You are on page 1of 4

PERTANDINGAN CITRA BAHASA SECARA ATAS TALIAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2021

ANJURAN : SK GONG BADAK

KERTAS KONSEP
PERMAINAN
DAM ULAR BAHASA
SEKOLAH RENDAH

PERTANDINGAN CITRA BAHASA


SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
PERINGKAT KEBANGSAAN 2021

ANJURAN
SEKOLAH KEBANGSAAN GONG BADAK
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

1 |K E R T A S K O N S E P P E R M A I N A N D A M U L A R B A H A S A
PERTANDINGAN CITRA BAHASA SECARA ATAS TALIAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2021
ANJURAN : SK GONG BADAK

1.0 PENDAHULUAN

Selaras dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang termaktub dalam Akta


Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras semua sekolah rendah dan
menengah. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap
bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai
pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua
rakyat dalam satu wawasan. Bagi merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis juga
selaras dengan matlamat kurikulum Bahasa Melayu untuk melengkapkan murid dengan
keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam
urusan harian maka Panitia Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Gong Badak
mengambil inisiatif menganjurkan Permainan Bahasa yang diubahsuai menggunakan
konsep belajar sambil bermain.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Mendedahkan keunikan Bahasa Melayu dari pelbagai aspek
2.2 Melahirkan individu yang menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap
positif dan semangat patriotik bertunjangkan Bahasa Melayu
2.3 Menimbulkan minat dalam kalangan individu untuk menguasai Bahasa
Melayu.
2.4 Meningkatkan penghayatan terhadap kehalusan budaya di sebalik kewujudan
Bahasa Melayu.

3.0 PENGELOLAAN
Pertandingan permainan bahasa ini dikelolakan oleh SK Gong Badak di bawah
Panitia Bahasa Melayu.

2 |K E R T A S K O N S E P P E R M A I N A N D A M U L A R B A H A S A
PERTANDINGAN CITRA BAHASA SECARA ATAS TALIAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2021
ANJURAN : SK GONG BADAK

4.0 PENYERTAAN
4.1 Terbuka kepada murid tahap 2 sahaja
4.2 Terdiri daripada dua peserta sahaja bagi setiap permainan.
4.3 Setiap permainan ditandingi oleh peserta yang berlainan.
4.4 Permainan bahasa akan berjalan melalui aplikasi Google Meet.
4.5 Terbuka kepada sekolah kluster kecemerlangan sahaja.

5.0 HADIAH
5.1 Hadiah utama disediakan untu tempat pertama hingga kelima sahaja.
5.2 Peserta tempat keenam dan seterusnya akan diberikan hadiah sagu hati.

6.0 CARA PERMAINAN


• Konsep permainan seperti permainan dam ular bahasa.
• Masa diberikan selama 2 jam.
• Peserta akan diundi untuk menentukan giliran melambung dadu.
• Setiap peserta secara bergilir melambung dadu dan menggerakkan buah pada
papan dam ular.
• Peserta yang berada dipetak tangga perlu menjawab soalan berkaitan
tatabahasa. Soalan perlu dicabut. Jika peserta memberi jawapan yang
salah,buah tidak dibenarkan menaiki tangga tersebut.
• Pemenang akan dikira berdasarkan peserta yang sampai dahulu di petak 100.
• Jika tiada pemenang, pemenang akan dikira berdasarkan buah yang berada di
petak tertinggi. KEPUTUSAN HAKIM
• Keputusan hakim adalah muktamad.

3 |K E R T A S K O N S E P P E R M A I N A N D A M U L A R B A H A S A
PERTANDINGAN CITRA BAHASA SECARA ATAS TALIAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2021
ANJURAN : SK GONG BADAK

7.0 AM
• Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada pihak penganjur iaitu SK Gong
Badak.
• Sebarang tafsiran terhadap konsep pertandingan ini hendaklah dirujuk kepada
pihak penganjur.
• Sebarang perubahan akan dimaklumkan dalam kumpulan Whatsapp Citra
Bahasa yang telah ditubuhkan.
• Sebarang pertanyaan boleh rujuk kepada Encik Khamarul Azwan bin Mohd
Nawi, Penyelaras SKK merangkap Penolong Kanan Kokurikulum SK Gong
Badak di talian 013-9496038.

4 |K E R T A S K O N S E P P E R M A I N A N D A M U L A R B A H A S A

You might also like