You are on page 1of 6

Kandungan Muka surat

1.0 Pengenalan………………………………………………………………………………..1
2.0 Bahan Bantu Mengajar………………………………………………………………….1
2.1 Slaid Powerpoint Wuduk Sempurna…………………………………………1-5

]
1.0 PENGENALAN

Saya telah menghasilkan satu bahan bantu mengajar untuk murid berkeperluan khas (MBK)
yang mengikuti program pendidikan inklusif bagi subjek Pendidikan Islam sekolah rendah.
Bahan bantu mengajar yang dihasilkan adalah untuk murid yang mempunyai masalah
pembelajaran iaitu lembam atau slow learner bagi murid tahun 1. BBM yang dihasilkan adalah
secara digital iaitu menggunakan perisian Canva dan Microsoft Powerpoint. Penghasilan BBM
ini bertajuk Wuduk Sempurna.

2.0 BAHAN BANTU MENGAJAR

Berpandukan Rancangan Pendidikan Individu (RPI), matlamat jangka panjang yang


ditetapkan bagi tajuk Wuduk Sempurna adalah murid dapat mengaplikasi rukun-rukun wuduk
dengan tertib dan sempurna.

2.1 Slaid Powerpoint Wuduk Sempurna

Cara penggunaan bahan bantu mengajar:

1) Guru menayangkan slaid powerpoint kepada murid.


2) Slaid yang berwarna-warni dan menarik disediakan untuk menarik minat murid.
3) Sebelum meneruskan kepada tajuk utama, guru meminta murid bersama-sama
mengaminkan bacaan doa penerang hati.
4) Guru menayangkan soalan kepada murid.
5) Murid diberikan masa untuk menjawab soalan.
6) Guru menayangkan video tentang rukun wuduk kepada murid.
7) Guru menyoal murid tentang perbezaan sunat dan rukun wuduk.
8) Guru menayangkan video tentang perbezaan sunat dan rukun wuduk kepada
murid.
9) Video tersebut dapat membantu murid untuk memahami dengan lebih berkesan
kerana video yang ditayangkan berkonsepkan kartun animasi.

1
2
3
4
5

You might also like