You are on page 1of 22

1) RINGKASAN EKSEKUTIF

Kumpulan Diamond merupakan sebuah Kumpulan Inovatif Kreatif Primer yang telah
ditubuhkan di Balai Bomba Dan Penyelamat Miri, Sarawak bagi tujuan memperkasakan dan
membudayakan KIK di peringkat Jabatan. Selaras dengan objektif kumpulan Diamond iaitu untuk
mempermudah dan mempercepatkan Operasi pemadaman dengan lebih berkesan.

Demi meningkatkan lagi kecekapan operasi pemadaman kebakaran, kumpulan Diamond


telah membuat penambahbaikan pada projek ciptaan terdahulu melalui kaedah KIK, selaras dengan
Visi iaitu “Menjadi sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan berprestasi tinggi” dan Misi
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia iaitu “Memberi Perkhidmatan Kebombaan Dan
Penyelamatan yang Profesional bagi menyelamatkan nyawa dan harta benda” demi kebaikan dan
kesejahteraan rakyat sekaligus memberi impak yang baik terhadap ekonomi negara secara am nya.

Ciptaan kali ini adalah merupakan penambahbaikan pada SMART INJECTOR bagi
melancarkan lagi aliran air untuk terus ke punca api yang berada di bawah permukaan, kerana alatan
ini adalah berbentuk suntikan.

Udara bersih adalah sangat penting di dalam menjalani kehidupan seharian manusia,
kebakaran pula berlaku setiap hari dan di mana sahaja tak kira masa. Kebakaran yang sering dikait
kan dengan pencemaran udara sehingga menyebabkan fenomena jerebu adalah kebakaran yang
berpanjangan seperti kebakaran hutan, tanah gambut dan kebakaran tapak pelupusan sampah.

Projek Kumpulan Diamond kali ini amatlah berpotensi untuk diketengahkan sebagai satu
projek yang memberi impak dan manfaat secara menyeluruh terhadap kehidupan manusia, sekali
gus memberi kesan yang sangat positif terhadap ekonomi negara sekiranya PUNCA fenomena
jerebu dapat ditangani dengan berkesan.

Didalam buku laporan ini mengandungi data, analisa, dan kajian yang telah dijalankan oleh
ahli kumpulan demi memastikan produk ini benar-benar layak untuk mendapat sambutan di hati
pihak pengurusan dan pihak penilaian.

Jika udara bersih, rakyat sihat, negara sejahtera sekaligus menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara yang disegani di mata dunia.

1
2) LATAR BELAKANG KUMPULAN

Nama Kumpulan : Diamond


Nama Organisasi : Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Negeri Sarawak.
Tarikh Kumpulan Ditubuhkan : 10 Oktober 2012

Sejarah Penubuhan Kumpulan


Kumpulan Diamond adalah kumpulan KIK yang ditubuhkan di Balai Bomba Dan Penyelamat
Miri Sentral dan telah dianggotai oleh 8 orang pegawai bomba. Kumpulan ini telah memulakan
projek ini pada awal tahun 2019, dengan membuat penilaian mengenai kepentingan projek dan
mengumpul data bagi tujuan pengukuhan projek. Perjumpaan kumpulan juga dijalankan sebanyak
sekali seminggu untuk sesi brainstorming dan mencari idea seterusnya membawa kepada
penghasilan prototaip sebelum uji cuba dijalankan.

Fasilitator : TPgB Mohamad Hamdani Bin Hj Madon


Ketua Kumpulan : PBK II Abg Muhd Fhazil Bin Abg Abdul Manaf
Ahli Kumpulan : PB Gabriel Joseph
PB Mohammad Salehuddin Bin Majeri
PB Vincent Teu Ak Amau
PB Mohamad Nurhadi Bin Mohamad Salleh

( surat lantikan ahli kumpulan Lampiran 1 )

Alamat : Balai Bomba Dan Penyelamat Miri, Jalan Miri- Pujut,


98000, Miri, Sarawak .
No. Telefon & Faks : 085-420991 / 085-417059
E-mail : diamondeagleeye@gmail.com

2
Pencapaian Kumpulan : Mendapat pengiktirafan 3 bintang di Konvensyen KIK
Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak Tahun 2017
: Mendapat pengiktirafan 2 bintang di Konvensyen KIK
Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak tahun 2018.
( Lampiran 2-5 )

Komitmen Ahli : Kumpulan Diamond telah mengadakan perjumpaan seminggu


sekali untuk sesi brainstorming. ( Lampiran 6 )

Perancangan Kumpulan : Kumpulan Diamond telah memulakan projek ini pada awal tahun
2019 dengan membuat penilaian mengenai kepentingan projek
Dan mengumpul data bagi tujuan pengukuhan projek.
Seterusnya merancang untuk memulakan peringkat
Penyeragaman projek ke semua balai-balai di bawah
Pentadbiran Zon 6 Miri Sarawak sebelum mendapatkan
tindakan replikasi atau pengkomersialan. ( Lampiran 7-9 )

Sokongan dan kelulusan pihak pengurusan tertinggi


Kumpulan Diamond juga telah mendapatkan sokongan dan kelulusan dari pihak pengurusan
tertinggi tentang amalan budaya KIK dan penubuhan Kumpulan serta mekanisme pengurusan.
( surat permohonan dan kelulusan menjalankan projek Lampiran 10-11 )

3
3) SIGNIFIKAN PROJEK

Nama Projek : SMART INJECTOR II


Keterangan Projek : Smart Injector II merupakan satu alat yang digunakan untuk tujuan memadam
kebakaran yang berada di bawah permukaan bagi mengatasi masalah
kesukaran memadam kebakaran di bawah permukaan secara lebih
berkesan dengan cara membenamkan alat ini terus ke punca api.

Penyataan Masalah : Kesukaran memadam kebakaran di bawah permukaan secara


berkesan ini dialami anggota semasa membuat pemadaman kebakaran
tanah gambut dan kebakaran sampah di tapak pelupusan sampah. Ianya
memerlukan jumlah anggota yang ramai dan memerlukan tenaga yang
banyak memandangkan operasi pemadaman sebegini memakan masa yang
agak panjang bergantung pada keluasan kawasan yang terjejas.
Ini adalah kerana peralatan dan kaedah yang sedia ada agak kurang sesuai
untuk kebakaran jenis ini. ( Lampiran 12 )

Pemilihan Projek
 Kiteria Pemilihan Projek oleh ahli kumpulan adalah seperti berikut :-
- Projek menyokong kearah Visi dan Misi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

MISI
Memberi Perkhidmatan Kebombaan dan Penyelamatan yang Profesional bagi
menyelamatkan nyawa dan harta benda

VISI
Menjadi sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan berprestasi tinggi

- Melihat pada kepentingan masyarakat dan alam sekitar


- Projek yang dibuat dapat menjimatkan masa dan kos
- Memberi kepuasan kerja yang maksimum kepada ahli KIK selepas melaksanakan projek
- Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kumpulan selepas perlaksanaan projek

( Lampiran 13-15 )

4
Dengan berpegang pada Misi dan Visi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia,
Kumpulan kami komited untuk mewujudkan satu proses gerak kerja yang cepat, tepat dan ringkas
sejajar dengan plan strategik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, iaitu “ Ke arah
Penyampaian Perkhidmatan Kebombaan dan Menyelamat yang Melebihi Ekspektasi
Masyarakat “ seiring dengan perkembangan semasa bagi menyahut seruan kerajaan untuk
meningkatkan kualiti perkhidmatan awam. Perkara ini sekali gus memberi persepsi dan pandangan
yang positif masyarakat terhadap jabatan.

Masalah yang dikenalpasti adalah semasa anggota Bomba membuat pemadaman


kebakaran yang melibatkan tanah gambut dan tapak pelupusan sampah. Akibat daripada
kebakaran tersebut, kawasan berhampiran akan mengalami jerebu dan secara langsung
menjejaskan kualiti udara sekitar. Keadaan berjerebu akibat daripada kebakaran tanah gambut
pada tahap yang serius dengan bacaan IPU boleh mencecah pada tahap tidak sihat, boleh
memudaratkan kesihatan awam dan ianya akan lebih serius sekiranya keadaan berjerebu ini
berlarutan dalam jangka masa panjang. Keadaan berjerebu akan mempengaruhi aktiviti masyarakat
termasuk perniagaan dan ekonomi. Semua aktiviti terganggu dan memberi impak negatif terhadap
perkembangan ekonomi.
( Lampiran 16-18 )

4) TINDAKAN PENYELESAIAN
Kumpulan Diamond telah menggunakan kaedah Design Thinking untuk tindakan
penyelesaian projek.

EMPATHY
Ahli kumpulan Diamond telah mendekatkan diri dengan pasukan ERT yang terlibat dengan
operasi pemadanam kebakaran tanah gambut bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci
tentang apa yang mereka hadapi dan menyelami serta mendengar keluhan mereka melalui
kaedah pemerhatian dan temubual.

a) Temubual Pertama : NAIM CENDERA ( lampiran 19-20 )


Kebiasaannya kebakaran tanah gambut di kawasan kami memang merunsingkan
sehingga syarikat terpaksa menanggung kerugian dari segi masa, tenaga kerja dan kos
operasi. Punca masalah tersebut berlaku adalah akibat perbuatan secara sengaja mahupun
tidak sengaja. Pihak Emergency Respon Team (ERT) kami memang terlibat secara langsung
dalam operasi pemadaman tanah gambut dan berkerjasama dengan Jabatan Bomba Dan
Penyelamat Malaysia khususnya BBP Lopeng dan BBP Miri.

5
Setakat ini hasilnya belum lagi memuaskan mamandangkan peralatan yang
digunakan kurang berkesan bagi memadamkan api yang melibatkan tanah gambut.
Kebiasannya api tanah gambut berada pada anggaran kedalaman 2 kaki dari paras
pemukaan tanah. Nozzle yang sedia ada memang kurang sesuai untuk memadamkan api
pada kedalaman yang sedemikian dan proses pemadaman juga mengambil masa yang lama
untuk api itu di padamkan. Pihak kami amat berharap sekiranya kumpulan Diamond dapat
membantu bagi mengatasi masalah peralatan seperti nozzle yang sesuai untuk pemadaman
khususnya yang melibatkan kebakaran tanah gambut.

b) Temubual Kedua : PASUKAN UDARA BOMBA ( lampiran 21-22 )


Bagi kami Pasukan Unit Udara Bomba, kami akan terlibat dalam membantu operasi
pemadaman hutan dan tanah gambut dengan menggunakan helikopter jenis MI-171, dengan
menggunakan teknik Water Bombing. Malalui kaedah Water Bombing ini, ia hanya mampu
membawa air berkapasiti 1600 Liter bersamaan dengan 1667 kilogram menggunakan
BAMBI Bucket.
Dengan menggunakan helikopter jenis MI-171 untuk operasi pemadaman hutan atau
gambut, selalunya mengambil masa lebih kurang 3 jam bergantung kepada keperluan,
sumber air terdekat dan jarak kawasan yang terjejas.Oleh yang demikian, kos penerbangan
helikopter jenis MI-171 sangatlah mahal iaitu mencecah RM2,510.00 bagi kos bahan bakar
sahaja dan juga untuk tempoh penerbangan 1 jam.
Maka dengan ini, sekiranya projek Smart Injector II ini dapat dilaksanakan dengan
baik seterusnya digunakan semasa operasi pemadaman gambut atau hutan, kos
penerbangan helikopter ini dapatlah dikurangkan.Oleh yang demikian, saya percaya bahawa
kualiti perkhidmatan Jabatan Bomba akan menjadi lebih efisien serta professional setaraf
dengan negara maju.

c) Temubual Ketiga : Balai Bomba Dan Penyelamat Lopeng ( lampiran 23 )


Pemadaman kebakaran tanah gambut seolah-olah sudah menjadi rutin tahunan
apabila tibanya musim kemarau di kawasan jagaan Balai Bomba Dan Penyelamat Lopeng.
Operasi pemadaman ini melibatkan anggota yang ramai serta asset yang banyak. Pihak
pengurusan operasi Zon 6 Miri terpaksa memohon bantuan anggota tambahan dan
peralatan pemadaman dari Zon yang lain sekiranya keluasan kebakaran bertambah dan
bacaan IPU meningkat.
Kaedah direct attack dengan menggunakan nozzle biasa agak kurang sesuai dan
memerlukan tenaga kerja yang ramai untuk dikendalikan. Kaedah ini juga memakan masa
yang agak lama untuk memadam kebakaran tanah gambut kerana ianya hanya memadam

6
kebakaran di atas permukaan sahaja. Kos perbelanjaan operasi yang besar juga menjadi
salah satu masalah utama kerana melibatkan anggota yang ramai dan penggunaan bahan
api yang berterusan untuk memastikan pam sentiasa berfungsi.
Dengan adanya Smart Injector II ini, pihak jabatan dapat mengurangkan tenaga kerja
dan peralatan serta kos perbelanjaan operasi. Kami menyokong sepenuhnya projek Smart
Injetor II ini untuk memudahkan lagi kerja pemadaman kebakaran tanah gambut yang telah
kami alami selama ini.

DEFINE
Di peringkat ini, kumpulan kami telah membuat takrifan (unpacking) dengan menilai,
mengkaji dan menyelidik dengan lebih mendalam semua maklumat POV (point of View) yang
diperolehi hasil daripada temubual yang dijalankan. Berikut adalah jadual hasil Empathy yang
dijalankan. (Lampiran 24-25)

PENGGUNA MAKLUMAT PENEMUAN KAMI HENDAK


MENARIK ( EMOSI / PENGALAMAN ) MEMBANTU

A. Operasi Pihak ERT Naim terpaksa Kumpulan Diamond


pemadaman yang menanggung kos yang besar. akan berusaha
NAIM lama sehingga (Rm 85,967.69 dalam tempoh bekerjasama dengan
CEDERA mengambil masa 6 6 bulan) iaitu tempoh operasi pihak ERT Naim dari
bulan lamanya. pemadaman yang dijalankan. segi memberi latihan
Encik Mubarak kepada anggota ERT
Site Safety nya dalam teknik
B. Memerlukan Masa rehat pekerja terganggu
Supervisor pemadaman api
(ERT Naim) pekerja yang ramai. kerana perlu bekerja lebih
masa tanah gambut selain
berusaha untuk
C. Tahap kesihatan
Keadaan emosi pekerja mencari penyelesaian
pekerja menurun.
terganggu masalah pemadaman
api tanah gambut.

7
A. Akan memberi
khidmat udara (Water
Bombing) pada
UNIT UDARA kebakaran hutan Kumpulan Diamond
BOMBA yang besar. akan berusaha
Melibatkan aset yang mahal.
membantu pihak Unit
AQM Awang B. Mempunyai 2 buah
Yusuf bin Kos bahan api yang sangat Udara Bomba dalam
Awang Hassan helikopter jenis MI- besar dengan anggaran RM
171 dan 22 orang mencari penyelesaian
2510 untuk 1 jam penerbangan
Pasukan Unit pegawai AQM yang terbaik dalam
Udara BOmba bomba. MI-171
masalah ini.

C. 2 Unit BAMBI yang


mampu menakung air
sehingga1600 Liter.

D. Masa
penerbangan untuk
operasi adalah terhad

A. Kekurangan Pihak pengurusan operasi Zon Kumpulan Diamond


anggota pemadaman 6 Miri terpaksa memohon akan berusaha dalam
BBP LOPENG
kerana keluasan memperbaiki teknik
bantuan anggota tambahan
pemadaman api
kawasan kebakaran dan peralatan pemadaman tanah gambut selain
PKPgB yang luas. dari Zon yang lain . berusaha untuk
TERRY
mencari penyelesaian
ROBSON AK
B. Kaedah Kos perbelanjaan yang tinggi masalah pemadaman
FORANCE
pemadaman yang api tanah gambut.
KETUA BALAI kurang sesuai. Keadaan emosi anggota
BBP LOPENG terganggu.
C. Menggunakan
peralatan yang
banyak.

8
IDEATE
Setelah mengkaji peringkat Define, kumpulan Diamond telah berusaha mencari solusi yang
radikal bagi menemui punca sebenar. Hasil daripada meneroka kaedah dan jalan penyelesaian
yang lain, kumpulan Diamond telah menemui idea untuk mencipta peralatan yang memudahkan
anggota bomba untuk mengatasi kesukaran memadam kebakaran di bawah permukaan dengan
lebih berkesan dan efisiyen. Dengan peralatan tersebut, kebakaran yang berada dibawah
permukaan seperti kebakaran tanah gambut akan dapat dipadam dengan lebih berkesan, sekaligus
dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran udara ke tahap minimum. Berikut adalah
peringkat ptrototaip yang dicadangkan.

PROTOTYPE 1
 FEEDBACK DARI PERINGKAT PENJANAAN IDEA
 MENJAWAB SEMUA KELUH RESAH ORANG RAMAI

9
BAHAN-BAHAN UNTUK 1 UNIT SMART INJECTOR II

WILDFIRE HOSE COUPLING BALL VALVE SAIZ 1½ INCI BALL VALVE SAIZ 1 INCI
(3 UNIT) (1 UNIT) (1 UNIT)

PIPE NIPPLE SAIZ 1½ INCI PIPE NIPPLE SAIZ 1 INCI R TEE SAIZ 1½ INCI
(4 UNIT) (1 UNIT) (1 UNIT)

STAINLESS STEEL PIPE


UKURAN DIAMERTER 1 INCI
DAN PANJANG 36 INCI

10
BAHAN-BAHAN UNTUK 1 UNIT HOSE ADAPTOR

MALE COUPLING WILDFIRE HOSE COUPLING HOSE ADAPTOR


(1 UNIT) (1 UNIT)

PROSES PEMBUATAN

1 SET SMART INJECTOR II PROSES PENGUKURAN PROSES MEMBENTUK


TIRUS INJECTOR

PROSES MENEBUK LUBANG PROSES KIMPALAN UNTUK PROSES MELARIK UNTUK


INJECTOR SAIZ 0.5MM MENCANTUM TIRUS MEMBUAT THREAD SCREW.
INJECTOR.

11
SMART INJECTOR II

Kos untuk menghasilkah satu unit Smart Injector II ialah RM217.00 (kos bahan- bahan)
(Lampiran 26)

Bahan- Bahan

1. ( 1 UNIT ) BALL VALVE SIZE 1 ½ INCI = RM60.00


2. ( 1 UNIT ) BALL VALVE 1 INCI = RM32.00
3. ( 4 UNIT ) PIPE NIPPLE SIZE 1½ INCI = RM24.00
4. ( 1 UNIT ) PIPE NIPPLE SIZE 1 INCI = RM4.00
5. ( 1 UNIT ) R-TEE SIZE 1 ½ INCI = RM10.00
6. ( 1 BATANG ) STAINLESS STEEL PIPE
UKURAN DIAMERTER 1 INCI DAN PANJANG 36 INCI = RM 87.00

JUMLAH = RM217.00

Untuk 1 Set lengkap Smart Injector II ialah :-


RM217.00 x 3 Unit Smart Injector II (1 SET) = RM651.00

12
TINDAKAN UJICUBA
Kumpulan Diamond telah membuat ujicuba penggunaan Smart Injector II, didapati produk
yang dihasilkan amat memberi kesan yang amat memuaskan. Kumpulan Diamond amat berpuas
hati dengan keberkesanan penggunaan Smart Injector II pada kebakaran dibawah permukaan dan
mencadangkan untuk membuat penyeragaman di peringkat balai di bawah Zon 6 Sarawak.
(Lampiran 27-28)
UJICUBA SMART INJECTOR II

5) KEBERHASILAN PROJEK
Setelah membuat ujicuba penggunaan Smart Injector II, kumpulan Diamond percaya
peralatan ini dapat membantu menyelesaikan masalah kesukaran memadam api tanah gambut
dalam masa yang singkat berbanding peralatan ataupun nozzle yang sedia ada. Smart Injector II
juga dapat digunakan memadam api di bawah aras permukaan tanah pada kedalaman 2 kaki.
Pengunaan Smart Injector II juga mampu mengurangkan tenaga kerja di mana ia boleh
dikendalikan seorang atupun dua orang sahaja. Dengan ini kos operasi dan juga tenaga manusia
dapat dikurangkan.

Faedah projek
 Memudahkan kerja- kerja pemadaman
 Menjimatkan masa operasi
 Mengurangkan tenaga kerja
 Menjimatkan kos operasi.

13
- Formula

Bukti Keluasan Kawasan


Pemadaman

NOZZLE BIASA SMART INJECTOR I SMART INJECTOR II


18 L BAHAN API 18 L BAHAN API 18 L BAHAN API
X 7 BAR = ¼ EKAR X 7 BAR = ¼ EKAR X 7 BAR = ½ EKAR
1 JAM 40 MINIT KELUASAN 1 JAM 40 MINIT KELUASAN 1 JAM 40 MINIT KELUASAN

4 ORANG PEKERJA 2 ORANG PEKERJA 1 ORANG PEKERJA

Hasil : Keluasan kawasan pemadaman bertambah

Bukti penjimatan Bahan Api

NOZZLE BIASA SMART INJECTOR I SMART INJECTOR II


18 L = 100 minit ( keluasan ¼ ekar) 18 L = 100 minit ( keluasan ¼ ekar) ¼ ekar keluasan = 50 minit ( tekanan 7 bar)
Tekanan 7 BAR Tekanan 7 BAR 18L bahagi 2 = 9 liter ( penjimatan 50% )

4 ORANG PEKERJA 2 ORANG PEKERJA 1 ORANG PEKERJA

Hasil : Penjimatan bahan api sebanyak 50%

Bukti Penjimatan Masa

NOZZLE BIASA SMART INJECTOR I SMART INJECTOR II

(¼ ekar ) 100 minit – 50 minit = 50 minit


Tempoh Pemadaman Tempoh Pemadaman Penjimatan 50 minit
100 minit = ¼ ekar 100 minit = ¼ ekar 100
X 100 = 50
50
%
4 ORANG PEKERJA 2 ORANG PEKERJA 1 ORANG PEKERJA

Hasil : Penjimatan masa sebanyak 50 minit

14
CARTA PERBANDINGAN

NOZZLE BIASA
BAHAN API TEKANAN MASA TENAGA KELUASAN

20
18 LITER
18
16
14
12
10
8 7 BAR
6
4 ORANG
4
2 1 JAM 40 MINIT
¼ EKAR
0
CARTA SEBELUM

SMART INJECTOR II
BAHAN API TEKANAN MASA TENAGA KELUASAN

10
9 LITER
9
8
7 BAR
7
6
5
4
3
2
1 ORANG
1 50 MINIT 1/2 EKAR

0
CARTA SELEPAS

15
SMART INJECTOR I
BAHAN API TEKANAN MASA TENAGA KELUASAN

20
18 LITER
18
16
14
12
10
8 7 BAR

6
4
2 ORANG
1 JAM 40 MINIT
2
¼ EKAR
0
CARTA SEBELUM

SMART INJECTOR II
BAHAN API TEKANAN MASA TENAGA KELUASAN

10
9
8
7 BAR
7
6
5
4
3
2
50 MINIT 1 ORANG
1 ½ EKAR
0
CARTA SELEPAS

16
CARTA ALIRAN SEBELUM DAN SELEPAS

CARTA ALIRAN SEBELUM

CARTA ALIRAN SELEPAS

17
GAMBARAJAH GERAK KERJA SEBELUM

- 1 ALIRAN HOS - 1 PANCUTAN AIR


- TENAGA KERJA RAMAI - KELUASAN PEMADAMAN SEDIKIT
- KOS BAHAN API TINGGI - MASA YANG PANJANG

GAMBARAJAH GERAK KERJA SELEPAS

- 1 ALIRAN HOS - 4 PANCUTAN AIR


- JIMAT TENAGA KERJA - KELUASAN PEMADAMAN BERTAMBAH
- JIMAT KOS BAHAN API - MENJIMATKAN MASA OPERASI

18
6) POTENSI PENGEMBANGAN PROJEK
Kumpulan Diamond telah memulakan peringkat penyeragaman projek ke balai-balai di
bawah Zon 6, Miri, Sarawak dengan menyerahkan 1 set Smart Injector II untuk di gunakan, dan
kami mendapat respon positif dari semua anggota yang terlibat dengan kebakaran di bawah
permukaan dan Kumpulan Diamond bercadang akan membawa protaip ini untuk mendapat
tindakan replikasi atau pengkomersialan. (Lampiran 29-30)

7) MAKLUMBALAS PENGGUNA

Bahagian Operasi Balai Bomba Dan Peyelamat Lopeng

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Lopeng bersama-sama pasukan operasi pemadaman,
telah menghadiri beberapa kebakaran hutan yang melibatkan tanah gambut di kawasan Permyjaya
dan Tudan di Miri. Pasukan beliau telah menggunakan Smart Injector II ini bagi mengalami dan
melihat sendiri hasil keberkesananya.
Ternyata penggunaan Smart Injector II dapat memudahkan kerja-kerja pemadaman api tanah
gambut dan ini diakui sendiri oleh pegawai yang terlibat dalam membuat pemadaman. Ini adalah
kerana sebelum ini, dalam 1 aliran hos yang digunakan oleh pasukan bomba hanya dapat
menggunakan 1 unit nozzle dan dikendalikan oleh seorang atau 2 orang dengan cara memegang
nozzle tersebut dan disasarkan ke punca api. Ternyata kaedah ini memerlukan tenaga yang banyak
untuk bertahan dan ada kalanya kebakaran tanah gambut ini memakan masa yang agak lama utuk
dipadamkan.
Amat berbeza sekali dengan cara pengendalian penggunaan Smart Injector II ini, cara
penggunaannya amatlah mudah dengan hanya membenamkan alat ini terus ke punca api.
Membuat penyambungan hos juga mudah kerana coupling yang digunakan adalah jenis Claw
Coupling. Bagi penggunaan hos pula, setiap 1 hos dapat menggunakan 1 injector dan untuk
penyambungan hos yang kedua pula,boleh disambungkkan terus dari outlet coupling Smart
Injector II ini dan untuk penggunaan maksima Smart Injector II ini adalah sebanyak 3 unit injector
dalam 1 aliran hos dan 1 nozzle untuk aliran hos yang ke 4. Ini bermakna jarak maksima
penggunaan Smart Injector II ini adalah 400 kaki.
Smart Injector II ini juga hanya perlu dipantau dari masa ke semasa, kerana ianya bersifat
suntikan. Pengendali boleh menjimatkan tenaga dengan hanya memerhati Smart Injector II ini pada
jarak yang sesuai, ianya juga mempunyai kawalan ball valve pada laras injector dan pada salur
utama inlet coupling bagi mengawal dan menyelaras tekanan air mengikut keperluan supaya
kesemua injector mendapat sumber air yang cukup dan sesuai untuk membuat pemadaman.
19
Pasukan operasi pemadaman dari Balai Bomba Lopeng amat berpuas hati dengan projek
kumpulan DIAMOND in kerana ianya amat memberi kesan positif kepada pengguna dan sekali gus
menaikkan lagi imej jabatan di mata masyarakat. Smart Injector II terbaik. (Lampiran 31)

8) MAKLUMBALAS PENGGUNA

Bahagian Kejuruteraan Bomba Zon 6 Miri.

Penggunaan Smart Injector II ini pada pemadaman kebakaran tanah gambut amat sesuai
sekali kerana setelah saya alami sendiri semasa terlibat dengan operasi pemadaman bersama
pasukan dari Balai Bomba Lopeng, saya dapati penggunaan pam angkut iaitu Godiva GP 10/10
dapat beroperasi dalam masa yang lama dan tidak mengalami masalah.
Ini adalah kerana aliran air tidak terganggu sama sekali sehingga ke hujung nozzle walaupun
menggunakan 3 injector dan 1 nozzle pada 1 aliran hos sepanjang 400 kaki. Tekanan air yang
sesuai untuk penggunaan set Smart Injector II ini adalah pada tekanan 5 bar hingga ke 7 bar
untuk mendapatkan suntikan air yang diperlukan untuk pemadaman api tanah gambut. Saiz laras
injector berukuran diameter 1 inci dan mempunyai 6 lubang berukuran 0.5mm ini membolehkan
injector membuat pemadaman berskala 4 ke 5 kaki keluasan bergantung pada ketebalan tanah
gambut yang terjejas.

20
Bahan yang digunakan untuk membuat laras Smart Injector II juga merupakan dari bahan
yang tahan lasak iaitu besi keluli tahan karat. Ini adalah perlu kerana laras Smart Injector II ini
perlu di pacak atau dibenamkan ke dalam tanah sehingga mencapai pada punca api, dan
kedalaman api tanah gambut biasanya pada kedalaman 2 hingga 3 kaki.
Kebakaran tanah gambut sememangnya memerlukan masa yang panjang dan aset yang
banyak, namun dengan adanya Smart Injector II ini, jangka hayat pam yang terlibat dalam operasi
pemadaman dapat dipelihara. (Lampiran 32)

9) MAKLUMBALAS PENGGUNA

Bahagian Operasi Balai Bomba Dan Penyelamat Miri Sentral

Balai Bomba Dan Penyelamat Miri Sentral yang terletak di tengah-tengah pusat bandaraya
Miri, tidak kurang juga hebatnya menerima panggilan kebakaran yang melibatkan tanah gambut.
Ini adalah kerana kawasan jagaan Balai Bomba miri ini meliputi kawasan perkampungan dan
kawasan perladangan mahupun pertanian di luar bandar.
Semasa musim kemarau, panggilan kebakaran hutan atau ladang yang melibatkan tanah
gambut akan meningkat. Ini adalah berpunca daripada aktiviti pekebun-pekebun kecil, mahupun
pihak ladang yang membuat pembakaran sama dengan niat baik atau sebaliknya.
Kami mengambil masa yang agak lama untuk memadam kebakaran tanah gambut yang
berada di luar bandar yang jarak nya jauh dari balai bomba dan penyelamat miri ini. Ini adalah

21
kerana kebakaran tanah gambut ini memerlukan tenaga yang ramai dan peralatan yang banyak
bergantung pada keluasan kebakaran dan jarak api dari punca air.
Adakalanya perkara ini akan menjadi lebih serius sekiranya terdapat lebih dari satu
panggilan kebakaran melibatkan tanah gambut pada satu-satu masa. Situasi seperti ini
memerlukan anggota yang ramai dan pertambahan aset yang banyak untuk memadam
kebakaran secara serenatak.
Didalam masalah ini, Smart Injector II amat membantu kerana ianya boleh dikendalikan oleh
seorang ataupun 2 orang tenaga kerja. Dalam 1 aliran hos sepanjang 400 kaki, seorang tenaga
kerja mampu memadam 4 kawasan kebakaran secara serantak. Projek kumpulan DIAMOND ini
amat berpotensi digunakan oleh pegusaha ladang pertanian bagi mengawal atau memadam
kebakaran tanah gambut bagi mengelakkan kemerebakan sehingga berlakunya fenomena jerebu.
Keluasan pemadaman bertambah, kos bahan api dapat dijimatkan, masa juga dapat di
singkatkan, dan tenaga kerja dapat dikurangkan ternyata hasil penggunaan Smart Injector II ini
memberi faedah positif kepada semua dan sekiranya penggunaan nya diperluaskan lagi maka
fenomena jerebu dapat dibendung sekali gus memberi impak positif kepada social, ekonomi dan
persekitaran.
Anggota dari bahagian operasi Balai Bomba Dan Penyelamat Miri amat berterima kasih
kepada kumpulan Diamond dalam usaha mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi
memudahkan anggota pemadam membuat pemadaman kebakaran di bawah permukaan lebih
berkesan dan efisyen. (Lampiran 33)

22

You might also like