pada hari ini telah diketuai oleh Cikgu Norazlina bt Baharum
dan Puan Siti Hawa bt Mohd Yasir.

Muiz : Berdayung sampan ke negeri Kedah


Lelah terasa tidak terperi
Tugas diberi terlaksana sudah
Cenderamata kenangan kini diberi

Cikgu : Hadirin sekalian,


Sebagai tanda penghargaan, majlis akan diteruskan dengan acara
penyampaian sijil dan cenderamata kepada AJK PIBG sesi 2019.
Untuk itu, majlis menjemput Yang Mulia Tengku Rashid bin Tengku
Puji, diiringi oleh YDP PIBG Tuan Syed Sulaiman bin Syed Nordin
untuk menyempurnakan acara ini. Dengan segala hormatnya majlis
mempersilakan.

=========== CENDERAMATA KEPADA BARISAN AJK PIBG 2018==== ==


4
Cikgu : Hadirin sekalian,
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan Yang Mulia Tengku
Rashid bin Tengku Puji,, atas kesudian merasmikan Mesyuarat
Agung PIBG SK Batu Talam kali ke-46 ini.
Yang Mulia Tengku Yusop bin Tengku Abd Hamid, sedang bergerak
meninggalkan dewan diiringi oleh barisan pentadbir SK Batu Talam.

==================== VIP MENINGGALKAN DEWAN ==============

Hadirin sekalian;
Kini tibalah masanya kita beralih ke agenda pembentangan dan
pengesahan minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46. Dengan itu
majlis diserahkan kepada
Tuan Syed Sulaiman bin Syed Nordin selaku Yang Dipertua PIBG
untuk meneruskan acara pada hari ini. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.

=================== MESYUARAT AGUNG PIBG ================

 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESY AGUNG KALI KE 45


 PEMBENTANGAN & PENGESAHAN LAPORAN TAHUNAN PIBG SESI
2019
 PEMBENTANGAN DAN PENERIMAAN PENYATA KWGN THNN PIBG
TEMPOH BERAKHIR 31 DIS 2019
 MEMBENTANG & MENERIMA USUL
 PEMBUBARAN AJK PIBG 2019

Hadirin sekalian,
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 ini akan diteruskan lagi dengan
beberapa agenda yang seterusnya. Untuk itu, majlis akan
diserahkan semula kepada YDP PIBG SK BATU TALAM, Tuan
Syed Sulaiman bin Syed Nordin untuk meneruskan agenda
mesyuarat pada hari ini. Dipersilakan.

5
[ MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45]

 PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA


 PEMILIHAN AJK PIBG SESI 2019
 HAL-HAL LAIN
 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH YDP PIBG SESI 2019

=====================================================

Tahniah diucapkan kepada barisan ahli jawatankuasa PIBG yang baru dilantik.
Semoga
dengan perlantikan AJK PIBG yang baru ini, lebih banyak khidmat bakti dapat
disalurkan
daripada PIBG SK BATU TALAM demi kecemerlangan anak-anak kita dalam
bidang
akademik, sahsiah mahupun kokurikulum, Insya Allah.

Dengan ini berakhirnya Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 SK BATU TALAM
2019. Selaku juruacara majlis pada hari ini kami memohon maaf andainya ada
kekasaran Bahasa, kekhilafan kata sepanjang kami mengacarakan majlis pada
hari ini.
Sekian, wabillah hitaufik walhidayah… wassalamualaikum wbt.

You might also like